DISKOGRAFI Page 4-7 menyenaraikan album dan info ringkas album solo, kompilasi, rilisan semula Sharifah Aini yang diterbitkan dalam format CD secara kronologi bermula pada tahun 1990 dengan penerbitan semula, ALBUM MELAYU DELI sehingga yang terakhir, PILIHAN SENTIMENTAL EMAS. Kesemua CD Sharifah Aini yang dipaparkan adalah koleksi milik peribadi saya. |
|
Code CD: 9999284432 |
AKU DAN DIA – Sharifah Aini & Uji Rashid (EMI-Warner Music, 2013) CD 1: Sharifah Aini
CD 2: Uji Rashid
Sharifah Aini dan Uji Rashid dipertemukan semula dalam album kompilasi AKU DAN DIA yang menampilkan lagu-lagu popular dan terbaik di zaman kemuncak mereka. Sebelum ini mereka digabungkan dalam CD kompilasi DEW SUKMA. Walaupun tajuk album ini AKU DAN DIA dan kedua-duanya pernah merakam semula lagu klasik 50an 'Aku Dan Dia' tapi sayangnya lagu tersebut tidak disenaraikan. Sharifah Aini merakam lagu ini dalam versi pop keroncong untuk EP ketiganya AKU DAN DIA (1971) manakala Uji Rashid mengalunkannya dalam rentak pop tradisional dan dimuatkan dalam LP KALI TERAKHIR KU LIHAT WAJAHMU (1977). Apa yang menarik tersenarainya dua buah lagu Sharifah Aini untuk filem PERMINTAAN TERAKHIR yang tidak pernah diterbitkan dalam format CD. Lagu tersebut ialah 'Permintaan Terakhir' & 'Cintaku Cintamu'. |
Code CD: 99960023962
|
HIT SENTIMENTAL CD 1:
CD 2:
Ada empat buah lagu yang tidak pernah diterbitkan dalam format CD disenaraikan dalam album kompilasi ini iaitu 'Kenangan' & 'Kau Ku Sayang' (album asal CAHAYAKU), 'Sebuah Ilusi' (album KASIH) dan 'Kau Menguji Hatiku' (album MALAM). |
Code CD: 3785622 |
LAGU LAGU PUJAAN (EMI-Universal Music, 2014, terbitan asal EMI, 1980)
Pada September 2013, Universal Music telah mengambil alih syarikat EMI Music (Malaysia) dan projek terawal mereka menerbitkan siri '24-BIT REMASTERED' (sebuah teknologi mastering 24-bit dengan tahap kualiti audio yang terbaik). Bagaimanapun album yang terpilih adalah produk yang pernah EMI keluarkan melalui siri KOLEKSI LAGU-LAGU TERBAIK MAT JIMAT & MURAH HATI, cuma kulit album sahaja yang ditukar. Kulit album yang digunakan untuk siri '24-BIT REMASTERED' agak mengelirukan termasuklah album Sharifah Aini LAGU LAGU PUJAAN yang menggunakan kulit album EP SERI DEWI MALAM. Sila lihat format asal, piringhitam LAGU LAGU PUJAAN: KOLEKSI 10 TAHUN. |
Code CD: 3785630 |
KOLEKSI 16 LAGU LAGU TERBAIK (EMI-Universal Music, 2014, terbitan asal EMI, 1985)
Sebuah lagi album Sharifah Aini yang terpilih untuk siri '24-BIT REMASTERED' ialah KOLEKSI 16 LAGU LAGU TERBAIK. Bagaimanapun CD ini pernah diterbitkan menerusi SIRI MURAH HATI. Agak mengelirukan apabila kulit album RAHSIA HATI telah digunakan untuk album koleksi ini. Sila lihat format asal, kaset KOLEKSI 16 LAGU LAGU TERBAIK. |
Code CD: 3797282 |
SEIRING SEJALAN BERSAMA DATUK SHARIFAH AINI (EMI-Universal Music, 2014) CD 1:
CD 2:
