![]() |
SEJARAH PERJALANAN SENI DJ DAVE Sumber: Dari Inlay CD: MEMORI HIT DJ DAVE (2005) dengan suntingan dan penambahan info. Nama DJ Dave tidak asing lagi kepada peminat irama pop Melayu tahun 1970an, khususnya lagu pop yang ada sentuhan irama Hindustan. Sesuai dengan imej penyanyi itu sendiri, lagu lagu pop ala-ala Hindustan sangat sebati dengannya. Lagu 'Ku Tak Ingin Menangis Lagi' ciptaan M Daud dan rakaman tahun 1974 itu berjaya mengangkat nama DJ Dave sebagai penyanyi popular. Itulah rakaman pertamanya bersama syarikat rakaman Life Records. Lagu saduran daripada filem Hindi, 'Maafkanlah' dan 'Harum Bunga Di Taman' yang dimuatkan di dalam EP yang sama turut menjadi siulan anak-anak muda. Beliau mula meniti populariti. Dave juga tidak menyangka dapat mencipta nama dalam masa yang singkat. Apabila lagu lagu tersebut popular, Dave berpindah ke syarikat rakaman EMI. Album-albumnya diterbitkan oleh Ahmad Nawab. Sememangnya DJ Dave memang sinonim dengan lagu lagu saduran Hindi. Beliau sendiri yang menulis lirik kebanyakan lagu lagu tersebut dengan kerjasama rakan penulis lirik, D Tim. Antara lagu lagu awal DJ Dave yang dimuatkan dalam beberapa albumnya ialah 'Ingin Bersua', 'Usah Biarkan', 'Pengantin Tiba', 'Di Manakah Jelita', 'Masa Yang Lepas Tak Kan Kembali', 'Kepangkuan Ku Saja', 'Ku Ingin Bicara', 'Salam Suci' dan banyak lagi. Dalam sebuah album penyanyi irama Hindustan wanita yang terkenal ketika itu Sarena Hashim, SETIAP MASA terbitan tahun 1975, Dave turut merakamkan lagu duet 'Kanda Dan Dinda'. Lagu Hindi versi Melayu ini kerap diputarkan di corong radio. Mereka kemudiannya berduet sekali lagi menerusi lagu 'Cinta Suci' untuk album DJ Dave, UNTUK PEMINATKU (1975). Lagu lagu baru yang dicipta untuk DJ Dave pada masa itu yang popular antaranya, 'Nora', 'Herda Si Jelita', 'Ku Cium Pipimu' dan banyak lagi. EMI juga menerbitkan LP dengan turut memuatkan semula lagu lagu daripada EPnya. Antara komposer yang terlibat menyusun muziknya ialah Ahmad Nawab, Reggie Verghese dan S Atan. Pada tahun 1976, album SAAT YANG KU NANTI memuatkan lagu lagu popular seperti 'Saat Yang Ku Nanti' dan beberapa lagu saduran Hindi seperti 'Seruling Kasih', dan 'Manis Pujaan'. Album itu turut mengundang Uji Rashid menerusi lagu lagu 'Rintihan Rasa' dan 'Hilang Resah Timbul Sayang'. Antara album album lain (LP) yang dirakam pada tahun 1970an ialah CAHAYA (1977), HANYA MIMPI (1978) dan LAGUKU UNTUKMU (1979). Lagu lagu popular antaranya, 'Titisan Embun Pagi', 'Cinta Abadi', 'Hanya Mimpi', 'Mana Janjimu', 'Pertemuan Di Awan Biru' dan 'Kawan Setia'. Dave juga turut merakam sebuah album Inggeris A DIFFERENT KIND OF LADY (1979). Pada tahun 1980an muzik yang ditampilkan oleh DJ Dace agak berlainan. Irama popnya semacam lari daripada irama Hindustan. Pada masa itu Ahmad Nawab tidak lagi menerbitkan album albumnya kerana berpindah ke syarikat rakaman lain. DJ Dave mendapat sentuhan Omar Taib untuk album album seterusnya, PESANAN (1980), KINI KU MENANGIS LAGI dan KU KEHILANGANMU (1981), ANAK SIAPA (DI JALANAN) (1982) dan ENGKAU BAYANGAN HIDUPKU (1983). Lagu lagu popular pada masa itu ialah 'Pesanan', 'Mengapa Aku', 'Kini Ku Menangis Lagi', 'Di Desa Kasihku Tertumpah', 'Ku Kehilanganmu', 'Tidak Pernah Curiga Padamu' dan 'Mana Janji Mana Cinta'. Ada juga lagu lagu yang menjurus