|
SEJARAH PERJALANAN SENI
broery marantika
BROERY (June 25, 1944 - April 7,
2000) atau nama sebenarnya Broery Pesulima turut dikenali dengan nama Broery
Marantika, merupakan seorang penyanyi popular Indonesia. Hari Jumaat 17
April 2000 ramai yang terkejut apabila mendapat berita bahawa Broery, penyanyi
kelahiran Ambon ini telah meninggal dunia. Beliau tergolong dalam kumpulan
artis Indonesia yang cukup popular dan mempunyai banyak koleksi lagu hit malar
segar. Sepanjang karier beliau turut menggunakan nama Broery Marantika
sempena nama keluarga sebelah ibunya.
Penyanyi yang
mempunyai keistimewaan dalam mengawal teknik vokal, warna suara,
interprestasi, nafas panjang juga mempunyai kesungguhan dalam memahami
ilham lagu yang dinyanyikan. Bersama The Pro's, Broery tampil
memasuki industri rakaman Singapura di bawah label Philips yang waktu
itu agak sulit ditembus artis Indonesia. Rakaman solo Broery yang
pertama adalah lagu-lagu barat di bawah label Remaco. Manakala
rakaman terawal lagu-lagu Indonesia adalah ciptaan A Riyanto seperti
'Angin Malam', 'Mimpi Sedih', 'Permata Hati' dan 'Layu Sebelum
Berkembang'. Broery merasa belum lengkap dalam kerjaya nyanyiannya
apabila belum tampil di festival pertandingan lagu. Ia menjuarai
Festival Lagu Lagu Pop Indonesia pertama kali pada tahun 1973 menerusi
lagu 'Penuh Harapan' karya Nick Mamahit. Kemudian di tahun 1974 ia
mewakili Indonesia untuk pertandingan World Pop Song Festival di Tokyo
dan mengulangi sukses festival pertamanya melalui lagu 'Cinta' karya
Titiek Puspa.
Di samping karier sebagai penyanyi yang sedang berkembang, beliau turut bermain filem antaranya IMPIAN PERAWAN dan AKHIR
SEBUAH IMPIAN bersama Emillia Contessa yang juga seorang penyanyi yang
sedang meraih populariti hebat di Indonesia. Filem AKHIR SEBUAH
IMPIAN turut sukses di Malaysia apabila ditayangkan pada tahun 1973.
Namanya terus mekar di Malaysia apabila pada tahun 1976 berpeluang
berlakon dalam
filem HAPUSLAH AIRMATAMU bergandingan dengan penyanyi unggul Malaysia, Sharifah Aini.
Lagu-lagu dari album runut filem tersebut yang dialunkan oleh Broery &
Sharifah Aini seperti 'Seiring Jalan',
'Hapuslah Airmatamu' dan 'Perasaan Hati' turut menguasai carta-carta
lagu popular Malaysia dan Singapura.
Lagu-lagu rakaman
Broery turut mendominasi radio Nusantara termasuk di Malaysia. Penghujung 70an dan awal 80an, Broery
sempat memperkaya khazanah muzik pop Malaysia apabila berpeluang
bekerjasama dengan komposer tersohor Ahmad Nawab dengan penerbitan
beberapa album seperti MIMPI DI SIANG HARI, SENJA DI KUALA LUMPUR,
BROERY '81 & BALADA SEORANG NELAYAN TUA. Antara hitsnya,
'Senja Di Kuala Lumpur', 'Mimpi Di Siang Hari', 'Rindumu Rinduku',
'Kasih' dan 'Aku Penghiburmu'.
Kisah percintaan
beliau dengan Christine Hakim mendapat liputan meluas tetapi perkahwinan
pertama Broery adalah dengan penghibur, Anita Sarawak yang menimbulkan
kontroversi (tahun 1982) tetapi berakhir dengan perceraian. Broery
kemudian berkahwin pula dengan Wanda Latuperisa dan dikurniakan dua
orang anak.
Perjalanan seni nyanyian Broery juga ada pasang surutnya. Setelah
menyepi agak lama dari dunia rakaman, Broery kemudian bangkit lagi setelah Rinto
Harahap memberinya lagu 'Aku Jatuh Cinta' dan 'Aku Begini Engkau Begitu'
yang mana kedua-dua lagu tersebut meledak di pasaran lagu-lagu pop
Indonesia dan publik muzik pop Indonesia tahu bahawa 'Broery telah lahir kembali'
maka tidak menjadi kehairanan apabila selepas itu pada setiap tahun pasti ada sahaja lagu
hits yang dihasilkan oleh Broery.
Setelah era Rinto Harahap, kemudian Broery
dengan semangat baru memasuki pertengahan 90'an dalam
kerjasamanya dengan Hadi Soenyoto iaitu produser HP Record,
muncullah sejumlah karya Harry Tasman, pencipta lagu 'Jangan
Ada Dusta Di Antara Kita' dan 'Rindu Yang Terlarang' yang
dinyanyikan bersama Dewi Yull. Sejarah Broery penuh
dengan kisah kejayaan dan tak terhitung penghargaan yang
pernah diterimanya yang membuktikan bahawa Broery adalah
penyanyi pop Indonesia yang tersohor.
Pada September 1998, beliau telah
diserang angin ahmar tetapi sembuh dan kemudiannya beliau dapat menyiapkan album
duetnya bersama Dewi Yull '20 SPESIAL NOSTAGLIA', album 'KERONCONG' dan '30
YEARS IN REVIEW' (yang menghimpunkan lagu-lagu popularnya termasuk 'Angin Malam'
dan 'Mimpi Sedih'). Bagaimanapun serangan kedua angin ahmar pada May 1999
menyebabkan Broery lumpuh dan tidak mampu bercakap dan hanya menghabiskan
masanya di katil. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa
isterinya disisi kerana Wanda ketika itu berada di Los Angeles.
Kini Broery telah tiada. Namun namanya akan tetap
terpahat dihati pencinta muzik Nusantara.
