![]() |
sejarah Ringkas perjalanan seni ELLA Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, penyanyi yang terkenal dengan aksi dan pertuturan manja yang menjadi identitI tersendirinya sudah mencipta pelbagai sejarah peribadi dalam kanvas profilnya selama lebih 30 tahun sebagai anak seni. Sehingga kini gelaran Ratu Rock Malaysia masih kekal dipegangnya. Sebelum menjadi artis rock solo yang berjaya, Ella terlebih dahulu diperkenalkan sebagai vokalis utama kumpulan The Boys (kemudiannya dikenali Ella & The Boys) oleh ketua kumpulan The Boys, Lord dan kemudian berpeluang merakam album pengenalan bersama kumpulan lain seperti Lefthanded, Sofea dan Bloodshed dalam sebuah album rock 'BATTLE OF THE BANDS' terbitan syarikat Warnada pada tahun 1986. Album ini mendapat sambutan dan sokongan padu peminat rock dan pada tahun yang sama, 'BATTLE OF THE BANDS 2' menyusul dengan konsep & artis yang sama seperti album sebelumnya. Kejayaan Ella & The Boys mencipta populariti dalam masa yang singkat telah membuka peluang kepada mereka untuk muncul dalam album solo 'ELLA & THE BOYS' dan 'ANAK MERDEKA', kedua-duanya produksi tahun 1987 terbitan Warnada. Tahun ini menjadi tahun kegemilangan Ella & The Boys setanding dengan popularitI yang dikecapi oleh kumpulan Search dan Lefthanded. Bagaimanapun Ella membuat keputusan keluar dari The Boys untuk menjadi penyanyi solo dan berhijrah ke syarikat rakaman WEA (Warner Music) pada tahun 1988 dan menghasilkan album solo pertamanya, PENGEMIS CINTA, diikuti PUTERI KOTA dan IDENTITI. Kesemua album ini meletop di pasaran dan layak menerima anugerah platinum. Pencapaian ini mengekalkan Ella sebagai penyanyi rock paling popular apabila lagu seperti 'Pengemis Cinta', 'Tiada Tangis Lagi' dan 'Sepi Sekuntum Mawar Merah' menjadi hit. Apabila nama sudah berada di kemuncak Ella tidak terlepas daripada lamaran utnuk menjadikannya sebagai bintang filem dan beliau bersetuju berlakun filem BAYANGAN MAUT (1990) arahan pengarah terkenal Yusuf Haslam. Perjalanan seni Ella bertambah menarik apabila pada 1992, Ella berhijrah ke EMI Malaysia dan menghasilkan album keempatnya ELLA 30110 yang tetap laris di pasaran kerana menampilkan banyak lagu hit antaranya 'Sembilu', 'Layar Impian' dan 'Kitalah Bintang'. Impak terhadap album ini melayakkan Ella dianugerahkan ARTIS WANITA POPULAR menerusi Anugerah Bintang Popular 1993 anjuran Berita Harian. Pada tahun 1994, Ella mencipta sejarah sebagai penyanyi tempatan pertama yang merakam album penuh di Amerika Syarikat untuk album ELLA USA. Malah dengan album ini, rekod Ella sebagai penyanyi wanita pertama tempatan yang mencapai jualan album terbanyak masih utuh dan tidak tercabar oleh mana-mana penyanyi wanita lain hingga hari ini (melebihi 320,000 unit pada tahun edaran). Lain-lain album yang ditertbitkan bersama EMI ialah EL (1998). ILHAM BICARA (2001), SIMBIOSIS (2003) dan RAMA RAMA (2007). Ella juga mempunyai deretan koleksi album kompilasi, edisi khas, remix dan album 'repackaged'. Album kompilasi Ella yang paling laris jualannya ialah 8494 (EMI, 1995). Selain BAYANGAN MAUT, Ella juga pernah muncul dalam filem PEMBURU MALAM (1993) dan HANYA KAWAN (1997). Terkini Ella bersama Universal Music telah pun melahirkan album PEACE ■LOVE ■RINDU (2017). Diskografi lengkap ELLA(menyenaraikan diskografi lengkap LP/Kaset/CD Ella termasuk album yang memasukkan lagu baru dalam album kompilasi mereka ataupun dalam album kompilasi pelbagai artis ataupun album Ella bersama kumpulan The Boys)
