|
|||
Penglibatan Sharifah
Aini dalam industri
perfileman tempatan hanya untuk 3 buah filem sahaja dan kesemuanya untuk
watak utama. Mula diperkenalkan dalam filem
HAPUSLAH AIRMATAMU arahan M Amin, diikuti SUMBER ILHAMKU dan
BINTANG PUJAAN
(SUPERSTAR). Pencapaian dalam bidang lakonan boleh
dikatakan sederhana sahaja. Sebagaimana yang diketahui sebenarnya
Sharifah Aini juga kurang berminat dalam bidang ini dan keterlibatan
beliau dalam industri perfileman mungkin kerana populariti yang
dikecapinya ketika itu telah
Populariti Sharifah Aini juga telah menarik perhatian pengarah Jins Shamsuddin untuk menampilkan beliau sebagai penyanyi undangan menyampaikan lagu 'Bunga Tanjung' dalam filem TIADA ESOK BAGIMU (1979). Setelah membintangi filem BINTANG PUJAAN (SUPERSTAR), Sharifah Aini terus menyepi dalam dunia lakonan walaupun ada ura-ura penyanyi dan pelakon tersebut sedang dilamar dan akan kembali berlakon untuk filem MIRA EDORA (1990). Setelah 25 tahun barulah beliau bersetuju menerima tawaran daripada pengarah Erma Fatimah untuk muncul sebagai penampilan istimewa menerusi filem DIVA POPULAR (2005). Terakhir Sharifah Aini juga membuat penampilan khas untuk filem seram PENANGGAL (2012) setelah berjaya dipujuk oleh pengarahnya, Ellie Suriaty Omar. Filem tersebut menampilkan bintang muda sensasi Fasha Sandha dan Zul Ariffin sebagai teraju utama. |
|||
|