Saya sedang berusaha
untuk menambah playlist Sharifah Aini dalam beberapa kategori
/ tema yang berlainan. Sementara menunggu playlist terbaru,
sila nikmati playlist Sharifah Aini
'Seraut Wajah Semerdu Suara' yang sedia ada. Semoga terhibur.
(Kesemua playlist hanyalah
untuk di 'streaming' sahaja.)
DIAMONDS:
THE GREATEST HITS OF SHARIFAH AINI
(Seleksi 30
Lagu-Lagu Inggeris Terbaik & Popular Nyanyian Sharifah Aini)
(Pertama kali
diperdengarkan 1 Januari 2025)
Mempunyai album
berbahasa Inggeris memang menjadi impian setiap penyanyi apatah
lagi jika penyanyi tersebut memang komited terhadap kerjaya
seninya. Begitulah juga dengan Biduanita hebat Sharifah
Aini yang mempunyai vokal yang hebat lagi unik ini,
akhirnya berjaya menghasilkan album Inggeris pertamanya,
FOREVER AND EVER pada tahun 1977. Awalnya ramai
peminat-peminat, rakan-rakan artis dan pengurus artis di
syarikat Sharifah Aini pun meragui terhadap impian Sharifah
Aini. Bukan mudah sesebuah syarikat rakaman untuk memberi
peluang kepada artis mereka merakam lagu-lagu Inggeris termasuk
Sharifah Aini sendiri kerana sebagaimana umum mengetahui beliau
hanya mendapat pendidikan sekolah agama Arab. Setelah
tujuh tahun menjadi artis rakaman EMI barulah impian Sharifah
Aini untuk menghasilkan album Inggeris dipenuhi oleh syarikat
rakamannya yang sebelum ini hanya memberi peluang kepada
beberapa artis tempatan seperti Saloma, Kartina Dahari, Anita
Sarawak dan Sugiman Jahuri. Banyak kritikan diterima oleh Sharifah Aini
berkenaan album pertamanya, FOREVER AND EVER
tetapi dalam pada itu FOREVER AND EVER laris juga.
Penjualan album tersebut mengatasi penjualan yang dijangkakan
oleh syarikat EMI malah penjualan album tersebut mengatasi
album-album Inggeris artis tempatan lainnya. Bergemalah
suara Biduanita Sharifah Aini di stesen-stesen Radio tempatan
berbahasa Inggeris, malah cukup membanggakan apabila Radio
Televisyen Singapura (RTS) (kini dikenali dengan Warna 942) yang
hanya menyiarkan lagu-lagu Melayu turut mempromosi album
tersebut melalui program review album baru terbitan Bujang
Jamaluddin. Jadi anda boleh bayangkan betapa hebatnya
SHARIFAH AINI ketika itu.
Kejayaan inilah
membuat EMI bertambah yakin merancangkan album Inggeris beliau
yang seterusnya iaitu WOMAN IN LOVE.
Melalui album ini lagu 'One Way Ticket'
menjadi siulan anak-anak muda dan juga adik-adik kecil walaupun
lagu tersebut telah terlebih dahulu dirakamkan oleh penyanyi
barat tetapi versi Sharifah Aini lebih cepat meresap ke jiwa
masyarakat tempatan. Namanya yang gah ketika itu turut
mengumpul ramai peminat dari kalangan bukan Melayu.
Sharifah Aini juga bukan seorang yang mudah berpuashati dengan
apa yang telah dicapai kerana dalam sibuk memenuhi undangan
pentas dan rakaman album, beliau tetap memperuntukkan masa untuk
menghadiri kursus membaiki bahasa Inggeris beliau di sebuah
universiti tempatan. Diskografi album Inggeris beliau
adalah 6 buah album; FOREVER AND EVER (1977),
WOMAN IN LOVE (1979), JUST FOR YOU
(1980), RASA SAYANG (FEELING OF LOVE) (1981),
COLLECTION PLUS 2 (1982) dan HE IS
BEAUTIFUL TO ME (1984) yang kesemuanya mendapat
sambutan hebat. Itulah hasil dari keberanian dan keyakinan
pada diri sendiri ... Sharifah Aini.
Diperdengarkan playlist
Diamond: the greatest hits of sharifah aini
yang
menghimpunkan 'kilauan' 30 lagu-lagu
Inggeris terbaik lagi popular dari Biduanita Sepanjang Zaman
Sharifah Aini.AL FATIHAH
Senarai lagu:
One Way Ticket (1979,
Hank Hunter / Jack Keller)
Woman In Love (1979,
Dominic Bugatti / Frank Musker)
He Is Beautiful To Me
(1984,
Bobby Wood / Clive Westlake)
Forever And Ever (1977, Stylianos Vlavianos / R
Constandino)
Chiquitita (1979,
Benny Anderson / Björn
Ulvaeus)
Hello
(1984,
Lionel Richie)
Just When I Needed You
Most (1980,
Randy Van Warmer)
Trains And Boats And
Planes (1981,
Burt Bacharach / Hal David)
Runaway (1981,
Del Shannon / Max Crook)
Raining In My Heart (1979,
Felice Bryant / Boudleaux Bryant)
You Make Me Feel Like A
Woman (1977,
Paul Layton / Marty Kristian /
Danny Finn)
You Decorated My Love (1980,
Debbie Hupp / Bob Morrison)
I Know I'll
Never Love This Way Again (1979,
Richard Kerr / Will Jennings)
All My Love (1981,
Monti Arduini / Peter Callander)
Fire (1980,
Bruce Springsteen)
My Broken Souvernirs (1977,
Werner Theunussen)
Casablanca (1984, Sony Limbo / John Healy / Bertie
Higgins)
Without You (1977,
Peter Ham / Tom Evans)
Goodbye My Love
Goodbye (1980,
Mario Panas / Klaus Munro / Jack Llyod)
Angel Of The Morning (1977,
Chip Taylor)
Don't Play That Song (1981,
Ahmet Ertegun / Betty Nelson)
Midnight
Blue (1977,
Carole Bayer Sager / Melissa Manchester)
All I Have To Do Is Dream (1981,
Felice Bryant / Boudleaux Bryant)
I Have A Dream (1979,
Benny Anderson / Björn
Ulvaeus)
Groovy
Kind Of Love (1977,
Carole Bayer Sager / Tony Wine)
I Don't Want To Lose Your Love (1982,
Joe Carbone)
Let Me Teach You How To
Dance(original track) (1979,
Steven Joseph)
Kissing In The Rain(original track) (1977,
Tony Yeong)
Dreams Of You(original track) (1979,
Reggie Verghese)
Rasa Sayang (Feeling Of Love)(original track) (1981,
Traditional / Melvin Ferdinand)
(semua lagu di laman web ini
adalah Hak Cipta Terpelihara. Penggunaanya di laman ini sekadar
untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan
daripadanya. Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD
original)