DISKOGRAFI Page 4-7 menyenaraikan album dan info ringkas album solo, kompilasi, rilisan semula Sharifah Aini yang diterbitkan dalam format CD secara kronologi bermula pada tahun 1990 dengan penerbitan semula, ALBUM MELAYU DELI sehingga yang terakhir, PILIHAN SENTIMENTAL EMAS. Kesemua CD Sharifah Aini yang dipaparkan adalah koleksi milik peribadi saya. |
||
Code CD: CD-EMGS 5588 |
ALBUM MELAYU DELI vol I – Sharifah Aini, Sudirman, Zaleha Hamid & Herman Tino (EMI, 1990, terbitan asal 1982)
Projek istimewa penerbitan album bergenre irama Tradisional dan Melayu Deli oleh EMI dalam usaha memelihara dan memartabatkan khazanah seni pusaka bangsa amatlah dihargai. Album yang ditangani sepenuhnya oleh komposer tersohor S Atan dan gabungan kelunakan vokal 3 artis ternama EMI, Sharifah Aini, Sudirman, Zaleha Hamid dan bintang baru Herman Tino telah mengangkat album Deli sebagai produksi yang terbaik, laris di pasaran, malah lagu-lagunya cukup segar untuk dinikmati sepanjang zaman. Untuk format CD, ALBUM MELAYU DELI I & II telah dirilis serentak tetapi kulit album ALBUM MELAYU DELI I telah ditukar dan serupa dengan ALBUM MELAYU DELI II (format LP). Yang membezakannya hanya pada warna dan penambahan tajuk 'Koleksi Klasik'. Sila lihat format asal, piringhitam ALBUM MELAYU DELI I. |
|
Code CD: CD-EMGS 5600 |
ALBUM MELAYU DELI vol II – Sharifah Aini, Sudirman, Zaleha Hamid & Herman Tino (EMI, 1990, terbitan asal 1983)
ALBUM MELAYU DELI II adalah kesinambunagan dari ALBUM MELAYU DELI yang pertama. Penerimaan khalayak terhadap album sebelumnya membuatkan EMI tidak ragu-ragu menerbitkan siri album seterusnya dengan mengekalkan team utama produksi asal, S Atan dan gabungan 4 artis ternama EMI, Sharifah Aini, Sudirman, Zaleha Hamid & Herman Tino. Hasilnya produksi album ini lebih baik daripada yang pertama. Untuk format CD kedua-dua album Melayu Deli vol I & II diedarkan serentak. Sila lihat format asal, piringhitam ALBUM MELAYU DELI II. |
|
Code CD: CD-FH 30073 |
KENANGAN MANIS I (EMI, 1991)
Album kompilasi ini merupakan album solo pertama Sharifah Aini yang diterbitkan dalam format CD. Ramai tidak menyedari tentang kehadiran album ini di pasaran apatah lagi cetakannya juga terhad dan pengeluaran album Melayu dalam bentuk CD memang agak asing ketika itu. |
|
Code CD: CD-FH 30109 |
LELA
MANJA
–
Sharifah Aini & Hamah Dolmat
Ia merupakan produksi edaran semula album LELA MANJA (1979) yang buat pertama kali diterbitkan dalam format CD dengan penambahan 2 lagu bonus 'Patah Hati' & 'Halimun Malam' nyanyian Sharifah Aini yang diambil daripada album ASLIRAMA (1973). Sedikit kecacatan terhadap album ini apabila lagu Kamariah Nor 'Timang Banjar' (1971) diselitkan sedangkan kita tahu ini adalah album solo Sharifah Aini ataupun mungkin kerana faktor lagu 'Timang Banjar' juga diringi oleh Hamzah Dolmat Orchestra pimpinan Hamzah Dolmat yang juga abang kepada Kamariah Nor. Sila lihat format asal, piringhitam LELA MANJA. |
