P laylist CD Pilihan:
(Dikemaskini 1 Disember 2022)
|
|
DI PERTEMUAN
ABADI (single)
– DJ Dave
DJ Dave muncul dengan single ‘Di Pertemuan Abadi’ sempena memperingati mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dan insiden kehilangan pesawat MH370. Ia merupakan simbolik rasa simpati DJ Dave dalam bentuk lagu kepada nasib yang menimpa keluarga mangsa yang ditimpa dua peristiwa besar dalam beza waktu yang singkat. Ilham lagu datangnya dari DJ Dave sendiri manakala lirik hasil ciptaan Habsah Hassan dan susunan muzik oleh Belle Fatah. |
|
NYAWAKU – KOLEKSI DJ DAVE (EMI & Warner, 2012) CD 1:
CD 2:
CD 3:
CD 4:
Album yang pada mulanya hanya boleh didapati di pintu masuk Istana Budaya sempena konsert 40 tahun DJ Dave dalam industri hiburan 'JOURNEY THROUGH SONG: INGIN BERSUA' pada 1-3 June 2012 kini sudah berada di pasaran. Paling menarik album ini bukan sahaja menghimpunkan koleksi lagu-lagu popular DJ Dave tetapi turut menghimpunkan kesemua trek lagu dari album Inggeris tunggal DJ Dave A DIFFERENT KIND OF LADY (1979) yang tidak pernah diterbitkan dalam format CD. Turut dimuatkan 2 lagu baru nyanyian beliau 'Nyawaku' dan sebuah lagu duet bersama bintang Akademi Fantasia 3, Marsha Milan Londoh 'I Will Always Love You' yang dipersembahkan dalam dwi bahasa, Inggeris & Hindi. |
|
|
101 – DJ Dave(EMI & Warner, 2012) CD 1 :
CD 2:
CD 3 :
CD 4 :
CD 5 :
|
|
|
MEMORI HIT II: UNTUK PEMINATKU
–
DJ Dave CD 1:
CD 2:
|
|
|
TIMELESS
–
DJ Dave CD 1: Masa Yang Lepas Takkan Kembali (1975)
CD 2: Untuk Peminatku (1975)
CD 3: Saat Yang Ku Nanti (1976)
CD 4: Cahaya (1977)
|
|
|
MEMORI HIT
–
DJ Dave CD 1:
CD 2:
|
|
|
DJ DAVE
1975-1988 CD 1: DJ Dave 1975-1988 vol 1
CD 2: DJ Dave 1975-1988 vol 2
|
|
|
KENANGAN MANIS vol. 2
– DJ Dave
|
|
|
KENANGAN MANIS
–
DJ Dave
|
|
|
CUKUP SUDAH – DJ Dave(Dave Enterprise / SRC, 1993)
Sebuah album yang rakamannya 'fresh dari Bombay'. Muziknya dikendalikan secara 'live' menggunakan orkestra 100 orang pemuzik. CUKUP SUDAH juga menampilkan DJ Dave mengalunkan 2 buah lagu popular hindustan, 'Mein Shair To Nahi' (dari filem 'Bobby') dan 'Papa Kehte Hai' (dari filem 'Qayamat Se Qayamat Tak'). Kedua-dua lagu tersebut juga disampaikan beliau dalam versi Melayu. DJ Dave masih mengekalkan identitinya sebagai penyanyi lagu-lagu irama hindustan versi Melayu kerana itulah konsep utama album CUKUP SUDAH. DJ Dave juga turut mengalunkan sebuah lagu Tamil, 'Cinna Poovae'. Sebuah lagu balada, 'Cukup Sudah' karya komposer terkenal Fauzi Marzuki menjadi satu-satunya lagu ciptaan baru yang dimuatkan dalam album ini . |
sejarah ringkas perjalanan seni DJ Dave Nama DJ Dave tidak asing lagi kepada peminat irama pop Melayu tahun 1970an, khususnya lagu pop yang ada sentuhan irama Hindustan. Sesuai dengan imej penyanyi itu sendiri, lagu lagu pop ala-ala Hindustan sangat sebati dengannya. Lagu 'Ku Tak Ingin Menangis Lagi' ciptaan M Daud dan rakaman tahun 1974 itu berjaya mengangkat nama DJ Dave sebagai penyanyi popular. Itulah rakaman pertamanya bersama syarikat rakaman Life Records. Lagu saduran daripada filem Hindi, 'Maafkanlah' dan 'Harum Bunga Di Taman' yang dimuatkan di dalam EP yang sama turut menjadi siulan anak-anak muda. Beliau mula meniti populariti. Dave juga tidak menyangka dapat mencipta nama dalam masa yang singkat. Apabila lagu lagu tersebut popular, Dave