kepada lagu Hindi. Kali ini menampilkan konsep pop dangdut, sesuai dengan arus muzik pada masa itu yang menerima kemasukan irama dangdut dari Indonesia. Dangdut cara Malaysia ada sentuhan pop. Pada pertengahan tahun 1980an aliran muzik berubah. Pada masa itu dah ada arus muzik baru dalam irama pop. Rakaman juga mula menggunakan muzik programming. Pada masa itu juga lagu rock mula bercambah. Album BIAR (1985) menampakkan kelainan muziknya yang ketara. Lagu lagu yang popular seperti 'Biar', 'Masa Merubah Segala' dan lagu berirama 60an, 'Detik Waktu Berlalu'. Album terakhir DJ Dave bersama EMI pada tahun 1988, PERJANJIAN DIRI menampilakan muzik yang ada sentuhan R&B. Selepas itu Dave menyepi beberapa tahun sehinggalah muncul dengan album terbitan syarikatnya, Dave Enterprise. Semasa awal kemunculan lagi, Dave pernah mendapat tawaran berlakon filem. Namun hasrat peminat untuk menonton lakonannya tidak berhasil kerana segala perancangan tidak menjadi. Dave hanya muncul sebagai pelakon undangan khas dalam filem MENANTI HARI ESOK (1977). Dalam filem itu beliau muncul menyanyikan lagu duet bersama Uji Rashid 'Sungguh Kau Istimewa'. Dave juga pernah mendapat penghormatan mengadakan persembahan di kelab terkenal di Kuala Lumpur iaitu Paddock, Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Tidak semua penyanyi diundang mengadakan persembahan di sana. Hanya penyanyi terbaik sahaja dapat peluang. Dave digandingkan dengan Sharifah Aini mengadakan persembahan selama tiga minggu pada tahun 1978, persembahan mereka mendapat sambutan menggalakkan. Nama DJ Dave juga tidak pernah sunyi mendapat undangan mengadakan persembahan dalam rancangan hiburan di RTM (pada masa itu, itulah stesen televisyen tunggal Malaysia). Dave pernah muncul dalam rancangan hiburan pada tahun 1970an seperti Dwi Puspa, Puspawarna, Hiburan Malam Minggu dan beberapa lagi.
Selain menyanyi,
Dave juga terlibat secara aktif dalam perniagaan.
Malah sejak awal kemunculan sebagai penyanyi lagi beliau dah
bertekad untuk berniaga sebagai bekalan apabila tiada
peluang untuk merakam album. Dave Enterprise yang
ditubuhkan pada tahun 1992 adalah salah satu cabang
perniagaannya. Syarikat itu juga menerbitkan albumnya
setelah kontrak dengan EMI tamat pada akhir tahun 1989.
Di bawah Dave Enterprise, beliau menerbitkan album
DENYUTAN HATI (1991) dan CUKUP SUDAH (1993).
Pada masa itu beliau mula menanamkan hasrat untuk berhenti
merakam album dan memberi tumpuan kepada perniagaan dalam
bidang pembinaan. Untuk memastikan langkahnya ke dunia
perniagaan, Dave menyambung pelajaran dalam bidang
pengurusan perniagaan itu di Boston, Amerika Syarikat pada
tahun 1989. Sebab itu sekembalinya dari sana Dave giat
dengan perniagaan dan meninggalkan sementara bidang
nyanyian. Minatnya tak luntur, cuma beliau ingin
majukan perniagaan. Naluri kuatnya terhadap seni
membuatkan Dave merakam lagu kembali. Album terakhir beliau ialah sebuah album memuatkan lagu lagu Hindi
berjudul TERE BINA (2005) yang diterbitkan oleh
komposer dari India, Arvinder dan
Jasvinder. Dave juga masih mampu menyanyi secara
langsung dengan baik. Show beliau juga masih mendapat
sambutan termasuk sempena konsert
40 tahun DJ
Dave dalam industri hiburan 'JOURNEY THROUGH SONG: INGIN BERSUA' yang
telah berlangsung pada 1-3 June 2012
di Istana Budaya.