|
Code CD: 00777-7433912-4 |
KENANGAN MANIS vol I (EMI, 1992, terbitan asal 1991)
Album kompilasi terbitan 1991 'KENANGAN MANIS I', diedarkan semula dengan pakej baru dan diedarkan serentak dengan sebuah lagi CD KENANGAN MANIS vol II yang menyenaraikan sebahagian lagi lagu hit Sharifah Aini. |
|
Code CD: 00777-7433912-5 |
KENANGAN MANIS vol II
Album kompilasi solo Sharifah Aini yang menampilkan banyak lagu hit telah diedarkan serentak dengan album KENANGAN MANIS vol I. Kulit album kedua-dua CD ini adalah serupa dan perbezaanya hanya pada warna. |
|
Code CD: 00777-7784342-0 |
KOLEKSI KLASIK
Album koleksi pertama Sharifah Aini yang menghimpunkan pelbagai genre irama tradisional yang mengangkat Sharifah Aini sebagai pelatun lagu tradisional yang versatile lagi disegani. Album koleksi klasik ini kekal sebagai salah sebuah album terlaris. |
|
Code CD: 07243-8305642-2 |
SHARIFAH AINI
(Ahmad Nawab / Juwie)
(Raja Kobat) Versi asal nyanyian Normah Kadir
(A Ali / Habsah Hassan) Versi asal nyanyian Zaiton Sameon
(Tradisional) Versi asal nyanyian Eddy Silitongga
(S Atan / Seri Bayu)
(Ahmad Nawab / S Amin Shahab)
(Ahmad Jaffar) Versi asal nyanyian Rubiah tetapi dipopularkan semula oleh Saloma
(Ahmad Nawab / Juwie)
(Raja Kobat)
(A Ali / Seri Bayu) Setelah 4 tahun tidak merakam sebarang album, Sharifah Aini muncul kembali dengan album studio terbaru yang menggunakan namanya sahaja sebagai tajuk album. Album ini juga menyaksikan Sharifah Aini berkolaborasi semula dengan komposer tersohor Ahmad Nawab melalui lagu hit 'Rindu Menghiasi Kamar Cinta'. Kali terakhir mereka bekerjasama adalah untuk album INILAH LAGUKU II (1978). Turut serta sebagai penerbit ialah S Atan & Fauzi Marzuki. Bagaimanapun terdapat sedikit kekurangan pada album ini kerana pemilihan lagu-lagunya yang kurang sesuai dengan vokal Sharifah Aini malah lagu 'Bunga Tanjung' yang pernah Sharifah Aini rakamkan pada tahun 1977 kurang menjadi walaupun diperbaharui dengan sentuhan orkestra. Malah lebih malang apabila terdapat kesilapan terhadap lirik lagu yang disampaikan. Mujurlah ada beberapa lagu menjadi penyelamat seperti 'Rindu Menghiasi Kamar Cinta' dan dua lagu gubahan semula irama keMelayuan yang begitu indah dan asyik bila dilagukan oleh Sharifah Aini, 'Di Pinggir Kayangan' (ghazal) dan 'Bunga Tanjung' (tradisional), versi Eddy Sillitonga. |
|
Code CD: 7243-8371402-5 |
SERAUT WAJAH SEMERDU SUARA
(Saari Amri) Versi asal nyanyian Slam
(Saari Amri / Azam Dungun) Versi asal nyanyian Slam
(A Riyanto) Versi asal nyanyian Broery Marantika
(Ellya M Harris) Versi asal nyanyian Ellya M Harris
(Amat Fadak) Versi nyanyian Rhoma Irama
(Osman Ahmad / Johar Bahar / P Ramlee & S Sudarmaji / Sharifuddin Majid & Wan Ahmad Kamal / P Ramlee & Jamil Sulong / Bambang S / Ellya M Harris)
(Tradisional)
(Sheikh Omar Bagushir) Versi asal nyanyian Saloma
(Lily Suhairy) Versi asal nyanyian Rubiah
