TERINDAH LAGI PUITIS vol 3

(Koleksi 16 Lirik Lagu Terbaik Karya Habsah Hassan)

(Pertama kali diperdengarkan 15 November 2007)

HABSAH HASSAN penulis yang sinonim dengan lirik lagu yang melakar patah perkataan berkias telah menghasilkan hampir 1,000 lirik lagu.  Lirik yang dihasilkan bukan sahaja berkias tetapi juga mempunyai 'mesej'.  Beliau mula menulis lirik dipertengahan 70an dan namanya mula dikenali dan aktif menghasilkan lirik lagu di sekitar 80 / 90'an.  Kolaborasi beliau dengan pencipta lagu terkenal Manan Ngah merupakan gandingan yang cukup mantap.  Ketika itu banyak lirik yang dihasilkan beliau bukan saja popular tetapi memang bermutu.  Sehingga kini beliau masih bertahan sebagai penulis lirik yang disegani.

Dikenali sebagai penulis lirik yang puitis, kreatif dan establish, Habsah Hassan yang lebih mesra dipanggil kak Chah juga merupakan seorang penerbit, produser dan penulis skrip untuk syarikat filemnya 'Serangkai Filem'.  Filem pertamanya HATI BUKAN KRISTAL (1990) arahan Raja Ahmad Alauddin yang dibintangi oleh Riduzan Hashim, Erma Fatima & Julia Rais telah meraih enam anugerah pada Festival Filem Malaysia ke 9 (1991) termasuk diiktiraf sebagai Filem Terbaik dan Habsah Hassan diangkat sebagai Penulis Cerita Terbaik.  Dari rentetan kejayaan ini, maka lahirlah beberapa lagi filem dari syarikat beliau seperti SOAL HATI (2000), SOALNYA SIAPA (2002) dan QAISY & LAILA (2005).  Penerjunan beliau ke dunia filem sedikit sebanyak membuatkan beliau kurang aktif menghasilkan lirik lagu.

Selain Manan Ngah, A Ali juga merupakan komposer yang cukup serasi dengan hasil karya kak Chah.  Banyak lirik lagu kak Chah telah dinyanyikan oleh ramai penyanyi ternama tanahair dan paling hebat ialah gabungan kak Chah dengan Sudirman (allayarham).  Keakraban mereka sebagai sahabat, menjadikan beberapa lirik nukilan kak Chah untuk Sudirman adalah kisah benar si penyanyi !   Kehebatan dan kemampuan Habsah Hassan dalam menghasilkan lirik bermutu memang tidak pernah diragui.  Buktinya di awal anugerah Juara Lagu beliau telah diiktiraf sebagai Penulis Lirik Terbaik menerusi lagu 'Menaruh Harapan' (1987) dan 'Cukuplah Sekali' (1988).  Kini beliau sering diundang untuk menjadi juri profesional bagi sesebuah pertandingan atau anugerah berprestij di dunia hiburan Malaysia. 

Selain dikenali sebagai penulis lirik yang puitis, kreatif dan establish, Habsah Hassan yang lebih mesra dipanggil kak Chah juga merupakan seorang penerbit, produser dan penulis skrip untuk syarikat filemnya 'Serangkai Filem'.  Filem pertamanya HATI BUKAN KRISTAL (1990) arahan Raja Ahmad Alauddin yang dibintangi oleh Riduzan Hashim, Erma Fatima & Julia Rais telah meraih enam anugerah pada Festival Filem Malaysia ke 9 (1991) termasuk diiktiraf sebagai Filem Terbaik dan Habsah Hassan diangkat sebagai Penulis Cerita Terbaik.  Dari rentetan kejayaan ini, maka lahirlah beberapa lagi filem dari syarikat beliau seperti SOAL HATI (2000), SOAL SIAPA (2002) dan QAISY & LAILA (2005).  Penerjunan beliau ke dunia filem sedikit sebanyak membuatkan beliau kurang aktif menghasilkan lirik lagu.

Playlist TERINDAH LAGI PUITIS vol 3 menghimpunkan sebahagian lagi lirik karya Habsah Hassan yang pernah diminati dan kebanyakan menjadi karya malar segar.



Senarai lagu:

  Suratan Atau Kebetulan Kenny, Remy & Martin
     (1986, Kenny Tay) 

  Kemaafaan Dendam Yang Terindah Aishah
     (1991, Ross Ariffin)

  Hitam Putih Kehidupan Sheila Majid
     (1987, Adnan Abu Hassan)

  Mencari Mimpi Azlina Aziz
     (1986, Manan Ngah)

  Di Desa Kasihku Tertumpah - DJ Dave
 
    (1981, DJ Dave)

  Diammu Gunung Berapi Exists
     (1996, Saari Amri)

  Dari Kaki Tangga Ke Menara Fauziah Latiff
     (1994, Fauzi Marzuki)

  Diriku Terbelenggu Francissca Peter
     (1988, A Ali)

  Jendela Hati Erra Fazira
      (1999, Fauzi Marzuki)

  Biarku Menjadi Lilin Pelangi
     (1986, A Ali)

  Cukuplah Sekali Jay Jay
     (1988, Jayaraman)

  Naluri Cinta Rohana Jalil & To'Ki
     (1993, Awang BPR)

  Ku Ingin Lari Khadijah Ibrahim
 
   (1987, Adnan Abu Hassan)

  Dunia Kita Berbeza Rozita Izlyn
     (1996, To'Ki)

  Mawar Terpinggir Francissca Peter
     (1993, Fauzi Marzuki)

  Salam Terakhir Sudirman
     (1986, Manan Ngah)

 

Dengar lain-lain PLAYLIST yang merupakan koleksi lirik lagu nukilan Habsah Hassan:

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)