Diskografi
lengkap
(menyenaraikan diskografi lengkap EP/LP/Kaset/CD DJ Dave termasuk album yang memasukkan lagu baru dalam album kompilasinya sendiri ataupun dalam album kompilasi pelbagai artis)
Senarai lagu;
Ku Tak Ingin Menangis Lagi
Senarai lagu;
Berdansa Denganku
Senarai lagu;
Usah Biarkan
Senarai lagu;
Nora
LP ini merupakan album kompilasi pertama DJ Dave yang hanya menyenaraikan seleksi lagu lagu dari EP DJ Dave yang pernah diterbitkan sebelumnya. Senarai lagu;
Masa Yang Lepas Takkan Kembali
Senarai lagu;
Herda Si Jelita
Sarena Hahsim telah mengundang DJ Dave sebagai pasangan duet untuk sebuah lagu
Hindi versi Melayu 'Kanda Dan Dinda' untuk dimuatkan dalam EP beliau,
SETIAP MASA.
Senarai lagu;
Setiap Masa
Lagu duet ini kemudiannya dimuatkan semula dalam LP DJ Dave UNTUK PEMINATKU.
LP UNTUK PEMINATKU
menyenaraikan 7 buah lagu baru dan selainnya diambil dari EP DJ Dave yang
diterbitkan sebelumnya.
Senarai lagu;
Kepangkuan Ku Saja
(lagu baru)
Senarai lagu;
Suara Hati
Selain memuatkan kesemua lagu dari EP SUARA HATI, album ini turut memuatkan 8 lagu baru termasuk 2 buah lagu duet bersama Uji Rashid; 'Rintihan Rasa' & 'Hilang Resah Timbul Sayang'. Senarai lagu;
Saat Yang Ku Nanti
(lagu baru)
Album raya sepanjang zaman ini turut memuatkan sebuah lagu raya ciptaan baru nyanyian DJ Dave; 'Menjelang Hari Raya', manakala lagu raya ciptaan Zubir Said & Kamalihudi 'Selamat Hari Raya' disampaikan secara beramai oleh DJ Dave bersama Sharifah Aini, Uji Rashid dan Hail Amir. Senarai lagu;
Bisikan Hati Di Pagi Raya
(Sharifah Aini) (lagu
baru)
Pada tahun 1994, buat pertama kalinya album ini diterbitkan dalam fomat CD melalui siri koleksi lagu lagu terbaik mat jimat.
Bermulanya era baru dunia rakaman piring hitam apabila setiap LP (album studio) yang dihasilkan akan memuatkan semua lagu lagu rakaman baru termasuklah album DJ Dave, CAHAYA. Senarai lagu;
Cahaya
Terdapat 4 buah lagu untuk runut filem MENANTI HARI ESOK dan DJ Dave telah berduet dengan Uji Rashid untuk sebuah lagu 'Sungguh Kau Istimewa'. Senarai lagu;
Menanti Hari Esok
(Uji Rashid)
Album ini
kemudiannya diterbitkan dalam format LP dengan menambahkan lagu-lagu popular
artis artis EMI.
Senarai lagu;
Menanti Hari Esok
(Uji Rashid)
Senarai lagu;
Hanya Mimpi
Setelah menghasilkan banyak album album Melayu, akhirnya DJ Dave berpeluang merakam sebuah album Inggeris A DIFFERENT KIND OF LADY. Bagaimanapun album ini merupakan satu-satunya album Inggeris di sepanjang kerjaya DJ Dave sebagai penyanyi rakaman piringhitam. Senarai lagu;
A Different Kind Of Lady
Senarai lagu;
Usah Lagi Bersedih
Senarai lagu;
Pesanan
Senarai lagu;
Tuah Badan
Kesemua lagu raya dalam album ini adalah ciptaan baru kecuali lagu 'Hari Yang Mulia'. DJ Dave menyanyikan sebuah lagu raya 'Mekar Kasih Di Kuntum Melati'.
Senarai lagu;
Ucap Selamat Hari Raya (Gaya Zakry)
Senarai lagu;
Kebersihan Kotaku
Senarai lagu;
Rampaian Kenangan
(medley lagu lagu
hit DJ Dave)
Nota: Kesilapan cetakan,
sepatutnya tajuk album / tajuk lagu adalah
Anak Siapa Menangis (Di Jalanan).
Senarai lagu;
Dangdut Kelantan
Album tribute sebagai rasa penghormatan demi
mengenangkan kembali Allahyarham P Ramlee yang telah genap 10 tahun meninggalkan
kita. DJ Dave turut menyanyikan
sebuah lagu ciptaan P Ramlee 'Joget Pahang'.
