Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, penyanyi yang terkenal dengan aksi dan pertuturan manja yang menjadi identitI tersendirinya sudah mencipta pelbagai sejarah peribadi dalam kanvas profilnya selama lebih 30 tahun sebagai anak seni. Sehingga kini gelaran Ratu Rock Malaysia masih kekal dipegangnya. Sebelum menjadi artis rock solo yang berjaya, Ella terlebih dahulu diperkenalkan sebagai vokalis utama kumpulan The Boys (kemudiannya dikenali Ella & The Boys) oleh ketua kumpulan The Boys, Lord dan kemudian berpeluang merakam album pengenalan bersama kumpulan lain seperti Lefthanded, Sofea dan Bloodshed dalam sebuah album rock BATTLE OF THE BANDS terbitan syarikat Warnada pada tahun 1986. Album ini mendapat sambutan dan sokongan padu peminat rock dan pada tahun yang sama, BATTLE OF THE BANDS 2 menyusul dengan konsep & artis yang sama seperti album sebelumnya. Kejayaan Ella & The Boys mencipta populariti dalam masa yang singkat telah membuka peluang kepada mereka untuk muncul dalam album solo ELLA & THE BOYS dan ANAK MERDEKA, kedua-duanya produksi tahun 1987 terbitan Warnada. Tahun ini menjadi tahun kegemilangan Ella & The Boys setanding dengan popularitI yang dikecapi oleh kumpulan Search dan Lefthanded. Bagaimanapun Ella membuat keputusan keluar dari The Boys untuk menjadi penyanyi solo dan berhijrah ke syarikat rakaman WEA (Warner Music) pada tahun 1988 dan menghasilkan album solo pertamanya, PENGEMIS CINTA, diikuti PUTERI KOTA dan IDENTITI. Kesemua album ini meletop di pasaran dan layak menerima anugerah platinum. Pencapaian ini mengekalkan Ella sebagai penyanyi rock paling popular apabila lagu seperti 'Pengemis Cinta', 'Tiada Tangis Lagi' dan 'Sepi Sekuntum Mawar Merah' menjadi hit. Apabila nama sudah berada di kemuncak Ella tidak terlepas daripada lamaran utnuk menjadikannya sebagai bintang filem dan beliau bersetuju berlakun filem BAYANGAN MAUT (1990) arahan pengarah terkenal Yusuf Haslam. Perjalanan seni Ella bertambah menarik apabila pada 1992, Ella berhijrah ke EMI Malaysia dan menghasilkan album keempatnya ELLA 30110 yang tetap laris di pasaran kerana menampilkan banyak lagu hit antaranya 'Sembilu', 'Layar Impian' dan 'Kitalah Bintang'. Impak terhadap album ini melayakkan Ella dianugerahkan ARTIS WANITA POPULAR menerusi Anugerah Bintang Popular 1993 anjuran Berita Harian. Pada tahun 1994, Ella mencipta sejarah sebagai penyanyi tempatan pertama yang merakam album penuh di Amerika Syarikat untuk album ELLA USA. Malah dengan album ini, rekod Ella sebagai penyanyi wanita pertama tempatan yang mencapai jualan album terbanyak masih utuh dan tidak tercabar oleh mana-mana penyanyi wanita lain hingga hari ini (melebihi 320,000 unit pada tahun edaran). Lain-lain album yang ditertbitkan bersama EMI ialah EL (1998). ILHAM BICARA (2001), SIMBIOSI (2003) dan RAMA RAMA (2007). Ella juga mempunyai deretan koleksi album kompilasi, edisi khas, remix dan album repackaged. Album kompilasi Ella yang paling laris jualannya ialah 8494 (EMI, 1995). Selain BAYANGAN MAUT, Ella juga pernah muncul dalam filem PEMBURU MALAM (1993) dan HANYA KAWAN (1997). Terkini Ella bersama Universal Music telah pun melahirkan album PEACE ▪ LOVE ▪ RINDU (2017). |
||
P laylist CD Pilihan:ALBUM ROCK TERUNGGUL CD1: 30110 (1992) (dikemaskini 1 November 20 21) |
|
PEACE
▪
LOVE
▪
RINDU
Ella