Album BATTLE OF THE BANDS telah memperkenalkan Ella bersama kumpulannya yang digelar ELLA & THE BOYS sebagai kumpulan baru bergenre rock yang cukup diminati. Ella & The Boys diperkenalkan melalui 2 buah lagu yang cukup diminati dan dingati sehingga kini terutamanya lagu 'Dua Insan Bercinta'. Sebuah lagi lagu ialah 'Cinta Berakhir' dan nyanyian beramai, Ella bersama artis-artis BATTLE OF THE BANDS untuk lagu tema album ini 'Hapuskan Lanun Cetak Rompak'. Selain Ella & The Boys album ini turut memperkenalkan nama-nama kumpulan rock baru seperti Lefthaded, SYJ dan Bloodshed yang kemudiannya mencipta nama setelah menghasilkan album perdana masing-masing. Senarai lagu;
Cinta
Berakhir (Ella & The Boys)
Pada tahun 2016, album ini buat pertama kalinya diterbitkan dalam format CD oleh Sony Music dan pada tahun 2017, Sony Music mengedarkan sekali lagi untuk siri Gold CD 24-Bit Remastered.
Album BATTLE OF THE BANDS (round 2) adalah kesinambungan dari kejayaan album BATTLE OF THE BANDS terdahulu. Ella & The Boys telah menyampaikan 2 buah lagu, 'Hanya Secebis Jawapan' dan 'Ulat Bulu'. Album ini masih mengekalkan senarai penyanyi/kumpulan rock yang sama dan merupakan sebuah lagi album rock pelbagai artis yang cukup berjaya di pasaran. Senarai lagu; Hanya Secebis Jawapan (Ella & The Boys) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Pada tahun 2016, album ini buat pertama kalinya diterbitkan dalam format CD oleh Sony Music dan pada tahun 2017, Sony Music mengedarkan sekali lagi untuk siri Gold CD 24-Bit Remastered.
Setelah mencipta nama menerusi album BATTLE OF THE BANDS, Ella & The Boys kemudiannya diberi peluang oleh syarikat rakaman Warnada untuk menghasilkan album studio pertama mereka ELLA & THE BOYS. Album yang mengandungi 10 lagu turut memuatkan semula 2 lagu popular versi asal yang diambil dari album BATTLE OF THE BANDS, 'Dua Insan Bercinta' dan 'Hanya Secebis Jawapan'. Populariti Ella & The Boys terus meningkat apabila lagu-lagu seperti 'Pesanan Terakhir', 'Engkau Yang Masih Ku Sayang' dan 'Penggoda' menjadi hit. Senarai lagu;
Pesanan Terakhir
Pada tahun 2015, album ini buat pertama kalinya diterbitkan dalam format CD oleh Sony Music.
Sebelum Ella meninggalkan kumpulan The Boys untuk berhijrah ke syarikat rakaman WEA sebagai penyanyi solo, Ella & The Boys telah menghasilkan album kedua mereka ANAK MERDEKA. 'Takdir', 'Menanti Musim Berbunga' dan 'Anak Merdeka' adalah antara lagu-lagu yang hit daripada album ini. Senarai lagu;
Anak Merdeka
Pada tahun 2016, album ini buat pertama kalinya diterbitkan dalam format CD oleh Sony Music.
Pada tahun 1989 bersama syarikat WEA, Ella menghasilkan album PENGEMIS CINTA yang mencapai tahap jualan PLATINUM dan banyak lagu yang popular dari album ini terutamanya, 'Pengemis Cinta' dan 'Permata Biru'. Senarai lagu;
Dunia Kehidupan
Pada tahun 1995, buat pertama kalinya Warner Music menerbitkan album ini dalam format CD menerusi edisi terhad LEGENDA ROCK (CD EMAS). Pada tahun 2016, Warner menerbitkan sekali lagi album ini dengan kulit album penuh.