Diskografi
lengkap
BROERY MARANTIKA
(menyenaraikan
diskografi lengkap LP/Kaset/CD Broery Marantika yang hanya diterbitkan @ diedarkan
untuk pasaran di Malaysia sahaja termasuk
album yang memasukkan lagu baru dalam album kompilasinya sendiri ataupun
dalam album kompilasi pelbagai artis)
akhir sebuah impian (OST)
-
Various Artist (LP -
Canary Records / MMI Records MMLP 106, 1973)
Filem
yang menggabungkan nama penyanyi Broery Marantika & Emillia Contessa, AKHIR SEBUAH IMPIAN
bukan saja menjadi filem muzikal airmata yang laris tayangannya di Indonesia
tetapi juga di Malaysia dan Singapura. Kesemua
lagu-lagu dalam album runut tersebut bukan sahaja menjadi lagu-lagu popular
dicorong-corong radio tempatan malah 'malar segar' sehingga kini.
Senarai lagu;
Biarkan Bunga Berkembang (lagu tema) (Broery)
Jangan Lupa Janjimu (Broery)
Cari Kawan Lain
(Favourite;s Group)
Kecoak Nungging (Benyamin S)
Angin Malam (Broery Marantika)
Bertemasya
(instrumental)
Kasih Sayang (Favourite's Group)
Nasib Pengembara
(Broery & Emillia Contessa)
Mimpi Sedih (Emillia Contessa)
Penghibur Hati (Emillia Contessa & Benyamin S)
Layu Sebelum Berkembang (Emillia Contessa)
Angin Malam (instrumental)
Bagaimanapun pada tahun 1974, Life Records menjadi pengedar
tunggal (piring hitam) album runut ini. Buat pertama kali
format CD untuk album runut ini diterbitkan oleh Life Records
pada tahun 1994 dan 2000. Pada tahun 2004, Life Records
menerbitkan sekali lagi
CD
AKHIR SEBUAH IMPIAN
ini di bawah label WAU dengan penambahan 3 buah lagu sebagai
bonus; 'Gubahanku'
(versi solo Broery), 'Burung Dalam Sangkar' (Emilllia Contessa) dan 'Dendam
Cintaku'. Ketiga-tiga lagu tersebut tidak terdapat pun didalam filem
tersebut. Album runut yang diterbit dan diedar oleh Life
Records mengekalkan susunan trek lagu yang sama kecuali
menukarkan tajuk lagu nyanyian Broery Marantika 'Jangan
Lupa Janjimu' menjadi 'Malam Minggu Yang Mesra'.
/IMGBM%201973OSTASI.png) /MPOST%201974%20Akhir%20Sebuah%20Impian.jpg) /IMGBM%201975%20HM1166BBJLDM.png)
LAGU UNTUKMU
(OST)
-
Various Artist (LP -
LIFE LMLP 054, 1974)
Album runut
bunyi LAGU UNTUKMU turut menampilkan Broery mendendangkan tiga lagu; 'Gubahanku'
berduet dengan Anna Mathovani dan secara solo untuk lagu, 'Taman Yang Biru'
dan 'Kasihmu Kasihku'.
Senarai lagu;
Akulah Milikmu (Titiek Sandhora & Muchsin)
Taman Yang Biru (Broery)
Lagu Untukmu (Grace Simon)
Gubahanku (Broery & Anna Mathovani)
Sayang Di Sayang (Titiek Sandhora & Muchsin)
Kelopak Cinta (Anna Mathovani)
Kasihmu Kasihku (Brorey)
Gema Cinta (Grace Simon)
CINTA PERTAMA
(OST)
-
Various Artist (LP -
LIFE LMLP 055, 1975)
Album runut
bunyi CINTA PERTAMA hanya menampilkan Broery mendendangkan sebuah lagu 'Cinta
Berganti Rupa'.
Senarai lagu;
Cinta Pertama (Anna Mathovani)
Seribu Janji (Tanti Josepha)
Flamboyant (Idris Sardi)
Anggerek Berbunga (Tanti Josepha)
Cinta Berganti Rupa (Broery Marantika)
Satu Satu (Anna Mathovani)
Two Lovely Flowers (Tanti Josepha)
Bengawan Solo (Tanti Josepha)
Wajah Seorang Laki Laki (Tanti Josepha)
BROERY 75
- Broery Pesulima
(LP - Life HM 1150, 1975)
Senarai lagu;
Senandung Rindu
Hidup Bebas
Selembut Sutera
Usah Kau Malu
Forever More
Masa Remaja
Persembahanku
Pasti Kembali
Fabiolla
BROERY
BERSAMA JACK LESMANA
DENGAN MUSIKNYA (LP -
Life HM 1166, 1975)
Senarai lagu;
Memories
Bridge Over Trouble Water
Having My Baby
Thank You For Hurting Me
Your Eyes
All In Love Is Fair
Proud Mary
First Time
PERSEMBAHAN
BROERY -
Broery Pesulima (LP -
Life HM 1185, 1975)
Senarai lagu;
Jatuh Cinta
Berjudi Dengan Cinta
Lamunanku
Selalu Jadi Kenangan
Hadirlah Dalam Deritaku
Paulina
Hanya Bayangan
Zubida Da Da
Pilihan Hati
/IMGBM%201975%201185PB.png) /IMGBM%201976%20HM%201207BP.png) /1976-1%20SREG%209847%20OST%20Hapuslah%20Airmatamu.jpg)
BALADA SEORANG BIDUAN -
Broery Bersama 4 Nada (LP -
Life HM 1199, 1975)
Senarai lagu;
Balada Seorang Biduan
Cinta Kilat
Layu Sebelum Berkembang
Abang Beca
Gubahanku
Minggu Pagi
Maria
Angin Malam
Mimpi Sedih
Mawar Berduri
Mana
Tanase
BROERY IRINGAN D'LLOYD & THE
FAVOURITES
(LP
- Life HM 1200, 1975)
Senarai lagu;
Pergi Untuk Kembali
Adikku Yang Manis
Embun Di Pagi Hari
Setitis Embun
Kau Permata Nilam
Tina
Lupakan Saja
Harapan Yang Musnah
Esok
Bukan Hari Ini
Airmata
Kalau Ku Tahu
BROERY pesulima bersama 4
nada (LP -
Life HM 1203, 1975)
Senarai lagu;
Nusantara
Semalam Di Janjur
Derita
Salam Sayang
Cinta
Salju
Tanahair Indonesia
Malam Ini
Permintaan Terakhir
BROERY pesulima (LP -
Life HM 1207, 1976)
Senarai lagu;
Tuhan
Bulan Merah
Senja Jatuh Di Bandung Utara
Jatuh Cinta
Melati Putih
Cinta
Nelayan Tua
Sekejap Di Buai Cinta
Balada Seorang Biduan
Senja Kelabu
salahkah -
Broery Pesulima (LP -
Life HM 1217, 1976)
Senarai lagu;
Salahkah
Jangan Bercanda
Tanpamu
Hello Hello
Indahnya Ombak
Jalinan Kasih
Di Mana
BROERY PESULIMA & CHRISTINE
HAKIM (LP -
Life HM 1219, 1975)
Album ini hanya menggandingkan
Broery & Christine Hakim untuk dua buah lagu, 'Melodi Air Hujan' dan
'Permata Hati', manakala lagu-lagu lainnya adalah
nyanyian solo Broery.