Ratu rock negara, Ella yang sudah bertahan selama 30 tahun dalam industri seni hiburan tanahair tampil denagn album baru PEACE LOVE RINDU. RAMA RAMA, album produksi tahun 2007 merupakan album terakhir beliau. Album yang mengandungi 8 lagu baru (termasuk single 2015, Istimewah) menampilkan barisan komposer dan penulis lirik hebat dalam industri muzik tanah air antaranya M Nasir, Keon, AD Samad, Edrie Hashim, Faizal Tahir dan Lord. Album ini menyaksikan semula kolaborasi Ella bersama Lord, bekas rakan sekumpulan Ella & The Boys yang turut mencipta irama balada yang bukan saja dipilih menjadi judul album tetapi turut ditujukan khas buat suami tercinta Ella, Azhar Ghazali yang banyak berkorban dan meluangkan masa untuk kerjayanya. Azhar Ghazali turut berduet bersama Ella untuk lagu bonus, 'Peace Love Rindu'. |
|
MEREKA YANG DI DEPAN KITA
Various Artist
Projek khas 'pop album' ini cukup istimewa bersempena dengan penjenamaan semula bangunan klasik penuh sejarah, Muzium Sultan Abu Bakar, Malaysia, Pekan Pahang yang kini sedia untuk dipersembahkan kepada umum selepas diberi dimensi baru. Syarikat rakaman Wake The Baby Records dan Ajai, sebagai komposer diberi kepercayaan menghasilkan kesemua enam lagu dalam album istimewa ini yang memberikan sebuah perspektif muzik dan dinamik melodi yang berbeza, malah album MEREKA YANG DI DEPAN KITA ini memberi satu ruang untuk pendengar meneliti liriknya (kesemua ditulis oleh Ahmad Farid Abdul Jalal @ Transformer Melayu) yang puitis dengan iringan vokal penyanyi tersohor yang tidak perlu diperkenalkan lagi seperti Ella & Kris Dayanti. Ella tampil dengan tiga lagu termasuk berduet dengan komposer terkenal, Ajai dan Azlan & The Typewriter. |
|
|
101 Ella (Warner & EMI, 2012) CD 1 :
CD 2:
CD 3 :
CD 4:
CD 5 :
CD 6:
|
|
|
ALBUM ROCK TERUNGGUL
Ella CD 1: 30110 (EMI, 1992)
CD 2: U.S.A (EMI, 1994)
Dua album terhebat Ella yang pernah menempa sejarah tersendiri dalam industri muzik tanahair kini diedarkan dalam edisi khas. Sebelumnya, kedua-dua album tersebut juga pernah dirilis semula; Ella - 30110 pada tahun 2003 dan ELLA USA pada tahun 2004. Edisi asal 'Ella - 30100' telah diterbitkan dan diedarkan pada tahun 1992, manakala 'ELLA USA' pada tahun 1994. |
|
|
ILHAM BICARA Ella (EMI, 2001 / terbitan semula, 2011)
Lagu 'Tinggal Tanda Tanya' telah diedarkan lebih awal melalui album single 'Tanda Tanya' (2001). ILHAM BICARA juga diedarkan dalam Edisi Platinum dengan penambahan beberapa lagu yang pernah diterbitkan sebelumnya. |
|
|
REFLEXI
Ella
Album yang menghimpunkan seleksi lagu-lagu hit dari 2 album Ella ketika bersama The Boys, ELLA & THE BOYS dan ANAK MERDEKA. Sebagai bonus vokal Amy Search telah dimasukkan untuk digandingkan dengan vokal asal Ella yang dirakam untuk album tersebut melalui lagu 'Dua Insan Bercinta' yang diterbitkan dalam 2 versi yang berlainan. |
|
|
DEMI ELLA
Ella
DEMI ELLA telah dirakam secara langsung 'live' sempena konsert ELLA TEN YEARS di Plaza Sungei Wang Rooftop pada 1 Disember 1995. Konsert ulangtahun ke 10 tahun penglibatan Ella dalam industri hiburan tanahair turut mempersembahkan sebuah lagu ciptaan baru 'Demi' karya M Nasir & Eric Moon dan lirik oleh Ella & Loloq. |
|
|
8494
Ella
|
|
|
100% REMIX
Ella
Album remix ini turut menampilkan 2 buah lagu yang dipetik daripada album UNGGUL DARI ELLA (1993), 'Kesal' & 'Mendung Tak Bererti Hujan'. |
|
|
UNGGUL DARI
ELLA
|
|
|
DUA INSAN BERCINTA
Ella
