DISKOGRAFI 2 Page 4–7 menyenaraikan album dan info ringkas album solo, kompilasi, rilisan semula Sharifah Aini yang diterbitkan dalam format CD secara kronologi bermula pada tahun 1990 dengan penerbitan semula, ALBUM MELAYU DELI sehingga yang terakhir, PILIHAN SENTIMENTAL EMAS. Kesemua CD Sharifah Aini yang dipaparkan adalah koleksi milik peribadi saya. |
|
Code CD: 00946-394977-20 |
EMAS SELAMANYA (EMI, 2007)
|
Code CD: 724385333729 |
NOSTALGIA AIDILFITRI
Sempena ulangtahun ke 10 penerbitan album raya solo Sharifah Aini yang cukup berjaya di pasaran NOSTALGIA AIDILFITRI diterbitkan semula dengan pakej baru. Album raya ini masih mendapat sambutan peminat dan ini adalah kali ketiga ia diterbitkan dalam versi kulit album yang berbeza. Edisi awal album ini diterbitkan pada tahun 1996 dengan tajuk PILIHAN KLASIK AIDILFITRI kemudian di cetak semula pada tahun 1997 dengan menukar tajuk album, NOSTALGIA AIDILFITRI yang merupakan lagu hit dalam album raya tersebut. Untuk versi terkini, album raya ini masih mengekalkan susunan trek lagu seperti album asal. Sila lihat format asal, CD PILIHAN KLASIK AIDILFITRI. |
Dewan Bahasa dan Pustaka |
PUISI TRADISIONAL: SYAIR DAN
GURINDAM LAGU LAGU JILID 2
– Various Artist
Syair dan gurindam merupakan genre puisi tradisional yang unik kerana ditulis dan dilagukan dalam bentuknya yang tersendiri. Album PUISI TRADISIONAL: Syair dan Gurindam Jilid 2 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertujuan untuk memelihara budaya bangsa dan membangunkan masyarakat. Syair dan gurindam dipersembahkan oleh Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini, Tan Sri SM Salim, Aishah dan bintang realiti AF yang berbakat, Bob (AF2), Farah (AF2) dan Haziq (AF4). Tugasan sebagai suara latar digalas oleh penulis lirik terkenal suatu ketika dulu, Siti Zaleha Hashim. Penerbitan multimedia ini dijual pada harga RM30 dan cakera padat berharga RM15 atau harga pakej RM35. |
Code CD: 999698586-2 |
SATU PENGHARGAAN CD 1:
CD 2:
Mulai 1 September 2008 lalu, segala urusan pemasaran dan pengedaran album artis EMI telah diberi hak pelesenan kepada syarikat Warner Music. Album kompilasi CD berkembar SATU PENGHARGAAN yang berada di pasaran sekitar March 2009 adalah album terawal Sharifah Aini yang diedarkan oleh Warner Music. Bagaimanapun album ini dikategorikan sebagai rilisan semula daripada album asal ANUGERAH yang pernah diterbitkan pada tahun 2003. Susunan trek lagu adalah seperti album asal cuma kulit album sahaja yang ditukar. Jika ANUGERAH diterbitkan sebagai penghargaan ke atas Sharifah Aini sebaik sahaja menerima gelaran 'Datuk' manakala siri SATU PENGHARGAAN ia lebih kepada sebuah penghargaan EMI & Warner Music terhadap artis-artis mereka yang telah bergelar 'Datuk'. Nota: Selain Sharifah Aini, penyanyi seperti DJ Dave, Sheila Majid, Ahmad Jais, M Daud Kilau, Khadijah Ibrahim, Yusni Hamid, Ahmad Nawab & Dato' Shake turut terpilih dalam penerbitan CD siri SATU PENGHARGAAN. Sila lihat format asal, CD ANUGERAH. |
Code CD: 88697509962 |
MELAYU KLASIK
–
Aishah & Sharifah Aini CD 1: Aishah
CD 2: Sharifah Aini
|
Code CD: 999686227-2 |
DATUK SHARIFAH AINI IN DOWN MEMORY LANE (EMI-Warner, 2009) CD 1:
CD 2:
|
Code CD: 999693839-2 |
MEMORI HIT SEIRING SEJALAN (EMI-Warner, 2009) CD 1:
CD 2:
Album kompilasi ini cukup menarik kerana ia menyenaraikan kesemua penyanyi yang pernah berduet dengan Sharifah Aini. Antara penyanyi lelaki yang cukup serasi menjadi pasangan duet Sharifah Aini ialah M Sani, Broery Marantika & Latiff Ibrahim. |
Code CD: 999632363-2 |
KENANGAN LELA MANJA
(Bintang Undangan Hamah Dolmat)
Produksi asal album LELA MANJA telah diterbitkan pada tahun 1979. Setelah 30 tahun, album
ini diedarkan semula dengan tajuk KENANGAN LELA MANJA.