AL FATIHAH ... setelah sebulan pemergian Biduanita tersohor Sharifah Aini ke pangkuan Ilahi pada 5 Julai lalu, Universal Music telah mengeluarkan album SEIRING SEJALAN BERSAMA DATUK SHARIFAH AINI, sebuah album kompilasi yang menghimpunkan lagu-lagu duet Sharifah Aini. Bagaimanapun album ini sebenarnya telahpun diedarkan oleh Warner Music dengan tajuk MEMORI HIT SEIRING SEJALAN (2009). Tetapi dibawah label Universal Music, album ini telah diberi pakej baru dan menggugurkan beberapa lagu duet Sharifah Aini bersama artis Warner Music iaitu Latiff Ibrahim (Duniaku Duniamu) dan SM Salim (Biar Ku Pergi). Penampilan istimewa Sharifah Aini untuk lagu 'Yaladan' bersama Fadzil Ahmad, juga digugurkan. Sila lihat format asal, CD MEMORI HIT SEIRING SEJALAN. |
Code CD: 4701392 |
ABADI DALAM KENANGAN 1953-2014 (EMI-Universal Music, 2014) CD 1: Suka Duka Bersama
CD 2: Kenangan Terindah
Oktober 2014, sebuah lagi album kompilasi terbaru Sharifah Aini berada di pasaran. Tentulah keistimewaan 'ABADI DALAM KENANGAN: Suatu Penghormatan Kepada ... Biduanita Negara' adalah sebagai mengenang ke atas pemergiaan Biduanita Tersohor Sharifah Aini. Walaupun seleksi lagu-lagunya adalah 'kitaran semula' tetapi ini merupakan album pertama Sharifah Aini di bawah label Universal Music yang menyenaraikan susunan trek lagu yang berbeza. |
Code CD: 4703779 |
DATUK SHARIFAH AINI
IN DOWN MEMORY LANE CD 1:
CD 2:
Baru saja sebulan album ABADI DALAM KENANGAN berada di pasaran, sebuah lagu album kompilasi Datuk Sharifah Aini, SHARIFAH AINI IN DOWN MEMORY LANE diedarkan oleh Universal Music. Album ini juga pernah diterbitkan oleh EMI dengan kerjasama Warner Music pada tahun 2009. Cuma kulit albumnya ditukar tetapi susunan trek lagu-lagunya kekal seperti produksi asal. Sila lihat format asal CD DATUK SHARIFAH AINI IN DOWN MEMORY LANE. |
Code CD: HSP 01477-2 |
EKSKLUSIF DATUK SHARIFAH AINI BERSAMA ORKESTRA RTM (RTM-Life Records, 2014)
Versi asal nyanyian Normadiah
Versi asal nyanyian Saloma
Versi asal nyanyian Rubiah
Versi asal nyanyian S Radziah
(Ahmad Nawab / Sharifah Aini / Rahmat Zaki )
Versi asal nyanyian Broery Marantika
Versi asal nyanyian Demis Roussos
Versi asal nyanyian Kishore Kumar & Lata Mangeshkar 'Bhool Gaye Sab Kuch' dari filem JULIE, 1975)
Versi asal nyanyian Fairuz 'Nihna Wel Qamar Jiran'
Versi asal nyanyian Aizaki Shinya 'Kimi No Hato Ni Hi O Tsukete' & Muchsin 'Jangan Tinggalkan' & 'September'
Versi asal nyanyian Rubiah tetapi dipopularkan semula oleh Saloma
Versi Inggeris nyanyian asal Bobby Vinton 'My Melody Of Love 'Eksklusif Datuk Sharifah Aini Bersama Orkestra RTM merupakan album yang cukup bermakna kerana ianya adalah persembahan terakhir Sharifah Aini bersama Orkestra RTM sebelum jatuh sakit. Konsert ini dirakam pada April 2012 yang berlangsung di Angkasapuri. Ia diterbitkan khas oleh RTM bagi mengenang perjuangan empat dekad Allahyarham dalam dunia nyanyian. Penghasilan album itu turut mendapat kerjasama syarikat rakaman Life Record Sdn Bhd. Sebagai bonus, DVD Konsert 'Live' tersebut juga disertakan dengan CD eksklusif ini. |
Code CD: 3799325 |
SIRI BINTANG PUJAAN (EMI-Universal Music, 2014) CD 1:
CD 2:
|
Code CD: 4766897 |
KASIH
(EMI-Universal Music,
2015, terbitan asal EMI, 1987)
KASIH terbitan M Nasir diedarkan ketika industri
muzik tanahair dilanda fenomena muzik rock. KASIH
menyenarai banyak lagu
menarik dan agak 'lari' dari lagu-lagu Sharifah Aini di era 80an ataupun era
70an. Ia merupakan kolaborasi terawal M Nasir dan Sharifah Aini.