Senarai lagu;
Melodi Air Hujan (duet)
Kesepian
Permata Hati (duet)
Embun Jatuh Berderai
Malam Minggu Yang Mesra
Kehancuran
Tanam Jagung
Kenangan Manis
Sampaikan Salamku
HAPUSLAH AIRMATAMu (OST) - Various
Artist
(LP
- EMI SREG 9847, 1976)
Filem
yang menggabungkan penyanyi teratas Malaysia dan Indonesia ketika itu, Sharifah
Aini dan Broery, menjadikan tayangan filem ini pecah panggung dan album runut
bunyi cukup laris dan sering diulang rilis. Hampir kesemua lagu dari album ini
menguasai carta lagu popular dan menjadi pilihan utama dalam rancangan lagu lagu
permintaan sukaramai. Broery secara solo menyanyikan lagu 'Hapuslah
Airmatamu', 'Haruskah Kita Berpisah' dan 'Sabar Menanti', dan
berduet dengan Sharifah Aini untuk dua buah lagu hit sepanjang zaman 'Seiring
Jalan' dan 'Perasaan Hati'.
Senarai lagu;
Hapuslah
Airmatamu
(Sharifah Aini)
Haruskah
Kita Berpisah (Broery Marantika)
Perasaan Hati
(Sharifah Aini & Broery Marantika)
Hatiku
Hatimu
(Sharifah Aini)
Harapan Hampa
(Deddy M Borhan)
Regent Club
(Instrumental)
Hapuslah
Airmatamu
(Broery Marantika)
Yang Di Tunggu Tak Tiba
(Sharifah Aini)
Seiring dan Sejalan
(Sharifah Aini & Broery Marantika)
Kau Di Sayang (Junainah M Amin)
Sabar Menanti (Broery Marantika)
SUZY -
Broery Pesulima &
Christine Hakim (LP -
Life HM 1232, 1977)
Album ini hanya menggandingkan
Broery & Christine Hakim untuk dua buah lagu, 'Setulus Hatiku' dan 'Dinda
Kanda' manakala lagu-lagu lainnya adalah
nyanyian solo Broery.
Senarai lagu;
Suzy
Ibukota
Setulus Hatiku (duet)
Karmila
Berjudi Dengan Cinta
Engkau Telah Datang
Dinda Kanda (duet)
Balada Minta Minta
Suzy (trek ulangan)
Di Kala Sepi
Malam Minggu Yang Mesra
Embun Jatuh Berderai
/IMGBM%201976%20HM1219BP&CH.png) /IMGBM%201977%20HM%201232S.png) /IMGBM%201980%20M93442SDKL.png)
BUNGA ANGGERIK -
Emillia Contessa
& Broery Pesulima
(LP
- Life HM 1241, 1977)
Hanya
sebuah lagu iaitu 'Bunga Anggerik' menggandingkan Broery dan Emillia Contessa.
Lagu ini bukan saja diminati di Indonesia tetapi juga cukup popular di corong
radio Nusantara. Lain lain lagu adalah nyanyian solo Broery.
Senarai lagu;
Bunga Anggerik (duet)
Cinta Remaja
Dialog
Pergilah Sayang
Cinta Berdua
Kita Selalu Berdua
Maria
Sayangku
Setulus Hatimu
Remaja Dan Pemuda
Kasih Sayang
Gadis Sederhana
MIMPI DI SIANG HARI -
Broery (LP
- WEA M 93400, 1978)
Broery merupakan salah seorang penyanyi terawal menjadi artis WEA (kini Warner)
ketika WEA mula beroperasi di Malaysia .
Album pertama Broery, MIMPI DI SIANG HARI telah diterbitkan oleh komposer
tersohor, Ahmad Nawab yang juga merupakan komposer terawal mengikat kontrak
bersama WEA (sebelum ini Ahmad Nawab menjadi penerbit tetap untuk album-album
artis EMI). MIMPI DI SIANG HARI menimbulkan kontroversi kerana terdapat
beberapa lagu ciptaan Ahmad Nawab dalam album ini, 'Kasih', 'Aku
Penghiburmu' dan 'Gugurmu Di Tangkai Madu' sebenarnya telah dirakam
sebelumnya untuk album solo Sudirman yang pertama dengan EMI yang juga
diterbitkan oleh Ahmad Nawab yang ketika masih dalam kontrak bersama EMI tetapi
turut juga memuatkan ketiga-tiga lagu tersebut untuk abum MIMPI DI SIANG HARI.