Senarai lagu;
Kwek Mambo
(Aman Shah & rakan-rakan)
Album kompilasi sempena Ulangtahun
ke 10 DJ Dave menjadi artis rakaman EMI turut memuatkan 2 buah lagu baru, 'Perjalanan' dan 'Aku
Masih Begini'
Senarai lagu;
Perjalanan (lagu baru)
Senarai lagu;
Ku Serba Salah
Senarai lagu;
Ingin Bersua
Senarai lagu;
Lagu Ku Dulu
Senarai lagu;
Masa Merubah Segala
Senarai lagu;
Perjanjian Diri
Album raya yang menyenaraikan kesemua lagu raya ciptaan baru ini turut
memuatkan sebuah lagu nyanyian DJ Dave, 'Restu Di Pagi Raya'.
Senarai lagu;
Seri Di Hari Raya (nyanyian ramai)
Senarai lagu;
Denyutan Hati
Sesuai dengan tajuk, album ini
mengandungi lagu lagu memori nyanyian DJ Dave yang pernah diminati tetapi
dipersembahkan dalam versi baru @ versi rakaman semula.
Senarai lagu;
Maafkanlah
Jika
album pertama DJ Dave dibawah label SRC, SKESTA MEMORI berkonsepkan lagu-lagu
nostalgia DJ Dave yang diberi nafas baru tetapi untuk album kedua, CUKUP SUDAH
konsepnya pula menyenaraikan lagu lagu hindi yang disampaikan dalam bahasa asal
dan juga lirik yang diubahsuai dalam bahasa Melayu. Album ini turut
memuatkan sebuah lagu ciptaan baru 'Cukup Sudah' ciptaan komposer Fauzi
Marzuki.
Senarai lagu;
Papa Berpesan
Senarai lagu;
Masa Merubah Segala
Senarai lagu;
Seruling Kasih
Senarai lagu;
Senarai lagu;
Di Desa Kasih Ku
Tertumpah
INFO: SIRI PERDANA: DJ DAVE 1975-1988 merupakan mini box set yang mengandungi 2 kotak CD (vol 1 & 2) yang menghimpunkan lagu-lagu popular DJ Dave di bawah label EMI. Pada tahun 2004, EMI telah meriliskan semula koleksi lagu-lagu dari album tersebut tanpa mengubah susunan trek lagu tetapi dengan kulit dan tajuk album yang berbeza. Album tersebut diberi tajuk KOLEKSI MEMORI dengan CD berkembar dalam sebuah kotak CD panjang.
Senarai lagu;
Masa Yang Lepas Takkan Kembali
(DJ Dave)
Album kompilasi yang memuatkan seleksi lagu lagu dari 3 album DJ Dave dibawah label SRC; DENYUTAN HATI, SKESTA MEMORI dan CUKUP SUDAH. Senarai lagu;
Maafkanlah
Album kompilasi yang memuatkan sebahagian lagi seleksi lagu lagu dari 3 album DJ Dave dibawah label SRC; DENYUTAN HATI, SKESTA MEMORI dan CUKUP SUDAH. Senarai lagu;
Kini Ku Menangis Lagi
Senarai lagu;
Nora
Album 2 CD berkembar ini adalah penerbitan semula CD DJ Dave 1975-1988: SIRI PERDANA yang pernah diterbitkan pada tahun 1997. Kulit dan tajuk album telah ditukar tetapi masih mengekalkan susunan trek lagu seperti album asal.
Single 'Suluhkan Sinar' diterbitkan khusus sebagai penghormatan industri muzik kepada mangsa-mangsa Tsunami yang turut melanda di Malaysia pada penghujung tahun 2004. Selain DJ Dave antara artis artis lain yang turut terlibat dalam projek ini ialah Anita Sarawak, Alleycats, KRU, Dayang Nurfaizah, Ning Baizura dan Jacyln Victor.
Album ini dilancarkan sempena Hari Malaysia 2005 dan kemudian dipasarkan ke Bollywood, India dengan menukar tajuk album MAR GAYE OYE (CD - T-Series, penghujung 2005). Senarai lagu;
Mar Gaye Oye
Album kompilasi yang memuatkan lagu lagu rakaman DJ Dave dibawah label SRC. Senarai lagu;
Ingin Bersua
Senarai lagu; CD1: Maafkanlah![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
CD2:
Mengapa Aku
Album
ini dterbitkan sempena Ulangtahun EMI ke 40. Album
yang mengandungi 4CD ini memuatkan album penuh dari 4 album solo terawal DJ
Dave (LP).