Album studio kedua Ella bersama WEA juga mendapat sambutan luarbiasa dan antara lagu yang amat popular dari album ini ialah 'Tiada Tangis Lagi' dan 'Puteri Kota'. Senarai lagu;
Puteri Kota
Pada tahun 1995, buat pertama kalinya Warner Music menerbitkan album ini dalam format CD menerusi edisi terhad LEGENDA ROCK (CD EMAS). Pada tahun 2016, Warner menerbitkan sekali lagi album ini dengan kulit album penuh.
Menerusi album IDENTITI, Ella amat popular dengan hit utama 'Sepi Sekuntum Mawar Merah' dan beberapa lagu lain seperti, 'Kasih', 'Cinta Selembut Sutera' dan 'Terminal Cinta'. Senarai lagu;
Prinsip
CD ini kemudiannya dirilis semula pada tahun 2009 dan 2017.
Album koleksi ini mengandungi 2 lagu terbaru yang dirakam di Jakarta, 'Mendung Tak Bererti Hujan' ciptaan Deddy Dores dan dinyanyikan oleh Ella bersama Deddy Dores iaitu seorang komposer dan juga penyanyi terkenal Indonesia dan secara solo Ella menyampaikan 'Takkan' ciptaan Ramli Sarip, Hartina Ahmad & Cecep AS. Senarai lagu;
Mendung Tak Bererti Hujan (lagu baru)
Album koleksi yang menghimpunkan seleksi lagu-lagu daripada nyanyian Ella bersama kumpulannya, Ella & The Boys. Senarai lagu;
Takdir
Album studio pertama Ella bersama EMI membuahkan hasil apabila album ini laris di pasaran dengan penjualan album melebihi 300,000 unit. Album yang hanya menggunakan tajuk berdasarkan no. siri catalogue album EMI. Senarai lagu;
Sembilu
Album ini masih diulang cetak sehingga kini (tahun 2004, 2014 dan 2018). Manakala cetakan untuk siri ALBUM ROCK TERUNGGUL pada tahun 2003 dan pada tahun 2008 diterbitkan sekali lagu untuk siri yang sama tetapi mengandungi 2CD iaitu album 30110 dan ELLA USA.
Album kompilasi ini turut memuatkan sebuah lagu baru yang telah dirakam oleh Ella sebuah berhijrah ke syarikat EMI. Lagu tersebut ciptaan komposer Indonesia, Roma Gia. Senarai lagu;
Kesal (lagu baru)
Mini album DUA INSAN BERCINTA diterbitkan sebagai penghargaan Ella kepada semua peminatnya yang telah menyokong ke atas album beliau 30110 sehingga menjadi fenomena, 'Dua Insan Bercinta' dirakam semula dibawah penerbitan Man Kidal, Senarai lagu;
Dua Insan Bercinta
Mini album ini kemudiannya dirilis semula pada tahun 2016.
Album kompilasi ini turut memuatkan semula lagu 'Kesal' (dari album KESAL) dan 'Mendung Tak Bererti Hujan' (duet Ella bersama Deddy Dores) dari album KOLEKSI TERBAIK ELLA tetapi untuk album UNGGUL DARI ELLA kedua-dua lagu tersebut susunan muziknya telah diadun semula (remix). Senarai lagu ;
Kesal
(remix)
Album kompilasi ini menggabungkan lagu lagu nyanyian Ella bersama kumpulan Ella & The Boys bersama dengan kumpulan May. Kesemua lagu diambil dari album mereka ketika bersama syarikat rakaman Warnada. Senarai lagu;
Dua Insan Bercinta (Ella & The Boys)
Walaupun Ella tidak lagi bersama syarikat rakaman WEA tetapi WEA terus menerbitkan album Ella dalam bentuk kompilasi termasuk menerbitkan semula lagu lagu hit Ella untuk album 100% REMIX tetapi susunan muziknya telah diadun semula (remix). Album yang mengandungi 10 buah lagu ini turut memuatkan dua buah lagu yang telah diremix sebelumnya dalam album UNGGUL DARI ELLA iaitu 'Mendung Tak Bererti Hujan' (duet Ella bersama Deddy Dores) dan 'Kesal'. Senarai lagu;
Permata Biru
Album ini juga telah dirilis semula pada tahun 2006.