Walaupun album MIMPI DI SIANG HARI diterbitkan selepas album AKU PENGHIBURMU
tetapi MIMPI DI SIANG HARI telah memasuki pasaran terlebih dahulu manakala
selang beberapa bulan barulah album AKU PENGHIBURMU menyusul. Bagaimanapun
kedua-dua versi lagu-lagu nyanyian Broery dan Sudirman tetap mendapat sambutan.
Manakala lagu 'Rindumu Rinduku' menjadi lagu evergreen sehingga kini.
Senarai lagu;
Mimpi Di Siang Hari
Di Alam Lepas
Rindumu Rinduku
Aku Penghiburmu
Di Hatiku
Kasih
Mady
Gugurmu Di Tangkai Madu
Bang Genit
Aku Dan Malam
Pada tahun 2010
pertama kali album ini diterbitkan oleh Warner Music dalam format CD.
SENJA DI KUALA LUMPUR -
Broery (LP
- WEA M 93442, 1980)
SENJA DI KUALA LUMPUR merupakan album kedua Broery di bawah label WEA dan masih
diterbitkan oleh komposer terkenal Ahmad Nawab. Antara lagu yang pernah
hit dari album ini ialah 'Setulus Cinta' sebuah lagu ciptaan Ahmad Nawab
khas untuk filem SUPERSTAR: BINTANG PUJAAN. Versi asal lagu tersebut
dinyanyikan oleh Sharifah Aini hanya untuk filem tersebut.
Senarai lagu;
Senja Di Kuala Lumpur
Seandainya Aku Ini Raja
Mira
Setulus Cinta
Berdisko
Lahirnya Seorang Seniman
Din Teksi
Titiwangsa
Sepuluh Budak Hitam
Hey (Dengarnkanlah Bisikan Hatiku)
BROERY '81 (LP
- WEA M 93461, 1981)
Album ketiga Broery di bawah label WEA diterbitkan sendiri oleh Broery.
Berbanding kedua-dua album beliau sebelumnya yang diterbitkan oleh Ahmad Nawab,
album BROERY '81 dianggap kurang berjaya
di pasaran dan juga melahirkan lagu-lagu hit.
Senarai lagu;
Di Luar Sepi Di Dalam Tak Sepi
Wajah Ayu
Rindu
Kasihmu Kasihku
Lagu Untukmu
Sebuah Lagu
Kau Dan Aku Sayang
Hanya Bayangan
Bahagia Yang Dahulu
Semoga Abadi
/IMGBM%201981%20M93461B81.png) /IMGBM%201987%20NSR835BC.png) /IMGBM%201995JADDAK.png)
best of broery vol 1
(Kaset - LIFE HMC 1398, 1981)
Senarai lagu ;
Balada Seorang Biduan
Berjudi Dengan Cinta
Lupakan Saja
Hanya Bayangan
Cinta Kilat
Zubida Da Da
Suzy
Salahkah
Angin Malam
Malam Minggu Yang Mesra
Tanahair Indonesia
Abang Beca
Mimpi Sedih
Adikku Yang Manis
Jatuh Cinta
SAHABATKU (LP
- WEA 50036, 1982)
Album terakhir Broery di bawah label WEA diterbitkan kembali oleh komposer Ahmad
Nawab.
Sambutan album ini lebih baik dari album
BROERY '81 tetapi masih tidak dapat mengatasi kehebatan album MIMPI DI SIANG
HARI dan SENJA DI KUALA LUMPUR.
Senarai lagu;
Tidurlah Cahayaku
Senang
Sahabatku
Mengenangkan Dirimu
Langit Petang (lagu tema dari filem LANGIT PETANG)
Ilham Menjelma
Berangan Angan
Kampung Halaman
Si Bego
Bertemu Bercinta
balada seorang nelayan tua -
Broery (LP
- MRC 1012, 1984)
Kali ini album Broery,
BALADA SEORANG NELAYAN TUA berlabelkan MRC (Malaysia
Recording Corporation) tetapi masih diterbitkan oleh
komposer ternama, Ahmad Nawab. Lagu yang menjadi tajuk
album ini merupakan sebuah lagu ciptaan Ismail Ahmad Nawab
yang telah menjadi juara di Pesta Lagu Malaysia 1984.
Album ini juga telah memperkenalkan pendatang baru dalam
dunia rakaman, Linda Elizabeth, penyanyi dari Singapura yang
telah berduet dengan Broery untuk dua buah lagu, 'Masa Itu
Emas' dan 'Seindah Senyuman'. Syarikat rakaman MRC
kemudiannya memberi peluang Linda Elizabeh membuat album
solo HATI SEPI SEORANG PEREMPUAN.
Senarai lagu;
Suasana Di Pejabat
Balada Seorang Nelayan Tua
Di Kota Ini
Masa Itu Emas
(duet Linda Elizabeth)
Sebuah Lakonan
Negara Tercinta
Ombak
Seindah Senyuman
(duet Linda Elizabeth)
Airmata Nak Muda
Mawar Putih
Pada tahun 2006 buat
pertana kalinya album ini dikeluarkan dalam format CD iaitu rakaman terus dari
piringhitam oleh Muzik Valley.
lagu lagu terbaik - Broery (Kaset
- WEA, 1984)
Senarai lagu;
Mimpi Di Siang Hari
Kasih
Sahabatku
Setulus Cinta
Rindumu Rinduku
Senja Di Kuala Lumpur
Langit Petang
Di Luar Sepi Di Dalam Tak Sepi
Bang Genit
Din Teksi
BROERY
(Kaset
- Life HMC 1745 Records, 1986)
Album ini turut memuatkan 5 lagu yang diberi gubahan baru iaitu 'Kau Yang Manja',
'Jangan Pisahkan Kami', 'Permata Hati', 'Pelangi Hati' dan 'Oh Dewi'.
