|
dikemaskini 20 September 2025
|
Selamat datang ke lelaman MY CD COLLECTION. Lelaman ini memaparkan info ringkas @ senarai lagu kesemua CD yang menjadi milik peribadi saya. Lelaman utama MY CD COLLECTION akan memaparkan KOLEKSI 10 CD TERKINI yang baru menjadi milik peribadi, tidak kira sama ada CD itu baru dipasarkan atau sebaliknya. KOLEKSI 10 CD TERKINI hanya akan dikemaskini pada setiap Sabtu sahaja. Terima kasih kepada rakan yang menaruh minat terhadap CD tertentu (terutamanya yang mungkin sukar dicari dalam pasaran) dan untuk pengetahuan anda setakat ini saya belum bersedia untuk menjualnya. (semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya. Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original) Kamal MS @ Carmahl MS |
DENGAR playlist dari DENGAR playlist terbaru menyenaraikan seleksi 16 lagu pop nasyid untuk dihayati liriknya disamping dibuai keindahan dan keasyikan melodi daripada lantunan vokal terbaik penyanyi Malaysia dan Indonesia (Malindo). DENGAR playlist terbaru yang menghimpunkan seleksi lagu lagu Inggeris versi original dan versi yang telah diMelayukan. DENGAR playlist DIAMONDS: THE GREATEST HITS OF SHARIFAH AINIyang menghimpunkan seleksi 'kilauan' 30 lagu-lagu Inggeris terbaik lagi popular daripada Biduanita Sepanjang Zaman Sharifah AiniLAIN LAIN WEBSITE daripada carmahlms.com untuk dikongsi bersama. |
|
ORIGINAL SOUNDTRACK CIKGU KEMISAH KIRKBY – Endang S Taurina (Insictech Musicland, 2010)
Album runut bunyi CIKGU KEMISAH KIRKBY mengandungi 10 lagu yang disiarkan dalam drama 26 episod terbitan Multilift Film Production (MFP). Kesemua lagu-lagu tersebut adalah nyanyian Endang S Taurina. Endang S Taurina merupakan penyanyi legenda dari Indonesia juga amat popular di Malaysia bermula sejak zaman kemuncak di era 80an. Suaranya yang masih mantap seperti dulu menjadikan salah satu faktor beliau dipilih untuk menyanyikan lagu-lagu latar drama bersiri ini. Watak Cikgu Kemisah Kirkby yang dilakonkan oleh Liza Othman itu memaparkan ketokohan seorang guru lepasan Kolej Kirkby di England dalam mendidik anak-anak bangsanya di sebuah kampung. |
|
SATU TAAKULAN
–
Natasha
Album studio pertama Nastasha yang bergenre pop etnik turut memuatkan semula lagu 'Zapin Bahari' yang terlebih dahulu diperkenalkan sebagai lagu baru untuk album kompilasi pelbagai artis, GEMERSIK IRAMA MELAYU TERBAIK (SRC, 2005). |
|
|
MEMANG ENAK
–
Iwan
MEMANG ENAK merupakan album studio ke 5 penyanyi Iwan dan merupakan album bergenre dangdut kedua beliau. Beliau turut menampilkan penyanyi sensasi Tamil tempatan, Shaila Nair berduet untuk lagu 'Semua Untukmu' yang ditampilkan dalam 3 versi termasuk versi Tamil dan versi 'Dance'. |
|
|
SIRI BINTANG PUJAAN – Hail & Uji (EMI & Universal Music, 2014) CD 1:
CD 2:
|
|
|
ULTIMATE COLLECTION
–
Eurythmics
|
|
|
HANYA SEGENGGAM
SETIA
–
Rahmat
Album solo ketiga Rahmat bukan sahaja memuatkan lagu baru ciptaan Rahmat sendiri tetapi turut memuatkan lagu rock balada yang pernah popular dan dirakam semula oleh beliau dengan versi tersendiri seperti 'Penyesalan', 'Sembilu', 'Tika Dan Saat Ini' dan 'Cahaya Cinta'. |
|
|
KASET
–
KRU
Genap 33 tahun bertapak dalam industri muzik, kumpulan ikonik, KRU kembali dengan buah tangan terkini mereka iaitu album KASET. KASET merupakan album ke 15 dan juga merupakan kerjasama sulung KRU dengan Sony Music Malaysia setelah sebelum ini mereka bernaung di bawah EMI, sebelum bergerak dibawah label mereka, KRU Records. Berkenaan konsep album, KRU masih mengekalkan elemen muzik era kegemilangan mereka namun disesuaikan dengan muzik kontemporari bagi menepati citarasa golongan muda masa kini. Kesemua lagu adalah karya bersama trio adik beradik seperti konsep album-album terdahulu. Sebelum album KASET beredar, ‘Voodoo’ telah diperkenalkan sebagai single pertama pada penghujung tahun 2024. Sebaik album KASET dilancarkan akan menyusul pula konsert genKRU yang bakal berlangsung selama tiga hari bermula 3 Mei di Axiata Arena Bukit Jalil. Konsert GenKRU menandakan persembahan besar pertama KRU selepas enam tahun. Sebelum ini KRU pernah mengambil keputusan untuk bubar pada tahun 2018. Album studio terakhir mereka ialah KRUNOMENO pada 2013 dan GERGASI merupakan album kompilasi terakhir pada 2018. |
|
|
BIOGRAFI – Khadijah Ibrahim(Warner Music, 2011) CD 1:
CD 2:
|
|
|
SPEAK OF
THE DEVIL
–
Chris Isaak
SPEAK OF THE DEVIL is the seventh studio album by Chris Isaak and explores the same moody terrain as Chris Isaak's previous records, though the songs are fleshed out with more contemporary touches. |
|
|
SIRI BINTANG
PUJAAN
– Saloma CD 1:
CD 2 :
|
untuk berkongsi info @ cadangan boleh hubungi admin: carmahl@gmail.com