P laylist CD Pilihan:
(dikemaskini 1 Julai 2024) |
|
|
BEST OF
SALEEM & SYAFIQ FARHAIN
Album kontroversi BEST OF SALEEM & SYAFIQ FARHAIN dilancarkan sebulan selepas allahyarham Saleem meninggal dunia dan hanya sempat berada di pasaran selama dua minggu saja kerana terpaksa dihentikan penjualannya atas sebab tertentu. Album kompilasi yang mempertaruhkan bakat nyanyian ayah dan anak, Saleem dan Syafiq Farhain ini mengandungi 7 buah lagu arwah Saleem dan empat lagu Syafiq termasuk single terbarunya 'Demi Setia'. Setakat ini Syafiq Farhain hanya menghasilkan single, 'Sayang Maafkan Aku' (2017) dikuti 'Kamar Hati' dan 'Aku Jatuh Cinta' (2018). Kesemua single ini mendapat sambutan. Syafiq Farhain merupakan seorang ahli bomba dan memulakan kerjayanya menjadi penyanyi melalui aplikasi Smule di penghujung 2006 dan merupakan salah seorang peserta program realiti Big Stage Musim Pertama. Album kompilasi ini juga memuatkan kesemua lagu dari mini album terakhir Saleem PILIHANKU (2017) dan single 2014, 'Cinta Bukan Mudah' kolaborasi Saleem bersama Filsuf. |
|
PILIHANKU
–
Saleem
Saleem muncul dengan mini album yang mengandungi hanya 5 buah lagu. Kesemua lagu adalah ciptaan baru kecuali 'Cinta Tiga Segi' yang diambil terus dari album TRILOGIK CINTA (CINTA TIGA SEGI) terbitan Universal Music tahun 2008. Album studio yang diedarkan sekitar April 2017 juga merupakan buah tangan terakhir Saleem yang disahkan meninggal dunia pada 14 Oktober 2018. |
|
CINTA KITA BERBEZA
–
Saleem
Kebiasaannya album solo Saleem dibawah label Universal pasti akan menyelitkan beberapa lagu 'cover version' tetapi tidak dengan album ini kerana CINTA KITA BERBEZA, 100% adalah lagu ciptaan baru. |
|
MENYAYANGIMU
–
Saleem
Disamping merakamkan lagu-lagu ciptaan baru, Saleem turut memberi nafas baru lagu 'Usang' yang pernah dipopularkan oleh Rahim Maarof dengan versi yang tersendiri. |
|
DUNIA ETNIK
–
Saleem
Agak mengejutkan juga apabila Saleem tiba tiba muncul dengan buah tangan terbaru DUNIA ETNIK memandangkan naskhah kali ini bukan sebuah album pop rock atau balada, sebaliknya adalah sebuah album yang berkonsepkan irama etnik kreatif. Ia merupakan satu percubaan Saleem untuk mencari kelainan berbanding album album sebelumnya disamping ingin menjadi seorang penyanyi serba boleh. Album DUNIA ETNIK memuatkan 12 buah lagu kesemuanya dengan lima daripadanya adalah lagu lagu baru ciptaan komposer terkenal tanah air seperti S Atan, 'Permata Sukma' & 'Engkau Bernama Kekasih'; Azam Dungun 'Zikir Jiwa'; Lan Laga 'Joget Come Lote' dan Eddie Hamid 'Ranting Angin'. Sementara itu, lain-lain lagu yang turut dimuatkan adalah lagu lagu yang pernah dipopularkan oleh beberapa artis sebelum ini seperti 'Maharaja' (Ramlah Ram), 'Mengapa Di Kenang Mengapa Di Fikir' (Herman Tino) dan 'Hala Timur' & 'Dikir Puteri' (Noraniza Idris). 'Bukan Aku Tak Cinta' yang penah dirakam oleh Saleem dalam pelbagai versi kini disampaikan dalam versi etnik dan Saleem menyampaikannya dengan amat baik. 'Bunga Tanjung' pula adalah versi yang sama yang diambil dari album, DEMI CINTA, Universal, 2009. |
|
DEMI CINTA
–
Saleem