Senarai lagu;
Angin Malam
Kau Yang Manja
Jangan Pisahkan Kami
Gubahanku / Mimpi Sedih
Mengapa Harus Jumpa
Permata Hati
Pelangi
Oh Dewi
Angan Angan
Dunia
Album ini dirilis semula dengan catatan cetakan tahun 2001.
BAHASA CINTA - Broery (LP
- NSR 835, 1987)
Album ini turut menampilkan
dua buah lagu duet Broery bersama penyanyi pop Jazz, Vina Panduwinata, 'Bahasa
Cinta' dan 'Untuk Apa Lagi'. Lagu 'Bahasa Cinta' menjadi
lagu yang paling popular dari album ini.
Senarai lagu;
Bahasa Cinta (featuring Vina Panduwinata)
Kasmaran
Need Someone
Entah Mengapa
Tragedi Cinta
Kirimkanlah Berita
Kelabu
Percayalah
Untukmu
Untuk Apa Lagi (featuring Vina Panduwinata)
AKU BEGINI KAU
BEGITU - Broery
Pesolima (LP -
Life HM 2000, 1989)
Album kompilasi yang menyenaraikan koleksi lagu lagu hit Broery dari era 1970-2000.
Senarai lagu;
Aku Begini Engkau Begitu
Untuk Apa Mengeluh
Pura Pura Tapi Mau
Dalam Mimpi
Tangan Tak Sampai
Oh Angin
Frida
Di Antara Kita
Tak Kan Ada Lagi
Tangis Di Hatiku
Bukan Salahmu Bukan Salahku
SELEKSI ALBUM EMAS - Broery
Pesolima
(Kaset - LIFE HM 2086, 1990)
Senarai lagu;
Cinta Kilat
Mimpi Sedih
Berjudi Dengan Cinta
Hati Yang Luka
Jatuh Cinta
Bukan Salahmu Bukan Salahku
Untuk Apa Mengeluh
Mengapa Harus Jumpa
Abang Beca
Aku Begini Kau Begitu
Angin Malam
Suzi
Balada Seorang Biduan
Layu Sebelum Berkembang
Pada tahun 1991 album ini buat pertama kalinya diterbitkan dalam format CD.
KOLEKSI TERBAIK - Broery
(CD - Warner Music 9031 75266 2, 1992)
Senarai lagu;
THE BEST OF BROERY
MARANTIKA
(CD
- BMG Music 74321 33155-2, 1995)
Senarai lagu;
Hati Yang Terluka
Aku Jatuh Cinta
Aku Begini Engkau Begitu
Layu Sebelum Berkembang
Sayang Bilang Sayang
Kasihku Bukan Cintamu
Bahasa Cinta (duet Vina Panduwinata)
Jangan Sampai Berpisah
Bunga Anggerik (duet Emillia Contessa)
Jangan Biarkan
Di Balik Mata Ada Dusta
Hati Yang Dusta (duet Betharia Sonatha)
Kereta Senja
Mana Mungkin
Angin Malam
Jangan Ganggu Aku
Balada Seorang Minta Minta
Dinda Dan Kanda (duet Christine Hakim)
Permata Hati
Widuri
JANGAN ADA DUSTA DI
ANTARA KITA - Broery
Marantika & Dewi Yull
(CD
- Insictech Enterprise, 1995)
Senarai lagu;
Jangan Ada Dusta Di Antara Kita (duet)
Getaran Cinta (Dewi Yull)
Kereta Senja (Broery)
Karena Engkau (Dewi Yull)
Kekaguman (Broery)
Jangan Ada Dusta Di Antara Kita (trek ulangan)
Asyik (Broery)
Merahnya Biru (Dewi Yull)
Jangan Kau Sesali (Broery)
Bagaimana Caranya (duet Broery & Milly)
SURAT UNTUK KEKASIH - Broery
Marantika
(CD - Nadi Muzik / BMG Music 74321 41834-2, 1996)
Senarai lagu;
Biarlah bulan bicara - Broery
Marantika
(CD
- Nadi Muzik / BMG Music 74321 45405-2, 1997)
Senarai lagu;
Biarlah Bulan Bicara
Bila
Ku Simpan Di Atas Segalanya
Permata Hatiku
Satu Cintaku
Surat Untuk Kekasih
Tak Mungkin Ku Lupakan
Dekat Tapi Jauh (duet Ziana Zain)
Tanya Pada Dirimu
Satu Satunya
Pergilah Sayang
Relakan
SETULUS
CINTA - Broery
(CD - Warner Music 0630 17120-2, 1997)
Senarai lagu;
RINDU YANG
TERLARANG - Broery
Marantika & Dewi Yull
(CD
- Insictech Enterprise CDI 93633, 1998)
Senarai lagu;
Rindu Yang Terlarang
Kasih Kita
Biarkan
Tuhan Yang Pertemukan Kita
Kaulah Cintaku
Cinta Kita Berdua
Saat Yang Indah
Kharisma Cinta
15 KOLEKSI TERBAIK: TERUNGGUL - Broery
Marantika
(CD
- Insictech Enterprise CD 068, 1999)
Senarai
lagu;
Jangan Ada Dusta Di Antara Kita (duet Dewi Yull)
Rasa Cinta
Siti Nurbaya
Bahasa Cinta (duet Vina Panduwinata)
Kalau Piring Sudah Pecah
Di Balik Mata Ada Dusta
Kasihku Bukan Cintamu
Jangan Ganggu Aku
Seandainya Aku Punya Sayap
Kereta Senja
Aku Begini Engkau Begitu
Aku Jatuh Cinta
Benci Tapi Rindu
Oh Tuhan
Mungkinkah Terjadi
SELAMAT TINGGAL - Broery
Marantika
(CD - BMG Music 74321 76460-2, 2000)
Album terakhir yang sempat disiapkan
oleh Broery sebelum beliau diserang penyakit angin ahmar yang akhirnya membawa
ke atas kematiannya. Lagu 'Selamat Tinggal' (di Indonesia lagu ini
dikenali dengan tajuk 'Pamit') seakan pesanan terakhir Broery
kepada semua yang mencintai dan meminatinya.