Album studio kedua Ella di bawah label EMI terus mengangkat Ella sebagai penyanyi rock wanita yang tiada tandingannya. ELLA USA telah dirakam sepenuhnya di luar negara iaitu di Los Angeles, California, Amerika Syarikat yang mendapat sentuhan pemuzik Jepun, Kyoji Yamamoto sebagai penerbitnya. Album ini amat laris sehingga terjual melebihi 350,000 unit. Senarai lagu;
Menanti
Sebagaimana album 30110, album ELLA USA juga masih diulang cetak sehingga kini (tahun 2004, 2010, 2014 dan 2018). Juga telah dikeluarkan untuk siri ALBUM ROCK TERUNGGUL pada tahun 2004 dan pada tahun 2008 diterbitkan sekali lagu untuk siri yang sama tetapi mengandungi 2CD (album 30110 dan ELLA USA, lihat info CD di atas untuk rujukan),
Album kompilasi sempena penglibatan 10 tahun Ella dalam industri hiburan tanahair bermula dari tahun 1984 hingga 1994. Album kompilasi tersebut juga merupakan album kompilasi yang terlaris penjualannya, Senarai lagu;
Layar Impian
DEMI ELLA telah dirakam secara langsung 'live' sempena konsert ELLA TEN YEARS di Plaza Sungei Wang Rooftop pada 1 Disember 1995. Konsert ulangtahun ke 10 tahun penglibatan Ella dalam industri hiburan tanahair turut mempersembahkan sebuah lagu ciptaan baru 'Demi' karya M Nasir & Eric Moon dan lirik oleh Ella & Loloq. Demi ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() DEMI kemudian dirilis semula pada tahun 2020 oleh Universal Music.
Ella muncul sebagai pasangan duet adiknya sendiri, Korie untuk lagu 'Pergilah Sayang' yang dimuatkan dalam album solo Korie. Lagu ini menjadi popular. Senarai lagu;
Pergilah Sayang (Korie & Ella)
Syarikat rakaman terawal Ella, Warnada turut menerbitkan album kompilasi
sempena penglibatan 10 tahun Ella dalam industri hiburan
tanahair. Bagaimanapun lagu lagu tersebut adalah
koleksi lagu lagu Ella bersama kumpulan The Boys yang
dikenali sebagai 'Ella & The Boys'.
Senarai lagu;
Cinta Berakhir
Ella muncul sekali lagi sebagai pasangan duet, Korie untuk lagu 'Mungkinkah Sayang' yang dimuatkan dalam album solo kedua Korie tetapi sambutan untuk lagu ini agak kurang berbanding lagu duet mereka sebelumnya 'Pergilah Sayang'. Senarai lagu;
Kau Pendusta
REFLEXI adalah CD Emas edisi terhad yang mana kulit hadapan
album ini sebenarnya diperbuat daripada kain denim biru
dengan sulaman tenunan benang emas. REFLEXI adalah
album koleksi lagu-lagu Ella bersama kumpulan ELLA & THE
BOYS. Yang istimewanya produksi kali ini turut
memuatkan semula lagu 'Dua Insan Bercinta' dalam dua
versi yang susunan muziknya telah diadun semula (remix).
Rakaman tersebut menggunakan suara asal nyanyian Ella yang
kemudiannya digandingkan dengan vokal terkini daripada Amy
Search.
Dua Insan Bercinta
(duet Amy Search) (versi rock)
(remix)
CD ini kemudiannya dirilis semula sebagai CD biasa tetapi tidak pula dicatat tahun penerbitannya.