Kulit albumnya juga lebih menarik. Lebih istimewa apabila terdapat penambahan 9
lagu bonus ( Sila lihat format asal, piringhitam LELA MANJA. |
Code CD: 9996426512 |
LAGENDA HIT CD 1:
CD 2:
|
Code CD: 9996465402 |
ASLIRAMA – Various Artist (EMI-Warner, 2010, terbitan asal EMI, 1973)
Kulit album penerbitan semula CD ASLIRAMA Edisi 2010 lebih mirip seperti album asal berbanding format CD pertama yang pernah diterbitkan oleh EMI pada tahun 1991 yang agak berlainan. Edisi terbaru ini adalah terbitan dan edaran Warner Music. Sila lihat format asal, piringhitam ASLIRAMA. |
Code CD: 99991842325 |
IRAMA DARI SEKEPING HATI (EMI-Warner, 2010, terbitan asal EMI, 1983)
Album studio terbitan dan edaran EMI tahun 1983, IRAMA DARI SEKEPING HATI buat pertama kalinya diterbitkan dalam format CD tanpa mengubah susunan trek lagu dan juga kulit album. Sila lihat format asal, piringhitam IRAMA DARI SEKEPING HATI. |
Code CD: 5249851142 |
SUMBER ILHAMKU (ost) – Various Artist (Warner, 2011, terbitan asal 1979)
Buat pertama kalinya album runut produksi tahun 1979 diterbitkan dalam format CD. Sila lihat format asal, piringhitam SUMBER ILHAMKU. |
Code CD: 9996786292 |
HARUM DALAM KENANGAN (EMI -Warner, 2011, terbitan asal EMI, 1981)
Buat pertama kalinya album studio produksi tahun 1981 diterbitkan dalam format CD. Sila lihat format asal, piringhitam HARUM DALAM KENANGAN. |
Code CD: 9996786302 |
RAHSIA HATI (EMI-Warner, 2011, terbitan asal EMI, 1982)
Buat pertama kalinya album studio produksi tahun 1982 diterbitkan dalam format CD. Sila lihat format asal, piringhitam RAHSIA HATI. |
Code CD: 999084291-2 |
KENANGAN ABADI (EMI-Warner, 2011)
|
Code CD: 999941696-2 |
BIDUANITA NEGARA DATUK SHARIFAH AINI 1 (EMI-Warner, 2011) CD 1: Seri Dewi Malam
CD 2: Dewi Rindu
CD 3: Bila Muzik Bergema
CD 4: Mengharap Cintamu
CD 5: Terbang Helang
Sempena 42 tahun penglibatan Biduanita Sharifah Aini dalam bidang nyanyian, EMI telah menerbitkan sebuah album kompilasi BIDUANITA NEGARA DATUK SHARIFAH AINI 1 yang mengandungi 100 buah lagu hit Sharifah Aini yang disediakan dalam 5CD (digitally remastered). Sukar untuk memuaskan hati semua peminat, walaupun disediakan dalam 5 CD masih terdapat lagi lagu popular dan yang terbaik daripada Biduanita ini yang tercicir. Malah saya berpendapat seharusnya disediakan satu lagi CD yang menampilkan koleksi lagu Inggeris untuk melengkapkan keversatile beliau yang mampu membawa pelbagai genre lagu untuk dikongsi bersama dalam sebuah album istimewa ini. Album kompilasi ini adalah yang terbaik yang pernah diterbitkan dan ianya bukan khas untuk dimiliki oleh peminat Sharifah Aini sahaja tetapi, juga patut menjadi koleksi pencinta industri muzik tanahair. Tajuk BIDUANITA NEGARA yang digunakan untuk album kompilasi ini memang amat sesuai sebagai penghargaan ke atas perjuangan Sharifah Aini yang sudah mencapai 4 dekad. |