DEMI CINTA merupakan album yang menyenaraikan banyak lagu retro dan pujaan masa kini yang pernah dipopularkan oleh penyanyi tempatan seperti Slam, Ben Nathan, Salamiah Hassan & M Nasir dan penyanyi Indonesia, Diana Nasution & Broery Marantika. Antara lagu rakaman semula yang dipersembahkan dengan baik oleh Saleem ialah 'Tinggal Kenangan' yang dipopularkan oleh artis Indonesia, Gaby dan 'Terlena' nyanyian asal Azman. Terdapat juga 3 lagu ciptaan baru, 'Benarkah Kerana Cinta', 'Blues Cinta Kita' & 'Tamu Jiwa'. |
|
AKU SALEEM: TRILOGIK CINTA (Cinta Tiga Segi) (Universal Music, 2008)
Album ini memuatkan sebuah lagu kontroversi yang ditulis oleh seorang banduan bertajuk 'Trilogik Cinta' (Cinta Tiga Segi) dan dua buah lagu baru, 'Wanitaku' (ciptaan Eddie Hamid) dan 'Kali Ini' (ciptaan Bong). Lain-lain lagu adalah lagu 'cover version' yang pernah dipopularkan oleh Fauziah Latiff, Ibnor Riza, Kembara, Adam Ahmad, Jamal Mirdad, Ebiet G Ade dan Dian Piesesha. |
|
SESUATU YANG ABADI
–
Iklim CD 1:
CD 2:
SESUATU YANG ABADI merupakan koleksi penuh dari tiga album studio terawal kumpulan Iklim, SUCI DALAM DEBU, BULAN JATUH KE RIBA dan BUDI. Semua trek lagu disusun seperti album asal. |
|
MAAF – Saleem (Warner Music, 1998 / rilisan semula, 2016)
Saleem merupakan seorang penyanyi sensasi kumpulan Iklim yang terkenal sekitar tahun 90an. Kemelut yang melanda Iklim dan Saleem menyebabkan Saleem akhirnya muncul sebagai penyanyi solo. Di bawah label Warner Music, MAAF adalah album solo pertama Saleem setelah berpisah dengan Iklim. Kemunculan Saleem secara solo melalui album MAAF memang tidak mengecewakan kerana beliau memang mempunyai vokal yang hebat. Kejayaan album ini memberi peluang kepada Saleem menghasilkan beberapa album solo seterusnya bersama Warner sebelum beliau bergabung semula dengan Iklim melalui album BUNGA EMAS (2003). |
|
DIRGAHAYU 2 – Saleem (Warner Music / Rock Records, 1998) CD 1:
CD 2: Bonus Karaoke
|
|
DIRGAHAYU
–
Iklim CD 1:
CD 2: Bonus Karaoke
|
|
GABUNGAN SALEEM IKLIM & M NASIR – Saleem (Rock Records, 1998) CD 1:
CD 2: Bonus Karaoke
|
|
EMAS
SELAMANYA
–
Iklim
|
|
AKUSTIKA WARISAN ABADI: THE UNPLUGGED ALBUM 2 – Saleem (SCS, 1996)
|
|
SERIBU PENGHARGAAN – Iklim (SCS, 1995 / rilisan semula, 2018)
Keistimewaan album ini ialah memperkenalkan beberapa lagu-lagu baru yang dipetik daripada album solo Saleem dan Umarul yang belum diedarkan. 'Mahligai Syahdu' nyanyian asal Hattan dan 'Mungkinkah' nyanyian asal Medicine merupakan lagu-lagu yang dipetik daripada album akan datang Saleem, GABUNGAN SALEEM IKLIM & M NASIR. Manakala lagu nyanyian solo Umarul, 'Blues Guana Gitu Gini' adalah merupakan kesinambungan daripada lagu 'Blue Terengganu Kita' yang dinyanyikan dalam loghat Terengganu. Instrumental 'Love U So Much & Forever' pula merupakan sebuah hadiah istimewa Iklim kepada peminat-peminat setia yang sentiasa memberikan sokongan yang berterusan sebagai ucapan terima kasih. 'Blues Guana Gitu Ini' dan 'Love U So Much & Forever' akan dimuatkan dalam album solo Umarul yang berjudul UMARUL/IKLIM. Lagu 'Seribu Penghargaan' yang dipetik daripada album pertama kumpulan Iklim, SUCI DALAM DEBU kini dirakam semula dengan memasukkan vokal Umarul untuk jadikan sebagai lagu duet bersama Saleem. INFO: kesemua lagu dari album baru Saleem yang diterbitkan oleh syarikat rakaman SCS selepas penghijrahan Iklim ke syarikat rakaman Warner adalah rakaman vokal asal Saleem secara solo ataupun bersama kumpulan Iklim tetapi lagu-lagu tersebut telah diberi susunan muzik yang baru termasuk album UNPLUGGED terbitan 1994 . |