Album kompilasi LAGI GEMPAQ turut memuatkan sebuah lagu baru nyanyian Ella, 'Jalan Ke Sisimu'. Senarai lagu;
Senarai lagu; CD1: Dua Insan Bercinta![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() CD2: Anak Merdeka![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Album runut bunyi filem SILAT LEGENDA yang menyenaraikan lagu-lagu ciptaan baru turut memuatkan sebuah lagu baru nyanyian Ella, 'Aku'. Senarai lagu; CD1: Fobia (KRU) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Ella turut merakam semula lagu 'Aku' untuk dimuat semula dalam album EL tetapi dengan tajuk 'I.S.A. (Ikut Suka Aku)'.
Untuk album ini, Ella telah mengundang bekas pemain gitar utama Guns N' Roses, Slash untuk lagu 'Bayangan' dan bekerjasama dengan Richard Marx untuk lagu 'World Without Your Love' ciptaan Richard Marx sendiri, istimewa untuk Ella. EL juga telah diedarkan dalam dua versi kulit hadapan (cover album) yang berbeza. Senarai lagu;
Bayangan (featuring Slash)
Pada tahun 2022 EL sekali lagi dirilis oleh Universal Music.
Album kompilasi yang memuatkan lagu-lagu ciptaan P Ramlee yang dirakam oleh artis-artis EMI diterbitkan sempena 25 tahun pemergian P Ramlee turut menampilkan 2 buah lagu rakaman baru; 'Legenda 25' nyanyian Ella yang mana sebelumnya telah dipopularkan oleh Sheila Majid sebagai sebuah lagu tribute untuk P Ramlee dalam album studionya LEGENDA (EMI, 1990). Sebuah lagi lagu rakaman baru iaitu 'Airmata Di Kuala Lumpur' yang merupakan lagu ciptaan terakhir allahyarham sebelum meninggal dunia pada 29 Mei 1973 yang dipopularkan oleh Saloma kini diberi nafas baru oleh Aishah. Senarai lagu; Legenda 25 (Ella) (lagu baru) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
EL (Edisi terhad) merupakan album mini kerana ia hanya mengandungi 6 buah lagu. Senarai lagu;
Bayangan (featuring Slash)
Senarai lagu;
Sembilu (Ella)
Lagu 'Standing In The Eyes Of The World' didedikasi sempena Sukan Komanwel ke 16, 1998 yang berlangsung di Kuala Lumpur. Ia merupakan lagu rasmi yang digunakan untuk liputan sukan tersebut. Lagu gubahan komposer Wah Idris dan Favid Gates telah dirakam dalam versi Melayu oleh Ella dan versi Inggeris oleh David Gates. Lirik lagu dalam bahasa Melayu adalah sumbangan Habsah Hassan. Senarai lagu;
Standing In The Eyes Of The World (versi Melayu) (Ella)
Sebuah album 'metal' yang memuatkan lagu-lagu nyanyian Ella
yang diberi susunan muzik baru yang lebih segar dan
bertenaga!
Senarai lagu;
P.P.P
Pada tahun 2023 album ini telah dirilis semula oleh Universal Music dan PMP Entertainment.
Senarai lagu;
Dua Insan Bercinta (versi EMI, 1993) (Ella)
Album kompilasi GERENTI GEMPAQ turut memuatkan sebuah lagu baru nyanyian Ella berduet dengan Awie, 'Baldu Biru'. Senarai lagu; Baldu Biru (Ella & Awie) (lagu baru) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Album single ini dihasilkan yang mana tajuk single terbaharu ini akan ditentukan oleh peminat kelak. Lagu dan lirik single tersebut adalah karya, Django. Turut dimuatkan 2 buah lagu popular Ella yang dirakam bersama syarikat EMI. Senarai lagu;
? (tajuk sebenar lagu baru ini akan ditentukan oleh peminat)
Single yang diperkenalkan sebelumnya, akhirnya diberi tajuk 'Tinggal Tanda Tanya' dan dimuatkan dalam album ILHAM BICARA. Ella juga turut merakamkan sebuah lagu klasik, 'Jauh Di Mata' yang dipersembahakan dalam 'lenggok manja' Ella. Senarai lagu;
Ilham
Bicara
Pada tahun 2011, ILHAM BICARA juga telah dirilis semula oleh Universal Music dan PMP Entertainment.
