|
DISUSUN MENGIKUT TAHUN PRODUKSI ALBUM ASAL |
|
BERSAMA DI HARI RAYA
–
Various Artist
Album raya istimewa menampilkan DJ Noramin sebagai pengacara bagi memperkenalkan artis dan lagu dari album ini. Noramin di zaman kemuncaknya dikenali melalui program Mosyi Mosyi. Selain memperdengarkan lagu raya malar segar dan 4 buah lagu raya ciptaan baru, turut diselitkan sketsa dan ucapan raya daripada Khairil Johari Johar dan kumpulan adik beradik bangsa India, Cenderawasih. |
|
|
16 LAGU-LAGU HARI RAYA AIDILFITRI
–
Various Artist
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
|
|
BERGEMBIRA DI HARI RAYA
–
Various Artist
Album raya tahun 1977 yang mana penerbit dan susunan muziknya oleh Ahmad Nawab merupakan album raya paling berjaya dalam sejarah muzik tempatan. Walaupun bukannya album raya yang mengandungi seratus peratus lagu baru tetapi ia menjadi amat menarik apabila diselang-selikan dengan sketsa lakonan DJ Dave, Uji Rashid, Hail Amir dan Ali Abdul Rahman bertandang ke rumah Sharifah Aini untuk beraya. Album raya pilihan sepanjang zaman ini sering diedar semula dengan pelbagai edisi. |
|