Playlist Seraut Wajah Semerdu Suara

Saya sedang berusaha untuk menambah playlist Sharifah Aini dalam beberapa kategori / tema yang berlainan.  Sementara menunggu playlist terbaru, sila nikmati playlist Sharifah Aini 'Seraut Wajah Semerdu Suara' yang sedia anda.  Semoga terhibur.

(Kesemua playlist hanyalah untuk di 'streaming' sahaja.)

Dengar Playlist Lagu Lagu Sharifah Aini Hasil Nukilan Karyawan MalaysiaDengar Playlist Lagu Tradisional & Pelbagai Irama KeMelayuan 4 Dekad Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Cover Version Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Terbaik Persembahan 3 Biduanita Tersohor Negara, Sharifah Aini, Saloma & Siti NurhalizaDengar Playlist Lagu Balada 4 Dekad Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Raya & Santapan Rohani Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Yang Liriknya Nukilan Sharifah AiniPlaylist IRAMA DARI SEBERANG (Sharifah Aini)

KERESAHAN: DANGDUT SHARIFAH AINI

(Koleksi 16 Lagu Dangdut Melayu Sharifah Aini)

(Pertama kali diperdengarkan 8 Oktober 2018)

Dangdut, satu lagi genre muzik yang mampu disampaikan dengan baik oleh penyanyi versatile Sharifah Aini.  Kalau di khalayak, persembahan dangdut oleh Sharifah Aini tetap diterima peminat meskipun tanpa aksi lincah sebagaimana kebiasaan penyanyi dangdut lainnya.

Di zaman 70an lagu-lagu dangdut ketika itu lebih dikenali sebagai irama ala hindustan kerana kebanyakan lagu-lagu yang dirakam oleh penyanyi tempatan zaman tersebut adalah lagu Hindi yang di Melayukan dan juga merakam semula lagu dangdut popular artis-artis Indonesia.  Sharifah Aini tidak terkecuali melalui zaman tersebut  Antara lagu dangdut ala Hindustan (versi Hindi diMelayukan) yang pernah dirakam oleh beliau antaranya, 'Tangisan Di Malam Hari', 'Ke Mana Ku Kan Pergi', 'Pujaan Hatiku', 'Percayalah', 'Ku Curah Kasih Dalam Lagu' dan 'Airmata Kasih' dan juga lagu dangdut ciptaan baru di bawah penerbitan komposer Ahmad Nawab seperti 'Hatiku Di Curi Lagi', 'Hatiku Hatimu' dan 'Pengorbanan'.  Manakala lagu dangdut Indonesia yang pernah dirakam semula oleh Sharifah Aini ialah 'Beban Asmara', 'Pengertian', 'Janji', 'Kau Pergi Tanpa Pesan' dan 'Pertemuan'.

Tetapi apabila S Atan menjadi penerbit album Sharifah Aini di era 80an, banyak lagu dangdut Moden diilhamkan untuk dilagukan oleh Sharifah Aini seperti 'Penyakit Cinta', 'Cinta Dan Rumahtangga', 'Lukisan Perasaan' dan 'Keresahan'.

Playlist DANGDUT SHARIFAH AINI (Dangdut Melayu) menyenaraikan 16 lagu-lagu dangdut alunan Sharifah Aini yang pernah mendapat tempat dihati peminat dan penggemar genre dangdut.



Senarai lagu:

  Masih Ingat Masih Setia
      (1985, Fauzi Marzuki / Haron Abdulmajid)

  Nantilah Daku
     
(1983, M Masnawi)

  Keresahan
     
(1984, Wan Norbakyah Hj Wan Musa)

  Pertemuan
     
(1983, Bambang S)

  Pengorbanan
     
(1976, Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

  Lukisan Perasaan
     
(1981, S Atan / Haron Abdulmajid)

  Hatiku Hatimu
      (1976, Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

  Percayalah
      (1978, Copyright Control)

  Cinta Dan Rumahtangga
      (1980,
Abbas Bakar / Sharifah Aini)

  Pengertian
      (
1976, Ellya M Harris)

  Hatiku Di Curi Lagi
     
(1977, Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

  Penyakit Cinta
      (1980,
Raja Kobat / Sharifah Aini)

  Janji

      (1982, Ellya M Harris)      

  Beban Asmara
      (1974, Ellya M Harris)

  Yang Tak Kesampaian
      (1988, A Ali / Habsah Hassan)    

  Kau Pergi Tanpa Pesan
     
(1982, Ellya M Harris)

Dengar lain-lain PLAYLIST pelbagai genre dan tema alunan vokal merdu Sharifah Aini:

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)