Edisi Platinum diterbitkan dengan beberapa tambahan lagu dan senarai trek lagu yang diubahsuai. Senarai lagu;
Tinggal Tanda Tanya
Edisi Platinum ini telah
dirilis semula pada 2018 oleh Universal Music tetapi tanpa catatan 'Edisi
Platinum' di atas kulit album.
Album koleksi lagu lagu nyanyian Ella yang dirakam bersama syarikat WEA. Senarai lagu;
Pengemis Cinta
Senarai lagu;
Dua Insan Bercinta (Ella)
Sebuah album yang tajuknya agak unik, SIMBIOSIS mengekalkan Ella sebagai penyanyi rock wanita terunggul. Lagu yang menjadi tajuk album ini menjadi lagu popular. Turut dimuatkan dua buah lagu yang pernah dirakam oleh Ella sebelumnya, 'Legenda 25' dan 'Standing In The Eyes Of The World' yang ditujukan khas untuk mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Senarai lagu;
Simbiosis
Pada tahun 2019, SIMBIOSIS dirilis semula oleh Universal Music.
Album
kompilasi yang diterbitkan untuk meraikan tahun ke 20 Ella dalam industri
rakaman bermula pada tahun 1985 turut memuatkan sebuah lagu baru ciptaan dan
lirik oleh Django. Ella turut merakam 3 buah lagu popularnya dalam versi
baru, 'Sepi Sekuntum Mawar Merah II', 'Permata Biru (2005)' dan 'Kesal
(versi Keedal)'. Man Keedal bertanggungjawab menjadi komposer ke atas
4 buah lagu tersebut.
Senarai lagu;
CD1:
CD2:
Pada tahun 2019, A JOURNEY BEYOND ... THE VERY BEST OF ELLA dirilis semula dengan tajuk THE BEST OF ELLA dengan kulit album yang berlainan dan kandungan 'inlay'nya hampir sama tetapi berwarna lebih kebiruan. Susunan kesemua trek lagunya juga adalah sama.
Album runut bunyi filem GOL & GINCU turut menyenaraikan dua buah lagu ciptaan baru yang dinyanyikan oleh Ella, 'Teruja' dan 'Percaya Diriku', 'Percaya Diriku' kemudiannya dimuatkan semula dalam album RAMA RAMA (EMI, 2007). Album runut bunyi GOL & GINCU dipasarakan pada Ogos 2005, serentak dengan tayangan perdana filem ini. Senarai lagu; Teruja (Ella) (lagu baru) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Album
kompilasi CD Emas berkembar turut memuatkan 3 lagu baru dan ketiga-tiga lagu
tersebut adalah lagu duet. 'Dunia Batinku' menampilkan Ella berduet
dengan Tam Spider; 'Kau Tiada Ganti' bersama Waheeda dan 'Perang Cinta'
bersama Farah AF2.
Senarai lagu;
CD1:
CD2:
Pada tahun yang sama RATU ROCK diterbitkan semula dengan versi CD berkembar biasa dengan penambahan VCD sebagai bonus. Kulit album luar juga berbeza. CD1 & CD2: trek lagu sama seperti album RATU ROCK CD Emas berkembar C VD: Dunia Batinku (duet Ella & Tam Spider) (lagu baru)![]() ![]() ![]() ![]()
Senarai lagu;
CD:
Kasih
VCD: Sembilu![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
agu ''Rama Ramaa' yang
dijadikan single pertama album ini menyaksikan pengekalan Ella di dalam genre
rock dan statusnya sebagai Ratu Rock nampaknya belum tergugat. EMI telah
memberi kebebasan kepada Ella untuk mencari yang terbaik untuk album RAMA RAMA
maka semua kisah Ella sepanajang pembabitan di dalam seni dirangkum di dalam
album ini. Terdapat 10 lagu ciptaan baru dalam album tetapi 4 daripadanya
adalah lagu 'cover version' yang pernah dipopularkan oleh penyanyi lelaki.