Senarai
lagu;
NOSTALGIA EMAS - Broery
Marantika
(CD - Life HSP 01104-2, 2000)
Senarai lagu;
Cinta Kilat
Mimpi Sedih
Berjudi Dengan Cinta
Gubahanku
Angin Malam
Bukan Salahmu Bukan Salahku
Untuk Apa Mengeluh
Abang Beca
Aku Begini Engkau Begitu
Jatuh Cinta
Malam Minggu Yang Mesra
Balada Seorang Biduan
Layu Sebelum Berkembang
/IMGBM%202000NE.png) /IMGBM%202000DK.png) /IMGBM%202004K(KH).png)
DALAM KENANGAN - Broery
Marantika
(CD
- Warner Music 8573-83521-2, 2000)
Senarai lagu;
Hati Yang Terluka
Layu Sebelum Berkembang
Kasih
Setulus Cinta
Seiring Jalan (duet Sharifah Aini)
Titiwangsa
Din Teksi
Mady
Senja Di Kuala Lumpur
Rindumu Rinduk
Sahabatku
Mimpi Di Siang Hari
Aku Dan Malam
Gugurmu Di Tangkai Madu
Hanya Bayangan
Jangan Ada Dusta Di Antara Kita (duet Dewi Yull)
20 GOLDEN BEST
PEMENANG AMI SHARP AWARD 2000 - Broery Marantika
(CD - Broadway Entertainment
724353 33252-2, 2001)
Senarai lagu;
Pamit
Biarlah Bulan Bicara
Hati Yang Terluka
Kereta Senja
Widuri
Aku Begini Engkau Begitu
Ayah
Jangan Biarkan
Aku Jatuh Cinta
Mawar Berduri
Duri Dalam Cinta
Di Antara Kita
Mungkinkah
Mimpi Sedih
Angin Malam
18 GOLDEN BEST
PEMENANG AMI SHARP AWARD 2000 - Broery Marantika & Dewi Yull
(CD - Broadway
Entertainment, 2001)
Album
kompilasi yang menyenaraikan seleksi lagu lagu duet Broery Marantika dan Dewi
Yull.
Senarai lagu;
Mengapa Harus Bertengkar
Rindu yang Terlarang
Jangan Ada Dusta Di Antara Kita
Kharisma Cinta
Seuntai Bunga Tanda Cinta
Saat Yang Indah
Kemesraan
Mungkinkah
Mawar Berduri
Widuri
Kaulah Cintaku
Tuhan Yang Pertemukan Kita
Permata Hatiku
Cinta
Kasih Kita
EDISI BEST SELLER - Broery
Marantika
(CD
- Insictech Musicland 51357-60371, 2003)
Senarai lagu;
Jangan Ada Dusta Di Antara Kita (duet Dewi Yull)
Rindu Yang Terlarang (duet Dewi Yull)
Rasa Cinta (duet Dewi Yull)
Bahasa Cinta (duet Vina Panduwinata)
Kasihku Bukan Cintamu
Untuk Apa Lagi (duet Vina Panduwinata)
Aku Begini Engkau Begitu
Mungkinkah Terjadi
Kereta Senja
Mengharap Yang Tak Mungkin
Bagaimana Caranya (duet Milly)
Kasih Kita (duet Dewi Yull)
Biarkan (duet Dewi Yull)
Cinta Kita Berdua
EDISI BEST SELLER: POP &
SLOW ROCK - Broery
Marantika
(CD
- Insictech Musicland 51357-60372, 2003)
Senarai lagu;
Jangan Ada Dusta Di Antara Kita (duet Dewi Yull)
Rindu Yang Terlarang (duet Dewi Yull)
Rasa Cinta (duet Dewi Yull)
Bahasa Cinta (duet Vina Panduwinata)
Kasihku Bukan Cintamu
Untuk Apa Lagi (duet Vina Panduwinata)
Aku Begini Engkau Begitu
Mungkinkah Terjadi
Kereta Senja
Mengharap Yang Tak Mungkin
Bagaimana Caranya (duet Milly)
Kasih Kita (duet Dewi Yull)
Biarkan (duet Dewi Yull)
Cinta Kita Berdua
BEST OF THE BEST BROERY
MARANTIKA: KASIHMU KASIHKU
(CD
- Music Valley MVHP 105, 2003)
Senarai lagu;
CD1:
Hati Yang Terluka
Ku Cari Jalan Terbaik
Cinta
Kertea Senja
Kasihmu Kasihku
Balada Seorang Minta Minta
Aku Begini Engkau Begitu
Mengapa Harus Jumpa
Senandung Rindu
Duri Dalam Cinta
CD2:
Buka Mata Buka Hatimu
Angin Malam
Kemesraan
Permata Hati
Pelangi
Mengapa Harus Berjumpa
Mimpi Sedih
Antara Cinta Dan Dusta
Hati Yang Terluka (live)
Angin Malam (live)
KASIH: KOLEKSI HITS 1970-2000 - Broery
Marantika
(CD
- Warner Music 5050467 3162-2, 2004)
Album koleksi ini adalah seleksi lagu lagu hit Broery dari era 1970-2000.