|
IKLIM (Warner Music, 1994 / rilisan semula, 2016)
Ini merupakan album pertama Iklim dibawah label Warner Music. Iklim dengan vokal segar Saleem masih mampu mempertahankan populariti mereka apabila 'Di Pintu Mahligai' menjadi lagu hit. Bagaimanapun album ini tidak mampu menandingi kehebatan 3 album terawal Iklim bersama syarikat rakaman SCS terutamanya album SUCI DALAM DEBU. |
|
THE UNPLUGGED ALBUM – Saleem (SCS, 1994)
Kesemua lagu yang disenaraikan untuk album ini pernah dirakam oleh Saleem secara solo mahupun ketika bersama kumpulan Iklim. Bagaimanapun untuk album ini susunan muzik agak berlainan daripada muzik asal kerana ia hanya menggunakan alat-alat muzik akustika. |
|
DUNIA
–
Iklim
Album ini memuatkan 3 lagu baru dan 3 buah lagu yang disusun semula muziknya termasuk lagu 'Mimpi Yang Hilang' yang merupakan versi asal dari lagu 'Mimpi Yang Pulang' dengan pengubahsuaian beberapa lirik lagu. 'Suci Dalam Debu' pula dimasukkan vokal Poppy Mercury untuk dijadikan sebagai versi duet. |
|
BUDI
–
Iklim
Album BUDI adalah kesinambungan perjuangan anggota Iklim di dalam bidang hiburan tanahair walaupun ketika album ini dirakam pelbagai pihak ada mengatakan bahawa kumpulan ini dilanda krisis. Namun Iklim masih teguh dan berjaya menghasilkan album dan membuktikan kumpulan Iklim tetap utuh dan teguh. Album ini masih dengan konsep dulu dan penerbit yang sama iaitu Wan Zul. Terdapat sebuah lagu khas untuk warga Terengganu 'Blues Terengganu Kita' yang merupakan cantuman tiga irama iaitu Blues, Reggae dan Rock 'N' Roll. Liriknya pula banyak berkisar tempat tempat menarik, makanan istimewa serta pekerjaan penduduk negeri tersebut. |
|
BULAN JATUH KE RIBA
–
Iklim
BULAN JATUH KE RIBA juga diterbitkan oleh Wan Zul. Album kedua Iklim memaparkan kombinasi adunan instrumentasi yang canggih (bunyi dan efek), olahan dan susunan muzik yang lebih padat. Vokalis Saleem jauh lebih berpotensi dalam membaca setiap lagu dari album ini baik dari segi fizikal mahupun teknik menyanyi. Hasilnya dengan keunikan dan kemerduan suaranya, setiap lagu didendangkan dengan 'mood' yang berbeza dan amat memukau. Irama Soft-rock 'Gerhana Cinta Luka', 'Selamat Tinggal Penderitaan' dan 'Bulan Jatuh Ke Riba' muncul sebagai lagu hit. |
|
SATU KESAN ABADI
–
Iklim
Hanya dengan album pengenalan SUCI DALAM DEBU terbitan Wan Zul, nama kumpulan Iklim bukan saja gah di negara sendiri tetapi turut menggegarkan dunia muzik Nusantara - Indonesia, Singapura dan Brunei. Banyak kejayaan cemerlang yang dicapai oleh Iklim melalui lagu hit 'Suci Dalam Debu' dari album sulung ini, antaranya album ini mencatat sejarah dalam jualan ke tahap Platinum Berkembar Empat, diiktiraf sebagai Kumpulan Popular Terbaik dalam Anugerah Seri Angkasa (RTM), Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular 1991 anjuran Berita Harian dan tempat ketiga dalam kategori persembahan terbaik, Muzik Muzik '90 anjuran TV3. SUCI DALAM DEBU juga telah dipilih sebagai tajuk filem dan filem tersebut juga telah membawa kumpulan Iklim ke gelanggang lakonan. Selain hit utama 'Suci Dalam Debu', banyak lagi lagu-lagu lain yang turut popular seperti 'Satu Kesan Abadi', 'Hakikat Sebuah Cinta' dan 'Sandiwara Cinta Semusim.' |