berpindah ke syarikat rakaman EMI. Album-albumnya diterbitkan oleh Ahmad Nawab. Sememangnya DJ Dave memang sinonim dengan lagu lagu saduran Hindi. Beliau sendiri yang menulis lirik kebanyakan lagu lagu tersebut dengan kerjasama rakan penulis lirik, D Tim. Antara lagu lagu awal DJ Dave yang dimuatkan dalam beberapa albumnya ialah 'Ingin Bersua', 'Usah Biarkan', 'Pengantin Tiba', 'Di Manakah Jelita', 'Masa Yang Lepas Tak Kan Kembali', 'Kepangkuan Ku Saja', 'Ku Ingin Bicara', 'Salam Suci' dan banyak lagi. Dalam sebuah album penyanyi irama Hindustan wanita yang terkenal ketika itu Sarena Hashim, SETIAP MASA terbitan tahun 1975, Dave turut merakamkan lagu duet 'Kanda Dan Dinda'. Lagu Hindi versi Melayu ini kerap diputarkan di corong radio. Mereka kemudiannya berduet sekali lagi menerusi lagu 'Cinta Suci' untuk album DJ Dave, UNTUK PEMINATKU (1975). Lagu lagu baru yang dicipta untuk DJ Dave pada masa itu yang popular antaranya, 'Nora', 'Herda Si Jelita', 'Ku Cium Pipimu' dan banyak lagi. EMI juga menerbitkan LP dengan turut memuatkan semula lagu lagu daripada EPnya. Antara komposer yang terlibat menyusun muziknya ialah Ahmad Nawab, Reggie Verghese dan S Atan. Pada tahun 1976, album SAAT YANG KU NANTI memuatkan lagu lagu popular seperti 'Saat Yang Ku Nanti' dan beberapa lagu saduran Hindi seperti 'Seruling Kasih', dan 'Manis Pujaan'. Album itu turut mengundang Uji Rashid menerusi lagu lagu 'Rintihan Rasa' dan 'Hilang Resah Timbul Sayang'. Antara album album lain (LP) yang dirakam pada tahun 1970an ialah CAHAYA (1977), HANYA MIMPI (1978) dan LAGUKU UNTUKMU (1979). Lagu lagu popular antaranya, 'Titisan Embun Pagi', 'Cinta Abadi', 'Hanya Mimpi', 'Mana Janjimu', 'Pertemuan Di Awan Biru' dan 'Kawan Setia'. Dave juga turut merakam sebuah album Inggeris A DIFFERENT KIND OF LADY (1979). Pada tahun 1980an muzik yang ditampilkan oleh DJ Dace agak berlainan. Irama popnya semacam lari daripada irama Hindustan. Pada masa itu Ahmad Nawab tidak lagi menerbitkan album albumnya kerana berpindah ke syarikat rakaman lain. DJ Dave mendapat sentuhan Omar Taib untuk album album seterusnya, PESANAN (1980), KINI KU MENANGIS LAGI dan KU KEHILANGANMU (1981), ANAK SIAPA (DI JALANAN) (1982) dan ENGKAU BAYANGAN HIDUPKU (1983). Lagu lagu popular pada masa itu ialah 'Pesanan', 'Mengapa Aku', 'Kini Ku Menangis Lagi', 'Di Desa Kasihku Tertumpah', 'Ku Kehilanganmu', 'Tidak Pernah Curiga Padamu' dan 'Mana Janji Mana Cinta'. Ada juga lagu lagu yang menjurus kepada lagu Hindi. Kali ini menampilkan konsep pop dangdut, sesuai dengan arus muzik pada masa itu yang menerima kemasukan irama dangdut dari Indonesia. Dangdut cara Malaysia ada sentuhan pop. Pada pertengahan tahun 1980an aliran muzik berubah. Pada masa itu dah ada arus muzik baru dalam irama pop. Rakaman juga mula menggunakan muzik programming. Pada masa itu juga lagu rock mula bercambah. Album BIAR (1985) menampakkan kelainan muziknya yang ketara. Lagu lagu yang popular seperti 'Biar', 'Masa Merubah Segala' dan lagu berirama 60an, 'Detik Waktu Berlalu'. Album terakhir DJ Dave bersama EMI pada tahun 1988, PERJANJIAN DIRI menampilakan muzik yang ada sentuhan R&B. Selepas itu Dave menyepi beberapa tahun sehinggalah muncul dengan album terbitan syarikatnya, Dave Enterprise. Semasa awal kemunculan lagi, Dave pernah mendapat tawaran