Senarai lagu;
Setulus Cintamu
Kasih
Seiring Sejalan (duet Sharifah Aini)
Hapuslah Airmatamu
Jangan Ada Dusta Di Antara Kita (duet Dewi Yull)
Hati Yang Terluka
Senja Di Kuala Lumpur
Jatuh Cinta
Semua Pergi
Layu Sebelum Berkembang
Abang Beca
Rindumu Rinduku
Perasaan Hati (duet Sharifah Aini)
Cinta Kilat
Sabar Menanti
Angin Malam
Pamit (Selamat Tinggal)
Setulus Cintamu (versi Hazami)
MEMORIES HIT'S BROERY MARANTIKA 1948-2000
(CD
- Music Valley MVHP 156, 2004)
Senarai lagu;
CD1:
Selamat Tinggal (Pamit)
Angin Malam
Senandung Rindu
Aku Jatuh Cinta
Layu Sebelum Berkembang
Biarlah Sendiri
Jangan Ada Dusta Di Antara Kita (duet Dewi Yull)
Ayah
Kaulah Segalanya
Balada Seorang Minta Minta
Kemesraan
Mimpi Sedih
Biarlah Bulan Bicara
Kerinduan
Juwita
Segalanya Untukmu (duet Dewi Yull)
CD2:
Hati Yang Terluka
Aku Begini Engkau Begitu
Jumpa Untuk Berpisah
Beri Daku Harapan
Ikuti Dia (duet Dewi Yull)
Bukan Aku Menyatikmu
Pelangi
Mawar Berduri
Tak Ingin Sendiri
Mengapa Harus Jumpa
Cinta
Mungkinkah
Waktu Potong Padi
Widuri (duet Dewi Yull)
Kereta Senja
Kharisma Cinta (duet Dewi Yull)
SEPANJANG JALAN KENANGAN - Broery
Marantika & Emillia Contessa
(CD - Life HSP 01259-2, 2005)
Senarai lagu;
CD1:
Cinta Kilat
(Broery Marantika)
Penasaran (Emillia Contessa)
Layu Sebelum Berkembang (duet)
Angin Malam (Broery Marantika)
Ratapan Anak Tiri (Emillia Contessa)
Jatuh Cinta (Broery Marantika)
Hitam Manis (Emillia Contessa)
Sepanjang Jalan Kenangan (Broery
Marantika)
Pak Pung Pak Mustafe (Emillia
Contessa)
Bunga Anggerik (duet)
Balada Seorang Biduan (Broery
Marantika)
Burung Dalam Sangkar (Emillia
Contessa)
CD2:
Mengapa Hasrus Jumpa (Broery
Marantika)
Nasihat Nenek (Emillia Contessa)
Malam Minggu Yang Mesra
(Broery Marantika)
Pergi Untuk Kembali
(Emillia Contessa)
Abang Beca (Broery
Marantika)
Kita Selalu Berdua (duet)
Main Tali
(Emillia Contessa)
Malam Ini (Broery
Marantika)
Mungkinkah Mimpi Sedih (Broery
Marantika)
Kuda Ku Lari
(Emillia Contessa)
Mawar Berduri (Broery
Marantika)
MEMORIES HIT'S BROERY MARANTIKA vol 2
(CD
- Music Valley MVHP 163, 2005)
Senarai lagu;
CD1:
Perasaan Hati (duet Sharifah
Aini)
Jangan Ada Dusta Di Antara Kita (duet Dewi Yull)
Mungkinkah (duet Dewi Yull)
Kharisma Cinta (duet Dewi Yull)
Kasihmu Kasihku
Angin Malam (duet Dewi Yull)
Cinta (duet Dewi Yull)
Rindu Yang Terlarang (duet Dewi Yull)
Mengapa Harus Bertengkar (duet Dewi Yull)
Widuri (duet Dewi Yull)
Kereta Senja
Kaulah Cintaku (duet Dewi Yull)
Setulus Cintamu
Kemesraan (duet Dewi Yull)
Kasih Kita (duet Dewi Yull)
Segalanya Untukmu (duet Dewi Yull)
CD2:
Biarkan
(duet Dewi Yull)
Bahasa Cinta (duet Vina Panduwinata)
Permata Hati (duet Dewi Yull)
Alam Jadi Saksi
Buka Mata Buka Hatimu
Cinta Kita Berdua (duet Dewi Yull)
Hati Yang Dusta (duet Betharia Sonatha)
Jangan Kau Sesali
Karena Engkau (solo: Dewi Yull)
Kekaguman
Tuhan Yang Pertemukan Kita (duet Dewi Yull)
Ikuti Dia (duet Dewi Yull)
Mawar Berduri (duet Dewi Yull)
Asyik
Seuntai Bunga Tanda Cinta (duet Dewi Yull)
Saat Yang Indah (duet Dewi Yull)
KOLEKSI 35 TAHUN TERUNGGUL
- Broery
Marantika 1948-2000 (CD
- Music Valley MVHP 170, 2006)
Album
kompilasi ini menyenaraikan 60 buah lagu lagu terunggul nyanyian Broery yang
pernah diminati dan ada yang malar segar hingga kini. Senarai lagu;
CD1:
Hati Yang Terluka
Biarlah Bulan Bicara
Angin Malam
Duri Dalam Cinta
Tingggi Gunung Seribu Janji
Bila Jumpa Untuk Berpisah
Senja Kelabu
Alam Jadi Saksi
Antara Cinta Dan Dusta
Bukan Aku Menyakti
Di Antara Kita
Relakan
Seuntai Bunga Tanda Cinta
Kemesraan
CD2:
Selamat Tinggal (Pamit)
Cinta
Widuri
Rembulan Merah
Berikan Daku Harapan
Mengapa Tiada Maaf
Balada Seorang Minta Minta
Biarkan Bunga Berkembang
Pemata Hati
Tak Mungkin Ku Lupa
Semua Pergi
Juwita
Mawar Berduri
Kaulah Segalanya
Hati Yang Terluka (versi Keroncong)
CD3:
Aku Jatuh Cinta
Aku Begini Engkau Begitu
Ayah
Pergi Untuk Kembali
