Playlist Seraut Wajah Semerdu Suara

Saya sedang berusaha untuk menambah playlist Sharifah Aini dalam beberapa kategori / tema yang berlainan.  Sementara menunggu playlist terbaru, sila nikmati playlist Sharifah Aini 'Seraut Wajah Semerdu Suara' yang sedia ada.  Semoga terhibur.

(Kesemua playlist hanyalah untuk di 'streaming' sahaja.)

Dengar Playlist Lagu Lagu Sharifah Aini Hasil Nukilan Karyawan MalaysiaDengar Playlist Lagu Tradisional & Pelbagai Irama KeMelayuan 4 Dekad Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Cover Version Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Terbaik Persembahan 3 Biduanita Tersohor Negara, Sharifah Aini, Saloma & Siti NurhalizaDengar Playlist Lagu Balada 4 Dekad Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Raya & Santapan Rohani Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Yang Liriknya Nukilan Sharifah AiniPlaylist IRAMA DARI SEBERANG (Sharifah Aini)

MALAM

(Koleksi 12 Lagu Sharifah Aini Yang Bertemakan 'Malam')

(Pertama kali diperdengarkan 1 Oktober 2020)

Dengar playlist KOLEKSI 12 LAGU BERTEMAKAN 'MALAM', iaitu koleksi lagu alunan vokal merdu Sharifah Aini yang tajuk lagunya menyisipkan perkataan 'malam'.  Dalam penulisan lirik, 'malam' sering dikaitkan dengan suasana romantis, ketenangan jiwa, kebahagian dan juga kedukaan.  Itulah intipati 12 lirik lagu nyanyian Sharifah Aini yang telah dikumpulkan untuk playlist kali ini.  Malam yang romantis digambarkan dalam lagu 'Laguku Malam Ini', 'Di Malam Pernikahan', 'Janji Di Malam Pertama', 'Malam Gelisah' dan 'Tiga Malam'.  Malam yang penuh tragedi dukalara diabadikan untuk lirik lagu 'Malam', 'Tangisan Di Malam Hari' dan 'Selamat Malam'.  'Aku Dan Malam' pula diilhamkan bagi menggambarkan ketenangan hati seorang insan ke atas ciptaan Sang Pencipta.  Apa yang cukup istimewa kebanyakan lirik lagu yang menarik dan pelbagai ini adalah hasil mata pena biduanita Sharifah Aini sendiri.



Senarai lagu:

  Seri Dewi Malam
      (1970, Osman Ahmad)

  Malam
     
(1980, Khairil Johari Johar / Sharifah Aini)

  Laguku Malam Ini
     
(1975, Copyright Control / Sharifah Aini)

  Di Malam Pernikahan
     
(1972, Rahbani Brothers / Yusnor Ef)

  Janji Di Malam Pertama
     
(1982, S Atan / Haron Abdulmajid)

  Tangisan Di Malam Hari
     
(1972, Copyright Control / Sharifah Aini)

  Aku Dan Malam
      (1984, S Atan / Sharifah Aini)

  Malam Gelisah
      (2003, Augustin Lara / Sharifah Aini)  

  Tiga Malam
      (1987,
Lilis Suryani)

  Halimun Malam
      (
1973, A Chalik)

  Malam Dendangan Ria
     
(1982, Raja Kobat)

  Selamat Malam
      (1974,
Alfonso Soliano / Wan Ahmad Kamal)

Dengar lain-lain PLAYLIST pelbagai genre dan tema alunan vokal merdu Sharifah Aini:

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)