Playlist CD Pilihan:
(dikemaskini 1 Julai 2024) |
|
AJAIB (Akhirat Janji Allah Itu
Benar)
–
Iwan Syahman
AJAIB adalah sebuah album religi yang terbaik untuk dimiliki yang memuatkan 10 buah lagu yang hampir keseluruhannya menceritakan tentang Allah dan juga Baginda rasulullah SAW. 6 lagu yang dipetik dari album SUARA DA'IE telah dirakam semula oleh Iwan Syahman kecuali lagu 'Tiada Tuhan Selain Allah' ia kekal seperti versi asal. Dua lagu lain 'Mahabbah' dan 'Biiznillah' yang dipetik dari album MUROBBI turut dirakam semula oleh Iwan Syahman. Manakala lagu 'AJAIB' dan 'Tambah Kurang Bagi Kali' adalah lagu ciptaan terbaru untuk album ini. Semua lagu dan lirik oleh Iwan Syahman sendiri. |
|
THE BEST OF NASYIDNYA
IWAN SYAHMAN CD 1:
CD 2:
Album kompilasi ini adalah seleksi lagu lagu nasyid yang diambil dari dua album kerohanian Iwan Syahman; SEGALANYA ALLLAH (2011) dan RASA (Rindu Allah Sayang Allah) (2014). Kedua dua album tersebut juga merupakan album terbitan produksi Iwan Syahman sendiri. Apa yang menarik untuk album THE BEST OF NASYIDNYA IWAN SYAHMAN, setiap lagu nyanyian Iwan Syahman akan diselang selikan dengan minus one. Terdapat sebuah lagu baru ciptaan Iwan sendiri, 'Hebatnya Allah' dan disampaikan secara berduet dengan penyanyi, Badar. |
|
|
RASA (Rindu Allah Sayang Allah)
–
Iwan Syahman
Iwan Syahman muncul dengan album kerohanian yang kedua. Album kali ini mengandungi lagu-lagu popular dangdut yang pernah dinyanyikannya sendiri dengan susunan muzik yang berbeza. Kesemua lagu-lagu tersebut ditukar lirik kepada kekaguman dan kebesaran Allah swt serta pujian-pujian pada Rasulullah saw. Terdapat dua lagu baru 'RASA (Rindu Allah Sayang Allah)' dan 'Aku Yang Bersalah' yang kedua duanya dicipta oleh adik Iwan sendiri yang hanya dikenali sebagai Iwan Junior. Kedua beradik ini turut berduet untuk lagu 'RASA'. |
|
|
SEGALANYA ALLAH
–
Iwan Syahman
Dua tahun menyepi, kini Iwan tampil dengan album SEGALANYA ALLAH sebagai pengubat rindu peminat. Ketika era kegemilangan muzik dangdut sekitar 90an, namanya cukup gemilang sebagai pelopor irama dangdut kontemporari dan juga dikenali sebagai 'Raja Dangdut'. Tetapi kini beliau ingin dikenali sebagai Iwan Syahman kerana pengisian album terbaru ini agak berbeza, ia lebih banyak mengandungi kata-kata nasihat dan lebih dekat dengan kerohanian. Melengkapkan album ini, 2 lagu lama daripada album Iwan sebelumnya diberi nafas baru, iaitu 'Pengasih' dan 'Nasihah', manakala 'Ke Jalan Lurus' merupakan versi asal yang diambil dari album, Koleksi Terbaik SLOW ROCK & DANGDUTNYA: DUNIA MUZIK IWAN. |
|
|
SLOW ROCK & DANGDUTNYA: KOLEKSI
TERBAIK DUNIA MUZIK
IWAN
Album kompilasi ketiga Iwan memuatkan seleksi lagu-lagu dangdut beliau yang pernah popular sedikit masa lalu termasuk memuatkan 3 buah lagu rakaman baru iaitu sebauh lagu klasik negara seberang 'Sekadar Bertanya' dan lagu Rock balada, 'Siapa Di Hatimu' yang pernah dipopularkan oleh Rahmat Ekamatra. Kedua lagu-lagu tersebut diubahsuai menjadi lagu dangdut. 'Ke Jalan Lurus' pula merupakan lagu berunsur keTuhanan yang merupakan karya penuh penyanyi Iwan. |
|
|
SEMARAK DANGDUT – Iwan & Various Artist (E-One Sound Pictures Holding / Warner Music, 2005)
Iwan, ikon dangdut yang bertanggungjawab menaikkan irama ini kembali muncul bergabung bersama-sama rakan seperjuangannya seperti Sheeda, Haiza, Syikin dan pendatang baru Sonia Sona untuk menghiburkan para peminat. Seperti tajuk album ini SEMARAK DANGDUT, Iwan mencuba untuk menyemarakkan semula irama dangdut dan berjanji untuk terus memperjuangkan irama ini selagi peminat peminat masih menerimanya. Kebanyakan lagu lagu baru dalam album ini adalah ciptaan Iwan sendiri dan Akur. |
|
|
BEST OF THE BEST DANGDUTNYA
IWAN
Album kompilasi kedua Iwan hanya menyenaraikan seleksi lagu-lagu berirama dangdut dari album-album dangdut beliau termasuk dua buah lagu baru karya penuh komposer dan penulis lirik, Akur; 'Lirik Lirik Menarik' dan 'Bas Cinta'. |
|
|
DUNIA DANGDUT: SUPERDUET HITS '98
–
Iwan & Various Artist
|
|
|
DANG DANG DUT 2
–
Amelina,
Iwan, Eva & Intan
|
|
|
DANG DANG DUT
–
Amelina, Sheeda &
Iwan
|
|
|
WULAN
–
Iwan
WULAN merupakan album kompilasi pertama Iwan yang diambil dari 3 album pop terawalnya sebelum beliau dikenali sebagai penyanyi dangdut. 3 album tersebut ialah E-1 (RediRect / Da Di Du Entertainment, 1991), CINTA GUNAWAN (Warner Music, 1993) dan E1-3 (Warner Music, 1994). Album kompilasi ini turut memuatkan dua buah lagu baru termasuk lagu berirama dangdut 'Wulan' yang kemudiannya menjadi amat popular dan merupakan titik tolak Iwan menghasilkan album-album dangdut dan mengangkat namanya bukan sahaja sebagai penyanyi dangdut lelaki yang amat popular tetapi juga menjadi pencipta dan penerbit album dangdut yang cukup laris. |