P laylist Pilihan:
(dikemaskini 1 Oktober 2022) |
|
PERGI UNTUK KEMBALI: ALBUM KLASIK –
Broery Marantika
|
|
EDISI PLATINUM
–
Broery Marantika CD 1:
CD 2:
|
|
|
ALBUM EMAS vol 3
–
Broery Marantika
Album koleksi yang menghimpunkan lagu-lagu terbaik Broery Marantika yang dirakam sekitar dekad 1990-2000. |
|
|
18 GOLDEN BEST
PEMENANG AMI SHARP AWARD 2000
–
Broery Marantika & Dewi Yull
|
|
|
20 GOLDEN BEST
PEMENANG AMI SHARP AWARD 2000
–
Broery Marantika
|
|
|
SELAMAT TINGGAL
– Broery Marantika
SELAMAT TINGGAL merupakan album rakaman terakhir yang sempat disiapkan oleh Broery pada penghujung tahun 1999. Manakala 'Selamat Tinggal' merupakan lagu terakhir yang disampaikan oleh Broery sebelum dia diserang penyakit angin ahmar yang meragut keupayaannya untuk bernyanyi lagi. Lagu 'Selamat Tinggal' seakan pesanan terakhir Broery kepada semua yang mencintai dan meminatinya. |
|
|
SETULUS CINTA
–
Broery
|
|
|
KOLEKSI TERBAIK
–
Broery
|
|
|
SELEKSI ALBUM EMAS
–
Broery Pesolima
|
|
|
BALADA SEORANG
NELAYAN TUA –
Broery Marantika (MRC, 1984 / terbitan semula Music Valley, 2006)
|
|
|
MIMPI DI SIANG HARI –
Broery
|
SEJARAH RINGKAS PERJALANAN SENI broery marantikaBROERY (June 25, 1944 – April 7, 2000) atau nama sebenarnya Broery Pesulima turut dikenali dengan nama Broery Marantika, merupakan seorang penyanyi popular Indonesia. Hari Jumaat 17 April 2000 ramai yang terkejut apabila mendapat berita bahawa Broery, penyanyi kelahiran Ambon ini telah meninggal dunia. Beliau tergolong dalam kumpulan artis Indonesia yang cukup popular dan mempunyai banyak koleksi lagu hit malar segar. Sepanjang karier beliau turut menggunakan nama Broery Marantika sempena nama keluarga sebelah ibunya. Popularitinya semakin meningkat selepas beliau berlakon di dalam filem AKHIR SEBUAH IMPIAN bersama Emillia Contessa yang ditayangkan di Malaysia pada tahun 1973 dan bertambah popular di Malaysia apabila berpeluang berlakon dalam filem HAPUSLAH AIRMATAMU bersama Sharifah Aini pada tahun 1976. Di Malaysia, penghujung 70an dan awal 80an, Broery telah berpeluang bekerjasama dengan komposer tersohor Ahmad Nawab dengan menerbitkan beberapa album seperti MIMPI DI SIANG HARI, SENJA DI KUALA LUMPUR, BROERY '81 & BALADA SEORANG NELAYAN TUA. Kisah percintaan beliau dengan Christine Hakim mendapat liputan meluas tetapi perkahwinan pertama Broery adalah dengan penghibur, Anita Sarawak yang menimbulkan kontroversi (tahun 1982) tetapi berakhir dengan penceraian. Broery kemudian berkahwin pula dengan Wanda Latuperisa dan dikurniakan dua orang anak. Pada September 1998, beliau telah diserang angin ahmar tetapi sembuh dan kemudiannya beliau dapat menyiapkan album duetnya bersama Dewi Yull '20 SPESIAL NOSTAGLIA', album 'KERONCONG' dan '30 YEARS IN REVIEW' (yang menghimpunkan lagu-lagu popularnya termasuk 'Angin Malam' dan 'Mimpi Sedih'. Bagaimanapun serangan kedua angin ahmar pada May 1999 menyebabkan Broery lumpuh dan tidak mampu bercakap dan hanya menghabiskan masanya di katil. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa isterinya disisi kerana Wanda ketika itu berada di Los Angeles. Diskografi broery marantika (menyenaraikan diskografi lengkap LP/Kaset/CD Broery Marantika yang hanya diterbitkan @ diedarkan untuk pasaran di Malaysia sahaja termasuk album yang memasukkan lagu baru dalam album kompilasinya sendiri ataupun dalam album kompilasi perlbagai artis)
Album runut bunyi LAGU UNTUKMU turut menampilkan Broery mendendangkan tiga lagu; 'Gubahanku' berduet dengan Anna Mathovani dan secara solo untuk lagu, 'Taman Yang Biru' dan 'Kasihmu Kasihku'. Senarai lagu;
Akulah Milikmu (Titiek Sandhora & Muchsin)
