P laylist CD Pilihan:
(dikemaskini 1 Ogos 2022) |
|
BONEKA Sheila Majid (Magada Entertainment / Universal, 2017)
13 tahun tidak mengeluarkan album penuh, Sheila Majid tampil dengan BONEKA yang menjadi sebuah simbol cinta peminat kepadanya sehingga sanggup menaja pembikinan album ini sepenuhnya dan kesimpulannya ia merupakan produski yang terbaik darinya. Sheila Majid sengaja memilih nama BONEKA bagi judul albumnya sebagai satu cerminan diri dan kehidupan peribadinya yang diumpamakan sebagai boneka kepunyaan khalayak, berada di atas pentas dan menghiburkan mereka dengan penampilan penuh glamor dan selayaknya sebagai seorang penghibur. BONEKA menampilan 100% lagu baru termasuk tiga lagu yang kedengaran sangat catchy dan membuat pendengar seperti mahu berdansa, 'Melukis Dunia', 'Boneka' dan 'Lebih Dewasa'. |
|
MEMORI AIDILFITRI Sheila Majid(Magada Entertainment / Warner, 2011)
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Album raya eksklusif (edisi terhad) yang dirakamkan pada tahun lalu dan hanya boleh dimiliki ke atas mereka yang membelanjakan sebanyak RM500 di gedung Pavillion, Kuala Lumpur kini telahpun diterbitkan semula dan menjengah di pasaran sempena hari yang mulia ini. Kesemua lagu raya 'cover version' telah diberi gubahan dan susunan muzik baru versi Jazz, termasuk lagu raya popular Sheila Majid yang popular di awal tahun 80an, 'Hari Mulia'. Sebuah lagu raya baru (irama balada) 'Tiada Lagi' hasil ciptaan Ajai dan Sheila Majid melengkapkan keistimewaan album ini. |
|
|
25 YEARS
Sheila Majid Abum istimewa BOXSET bagi memperingati Tahun ke 25 Sheila Majid sebagai penyanyi pop jazz yang masih bertahan. Mengandungi 8 CD album penuh studio Sheila Majid, iaitu 4 album terdahulu bersama EMI dan 3 album bersama Warner. Turut diselitkan single terbaru 'Dengarkanlah' ilham bersama Sheila dan suami, Acis. Album ini juga sebagai isyarat terhadap peminat-peminat Sheila ke atas acara sambutan meliputi sepanjang tahun ini termasuk untuk mempunyai konsert terbesar. Senarai 8 CD yang terkandung dalam boxset 25 YEARS SHEILA MAJID. CD 1: DIMENSI BARU (Titra / EMI, 1985)CD 2: EMOSI (EMI, 1986)CD 3: WARNA (EMI, 1988)CD 4: LEGENDA (EMI, 1990)CD 5: RATU (Warner, 1996)CD 6: KU MOHON (Warner, 2000)CD 7: CINTA KITA (Warner, 2004) CD 8: DENGARKANLAH (single) (Warner, 2010)
Untuk info track lagu, sila lihat CD berkenaan di bawah; senarai album disusun mengikut tahun asal sesebuah album itu diterbit atau diedar. |
|
|
RAP 20 TAHUN
Various Artist CD 1:
CD 2:
|
|
|
LEGENDA XVXX Sheila Majid (EMI, 2006 / terbitan semula EMI & Universal, 2014)
Setelah 15 tahun (XV) album LEGENDA diterbitkan semula sebagai meraikan ulangtahun ke 20 (XX) kerjaya seni Sheila Majid. Album yang menghimpunkan hasil karya seniman agung allahyarham Tan Sri P Ramlee diterbitkan pada tahun 1990 dan merupakan album Sheila Majid yang paling berjaya dari segi penjualan. Untuk edisi istimewa, LEGENDA XVXX terdapat tambahan 2 buah lagu baru iaitu 'Malam Ku Bermimpi' dan 'Kisah Rumahtangga' yang menampilkan puteri sulungnya, Kayda Aziz. |
|
|
CINTA KITA
Sheila
Majid
|
|
|
KU MOHON (repackaged) Sheila Majid (Warner, 2000)
CD KU MOHON yang terkandung dalam BOX SET 'SHEILA MAJID 25 YEARS' bukanlah album asal yang telah diedarkan pada tahun 1999 sebaliknya adalah album repackaged yang menyenaraikan 2 versi remix lagu 'Jatuh Cinta'. |
|
|
CINTA JANGAN KAU PERGI
Sheila
Majid
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Album terbitan 1996 adalah album RATU versi istimewa untuk pasaran Indonesia sahaja. Untuk memenuhi citarasa penggemar muzik Indonesia bukan sahaja tajuk album telah ditukar kepada CINTA JANGAN KAU PERGI tetapi beberapa lagu daripada album RATU turut digugurkan dan digantikan dengan beberapa lagu lama Sheila Majid yang telah diberi nafas baru. Album versi Indonesia ini menghadirkan sebuah lagu baru 'Cinta Jangan Kau Pergi' yang kemudiannya telah dimuatkan sebagai lagu bonus untuk album kompilasi GERENTI HIT 3 terbitan Warner & BMG pada tahun 1997. Sedikit ketidak telitian pada album ini apabila trek lagu 'Harum' diulang dan menyebabkan trek lagu 'Hadirmu' tercicir daripada senarai. |
|
|
RATU
Sheila Majid
|
|
|
GEMILANG (TIMELESS)
Sheila
Majid
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Setelah meninggalkan EMI, album Sheila Majid kemudiannya diterbitkan oleh Roslan Aziz Production termasuklah album terbitan 1993 ini yang kebanyakan lagunya diambil daripada siri konsert Sheila Majid (persembahan live). Bagaimanapun turut diselitkan 4 buah lagu rakaman studio, 'Gemilang' (versi baru), 'Selamanya', lagu Inggeris 'You Should Know By Now' dan 'Tandanya Tandatanya' yang dihasilkan sebagai 'prelude' kepada album RATU. |
|
|
THE BEST OF
SHEILA MAJID
vol II
|
|
|
IKHLAS
Various
Artist
|
|
|
LEGENDA
Sheila Majid
|
|
|
THE
BEST OF SHEILA MAJID vol I
Sheila Majid amat beruntung kerana album SINARAN (EMI, 1986) berjaya menembusi pasaran Indonesia dengan jumlah penjualan yang memang hebat dan popularitinya memang betul betul meletup di Indonesia. Untuk album kompilasi ini pula dua buah lagu Inggeris yang yang disadurkan dari lagu 'Sinaran' dan 'Antara Anyir Dan Jakarta' disenaraikan bersama lagu lagu hit Sheila Majid yang lainnya. Sebelum kedua-dua lagu tersebut dimuatkan dalam album kompilasi THE BEST OF SHEILA MAJID vol 1 sebenarnya ianya telah dipasarkan terlebih dahulu di Jepun dan cukup membanggakan lagu-lagu tersebut telah tersenarai dalam carta lagu lagu top di Jepun. |
|
|
WARNA
Sheila Majid
| |
|
EMOSI
Sheila Majid
|
|
|
DIMENSI
Sheila Majid
|