berlakon filem. Namun hasrat peminat untuk menonton lakonannya tidak berhasil kerana segala perancangan tidak menjadi. Dave hanya muncul sebagai pelakon undangan khas dalam filem MENANTI HARI ESOK (1977). Dalam filem itu beliau muncul menyanyikan lagu duet bersama Uji Rashid 'Sungguh Kau Istimewa'. Dave juga pernah mendapat penghormatan mengadakan persembahan di kelab terkenal di Kuala Lumpur iaitu Paddock, Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Tidak semua penyanyi diundang mengadakan persembahan di sana. Hanya penyanyi terbaik sahaja dapat peluang. Dave digandingkan dengan Sharifah Aini mengadakan persembahan selama tiga minggu pada tahun 1978, persembahan mereka mendapat sambutan menggalakkan. Nama DJ Dave juga tidak pernah sunyi mendapat undangan mengadakan persembahan dalam rancangan hiburan di RTM (pada masa itu, itulah stesen televisyen tunggal Malaysia). Dave pernah muncul dalam rancangan hiburan pada tahun 1970an seperti Dwi Puspa, Puspawarna, Hiburan Malam Minggu dan beberapa lagi. Selain menyanyi, Dave juga terlibat secara aktif dalam perniagaan. Malah sejak awal kemunculan sebagai penyanyi lagi beliau dah bertekad untuk berniaga sebagai bekalan apabila tiada peluang untuk merakam album. Dave Enterprise yang ditubuhkan pada tahun 1992 adalah salah satu cabang perniagaannya. Syarikat itu juga menerbitkan albumnya setelah kontrak dengan EMI tamat pada akhir tahun 1989. Di bawah Dave Enterprise, beliau menerbitkan album DENYUTAN HATI (1991) dan CUKUP SUDAH (1993). Pada masa itu beliau mula menanamkan hasrat untuk berhenti merakam album dan memberi tumpuan kepada perniagaan dalam bidang pembinaan. Untuk memastikan langkahnya ke dunia perniagaan, Dave menyambung pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan itu di Boston, Amerika Syarikat pada tahun 1989. Sebab itu sekembalinya dari sana Dave giat dengan perniagaan dan meninggalkan sementara bidang nyanyian. Minatnya tak luntur, cuma beliau ingin majukan perniagaan. Naluri kuatnya terhadap seni membuatkan Dave merakam lagu kembali. Album terakhir beliau ialah sebuah album memuatkan lagu lagu Hindi berjudul TERE BINA (2005) yang diterbitkan oleh komposer dari India, Arvinder dan Jasvinder. Dave juga masih mampu menyanyi secara langsung dengan baik. Show beliau juga masih mendapat sambutan termasuk sempena konsert 40 tahun DJ Dave dalam industri hiburan 'JOURNEY THROUGH SONG: INGIN BERSUA' yang telah berlangsung pada 1-3 June 2012 di Istana Budaya. Sumber: Dari Inlay CD MEMORI HIT DJ DAVE (2005) dengan suntingan dan penambahan info. Diskografi DJ Dave (menyenaraikan diskografi lengkap EP/LP/Kaset/CD DJ Dave termasuk album yang memasukkan lagu baru dalam album kompilasinya sendiri ataupun dalam album kompilasi perlbagai artis)
Senarai lagu;
Ku Tak Ingin Menangis Lagi
Senarai lagu;
Berdansa Denganku
Senarai lagu;
Usah Biarkan
Senarai lagu;
Nora
LP ini merupakan album kompilasi pertama DJ Dave yang hanya menyenaraikan seleksi lagu lagu dari EP DJ Dave sebelumnya. Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD 1: TIMELESS: DJ DAVE (EMI, 2006) di atas.
Senarai lagu;
Herda Si Jelita
Sarena Hahsim telah mengundang DJ Dave sebagai pasangan duet untuk sebuah lagu
Hindi versi Melayu 'Kanda Dan Dinda'.
Lagu duet ini kemudiannya dimuatkan semula dalam LP DJ Dave UNTUK PEMINATKU.