Code CD: 999304336-2 |
BIDUANITA NEGARA DATUK SHARIFAH AINI 2 (EMI-Warner, 2011) CD 1: Aku, Engkau Dan Irama
CD 2: Yang Sangat Ku Sayang
CD 3: Cinta Mewangi
CD 4: Manis Manis
CD 5: Angel Of The Morning
Kesinambungan daripada CD BIDUANITA NEGARA 1. Peminat Sharifah Aini dihidangkan lagi dengan sebahagian lagu-lagu popular dan terbaik beliau melalui siri BIDUANITA NEGARA 2. Album yang pasti membangkitkan nostalgia ini juga disediakan dalam 5 CD. Lebih menarik apabila himpunan lagu-lagu Inggeris dan duet Sharifah Aini juga diketengahkan. Timbul pertanyaan kenapa lagu duet Sharifah Aini bersama Broery, Latiff Ibrahim dan Tan Sri SM Salim tercicir dari senarai, sedangkan kita tahu dengan kerjasama EMI dan Warner Music sudah tentu tidak menjadi masalah untuk menggabungkan mereka dalam satu projek hebat sebegini walaupun ia hanya sebuah album kompilasi. Lagipun Warner telahpun mendapat hak perlesenan menerbitkan atau mengedarkan lagu-lagu artis EMI. |
Code CD: 9993270352 |
WARISAN – Sudirman & Sharifah Aini (EMI-Warner, 2012) CD 1:
CD 2:
Inisiatif syarikat rakaman EMI pada tahun 2001 menggabung dua penghibur tersohor, Sharifah Aini & Sudirman dalam sebuah album kompilasi bergenre irama keMelayuan, ALUNAN SUKMA sangat dialu-alukan. Setelah 10 tahun berlalu, kini mereka digabungkan semula dalam CD berkembar WARISAN yang menghimpunkan 34 buah lagu berciri keMelayuan. |
Code CD: 9999734762 |
101 CD 1:
CD 2:
CD 3:
CD 4:
CD 5:
Kepuasan amat terasa apabila mendengar lontaran merdu vokal Sharifah Aini yang dihimpunkan dalam 5CD. Bertepatan dengan tajuknya album ini menyenaraikan 101 buah lagu tetapi seperti biasa lagu-lagu yang tersenarai adalah kitaran semula seperti yang terdapat dalam album kompilasi Sharifah Aini sebelumnya seperti LAGENDA HIT, BIDUANITA NEGARA 1 & 2. Daripada 101 buah lagu yang disenaraikan hanya ada 3 lagu yang belum pernah diterbitkan dalam format CD iaitu lagu keroncong 'Hanya Engkau', lagu saduran Hindi 'Ke Mana Ku Kan Pergi' dan sebuah lagu klasik nyanyian dan ciptaan P Ramlee 'Getaran Jiwa'. Lagu keroncong 'Hanya Engkau' telah disampaikan dengan begitu cemerlang oleh Biduanita ini walaupun ketika itu beliau hanya berusia sekitar belasan tahun sahaja. |
Code CD: 9997417942 |
DENGARKANLAH (EMI-Warner, 2013) CD 1:
CD 2:
Sebagai penutup tahun 2012, EMI-Warner Music telah mengedar sebuah lagi album kompilasi Sharifah Aini DENGARKANLAH. Bagaimanapun album ini dicatatkan 2013 sebagai tahun edaran. Apa yang istimewa, audio lagu-lagu yang terkandung dalam album ini telah menjalani proses mastering 'Steigern Audiophile' sebuah teknologi terkini dalam pencapaian qualiti audio/restorasi bunyi rakaman ke tahap 24-bit. |