|
DISUSUN MENGIKUT ABJAD NAMA PENYANYI (A-Z) DAN DIIKUTI TAHUN PRODUKSI ALBUM ASAL |
|
||
AWIE (9 album) |
||
|
MATA
▪ HATI
▪ JIWA
(repackaged)
–
Awie
Kesemua material lagu diambil dari album solo Awie, SANTAI terbitan tahun 2005 (label EMI). Tetapi untuk album bungkusan semula ini telah ditukar tajuk kepada MATA ▪ HATI ▪ JIWA yang mana trek lagunya telah disusun semula dan ditambah dengan 3 buah lagu popular Awie yang dirakam semula iaitu 'Ratuku', 'Tragedi Oktober', 'Airmata Maria'. Manakala lagu 'Iris' dihadirkan dalam dua versi iaitu versi original dan versi baru (versi ai-ris). Edisi edaran semula tahun 2013, album ini diedarkan oleh Warner Music. Untuk pengetahuan, album bungkusan semula ini pertama kalinya telah diedar oleh EMI pada tahun 2006. |
|
|
TERUNGGUL (95-06)
–
Awie CD 1:
CD 2:
|
|
|
SANTAI
–
Awie
Album SANTAI merupakan hadiah terkini Awie untuk peminat peminatnya yang sabar menunggu selama lebih dari 5 tahun kerana beliau menyepi tanpa sebarang album baru. SANTAI juga merupakan album pertama Awie di bawah label syarikat antarabangsa EMI. Pada tahun 2006, album ini telah diedarkan sebagai bungkusan semula dengan menukar tajuk kepada MATA ▪ HATI ▪ JIWA serta menyusun semula trek lagu yang sedia ada. Juga terdapat penambahan beberapa lagu hit Awie sebelumnya tetapi ia merupakan versi rakaman semula. |
|
|
RENTAP (Edisi Khas)
–
Awie
Kesemuanya seperti album asal, RENTAP tetapi untuk edisi khas sebuah lagu bonus 'Di Medan Ini' yang menjadi tema lagu untuk filem LEFTENAN ADNAN disertakan diakhir susunan trek lagu. |
|
|
KOLEKSI LAGU LAGU TERBAIK
–
Awie
|
|
|
SATU
–
Awie
|
|
|
O-TAK
–
Awie
|
|
|
'LIVE' UNPLUGGED
–
Awie
Konsert AWIE 'LIVE' UNPLUGGED telah diadakan di Life Centre, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Disebabkan sambutan luarbiasa, konsert itu telah diabadikan dalam bentuk album. Lebih membanggakan album tersebut juga laris di pasaran dan menerima anugerah platinum. Malah melalui album ini juga, Awie telah memenagi anugerah Persembahan Vokal Lelaki Terbaik AIM 1995. Sebagai bonus, dua lagu baru rakaman studio, 'Kembali' dan 'Ratuku' menjadi pelengkap album ini. |
|
|
AWIE
|
|
AYU DAMIT (1 album) |
||
|
AYU DAMIT
Setelah muncul dengan album perdana, INSPIRASI (Monkey Bone, 2009), penyanyi berbakat besar, Ayu Damit daripada program realiti One In A Million (OIAM) musim kedua muncul dengan album mini yang hanya menggunakan namanya sebagai tajuk, AYU DAMIT. Album kali ini akan berbeza dengan album sulungnya kerana ia berkonsepkan mempopularkan kembali lagu lama yang sememangnya telah popular. Ayu Damit mendendangkan semula lagu hit Nora, Min Malik, Zaiton Sameon, Jamal Abdillah, Nadia & Haleeda. Walaupun Ayu Damit diakui mempunyai vokal yang baik tetapi adakah lagu rakaman semula ini lebih baik dari versi asal! |
|
AZEAN IRDAWATY (1 album) |
||
|
MEMORI HIT
–
Azean Irdawaty & Muhaini Suratman CD 1: Muhaini Suratman
CD 2: Azean Irdawaty
Azean Irdawaty berpeluang merakam 2 album dibawah label WEA (kini Warner Music), RAHSIAKU LAGUKU (1979) dan BUAH HATI KEKASIH ORANG (1980). Antara lagu lagu hit dari 2 album tersebut ialah 'Bawalah Daku Bersamamu', 'Tiba Tiba Rasa Sayang', 'Rahsiaku Laguku' dan 'Buah Hati Kekasih Orang'. Bagaimanapun bakat beliau sebagai pelakon lebih terserlah dan namanya mekar berkembang sebagai primadona layar perak yang disegani bermula dari penghujung 70an dan dekad 80an. Mungkin kerana banyaknya tawaran berlakon menyebabkan beliau kurang aktif sebagai penyanyi piring hitam. Sebagai mengenang kembali penglibatan Azean Irdawaty dalam dunia senisuara penerbitan MEMORI HIT amat dihargai dan paling istimewa kesemua lagu dari 2 album tersebut telah dimuatkan dalam album kompilasi ini. Bakat nyanyian Muhaini Suratman pula dicungkil dari pertandingan Bintang RTM 1978. Beliau mendapat tempat kedua (juara M Rizal) dalam pertandingan tersebut dan namanya mula menjadi sebutan setelah menjadi penyanyi utama bersama Man Said untuk album kedua kumpulan Alice Sound 'PENYESALAN' (WEA, 1981) dengan lagu hit 'Rindu Selalu'. Tetapi jodoh Muhaini Suratman bersama Alice Sound hanya setakat sebuah album. Beliau kemudian dilamar menjadi menjadi artis rakaman secara solo dan berpeluang merakam 2 album bersama WEA iaitu KEHIDUPANKU (1981) dan CINTA YANG SATU (1982). Anatara lagu yang telah melonjakkan nama beliau adalah 'Kalau Ada Jodoh', 'Tunggu Dalam Mimpi', 'Tangisan Di Sebalik Senyuman', 'Cita Citaku', 'Cinta Yang Satu', 'Di Kala Ku Merindu' & 'Manis Manis'. MEMORI HIT turut menampilkan lagu-lagu dari dua album solo Muhaini Suratman sayangnya 2 buah lagu tercicir, 'Padamu Tempat Ku Bermanja' dari album KEHIDUPANKU dan 'Rahsia Mimpi' dari album CINTA YANG SATU. Jika tidak MEMORI HIT menjadi koleksi terlengkap lagu-lagu dari kedua-dua album Muhaini Suratman. Selepas tidak bersama dengan WEA, nasib Muhaini Suratman sebagai penyanyi agak suram walaupun ada menghasilkan album solo lainnya seperti SEBUAH CINTA (SCS, 1986) dan KEMELUT RINDU (HMR, 1989). |
|
AZLINA AZIZ (5 album) |
||
|
BIOGRAFI
–
Azlina Aziz CD 1:
CD 2:
|
|
|
NOSTALGIA
AZLINA AZIZ
vol 2
|
|
|
NOSTALGIA
AZLINA AZIZ vol
1
|
|
|
MALU MALU SAYANG
–
Azlina Aziz
|
|
|
KAU PERGI JUA
–
Azlina Aziz
|
|