Album runut bunyi CINTA PERTAMA hanya menampilkan Broery mendendangkan sebuah lagu 'Cinta Berganti Rupa'. Senarai lagu;
Cinta Pertama (Anna Mathovani)
Filem yang menggabungkan nama penyanyi Broery & Emillia Contessa, AKHIR SEBUAH IMPIAN bukan saja menjadi filem muzikal airmata yang laris tayangannya tetapi kesemua lagu-lagu dalam album runut ini juga menjadi lagu lagu popular di corong-corong radio ketika itu. Album runut ini pertama kali diterbitkan dalam format CD pada tahun 1994 dengan penambahan 3 buah lagu, 'Gubahanku' (versi solo Broery), 'Burung Dalam Sangkar' (Emilllia Contessa) dan 'Dendam Cintaku'. Dan pada tahun 2004, CD AKHIR SEBUAH IMPIAN (versi penambahan lagu) ini dirilis semula oleh Life Records di bawah label WAU. Senarai lagu;
Biarkan Bunga Berkembang (lagu tema) (Broery)
Senarai lagu;
Senandung Rindu
Senarai lagu;
Memories
Senarai lagu;
Jatuh Cinta
Senarai lagu;
Balada Seorang Biduan
Senarai lagu;
Pergi Untuk Kembali
Senarai lagu;
Nusantara
Senarai lagu;
Tuhan
Senarai lagu;
Salahkah
Album ini hanya menggandingkan Broery & Christine Hakim untuk dua buah lagu, 'Melodi Air Hujan' dan 'Permata Hati', manakala lagu-lagu lainnya adalah nyanyian solo Broery. Senarai lagu;
Melodi Air Hujan (duet)
Filem yang menggabungkan penyanyi teratas Malaysia dan Indonesia ketika itu, Sharifah Aini dan Broery, menjadikan tayangan filem ini pecah panggung dan album runut bunyi cukup laris dan sering diulang rilis. Banyak lagu dari album ini menguasai carta lagu popular dan menjadi pilihan utama dalam rancangan lagu lagu permintaan sukaramai. Broery secara solo menyanyikan lagu 'Hapuslah Airmatamu', 'Haruskah Kita Berpisah' dan 'Sabar Menanti', dan berduet dengan Sharifah Aini untuk dua buah lagu hit sepanjang zaman 'Seiring Jalan' dan 'Perasaan Hati'. Senarai lagu;
Melodi Air Hujan (duet)
Album ini hanya menggandingkan Broery & Christine Hakim untuk dua buah lagu, 'Setulus Hatiku' dan 'Dinda Kanda' manakala lagu-lagu lainnya adalah nyanyian solo Broery. Senarai lagu;
Suzy
Hanya sebuah lagu iaitu 'Bunga Anggerik' menggandingkan Broery dan Emillia Contessa. Lagu ini bukan saja diminati di Indonesia tetapi juga cukup popular di corong radio Nusantara. Lain lain lagu adalah nyanyian solo Broery. Senarai lagu;
Bunga Anggerik (duet)
Broery merupakan salah seorang penyanyi terawal menjadi artis WEA (kini Warner) ketika WEA mula beroperasi di Malaysia . Album pertama Broery, MIMPI DI SIANG HARI telah diterbitkan oleh komposer tersohor, Ahmad Nawab yang juga merupakan komposer terawal mengikat kontrak bersama WEA (sebelum ini Ahmad Nawab menjadi penerbit tetap untuk album-album artis EMI). MIMPI DI SIANG HARI menimbulkan kontroversi kerana terdapat beberapa lagu ciptaan Ahmad Nawab dalam album ini, 'Kasih', 'Aku Penghiburmu' dan 'Gugurmu Di Tangkai Madu' sebenarnya telah dirakam sebelumnya untuk album solo Sudirman yang pertama dengan EMI yang juga diterbitkan oleh Ahmad Nawab yang ketika masih dalam kontrak bersama EMI tetapi turut juga memuatkan ketiga-tiga lagu tersebut untuk abum MIMPI DI SIANG HARI. Walaupun album MIMPI DI SIANG HARI diterbitkan selepas album AKU PENGHIBURMU tetapi MIMPI DI SIANG HARI telah memasuki pasaran terlebih dahulu manakala selang beberapa bulan barulah album AKU PENGHIBURMU menyusul. Bagaimanapun kedua-dua versi lagu-lagu nyanyian Broery dan Sudirman tetap mendapat sambutan. Manakala lagu 'Rindumu Rinduku' menjadi lagu evergreen sehingga kini. Pada tahun 2010 pertama kali album ini diterbitkan dalam format CD.Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD rilisan semula MIMPI DI SIANG HARI di atas.