Pastinya Ella mempunuai sebab sebab mengapa lagu lagu tersebut dipilih
memandangkan bukan tugas mudah untuk Ella merealisasikan dengan cara Ella iaitu
seorang wanita..
Senarai lagu;
Rama Rama
Pada tahun 202, RAMA RAMA telah dirilis semula oleh Universal Music & PMP Entertainment.
Ini adalah edisi khas album RAMA RAMA yang dikeluarkan pada Januari lalu. Ia adalah keluaran CD berkembar dalam digipack. Senarai trek lagu dalam CD1 adalah sama tetapi CD kedua, kebanyakannya diisi dengan lagu lagu popular rakaman langsung (live) yang pernah diterbitkan dalam album-album Ella terdahulu. Senarai lagu; CD1: trek lagu sama seperti yang terkandung album RAMA RAMA.
CD2:
Belenggu Keedal (instrumental)
Senarai lagu;
Dua Insan Bercinta (versi EMI, 1993)
Senarai lagu;
ALBUM ROCK TERUNGGUL merupakan
sebahagian daripada siri yang mengeluarkan semula album lama popular dekad 90an.
Termasuk pembungkusan semula 2 CD dalam satu (2+1) album terbaik Ella.
Album album tersebut adalah ELLA 30110 (EMI, 1992) dan ELLA USA (EMI, 1994)
Senarai lagu;
CD1:
CD2:
Produksi penerbitan album PUTIH
dikatakan menelan belanja yang besar termasuk kos menyatukan nama besar daripada
dua negara iaitu Indonesia dan Malaysia termasuk kemunculan gitaris legenda, Man
Kidal. Sebagai pendatang baru, Shah memiliki vokal yang agak menyakinkan
namun kebanyakan pilihan lagu dalam produksi ini tiada sentuhan yang dapat
membezakan Shah dengan penyanyi yang sedia ada. Mungkin formula
berkolaborasi dengan artis popular seperti Ella & Ruth Sahanya boleh membantu
memperkenalkan Shah kepada pencinta muzik! Shah berduet dengan Ella untuk
lagu yang 'catchy', 'Ku Merindu' dan Ella tampil solo untuk lagu 'Orang
Muda'. Album ini adalah cetusan idea daripada pencipta lagu dan
produser eksekutifnya, Dato' Syed Elias (Dase).
Senarai lagu;
Ku Tak Kecewa (Shah)
CD berkembar ini turut memuatkan 3 buah lagu terbaru
nyanyian Ella, 'Puisi Hamba', 'Jiwa Setia' dan 'Mencari'.
Senarai lagu;
CD1:
CD2:
Cinta Selembut Sutera
Senarai lagu;
CD1:
Dua Insan Bercinta
CD2:
Cinta Berakhir
Senarai lagu;
CD1:
Dua Insan Bercinta (versi EMI, 1993)
CD2:
Sembilu
Senarai lagu;
CD1:
Sembilu
CD2:
Kasih
Senarai lagu;
CD1:
CD2:
Bayangan (Ella
Featuring Slash)
Album kompilasi dengan 6 CD menyenaraikan 101 lagu lagu popular dan terbaik
daripada Ella yang pernah dirakam bersama Warner dan EMI turut memuatkan sebuah
lagu baru 'Menyanyilah La La La'.
