|
DISUSUN MENGIKUT ABJAD NAMA PENYANYI (A-Z) DAN DIIKUTI TAHUN PRODUKSI ALBUM ASAL |
|
||
AMIRAH ALI (1 album) |
||
|
SYAWAL
–
Amirah Ali
![]() ![]() Bonus Tracks
|
|
AMUK (2 album) |
||
|
BALADA – Amuk
Walaupun AMUK merupakan sebuah kumpulan muzik yang beraliran heavy metal tetapi mereka juga mempunyai banyak koleksi lagu balada 'soft metal' yang cukup memikat untuk didengar. |
|
|
YEAH YEEAAAH ...
THE BEST OF
AMUK
|
|
AMY MASTURA (8 album) |
||
|
THE
BEST OF AMY MASTURA CD 1:
CD 2:
|
|
|
HAPPY
– Amy Mastura
|
|
|
KEUNGGULAN
–
Amy Mastura
Terdapat dua buah lagu duet Amy Mastura yang dipetik daripada filem lakonannya dimuatkan dalam album ini. 'Tiada Ragu', Amy berduet dengan pasangan lakonannya, Aqasha dari filem 'Cinta 3 Musim' (2003). Manakala 'Andai' berduet dengan Anuar Zain, lagu yang dipetik daripada filem lakonan mereka 'Bintang Hati' (2004). |
|
|
AKAN DATANG
–
Amy Mastura
|
|
|
BINTANG HATI
–
Amy Mastura
|
|
|
THE
BEST OF AMY MASTURA CD 1: The Best Of Amy Mastura
CD 2: Puteri (runut bunyi)
|
|
|
PUJAANKU –
Amy Mastura
Sebagai pendatang baru, Amy Mastura cukup bertuah kerana meraih populariti dalam masa yang singkat. Seterusnya Amy Mastura diberi peluang muncul dengan album solo kedua, PUJAANKU yang juga mendapat sambutan memberangsangkan. Lagu hit dari album ini ialah 'Pujaanku', 'Kembalilah' dan 'Kasih Kita'. Populariti Amy Mastura bukan sahaja sebagai penyanyi remaja yang amat diminati tetapi berbakat sebagai seorang pelakon. Sebelum album PUJAANKU muncul, Amy Mastura telah menghasilkan sebuah album runut IMPIAN untuk filem lakonannya sebagai pelakon utama bersama pelakon lelaki popular ketika itu Azhar Sulaiman. Dua lagu hit dari album runut tersebut, 'Diam Diam Rindu' dan 'Nada Rindu' kemudiannya dimuatkan semula dalam album PUJAANKU. |
|
|
AMY
MASTURA
Album pengenalan Amy Mastura ini diterbitkan setelah kejayaan beliau menjadi juara Asia Bagus 1993 iaitu sebuah program pencarian bintang artis-artis muda Asia terbitan Fuji Television. Album ini diterbitkan oleh PonyCanyon, sebuah syarikat rakaman Jepun yang baru bertapak di Malaysia ketika itu. Hanya berbekalkan album pengenalan ini Amy Mastura mengecapi populariti sebagai penyanyi remaja yang amat diminati dengan muzik rancak yang santai. Bukan saja album ini laris di pasaran tetapi dengan album ini juga Amy Mastura mengukir kenangan manis apabila diiktiraf oleh peminat sebagai Penyanyi Wanita Popular dalam majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 1994. 3 lagu paling hit dalam album tersebut ialah 'Meniti Hari', 'Jawapan Kasih' dan 'Kasih'. |
|
AMY SEARCH (6 album) |
||
|
TERUNGGUL
– Amy Search CD 1:
CD 2:
|
|
|
IKON: A ROCKSTAR CHRONICLE – Amy (Neo Gendang Digital / Life Records, 2006)
Album kompilasi ini adalah seleksi lagu dari album-album solo Amy dan juga kolaborasi Amy bersama artis-artis lain. Terdapat dua buah lagu baru dan sebuah lagu persembahan live Amy, 'Rock & Roll' yang diambil daripada album khas tribute untuk Led Zeppelin WHOLE LOTTA ZEP (1996) yang dirakam secara langsung dari Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. |
|
|
SUATU MASA – Amy (Art-Is At Work / NSR, 2000)
SUATU MASA, sebuah album eksperimentasi yang menggabungkan muzik klasikal dan rock dalam satu melodi dengan tujuan mendidik pendengar tempatan supaya meminati muzik klasikal yang masih asing dengan masyarakat tempatan. SUATU MASA juga sebuah album istimewa kerana menampilkan lagu-lagu popular tahun 70an hingga 90an yang pernah dilagukan oleh kumpulan Sweet Charity, BPR, Bloodshed, Lefthanded, M Nasir, Sudirman, Rahim Maarof, Mayang Sari dan trio Kenny, Remy & Martin. Amy berjaya memberi kesegaran dan mengekalkan penghayatan di dalam setiap lagu yang diberi gubahan baru dan dinyanyikan kembali. Sebagai bonus ditampilkan sebuah lagu baru ciptaan Johari Teh, 'Layar Mimpi'. |
|
|
AKU – Amy (Art-Is At Work / NSR, 1999)
AKU adalah album solo ketiga Amy dan merupakan album pertama terbitan syarikatnya sendiri, Art-Is At Work Sdn Bhd. Kesemua lagu adalah berkisar kehidupan sebenar yang diharungi Amy sepanjang penglibatannya dalam bidang seni. Selaku penerbit, Amy berpuashati kerana AKU dihasilkan berdasarkan naluri dan citarasa beliau yang sebenarnya. Untuk album AKU, Amy kembali kepada akar umbi muzik yang diperjuangkannya selama ini iaitu rock 'n' roll dan heavy metal. Album solo ini agak berbeza dengan konsep lagu dalam dua buah album solonya sebelum ini iaitu MAGIC dan CAMOUFLAGE yang dihasilkan ketika Amy masih bersama kumpulan Search. |
|
|
CAMOUFLAGE – Amy (BMG Music, 1997 / risilan semula Sony Music, 2017)
CAMOUFLAGE merupakan sebuah album alternatif yang senang didengar dan ringkas berbanding album solo pertamanya MAGIC yang lebih agresif. Terdapat sebuah lagu ‘Jangan Musnahkan Cinta Ini’, sesuatu yang lari dari konsep sebenar apabila ia cuma dimainkan dengan menggunakan sebuah piano saja. |
|
|
MAGIC – Amy (BMG Music, 1994 / risilan semula Sony Music, 2002)
|
|
ANDY YUNUS (1 album) |
||
|
LIZA
– Andy Yunus
GALERI NOSTALGIA merupakan siri koleksi album-album terbitan IMI (Iramanada Musical Industries) yang dirilis semula oleh Universal Music yang kini menjadi pemegang hak cipta ke atas sebahagian album-album yang pernah diterbitkan oleh IMI di era 70an-80an termasuklah album LIZA nyanyian Andy Yunus yang juga terkenal sebagai komposer yang aktif di era tersebut. |
|