Terdapat 7 lagu baru; 'Kepangkuan Ku Saja', 'Untuk Peminatku',
'Yatim Piatu', 'Ku Ingin Bicara', 'Salam Suci', 'Airmata
Kasih' dan 'Cinta Suci' (lagu duet bersama Sarena Hashim). Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk
info CD
2: TIMELESS: DJ DAVE (EMI,
2006) di atas.
Senarai lagu;
Suara Hati
Selain memuatkan kesemua lagu dari
EP SUARA HATI, album ini turut memuatkan 8 lagu baru termasuk 2 buah lagu berduet dengan Uji Rashid; 'Rintihan Rasa' & 'Hilang Resah Timbul Sayang'. Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk
info CD
3: TIMELESS: DJ DAVE (EMI,
2006) di atas.
Album raya sepanjang zaman ini turut memuatkan
sebuah lagu raya ciptaan baru
nyanyian DJ Dave; 'Menjelang Hari Raya', manakala lagu raya ciptaan Zubir Said & Kamalihudi 'Selamat Hari Raya' disampaikan secara beramai oleh
DJ Dave bersama Sharifah Aini, Uji Rashid dan Hail Amir.
Bermulanya era baru dunia rakaman
piring hitam apabila setiap LP yang dihasilkan akan memuatkan semua lagu lagu
rakaman baru. Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD
4: TIMELESS: DJ DAVE (EMI,
2006).
Terdapat 4 buah lagu untuk runut filem MENANTI HARI ESOK dan DJ Dave telah berduet dengan Uji Rashid untuk sebuah lagu 'Sungguh Kau Istimewa'. Senarai lagu;
Menanti Hari Esok
(Uji Rashid)
Album ini kemudiannya diterbitkan dalam format LP dengan menambahkan lagu-lagu pop semasa nyanyian Uji Rashid, Hail Amir, DJ Dave & Sarena Hashim - 'Kanda Dan Dinda', Semakin Hari Semakin Sayang', 'Wajah Kesayangan Hamba', 'Ingin Bersua', 'Cinta Bukan Khayalan', 'Dua Kali Dua' dan 'Asmara Bergelora (Malam Ku Bermimpi)'.
Senarai lagu;
Hanya Mimpi
Setelah menghasilkan banyak album album Melayu akhirnya DJ Dave berpeluang merakam sebuah album Inggeris A DIFFERENT KIND OF LADY. Bagaimanapun album ini merupakan satu-satunya album Inggeris di sepanjang kerjaya DJ Dave sebagai penyanyi rakaman piringhitam. Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD 3: NYAWAKU - KOLEKSI DJ DAVE (Warner 2012) di atas.
Senarai lagu;
Usah Lagi Bersedih
Senarai lagu;
Pesanan
Senarai lagu;
Tuah Badan
Album raya ini turut menampilkan sebuah lagu raya ciptaan baru nyanyian DJ Dave 'Mekar Kasih Di Kuntum Melati'.
Senarai lagu;
Kebersihan Kotaku
Senarai lagu;
Rampaian Kenangan
(medley lagu lagu
hit DJ Dave)
Nota: Kesilapan cetakan, sepatutnya tajuk album / tajuk lagu adalah Anak Siapa Menangis (Di Jalanan).
Senarai lagu;
Dangdut Kelantan
Album tribute sebagai rasa penghormatan demi mengenangkan kembali Allahyarham P Ramlee yang telah genap 10 tahun meninggalkan kita. DJ Dave turut menyanyikan sebuah lagu ciptaan P Ramlee 'Joget Pahang'.
Album kompilasi sempena Ulangtahun ke 10 DJ Dave menjadi artis rakaman EMI turut memuatkan 2 buah lagu baru, 'Perjalanan' dan 'Aku Masih Begini' Senarai lagu;
Perjalanan (lagu baru)
Senarai lagu;
Ku Serba Salah
Senarai lagu;
Ingin Bersua
Senarai lagu;
Lagu Ku Dulu
Senarai lagu;
Masa Merubah Segala
Senarai lagu;
Perjanjian Diri
Senarai lagu;
Denyutan Hati
Sesuai dengan tajuk, album ini mengandungi lagu lagu memori nyanyian DJ Dave yang pernah diminati tetapi dipersembahkan dalam versi baru @ versi rakaman semula. Senarai lagu;
Maafkanlah
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD CUKUP SUDAH di atas.
Pada tahun 2014,
album kompilasi ini diterbitkan semula oleh Universal Music dengan kulit
album yang berbeza dan telah
melalui proses teknologi mastering 24-bit dalam memberi tahap kualiti audio yang
terbaik.