(Tradisional) SERAUT WAJAH SEMERDU SUARA, satu-satunya album rakaman live Sharifah Aini yang pernah diterbitkan dalam format CD audio. Album ini telah dirakam secara langsung bersempena KONSERT SHARIFAH AINI bersama ORKESTRA KUALA LUMPUR pada 17, 18 & 19 November 1995 di Auditorium, DBKL. Konsert ini juga berupa satu penghormatan 'tribute' buat BIDUANITA SHARIFAH AINI yang telah mewarnai industri muzik hampir 30 tahun. Konsert tiga malam berturut-turut ini mendapat sambutan peminat dan buktinya persembahan Sharifah Aini 'sold out'. Ia juga sebagai isyarat Sharifah Aini masih mempunyai aura dan berpengaruh. Album ini juga laris dan telah menerima anugerah platinum kerana terjual melebihi 100,000 unit. Album yang diterbitkan oleh Johari Salleh turut menampilkan 2 lagu rakaman studio sebagai bonus. Kedua-dua lagu rakaman semula itu diterbitkan oleh S Atan, 'Seksa' (nyanyian asal Ukay's) dan 'Tak Mungkin Berpaling' (nyanyian asal Slam). 'Seksa' yang digubah dalam lenggok keMelayuan bertambah indah dengan persembahan vokal sakti Sharifah Aini yang berkarakter, langsung mengangkat semula lagu ini untuk hit walaupun jarak popular dengan lagu asal tidak sampai setahun. |
|
Code CD: 7243-8383662-8 |
SELAMANYA
(Idzahar / Azam Dungun)
(Saari Amri)
(Saari Amri / Azam Dungun) Versi asal nyanyian Zaiton Sameon
(Saari Amri) Versi asal nyanyian Slam
(M Nasir / Juwie) Versi asal nyanyian Spring
(Adnan Abu Hassan / Amran Omar) Versi asal nyanyian Visa
(Saari Amri / Fitri Amri)
(Awang BPR / Azam Dungun)
(Kenny Tay / Habsah Hassan) Versi asal nyanyian Kenny, Remy & Martin
(M Nasir) Versi asal nyanyian Flybaits Formula penerbitan ke atas album ini berdasarkan sambutan hebat peminat Sharifah Aini ke atas lagu rakaman semula 'Seksa' dan 'Tak Mungkin Berpaling' dari album SERAUT WAJAH SEMERDU SUARA. SELAMANYA diterbitkan oleh dua penerbit terkenal, S Atan dan pencipta yang sedang meningkat naik ketika itu Saari Amri. Saari Amri bertanggungjawab menerbitkan 5 lagu baru manakala S Atan menjadi penerbit dan penggubah ke atas 5 lagu rakaman semula nyanyian asal artis berkumpulan popular - Visa, Spring, Slam, Flybaits dan trio, Kenny, Remy & Martin. Sharifah Aini merakam lagu-lagu artis berkumpulan dan bukannya lagu-lagu artis wanita kerana ia tidak mahu cara penyampaiannya akan diperdebatkan. Amat menarik dan terbuai apabila 'Dalam Gerimis' disuntik dengan irama keMelayuan dan kelunakan vokal Sharifah Aini yang lembut menjadikan 'Dalam Gerimis' seolah-olah lagu baru yang menjadi 'milik' Sharifah Aini. |
|
Code CD: 7243-8533372-9 |
PILIHAN KLASIK AIDILFITRI
(Pak Ngah / Logha)
(Ahmad Jaffar) Versi asal nyanyian Saloma
(P Ramlee) Versi asal nyanyian P Ramlee
(Kassim Masdor / Jins Shamsuddin) Versi asal nyanyian Fazedah Joned
(Zubir Said / Yusnor Ef) Versi asal nyanyian Nona Asiah tetapi rakaman semula versi Sanisah Huri lebih popular
(P Ramlee / Jamil Sulong) Versi asal nyanyian Ahmad Jais
(P Ramlee) Versi asal nyanyian P Ramlee
(M Jusuf) Versi asal nyanyian Oslan Husein