SENJA DI KUALA LUMPUR merupakan album kedua Broery di bawah label WEA dan masih diterbitkan oleh komposer terkenal Ahmad Nawab. Antara lagu yang pernah hit dari album ini ialah 'Setulus Cinta' sebuah lagu ciptaan Ahmad Nawab khas untuk filem SUPERSTAR: BINTANG PUJAAN. Versi asal lagu tersebut dinyanyikan oleh Sharifah Aini hanya untuk filem tersebut. Senarai lagu; Senja Di Kuala Lumpur ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Album ketiga Broery di bawah label WEA diterbitkan sendiri oleh Broery. Berbanding kedua-dua album beliau sebelumnya yang diterbitkan oleh Ahmad Nawab, album BROERY '81 dianggap kurang berjaya di pasaran dan juga melahirkan lagu-lagu hit. Senarai lagu;
Di Luar Sepi Di Dalam Tak Sepi
Balada Seorang Biduan
Album terakhir Broery di bawah label WEA diterbitkan kembali oleh komposer Ahmad Nawab. Sambutan album ini lebih baik dari album BROERY '81 tetapi masih tidak dapat mengatasi kehebatan album MIMPI DI SIANG HARI dan SENJA DI KUALA LUMPUR. Senarai lagu;
Tidurlah Cahayaku
Kali ini album Broery, BALADA SEORANG NELAYAN TUA berlabelkan MRC (Malaysia Recording Corporation) tetapi masih diterbitkan oleh komposer ternama, Ahmad Nawab. Lagu yang menjadi tajuk album ini merupakan sebuah lagu ciptaan Ismail Ahmad Nawab yang telah menjadi juara di Pesta Lagu Malaysia 1984. Album ini juga telah memperkenalkan pendatang baru dalam dunia rakaman, Linda Elizabeth, penyanyi dari Singapura yang telah berduet dengan Broery untuk dua buah lagu, 'Masa Itu Emas' dan 'Seindah Senyuman'. Syarikat rakaman MRC kemudiannya memberi peluang Linda Elizabeh membuat album solo HATI SEPI SEORANG PEREMPUAN. Pada tahun 2006 buat pertana kalinya album ini dikeluarkan dalam format CD iaitu rakaman terus dari piringhitam oleh Muzik Valley. Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD rilisan semula BALADA SEORANG NELAYAN TUA (2006) di atas.
Senarai lagu;
Mimpi Di Siang Hari
Album ini turut menampilkan dua buah lagu duet Broery bersama penyanyi pop Jazz, Vina Panduwinata, 'Bahasa Cinta' dan 'Untuk Apa Lagi'. Lagu 'Bahasa Cinta' menjadi lagu yang paling popular dari album ini. Senarai lagu;
Mimpi Di Siang Hari
Album ini turut memuatkan 5 lagu yang diberi gubahan baru iaitu 'Kau Yang Manja', 'Jangan Pisahkan Kami', 'Permata Hati', 'Pelangi Hati' dan 'Oh Dewi'. Album ini dirilis semula dengan catatan cetakan pada tahun 2001. Senarai lagu;
Angin Malam
Album koleksi lagu lagu hit Broery dari era 1970-2000. Senarai lagu;
Aku Begini Engkau Begitu
Pada tahun 1991 album ini diterbitkan semula dalam format CD. Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD SELEKSI ALBUM EMAS (1991) di atas.
Senarai lagu;
Hati Yang Terluka
Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD KOLEKSI TERBAIK di atas.
Senarai lagu;
Biarlah Bulan Bicara
Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD SETULUS CINTA di atas.
Senarai lagu;
Jangan Ada Dusta Di Antara Kita (duet Dewi Yull)
Album terakhir yang sempat disiapkan oleh Broery sebelum beliau diserang penyakit angin ahmar yang akhirnya membawa ke atas kematiannya. Lagu 'Selamat Tinggal' (di Indonesia lagu ini dikenali dengan tajuk 'Pamit') seakan pesanan terakhir Broery kepada semua yang mencintai dan meminatinya. Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD SELAMAT TINGGAL di atas.
Senarai lagu;
Cinta Kilat
Senarai lagu;
Hati Yang Terluka
Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD 20 GOLDEN BEST PEMENANG AMI SHARP AWARD 2000 - BROERY MARANTIKA di atas.
Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD 18 GOLDEN BEST PEMENANG AMI SHARP AWARD 2000 - BROERY MARANTIKA & DEWI YULL di atas.
Senarai lagu;
Jangan Ada Dusta Di Antara Kita (duet Dewi Yull)
Album koleksi ini adalah seleksi lagu lagu hit Broery dari era 1970-2000. Senarai lagu;
Setulus Cintamu
Senarai lagu;
CD1:
Selamat Tinggal (Pamit)
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
CD2:
Hati Yang Terluka
Album
kompilasi ini menyenaraikan 60 buah lagu lagu terunggul nyanyian Broery yang
pernah diminati dan ada yang malar segar hingga kini. Senarai lagu;
CD1:
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
CD2:
Selamat Tinggal (Pamit)
CD3: Aku Jatuh Cinta![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
CD4:
Jangan Ada Dusta Di Antara Kita (duet Dewi Yull)
Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD ALBUM EMAS vol 3 di atas.
Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD EDISI PLATINUM di atas.
Senarai lagu;
CD1:
Widuri (duet Dewi Yull)
CD2:
Angin Malam
CD3:
Selamat Tinggal (Pamit)
Senarai lagu;
CD:
Rindumu Rinduku
VCD:
Rindumu Rinduku
Senarai lagu;
CD1:
Senja Di Kuala Lumpur
CD2:
Hanya Bayangan
Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD ALBUM KLASIK: PERGI UNTUK KEMBALI di atas.
Senarai lagu;
Mengenangkan
Dirimu
|