Kembali Ke CD Artis Melayu Index 'I'

 

DUNIA - Iklim (1993)

DUNIA Iklim
(SCS, 1993)

  Bukan Aku Tak Cinta (lagu baru)

  Dunia (Saleem & Umarul) (lagu baru)

  Patah Ranting Di Cermin Usia (lagu baru)

  Mimpi Yang Hilang (versi baru)

  Selamat Tinggal Penderitaan (versi antarabangsa)

  Budi

  Gerhana Cinta Luka

  Sandiwara Cinta Semusim

  Mahligai Seribu Mimpi

  Suci Dalam Debu (Saleem & Poppy Mercury) (versi baru)

Album ini memuatkan 3 lagu baru dan 3 buah lagu yang disusun semula muziknya termasuk lagu 'Mimpi Yang Hilang' yang merupakan versi asal dari lagu 'Mimpi Yang Pulang' dengan pengubahsuaian beberapa lirik lagu. 'Suci Dalam Debu' pula dimasukkan vokal Poppy Mercury untuk dijadikan sebagai versi duet.

BUDI - Iklim (1992)

BUDI Iklim
(SCS, 1992 / rilisan semula Rock Records, 2018)

  Mantera Anak Seni

  Budi

  Blues Terengganu Kita

  Mahligai Seribu Mimpi

  Dedalu

  Buyung Oh Buyung

  Biografi Yang Luka

  Sifir Sifir Rindu

  Riyak

  Mimpi Yang Pulang

Album BUDI adalah kesinambungan perjuangan anggota Iklim di dalam bidang hiburan tanahair walaupun ketika album ini dirakam pelbagai pihak ada mengatakan bahawa kumpulan ini dilanda krisis.  Namun Iklim masih teguh dan berjaya menghasilkan album dan membuktikan kumpulan Iklim tetap utuh dan teguh.  Album ini masih dengan konsep dulu dan penerbit yang sama iaitu Wan Zul.  Terdapat sebuah lagu khas untuk warga Terengganu 'Blues Terengganu Kita' yang merupakan cantuman tiga irama iaitu Blues, Reggae dan Rock 'N' Roll.  Liriknya pula banyak berkisar tempat tempat menarik, makanan istimewa serta pekerjaan penduduk negeri tersebut.

BULAN JATUH KE RIBA - Iklim (1991)

BULAN JATUH KE RIBA Iklim
(SCS, 1991 / rilisan semula Rock Records, 2018)

  Gerhana Cinta Luka

  Bulan Jatuh Ke Riba

  Abadi

  Pusaka Ibunda

  Sayembara

  Misteri Si Bidal

  Elusan Cinta

  Hidayah

  Dungun 12 Syawal (1411)

  Selamat Tinggal Penderitaan

BULAN JATUH KE RIBA juga diterbitkan oleh Wan Zul.  Album kedua Iklim memaparkan kombinasi adunan instrumentasi yang canggih (bunyi dan efek), olahan dan susunan muzik yang lebih padat.  Vokalis Saleem jauh lebih berpotensi dalam membaca setiap lagu dari album ini baik dari segi fizikal mahupun teknik menyanyi.  Hasilnya dengan keunikan dan kemerduan suaranya, setiap lagu didendangkan dengan 'mood' yang berbeza dan amat memukau.  Irama Soft-rock 'Gerhana Cinta Luka', 'Selamat Tinggal Penderitaan' dan 'Bulan Jatuh Ke Riba' muncul sebagai lagu hit.

SATU KESAN ABADI - Iklim (1990)

SATU KESAN ABADI Iklim
(SCS, 1990 / rilisan semula Rock Records, 2018)

  Ammarah

  Suci Dalam Debu

  Impian Hidup

  Hakikat Sebuah Cinta

  Kegelapan Dunia

  Bujang Kota

  Sandiwara Cinta Semusim

  Insan Maya

  Seribu Penghargaan

  Satu Kesan Abadi

Hanya dengan album pengenalan SUCI DALAM DEBU terbitan Wan Zul, nama kumpulan Iklim bukan saja gah di negara sendiri tetapi turut menggegarkan dunia muzik Nusantara - Indonesia, Singapura dan Brunei.  Banyak kejayaan cemerlang yang dicapai oleh Iklim melalui lagu hit 'Suci Dalam Debu' dari album sulung ini, antaranya album ini mencatat sejarah dalam jualan ke tahap Platinum Berkembar Empat, diiktiraf sebagai Kumpulan Popular Terbaik dalam Anugerah Seri Angkasa (RTM), Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular 1991 anjuran Berita Harian dan tempat ketiga dalam kategori persembahan terbaik, Muzik Muzik '90 anjuran TV3.  SUCI DALAM DEBU juga telah dipilih sebagai tajuk filem dan filem tersebut juga telah membawa kumpulan Iklim ke gelanggang lakonan.  Selain hit utama 'Suci Dalam Debu', banyak lagi lagu-lagu lain yang turut popular seperti 'Satu Kesan Abadi', 'Hakikat Sebuah Cinta' dan 'Sandiwara Cinta Semusim.'