|
DISUSUN MENGIKUT ABJAD NAMA PENYANYI (A-Z) DAN DIIKUTI TAHUN PRODUKSI ALBUM ASAL |
|
||
AHMADI HASSAN (2 album) |
||
|
SIRI
BINTANG PUJAAN
–
Ahmadi Hassan CD 1:
CD 2:
|
|
|
KOLEKSI BINTANG
–
Ahmadi Hassan CD 1:
CD 2:
|
|
ALLY NOOR & MASTURA (5 album) |
||
|
SENANDUNG AIDILFITRI
– Ally Noor & Mastura & Teman Teman
Album raya yang dinyanyikan oleh artis Guntur Records pernah diterbitkan pada tahun 1987. Untuk edisi terbitan semula 2005, cover telah ditukar dan diberi tajuk SENANDUNG AIDILFITRI ALLYNOOR & MASTURA & TEMAN TEMAN dan ditambah dengan 3 lagu lain termasuk lagu raya terbitan tahun 2004 nyanyian Zaiton Samoen & Suhana Jasmy. |
|
|
DIRGAHAYU vol 2
– Ally Noor & Mastura
|
|
|
DIRGAHAYU
vol 1
– Ally Noor &
Mastura
|
|
|
APO NAK BUEK JANG?
– Ally Noor & Mastura
Pendatang baru, Siti Idayu diperkenalkan sebagai 'Milah' iaitu wanita yang digilai oleh si Ujang melalui lagu 'Apo Nak Buek Jang'. Siti Idayu juga berpeluang mengalunkan vokal secara solo untuk lagu 'Aku Mengigau Kesiangan' dan berduet dengan Ally Noor menerusi lagu 'Ternoktah Sudah'. |
|
|
APO KONO EH JANG?
– Ally Noor & Mastura
|
|
AMAN SHAH (2 album) |
||
|
SIRI BINTANG
PUJAAN
– Aman Shah CD 1:
![]() ![]() ![]()
CD 2:
Diperkenalkan melalui album sulung, BUNGAKU (1979) yang mana Jamal Abdullah menjadi penerbitnya. 'Musim Cinta' menjadi hit tetapi popularitinya semakin meningkat apabila munculnya album keduanya CINTA TAK SEINDAH YANG DIUCAP mendapat sambutan. Album yang mendapat sentuhan komposer Omar Taib sebagai penerbit, melahirkan banyak lagu hit antaranya 'Cinta Tak Seindah Yang Di Ucap', 'Insan Permata' dan lagu klasik 'Asmara Terkenang' yang pernah dipopularkan oleh Neng Yatimah. Bersama EMI, Aman Shah menghasilkan 7 album, BUNGAKU (1979), CINTA TAK SEINDAH YANG DIUCAP (1980), DUNIA ORANG MUDA (1980), KU MENGERTI ERTI SEPI (1981), 5 (1982), ENAM (1983) dan KISAH GADIS KERIANGAN (1984). |
|
|
THE BEST OF
AMAN SHAH:
ASMARA TERKENANG
|
|
AMELINA (2 album) |
||
|
AH! AH!
–
Amelina
|
|
|
ASYIK
–
Amelina
|
|
AMENG (2 album) |
||
|
3 PENJURU – Ameng (Orange Music Zone / Jabatan Penjara Kluang, Johor, 2013)
Album yang berkonsepkan keinsafan ini mengandungi lirik lirik lagu yang menyentuh hati dan secara tidak langsung ia merupakan gambaran dan rentetan perjalanan hidup Ameng sebaik saja ditahan kerana dijatuhkan hukuman penjara pada April 2011 akibat najis dadah. Lagu 'Jalan Pulang', ciptaan Ameng sendiri bertambah indah apabila liriknya adalah hasil nukilan pelirik tersohor, Habsah Hassan. Antara bait lirik yang menarik dalam lagu tersebut, "Bukan salah persekitaran Bukan salah rakan dan taulan Bukan jiwa seni ku ini Penyebab ku tersungkur begini Silapnya hati dan diri Yang tak tahu menghargai Tak pernah mensyukuri Rahmat anugerah Ilahi." 3 penjuru dirakam di Studio Penjara Kluang, Johor dan Lan Laga ditugaskan menjadi penerbit album tersebut. Sendi Mutiara Marketing Sdn Bhd menjadi pengedar tunggal untuk album 3 PENJURU. |
|
|
LANGKAH SEMAKIN JAUH – Ameng (Sony Music, 2003)
Kalau dulu bersama kumpulan Spring, Ameng sinonim dengan konsep Rock dengan lagu lagu yang 'jiwang jiwang' tetapi untuk album solo sulungnya ini, dia berubah konsep apabila muncul dengan konsep 'World Music' atau dengan kata lainnya, lagu Ameng kali ini penuh dengan unsur irama padang pasir! |
|