Aunur Rofiq Lil Firdaus mungkin tidak dikenali jika diperkenalkan dengan nama itu. Tetapi apabila disebut Opick, penyanyi lagu ketuhanan Indonesia ini cukup dikenali kerana beliau merupakan satu jenama besar dalam kalangan peminat lagu lagu nasyid Nusantara termasuk Malaysia. Opick unik dalam liganya sendiri dan beliau amat selesa menyanyikan lagu ciptaan dan liriknya sendiri kerana ia lebih memberikan kepuasan buat dirinya berbanding menyampaikan lagu ciptaan pihak lain. Opick yang sering berjubah dan berserban kerap ke Malaysia untuk membuat persembahan khalayak khususnya program / konsert hiburan bercorak keagamaan. Lagu lagu berunsur Islam nyanyian beliau menjadi pilihan lagu latar di kebanyakan drama tempatan. |
||
P laylist CD Pilihan:SAHABAT SEJATI (2014) (dikemaskini 1 Januari 2022) |
|
SANG MAHA CAHAYA
– Opick
|
|
THE BEST OF
OPICK
LIVE ACOUSTIC CD 1:
CD 2:
THE BEST OF OPICK LIVE ACOUSTIC mengandungi koleksi lagu-lagu terbaik Opick sepanjang penglibatannya sebagai penyanyi. Istimewanya lagu-lagu tersebut telah dirakam semula secara langsung dalam studio dengan iringan barisan pemuzik secara akustika. |
|
|
S ALAM RINDU YA MUSTHOFA – Opick(Tombi Ati / Arteffects, 2015)
Opick muncul dengan beberapa lagu baru dengan komposisi baru. Sebuah album pujian salawat ke atas Rasulullah yang dikemas dengan muzik ala Turki. |
|
|
SAHABAT SEJATI – Opick (Tombo Ati / InTeam Records, 2014)
SAHABAT SEJATI adalah album studio religi ke 10 Opick yang komposisi muziknya agak berbeza dari album-album sebelumnya. Ia agak lebih moden dan lebih bervariasi. Ada yang lebih istimewa untuk album kali ini apabila Opick menampilkan anak perempuannya yang berbakat Ghaniya untuk berduet bersama beliau. Di samping melodi indah yang pasti membuai perasaan, kemerduan suara, penghayatan dalam menyampaikan bait-bait lirik lagu yang kebanyakannya dihasilkan beliau sendiri menjadi kekuatan Opick sebagai pendakwah dalam lagu-lagu religi. Setakat ini hanya sebuah lagi album studio Opick yang belum dirilis di Malaysia; SEMESTA BERTASBIH (2006).
|
|
|
YA MAULANA – Opick (Tombo Ati / InTeam Records, 2013)
|
|
|
SALAM YA ROSULULLAH – Opick(Tombo Ati / InTeam Records, 2012)
|
|
|
THE BEST OF
OPICK
|
|
|
SHOLLU ALA MUHAMMAD
– Opick
|
|
|
DI BAWAH LANGITMU
– Opick
|
|
|
CAHAYA HATI
– Opick
|
|
|
YA RAHMAN – Opick (Tropic Jaya, 2007 / edaran semula PMP, 2012)
|
|
|
ISTIGHFAR
– Opick
Ini adalah album solo pertama, penyanyi kelahiran Jawa Timur, Aunur Rofiq Lil Firdus yang lebih dikenali dengan nama Opick. Album ISTIGHFAR edaran tahun 2005, meledak di pasaran Indonesia yang seterusnya mengangkat Opick sebagai penyanyi nasyid yang cukup berjaya dan di Malaysia album ini hanya dirilis pada tahun 2011. |