Tidak dinafikan album ini merupakan salah satu produksi terbaik dan terbukti
aura Sharifah Aini yang bergantung kekuatan vokalnya mampu berkerjasama dengan
ramai penerbit termasuk M Nasir yang ketika itu menjadi rebutan syarikat rakaman
untuk penerbitan album bergenre rock. Sebelum ini Sharifah Aini pernah bekerjasama dengan Kassim Masdor,
Ahmad Nawab, Reggie Verghese, S Atan dan Fauzi Marzuki. Setelah lama
menunggu, akhirnya KASIH diterbtikan dalam format CD.
Sila lihat format asal,
piringhitam
KASIH |
Code CD: 4783203 |
NADA PESONA(EMI-Universal Music, 2016) CD 1:
CD 2:
Nota: Seramai 10 artis telah dipilih untuk penerbitan CD NADA PESONA. Selain Sharifah Aini, artis-artis lain yang terpilih ialah Sheila Majid, Sudirman, P Ramlee, Alleycats, Kembara, Ella, Search, Anita Sarawak dan Rafeah Buang . |
Code CD: 4786563 |
kau
yang bernama
(EMI-Universal
Music, 2016, terbitan asal EMI, 1986)
KAU YANG BERNAMA diterbitkan
oleh komposer Ruslan Imam. Manakala A Riyanto
seorang tokoh muzik terkemuka Indonesia didatangkan khas ke EMI Malaysia sebagai
komposer undangan untuk menerbitkan 3 buah lagu iaitu dua lagu baru ciptaan
A Riyanto, 'Kau Racun Hidupku' dan 'Hatiku Melekat Di Hatimu' dan
sebuah lagu rakaman semula 'Yang Sangat Ku Sayang' Terkini,
KAU YANG BERNAMA juga telah
diterbitkan dalam format CD.
Sila lihat format
asal, piringhitam
KAU
YANG BERNAMA |
Code CD: 5700259 |
ALBUM HARI RAYA – Various Artist (EMI-Universal Music, 2016, terbitan asal EMI, 1981)
Kerana sesuatu sebab, Sharifah Aini hanya tampil dengan lagu raya lamanya 'Hari Yang Mulia' walaupun kulit album raya ini telah sempurna siap dengan menampilkan beliau bersama artis EMI Malaysia lainnya. ALBUM HARI RAYA juga pernah diterbitkan dalam format CD pada tahun 1998 tetapi trek lagunya telah ditambah dengan dua lagu raya lain, 'Manusia Miskin Kaya' (Eddy NorAli) dan 'Suara Takbir' (DJ Dave).Sila lihat format asal, piringhitam ALBUM HARI RAYA . |
Code CD: 5700274 |
DELI AIDILFITRI – Sharifah Aini, Sudirman, Zaleha Hamid & Herman Tino (EMI-Universal Music, 2016, terbitan asal EMI, 1984)
Trilogi siri ALBUM MELAYU DELI terbitan EMI diakhiri dengan album raya DELI AIDILFITRI. Uniknya album ini apabila kesemua lagu raya sama ada ciptaan baru dan tradisional diberi sentuhan irama Deli. Malah lirik lagu tradisional juga telah diubahsuai dan disuntik dengan elemen raya kecuali lagu 'Burung Putih' nyanyian Sharifah Aini & Seri Tambak (Nyiur Gading) nyanyian Sudirman. Album ini masih mengekalkan S Atan sebagai penerbit. Kini, setelah 32 tahun barulah kita dapat menikmati album raya bergenre Asli & Deli dalam format CD. Sila lihat format asal, piringhitam DELI AIDILFITRI. |
Code CD: 5764080 |
PILIHAN SENTIMENTAL EMAS
Sila lihat format asal, kaset PILIHAN SENTIMENTAL EMAS. |
Code CD:
5765742 |
bergembira di hari raya – Various Artist(EMI-Universal Music, 2017, terbitan asal 1977)
Album raya paling berjaya dalam sejarah muzik tempatan. Ia bukannya album raya yang mengandungi seratus peratus lagu baru tetapi amat menarik apabila diselang-selikan dengan dialog DJ Dave, Uji Rashid, Hail Amir dan Ali Abdul Rahman bertandang ke rumah Sharifah Aini. Penerbit dan susunan muzik album ini ditangani oleh komposer Ahmad Nawab. Untuk format CD, album ini sering dirilis semula dengan pelbagai edisi. Terbaru, untuk edisi 2017 album raya ini muncul dengan pakej yang lebih menarik kerana kulit album yang serupa dengan album asal kecuali ditambah dengan nama artis utama yang menjayakan album ini. Sila lihat format asal, piringhitam BERGEMBIRA DI HARI RAYA . |