Nota: Album ini juga pernah diterbitkan bagi SIRI MURAH HATI (EMI, 2001).
Senarai lengkap trek lagu untuk
album ini rujuk info CD KENANGAN MANIS di atas.
Pada tahun 2014, album kompilasi ini diterbitkan semula oleh Universal Music dengan kulit album yang berbeza dan telah melalui proses teknologi mastering 24-bit dalam memberi tahap kualiti audio yang terbaik. Nota: Album ini juga pernah diterbitkan bagi SIRI MURAH HATI (EMI, 2001). Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD KENANGAN MANIS vol 2 di atas.
Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk
info
CD DJ DAVE 1975-1988 (SIRI PERDANA) di atas.
Senarai lagu;
DJ Dave:
Masa Yang Lepas Takkan Kembali
Senarai lagu
Maafkanlah
Senarai lagu;
Kini Ku Menangis Lagi
Senarai lagu;
Nora
Album 2 CD berkembar ini adalah penerbitan semula album Siri Perdana DJ Dave 1975-1988 yang pernah diterbitkan pada tahun 1997. Kulit dan tajuk album telah ditukar tetapi susunan trek lagu masih sama seperti album asal.
Single 'Suluhkan Sinar' diterbitkan khusus sebagai penghormatan industri muzik kepada mangsa-mangsa Tsunami yang turut melanda di Malaysia pada penghujung tahun 2004. Selain DJ Dave antara artis artis lain yang turut terlibat dalam projek ini ialah Anita Sarawak, Alleycats, KRU, Dayang Nurfaizah, Ning Baizura dan Jacyln Victor.
Album ini dilancarkan sempena Hari Malaysia 2005 dan kemudian dipasarkan ke Bollywood, India dengan menukar tajuk album MAR GAYE OYE (CD – T-Series, penghujung 2005). Senarai lagu;
Mar Gaye Oye
Senarai lagu;
Ingin Bersua
Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD MEMORI HIT di atas.
Album ini dterbitkan sempena Ulangtahun EMI ke 40. Album yang mengandungi 4CD ini memuatkan album penuh dari 4 album solo terbaik DJ Dave. Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD TIMELESS di atas.
Senarai lagu; CD: Ingi n Bersua![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() VCD: trek lagu yang sama seperti yang tersenarai dalam format CD.
Senarai lagu;
CD:
Ingin Bersua
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
SATU PENGHARGAAN merupakan CD berkembar yang diterbitkan sebagai menghargai jasa artis yang telah bergelar Datuk/Dato'. Senarai lagu;
CD1:
Ingin Bersua
CD2:
Di Desa Kasihku Tertumpah
Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD MEMORI HIT di atas.
Senarai lagu;
CD1:
Laguku Dulu
CD2:
Tidak Pernah Curiga Padamu
Sebuah album yang menampilkan lagu-lagu dari penyanyi lama dan baharu dengan iringan orkestra RTM dibawah pimpinan Mohd Asnawi Mutaal. DJ Dave turut membawa sebuah lagu hit beliau 'Di Desa Kasihku Tertumpah'. Uji Rashid, J Mizan, Julie Remie & DJ Dave (CD - EMI-Warner, 2012)
Album ini menyenaraikan 101 buah lagu nyanyian DJ Dave yang dihadirkan dalam 5 CD. Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD 101 di atas.
Album kompilasi yang diterbitkan sempena konsert DJ Dave, JOURNEY THROUGH SONG: INGIN BERSUA turut memuatkan 2 lagu baru nyanyian beliau 'Nyawaku' dan sebuah lagu duet bersama bintang Akademi Fantasia 3, Marsha Milan Londoh 'I Will Always Love You' dipersembahkan dalam dwi bahasa, Inggeris & Hindi. Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk CD NYAWAKU - KOLEKSI DJ DAVE (Warner 2012) di atas.
Lagu popular raya DJ Dave 'Menjelang Hari Raya' telah diadun semula dalam versi mix (Cube mix). Bagaimanapun ia tetap mengekalkan vokal asal DJ Dave seperti yang dipersembahkan dalam lagu asal.
Single 'Di Pertemuan Abadi' merupakan lagu ciptaan DJ Dave dan lirik oleh Habsah Hassan sebagai memperingati mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dan insiden kehilangan pesawat MH370.
Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk CD (single) DI PERTEMUAN ABADI
di atas.
Senarai lagu;
CD1:
Titisan Embun Pagi
CD2:
Airmata Kasih
|