Kembali Ke CD Artis Melayu Index 'E'

 

PENGEMIS CINTA - Ella (1989)

PENGEMIS CINTA Ella
(WEA, 1989 / rilisan semula Warner Music, 2016)

  Dunia Kehidupan

  Pengemis Cinta

  Permata Biru

  Kau Yang Pertama

  Misteri Seorang Kekasih

  Semarak Cinta

  Cinta Dusta

  Suara Semalam

  Balah Telagah Apa Sudahnya

  Kemudian

Ella tidak bertahan lama bersama kumpulan Ella & The Boys kerana membuat keputusan untuk bergerak sebagai penyanyi rock secara solo.  Ella kemudian menerima tawaran menjadi artis rakaman syarikat antarabangsa WEA (kini Warner Music) dan pada tahun 1989, lahirlah album solo pertama beliau PENGEMIS CINTA yang laris di pasaran dan jualan mencapai tahap anugerah Platinum.  Banyak lagu dari album ini menjadi hit dan seterusnya mengangkat Ella sebagai satu-satunya 'Puteri Rock' yang amat diminati.  Antara lagu yang popular dari album ini ialah 'Pengemis Cinta', 'Permata Biru', 'Semarak Cinta', 'Suara Semalam' dan 'Dunia Kehidupan'.

ANAK MERDEKA - Ella & The Boys (1987)

ANAK MERDEKA Ella & The Boys
(Warnada, 1987 / rilisan semula Sony Music, 2016)

  Anak Merdeka

  Meniti Liku Sepi

  Catatan Tika Rindu

  Muslihat

  Kau Hanya Khayalan

  Tak Lagi Kesunyian

  Takdir

  Aku Tak Bersalah

  Ibu

  Menanti Musim Berbunga

ANAK MERDEKA adalah album studio penuh yang kedua kumpulan rock kegemaran ramai, Ella & The Boys.  Selain Ella menjadi vokal utama, ketua kumpulan ini Lord turut menyumbangkan dua lagu 'Muslihat' dan 'Ibu'.  Selain Lord dan Ella, Ella & The Boys turut didukung oleh Ayi (bass), Timan (keyboard) dan Suhaimi (drum).

BATTLE OF THE BANDS ROUND 2 - Various Artist (1986)

BATTLE OF THE BANDS (Round 2) (Gold CD) Various Artist
(Warnada, 1986 / rilisan semula Sony Music, 2017)

  Hanya Secebis Jawapan (Ella & The Boys)

  Mata Sepet (SYJ)

  Tuduhan (Lefthanded)

  Debu Khayalan (Bloodshed)

  Kejahilan (Rahim Maarof & Whitesteel)

  Hapuskan Lanun Cetak Rompak (theme song) (nyanyian ramai)

  Hanya Dalam Mimpi (Rahim Maarof & Whitesteel)

  Manusia Dan Janji (Bloodshed)

  Kenangan Bersamamu (Lefthanded)

  Teruskan (SYJ)

  Ulat Bulu (Ella & The Boys)

BATTLE OF THE BANDS - Various Artist (1986)

BATTLE OF THE BANDS (Gold CD) Various Artist
(Warnada, 1986 / rilisan semula Sony Music, 2017)

  Cinta Berakhir (Ella & The Boys)

  Debunga Wangi (Lefthanded)

  Jumpa Sekali Lagi (Rahim Maarof & Whitesteel)

  Orang Timur (SYJ)

  Nostalgia Rindu (Bloodshed)

  Hati Syaitan (SYJ)

  Hidup Pemuzik (Bloodshed)

  Lanun (Lefthanded)

  Dua Insan Bercinta (Ella & The Boys)

  Sengketa (Rahim Maarof & Whitesteel)

  Hapuskan Lanun Cetak Rompak (theme song) (nyanyian ramai)

Boleh dikatakan fenomena muzik Rock di Malaysia meletus apabila konsert dan album BATTLE OF THE BANDS menemui peminat rock pada tahun 1986.  Sebelum ini muzik Rock hanya dikaitkan dengan kumpulan dari Singapura, Sweet Charity (perintis muzik rock tahun 70an tetapi hanya berpeluang merakam album rock pada tahun 1979) dan kumpulan Search dari Johor Bahru yang namanya menjadi popular setelah merakam album rock pertama pada tahun 1985.  Album terbitan Warnada, BATTLE OF THE BANDS menampilkan kumpulan Lefthanded, Bloodshed, Ella & The Boys, SYJ (kini dikenali Sofea) dan Rahim Maarof & WhiteSteel.  Kecuali Rahim Maarof (sebelum ini dikenali sebagai penyanyi lagu pop/dangdut), yang lainnya adalah pendatang baru dalam dunia rakaman.  Masing-masing mencetus fenomena tersendiri sebagai kumpulan rock popular setelah berpeluang merakam album sendiri.  Konsert BATTLE OF THE BANDS 1986 pernah menjadi kontroversi kerana rusuhan penonton di konsert itu.  Sambutan hebat terhadap album ini menyebabkan siri kedua BATTLE OF THE BANDS diterbitkan pada tahun yang sama dengan menampilkan penyanyi/kumpulan rock yang sama.   BATLLE OF THE BANDS 1 & 2 juga merupakan album rock terbaik sepanjang zaman.  Album ini juga telah memperkenalkan Ella sebagai satu-satunya ikon penyanyi rock wanita pertama yang ditampilkan dalam sebuah kumpulan rock.  Ella & The Boys kemudiannya diberi peluang oleh syarikat Warnada melahirkan 2 LP, ELLA & THE BOYS dan ANAK MERDEKA.  Kedua-duanya diterbitkan pada tahun 1987.