Mutiara Yang Hilang
Sayang Bilang Sayang
Biarlah Ku Sendiri
Apa Salah Dan Dosaku
Tiga Malam
Tak Ingin Sendiri
Manis Dan Sayang
Gubahanku
Tidurlah Intan
Olesio
Waktu Potong Padi / Indonesia Pusaka (medley)
CD4:
Jangan Ada Dusta Di Antara Kita (duet Dewi Yull)
Kharisma Cinta (duet Dewi Yull)
Rindu Yang Terlarang (duet Dewi Yull)
Kisah Cintaku
Mungkinkah (duet Dewi Yull)
Buka Mata Buka Hatimu
Mengapa Harus Jumpa
Hilang Tak Berkesan
Ku Cari Jalan Terbaik
Senandung Rindu
Terlambat Sudah
Layu Sebelum Berkembang
Kau Yang Pendiam
Satu Cintaku
Mimpi Sedih
ALBUM EMAS vol 3 - Broery
Marantika
(CD - Insictech Musicland 51357-68072, 2007)
Senarai lagu ;
yang terbaik dari
broery marantika & dewi yull
(CD - Insictech Musicland 51357-68062, 2007)
Senarai lagu ;
EDISI PLATINUM - Broery
Marantika
(CD - LIFE HSP 01321-2, 2008)
Senarai lagu;
LAGENDA HIT -
Broery
Marantika (CD -
Warner Music, 2010)
Senarai lagu;
CD1:
Widuri (duet Dewi Yull)
Hati Yang Terluka
Biarlah Bulan Bicara
Perasaan Hati (duet Sharifah Aini)
Layu Sebelum Berkembang
Mungkinkah (duet Dewi Yull)
Rembulan Merah
Tiga Malam
Di Antara Kita
Apa Salah Dan Dosaku
Bukan Aku Menyakiti
Rindu Yang Terlarang (duet Dewi Yull)
Kisah Cintaku
Mimpi Sedih
Haruskah Kita Berpisah
CD2:
Angin Malam
Seiring Jalan (duet Sharifah Aini)
Aku Jatuh Cinta
Biarkan Bunga Berkembang
Mengapa Harus Jumpa
Intan Baiduri
Seuntai Bunga Tanda Cinta
Terlambat Sudah
Ku Cari JalanTerbaik
Sesaat Aku Lupa
Kharisma Cinta (duet Dewi Yull)
Kerinduan
Ayah
Tuhan Yang Pertemukan Kita (duet Dewi Yull)
Senandung Rindu
CD3:
Selamat Tinggal (Pamit)
Kaulah Segalanya
Jangan Ada Dusta Di Antara Kita
Duri Dalam Cinta
Tinggi Gunung Seribu Janji
Sabar Menanti
Mengapa Tioada Maaf
Tak Ingin Sendiri
Jumpa Untuk Berpisah
Senja Kelabu
Antara Cinta Dan Dusta
Mawar Berduri (duet Dewi Yull)
Kemesraan (duet Dewi Yull)
Gubahanku
Hapuslah Airmatamu
/IMGBM%202010LH.png) /IMGBM%202011B.png) /IMGBM%202015KLLT.png)
yang terbaik -
Broery
Marantika (CD+VCD -
Warner Music 524982412-2, 2010)
Senarai lagu;
CD:
Rindumu Rinduku
Senja Di Kuala Lumpur
Kasih
Setulus Cinta
Gugurmu Di Tangkai Madu
Hey (Dengarkanlah Bisikan Hatiku)
Langit Petang
Aku Dan Malam
Mimpi Di Siang Hari
Di Luar Sepi Di Dalam Tak Sepi
Din Teksi
Sepuluh Budak Hitam
Titiwangsa
Mengenangkan Dirimu
VCD:
Rindumu Rinduku
Senja Di Kuala Lumpur
Kasih
Setulus Cinta
Gugurmu Di Tangkai Madu
Hey (Dengarkanlah Bisikan Hatiku)
Langit Petang
Aku Dan Malam
Mimpi Di Siang Hari
Di Luar Sepi Di Dalam Tak Sepi
Layu Sebelum Berkembang
Angin Malam
Hati Yang Terluka
Hapuslah Airmatamu
biografi -
Broery
Marantika (CD -
Warner Music, 2011)
Senarai lagu;
CD1:
Senja Di Kuala Lumpur
Kasih
Rindumu Rinduku
Setulus Cinta
Gugurmu Di Tangkai Madu
Din Teksi
Mady
Berdisko
Di Hatiku
Mimpi Di Siang Hari
Aku Dan Malam
Lagu Untukmu
Di Luar Sepi Di Dalam Tak Sepi
CD2:
Hanya Bayangan
Mira
Sahabatku
Di Alam Lepas
Bang Genit
Hey (Dengarlah Bisikan Hatiku)
Bertemu Bercinta
Lahirnya Seorang Seniman
Mengenangkan Dirimu
Titiwangsa
Aku Penghiburmu
Langit Petang
Seandainya Aku Ini Raja
Sepuluh Budak Hitam
PERGI UNTUK KEMBALI:
ALBUM KLASIK
-
Broery Marantika
(CD - Life Records, 2011)
Album ini menyenaraikan
koleksi lagu lagu di awal pembabitan Broery Marantika dalam bidang seni suara.
Senarai lagu;
Pergi Untuk Kembali
Adikku Yang Manis
Cubaan
Embun Di Pagi Hari
Mengapa
Danau Permata Nilam
Setitis Embun
Esok Bukan Hari Ini
Lupakan Saja
Harapan Yang Musnah
Kalau Aku Tahu
Sepanjang Jalan Kenangan
Tina
Setulus Hatiku
KOLEKSI
LAGU LAGU TERBAIK
-
Broery
Marantika
(SIRI MAMPU MILIKI)
(CD - Warner Music, 2015)
Senarai lagu;
Mengenangkan
Dirimu
Senja Di
Kuala Lumpur
Rindumu
Rinduku
Gugurmu
Di Tangkai Madu
Aku
Penghiburmu
Bertemu
Bercinta
Kasih
Mimpi Di
Siang Hari
Aku Dan
Malam
Hey (Dengarlah
Bisikan Hatiku)
Titiwangsa
Di Luar
Sepi Di Dalam Tak Sepi
Setulus
Cinta
Langit
Petang
.jpg) |