(Amir Kasmadi / Ismail HS) Versi asal nyanyian S Jibeng
(Sudirman) Versi asal nyanyian Sudirman
(Ahmad Jaffar / Kassim Masdor & Jins Shamsuddin / P Ramlee & Jamil Sulong) Versi asal nyanyian Saloma / Fazedah Joned / Ahmad Jais
(Pak Ngah)
(P Ramlee)
(Amir Kasmadi)
Projek album solo Raya Sharifah Aini yang pertama ini mendapat sentuhan komposer tersohor S Atan dengan merakamkan semula lagu-lagu raya klasik yang diberi sentuhan muzik terkini tanpa mengubah irama asalnya. Bukan senang untuk menjadikan terbaik terhadap lagu-lagu raya yang sudah popular dan sinonim mesra ditelinga pendengar tetapi Sharifah Aini mampu melakukannya. Penghayatan Sharifah terhadap dua lagu klasik 'Musafir Di Aidilfitri' dan 'Suara Takbir' memang kelas ... sayu lagi syahdu. Sebagai pelengkap, dimuatkan sebuah lagu raya baru berentak zapin 'Nostalgia Aidilfitri' ciptaan pertama Pak Ngah (Suhaimi Mohd Zain) yang sangat menarik dan kini sudahpun tersenarai sebagai salah satu lagi lagu raya yang dilabel sebagai evergreen. |
|
Code CD: 00777-7433792-2 |
IRAMA CINTAKU (EMI, 1997, terbitan asal 1975)
Sila lihat format asal, piringhitam IRAMA CINTAKU. |
|
Code CD: 07243-8237512-8 |
LAGU LAGU PUJAAN: KOLEKSI 10 TAHUN (EMI, 1997, terbitan asal 1980)
Sila lihat format asal, piringhitam LAGU LAGU PUJAAN: KOLEKSI 10 TAHUN. |
|
Code CD: 07243-8533412-2 |
JUARA MIMPI
–
Fotograf
(Fauzi Marzuki / Zurain) Versi asal nyanyian Fotograf
Sharifah Aini menjadi artis undangan khas kumpulan Fotograf untuk berduet dengan Shamrin menerusi lagu hit rakaman semula 'Di Alam Fana Cintamu'. Sebenarnya lagu ini adalah lagu solo nyanyian Sharifah Aini yang tidak dimuatkan dalam projek asal album SELAMANYA (1996) tetapi pihak EMI telah mengubahsuai untuk dijadikan sebagai lagu duet bersama Shamrin untuk album JUARA MIMPI. Pada awalnya Sharifah Aini tidak berpuashati dengan keadaan ini kerana beranggapan vokalnya untuk lagu tersebut tidak memuaskan. Tetapi rasa tidak puashati ini berakhir apabila hasil kerja lagu tersebut mendapat pujian peminat dan media massa. |
|
Code CD: 7243-8533372-9 |
NOSTALGIA AIDILFITRI
EMI telah mengeluarkan edisi cetakan semula album raya solo pertama Sharifah Aini tetapi telah menukar tajuk asal PILIHAN KLASIK AIDILFITRI menjadi NOSTALGIA AIDILFITRI bertepatan dengan populariti mendadak lagu raya berentak zapin, 'Nostalgia Aidilfitri' yang begitu cepat mesra diterima khalayak. Sunanan trek lagu masih seperti album asal, hanya warna kulit album yang dapat membezakan versi kedua-dua album ini. Sila lihat format asal, CD PILIHAN KLASIK AIDILFITRI di atas. |
|
Code CD: 7243-4954622-6 |
YAYADAN (EMI, 1998)
(Pak Ngah / Hairul Anuar Harun)
(Imanzali / Yusri) Versi asal nyanyian Aris Ariwatan
(A Ali / Siso)
(Yusri / Siso)
(The Zikr / Pahrol Md Juoi) Versi asal nyanyian the Zikr
(S Atan / Siso)
(The Zikr / Nazri Johani) Versi asal nyanyian the Zikr
(S Atan / Haron Abdul Majid) Versi asal nyanyian Hidayah