Senarai lagu;
CD1
CD2:
CD3:
CD4:
CD5:
CD6:
Senarai lagu;
CD1
CD2
Ruhil & Shima:
Kawan (Ruhil) Setelah Aku Kau Miliki (Shima) Anak Dunia (Ruhil) Optimistik (Shima)
Datang Dan Pergi (Ruhil) Di Sebalik Sejuta Wajah (Shima) Percayalah (Ruhil) Aku
Wanita (Shima) Hakikat Ini (Ruhil) Teringin (Shima) Kasih Tak Kesampaian (Ruhil)
Luka Di Lukai (Shima Cinta Abadi (Ruhil) Apa Ku Rasa (Shima)
Senarai lagu;
CD1
Sheila Majid:
Legenda
CD2
Ella:
Sembilu
CD3
Fauziah Latiff:
Di Gamit Memori
CD4 Seha:
Seloka Cinta Remaja
Senarai lagu;
CD1:
Layar Impian (Ella)
CD2:
Dia Tiada Tangis Lagi
(Ella)
Album 'special project' adalah bersempena dengan penjenamaan semula bangunan klasik penuh sejarah, Muzium Sultan Abu Bakar, Malaysia, Pekan Pahang yang kini sedia untuk dipersembahkan kepada umum selepas diberi dimensi baru. Syarikat rakaman Wake The Baby Records dan Ajai, sebagai komposer diberi kepercayaan menghasilkan kesemua enam lagu dalam album istimewa ini dan Ella tampil dengan tiga lagu; 'Mereka Yang Di Depan Kita', berduet dengan Ajai untuk lagu 'Permasiuri' dan berkolaborasi dengan Azlan & The Typewriter untuk lagu 'Cinta Dahulu Kala'. Turut menyumbang suara untuk album ini ialah Krisdayanti dan Hafiz Suip. Senarai lagu;
Mereka
Yang Di Depan Kita (Ella)
Senarai lagu;
CD1:
Pengemis Cinta
CD2:
Gemilang
Senarai lagu;
CD1: Layar Impian
CD2:
Dua Insan Bercinta (versi EMI, 1993
Senarai lagu;
CD1: Mereka Yang Di Depan Kita
CD2: Rama Rama
CD3::
Menanti
Senarai lagu; CD1 Shima: Teringin![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
CD2
Ella & The Boys:
Dua Insan Bercinta
Senarai lagu;
Sepi Sekuntum Mawar Merah
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
RAYA INI ADA DIA, sebuah lagu raya ciptaan Ad Samad dan lirik oleh M Nasir merupakan lagu raya pertama yang dirakamkan oleh Ella.
Single 'Raya Ini Ada Dia' kemudiannya dimuatkan semula ke dalam
album kompilasi lagu lagu raya pelbagai artis, JOM RAYA Uolls (Universal
Music, 2017).
Senarai lagu;
CD1:
CD2:
Mendung Tak Bererti
Hujan (duet Deddy Dores)
Ini merupakan lagu duet Ella bersama artis dari seberang, Anji (Erdian Aji Prihartanto) iaitu bekas vokalis kumpulan Drive. Lagu dan lirik adalah karya Adi Priyo iaitu vokalis utama 6ixth Sense. Single 'Risalah Cinta' belum di muatkan dalam mana-mana album/kompilasi Ella ataupun album kompilasi pelbagai artis.
Senarai lagu;
Senarai lagu;
CD1:
CD2:
Single 'Istimewah' merupakan karya penuh Sam Bunface dan
single ini kemudiannya dimuatkan semula ke dalam album studio
Ella 'PEACE ▪
LOVE ▪
RINDU' (Universal Music, 2017).
Senarai lagu;
CD1:
CD2:
Ella akhirnya muncul dengan album penuh setelah sedekad
berlalu iaitu selepas produksi album RAMA RAMA (EMI,2007).
Ketika ini bukan mudah seseorang penyanyi berpeluang dan
mendapatkan kepercayaan dari syarikat rakaman untuk
menghasilkan album penuh kerana peminat muzik ketika ini lebih
memilih platform penstriman dan digital. Ella muncul dengan lagu-lagu ciptaan terbaru termasuk sebuah lagu
balada ciptaan Lord, yang
Senarai lagu;
Raguku
THE BEST OF ELLA adalah album
kompilasi rilisan semula yang pernah diterbitkan pada tahun 2005, A JOURNEY BEYOND ... THE VERY
BEST OF ELLA yang ketika itu diterbitkan sempena meraikan ulangtahun ke 20 Ella
dalam industri hiburan tempatan. Kulit
album adalah berlainan tetapi kandungan 'inlay'nya hampir sama dengan edisi asal tetapi
tone warnanya lebih kebiruan.
Susunan kesemua trek lagunya juga adalah sama..
Senarai lagu;
CD1:
CD2:
|