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Untuk album EP ini, Ella merakam semula Dua Insan Bercinta, lagu yang telah memperkenalkan dan menjulang namanya sebagai ratu rock yang disegani dan sehingga kini masih bertahan. Lagu ini menjadi bertambah menarik apabila mendapat susunan muzik baru dari Man Keedal. Album ini juga menyaksikan kolaborasi terawal antara Ella & KRU apabila 2 buah lagu dari album 30110 diubahsuai oleh KRU menjadi muzik rock yang berorientasikan tarian. |
|
|
KOLEKSI PLATINUM ALBUM
Ella & The Boys
|
|
|
IDENTITI
Ella
Ella muncul kembali menemui peminatnya dengan album sensasi berjudul IDENTITI dengan gabungan dua penerbit terkenal tanahair iaitu Ramli Sarip & M Nasir. Gabungan tenaga dan kreativiti mereka berdua adalah khusus untuk memenuhi permintaan peminat-peminat Ella dan kedua-dua penerbit terkenal ini merupakan kombinasi yang amat sesuai dan sempurna untuk album IDENTITI. Secara keseluruhan album IDENTITI masih mengekalkan konsep 'rock' seperti mana kedua-dua album Ella yang lalu malah lagu-lagu Ella kali ini lebih bermutu dan beliau dapat menghayati sepenuhnya ketika mendendangkannya. Banyak lagu hit dalam album ini antaranya, 'Sepi Sekuntum Mawar Merah', 'Kasih', 'Cinta Selembut Sutera', 'Terminal Cinta', 'Prinsip' dan 'Di Perlumbaan Ini'. |
|
|
PUTERI KOTA
Ella
|
|
|
PENGEMIS CINTA
Ella
Ella tidak bertahan lama bersama The Boys kerana membuat keputusan untuk bergerak sebagai penyanyi rock secara solo. Ella kemudian menerima tawaran menjadi artis rakaman syarikat antarabangsa WEA (kini Warner Music) dan pada tahun 1989, lahirlah album solo pertama beliau PENGEMIS CINTA yang laris di pasaran dan jualan mencapai tahap anugerah Platinum. Banyak lagu dari album ini menjadi hit dan seterusnya mengangkat Ella sebagai satu-satunya 'Puteri Rock' yang amat diminati. Antara lagu yang popular dari album ini ialah 'Pengemis Cinta', 'Permata Biru', 'Semarak Cinta', 'Suara Semalam' dan 'Dunia Kehidupan'. |
|
|
BATTLE OF THE BANDS
(Round 2)
Various Artist
(Gold CD)
|
|
|
BATTLE OF THE BANDS
Various Artist
(Gold CD)
Boleh dikatakan fenomena muzik Rock di Malaysia meletus apabila konsert dan album BATTLE OF THE BANDS menemui peminat rock pada tahun 1986. Sebelum ini muzik Rock hanya dikaitkan dengan kumpulan dari Singapura, Sweet Charity (perintis muzik rock tahun 70an tetapi hanya berpeluang merakam album rock pada tahun 1979) dan kumpulan Search dari Johor Bahru yang namanya menjadi popular setelah merakam album rock pertama mereka pada tahun 1985. Album terbitan Warnada, BATTLE OF THE BANDS menampilkan kumpulan Lefthanded, Bloodshed, Ella & The Boys, SYJ (kini dikenali Sofea) dan Rahim Maarof & WhiteSteel. Kecuali Rahim Maarof (sebelum ini dikenali sebagai penyanyi lagu pop/dangdut), yang lainnya adalah pendatang baru dalam dunia rakaman yang mencetus fenomena tersendiri sebagai kumpulan rock popular setelah berpeluang merakam album sendiri dibawah label syarikat rakaman antarabangsa. Konsert BATTLE OF THE BANDS 1986 pernah menjadi kontroversi kerana rusuhan penonton di konsert itu. Sambutan hebat terhadap album ini menyebabkan siri kedua BATTLE OF THE BANDS diterbitkan pada tahun yang sama dengan menampilkan penyanyi/kumpulan rock yang sama. BATLLE OF THE BANDS 1 & 2 juga merupakan album rock terbaik sepanjang zaman. Album ini juga telah memperkenalkan Ella sebagai satu-satunya ikon penyanyi rock wanita pertama yang ditampilkan dalam sebuah kumpulan rock. Ella & The Boys kemudiannya diberi peluang oleh syarikat Warnada melahirkan 2 LP, ELLA & THE BOYS dan ANAK MERDEKA. Kedua-duanya diterbitkan pada tahun 1987. |