Senarai lagu;
CD1
Masa Yang Lepas Takkan Kembali (1975):
CD2
Untuk Peminatku (1975):
Kepangkuan Ku Saja
CD3 Saat Yang Ku Nanti (1976): Saat Yang Ku Nanti![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
CD4
Cahaya
(1977):
Cahaya
Senarai lagu; CD: Ingin Bersua![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
VCD:Ingin
Bersua
Senarai lagu; CD: Ingin Bersua ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
SATU PENGHARGAAN merupaka n CD berkembar yang diterbitkan sebagai menghargai jasa artis yang telah bergelar Datuk/Dato'.Senarai lagu;
CD1:
Ingin Bersua
CD2:
Di Desa Kasihku Tertumpah
Senarai lagu;
CD2:
Gitar Berbunyi
Senarai lagu;
Album CD berkembar yang menampilkan lagu-lagu dari penyanyi lama dan baharu dengan iringan orkestra RTM dibawah pimpinan Mohd Asnawi Mutaal. DJ Dave turut membawa sebuah lagu hit beliau 'Di Desa Kasihku Tertumpah'. Senarai lagu;
CD1:
La Obe (La la la) (Mila AF5 featuring Doul)
CD2:
Dirgahayu Tanah Airku (Jaclyn Victor)
Album kompilasi ini mengandungi 4 CD yang mana setiap sebuah CD mewakili seorang penyanyi termasuk menyenaraikan lagu lagu DJ Dave. Senarai lagu;
CD1 Uji
Rashid:
Kali
Terakhir Ku Lihat Wajahmu
CD2 J
Mizan:
Berpura Pura
CD3
Julie Remie:
Abang Sayang Adik Sayang
CD4
DJ Dave:
Ingin Bersua
Album ini menyenaraikan 101 buah lagu nyanyian DJ Dave yang dihimpunkan dalam 5
CD.
Senarai lagu;
CD1:
CD2:
CD3:
Kanda Dan Dinda (duet Sarena
Hashim)
CD4:
CD5:
Single 'Nyawaku' merupakan
lagu ciptaan baru komposer tersohor M Nasir dan lirik oleh Ad Samad.
Single NYAWAKU turut memuat sebuah lagu Inggeris 'I Will
Always Love You' yang pernah hit setelah dipopularkan
semula oleh Whitney Houston, kini dirakam semula oleh DJ Dave
bersama bintang Akademi Fantasia 3, Marsha Londoh dan
dipersembahkan dalam dwi bahasa, Inggeris dan Hindi.
Kedua-dua single tersebut dimuat semula untuk album KOLEKSI DJ
DAVE: NYAWAKU yang mengandungi 4 CD.
Album kompilasi yang diterbitkan sempena konsert DJ Dave, JOURNEY THROUGH
SONG: INGIN BERSUA turut memuatkan 2 lagu baru nyanyian beliau 'Nyawaku'
dan sebuah lagu duet bersama bintang Akademi Fantasia 3, Marsha Milan Londoh
'I Will Always Love You' dipersembahkan dalam dwi bahasa, Inggeris & Hindi.
Apa yang menarik album kompilasi NYAWAKU turut memuatkan semua lagu dari
satu-satunya album Inggeris DJ Dave,
Senarai lagu;
CD1:
Ingin
Bersua
CD2:
Joget Orang Berbudi
CD3:
A Different Kind Of Lady
CD4:
Nyawaku (lagu baru)
Lagu popular raya DJ Dave 'Menjelang Hari Raya' telah diadun semula dalam versi mix (Cube mix). Bagaimanapun ia tetap mengekalkan vokal asal DJ Dave seperti yang dipersembahkan dalam lagu asal. Senarai lagu;
Takbir Raya
Album kompilasi yang menggabungkan 2 penyanyi popular dekad 70an & 80an, Hail Amir & DJ Dave. Senarai lagu; CD1 Hail Amir: Wajah Kesayangan Hamba![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
CD2
DJ Dave:
Ingin Bersua
Single 'Di Pertemuan Abadi' merupakan lagu ciptaan DJ Dave dan lirik oleh Habsah Hassan sebagai memperingati mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dan insiden kehilangan pesawat MH370. Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk CD (single) DI PERTEMUAN ABADI di atas.
Senarai lagu;
CD1:
Titisan Embun Pagi
CD2:
Airmata Kasih
|