(Raja Kobat)
(Ahmad Bakqi / A Malik) Versi asal nyanyian Orkes El Suraya / D'Lloyd Berbeza daripada album-album Sharifah Aini sebelum ini, album berkonsep nasyid pop, YAYADAN menggabungkan muzik Arab dan tradisional Melayu/Etnik. Fokus liriknya lebih berunsur ketuhanan dan keinsanan. Album ini diterbitkan oleh empat penerbit iaitu S Atan, Eddie Marzuki, Pak Ngah dan Ramli MS, justeru itu pengisian album ini agak berbeza daripada album Sharifah Aini sebelumnya terutamanya dari segi susunan muzik, pemilihan lagu dan lirik. Terdapat kesilapan terhadap tajuk lagu 'Sketsa Kehidupan' yang sepatutnya ialah 'Mengemis Kasih'. 'Mengemis Kasih' dipopularkan oleh the Zikr sekitar awal tahun 90'an manakala 'Sketsa Kehidupan' adalah versi yang berbeza tetapi asalnya juga dipopularkan oleh the Zikr. |
|
Code CD: 7243-4955322-4 |
SILAT legenda (ost) – Various Artist (EMI, 1998)
(KRU)
(KRU / Zainal Abidin)
(KRU)
(KRU)
(KRU)
(KRU)
(KRU)
(KRU)
(Fauzi Marzuki / Bob Rezal)
(KRU) |
|
Code CD: 7243-4988872-2 |
DEWI SUKMA – Sharifah Aini & Uji Rashid (EMI, 1998)
Vokal Sharifah Aini yang bertenaga dan berkarakter, manakala vokal Uji Rashid yang lembut lagi manja kini digabungkan dalam satu album kompilasi yang menyenaraikan lagu hit mereka di zaman kemuncak. Dua nama besar tahun 70an ini pernah bernaung sebumbung di bawah syarikat gergasi EMI dan menjadi rebutan pihak penganjur pentas ketika itu. |
|
Code CD: 7243-5220882-1 |
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA (EMI, 1999)
(KRU)
Album kompilasi khas ini diterbitkan sempena meraikan ulangtahun Sharifah Aini ke-30nya bersama EMI. Antara perancangannya EMI akan menerbitkan siri albumnya dengan tema berbeza-beza sebagai mengenang jasanya. Buat permulaan album TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA yang asasnya memperketengahkan genre muzik tradisional (kini dikenali Irama Malaysia), maka terkumpullah lagu-lagu Sharifah Aini yang berentak asli, zapin, ghazal, keroncong, Melayu deli, Melayu klasik, dangdut dan ala Hindustan. Sebagai bonus lagu 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia' (asalnya dimuatkan dalam album runut bunyi SILAT LEGENDA dan diterbitkan oleh KRU) kini dirakam semula dengan susunan muzik baru oleh penggubah hebat Eddie Marzuki. |
|
Code CD: 7243-5233862-7 |
SERI DEWI (EMI, 1999)
(Eddie Hamid / Man Toba) Versi asal nyanyian Spoon
SERI DEWI, merupakan album kompilasi khas kedua yang diterbitkan sempena meraikan ulangtahun Sharifah Aini ke-30nya bersama EMI. Jika album TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA memperketengahkan genre muzik tradisional, manakala produk istimewa SERI DEWI menghimpunkan koleksi lagu-lagu pop terbaik Sharifah Aini yang menyimpan nostalgia tersendiri. Album ini dimantapkan lagi dengan sebuah lagu rakaman semula ciptaan Eddie Hamid 'Rindu-Rindu Serindunya' (nyanyian asal kumpulan Spoon) yang digubah semula oleh Ramli MS dengan iringan muzik orkestra. |
|
|