POP NASYID MALINDO: SEBUAH RENUNGAN (Koleksi 16 Lagu Santapan Rohani ... Dunia & Akhirat) (Pertama kali diperdengarkan 28 Jun 2025) |
|
SALAM MALINDO Lagu nasyid merupakan lagu yang terkait ajaran-ajaran agama di mana lagu tersebut mengandung karisma tersendiri bagi pendengarnya dan menjadi media dakwah untuk mengajarkan agama Islam dengan cara yang santai tetapi menginsafkan. Kandungan lirik yang terdapat pada lagu nasyid sangat menyentuh dan mendamaikan jiwa. Pada umumnya, album atau lagu-lagu nasyid banyak dirilis pada bulan Ramadhan. Irama nasyid di Malaysia mula berkembang sekitar tahun 1970an hingga tahun 1980an di mana awalnya dipelopori oleh kumpulan nasyid dari negara tetangga, Indonesia yang lebih dikenali dengan irama qasidah dan gambus seperti yang diperkenalkan oleh Orkes El Suraya, Tunas Mekar dan penyanyi solo qasidah yang cukup tersohor, Hajjah Nur Asiah Jamil dan beberapa penyanyi/kumpulan aliran pop yang turut mencuba mempopular irama nasyid tersebut seperti Muchsin dan kumpulan Bimbo (sebelum itu dikenali sebagai Trio Bimbo yang lagu-lagunya lebih kepada aliran pop). Bagaimanapun di penghujung 70an barulah irama nasyid yang bergenre pop dan mempunyai citarasa tempatan mula diperkenalkan yang mana kumpulan dari Singapura, Al Mizan menjadi printis dan kemudiannya menyaksikan kemunculan kumpulan nasyid pelopor seperti Hidayah, Al Jawaher dan Orkes Sinar Murni. Irama nasyid memasuki era baru pada tahun 1990an apabila konsep irama nasyid kontemporari diperkenalkan. Era baru yang membawa kebangkitan irama nasyid kontemporari seiring dengan penubuhan kumpulan kumpulan nasyid termasuklah Raihan, Rabbani, Hijjaz, Inteam, Saujana dan banyak lagi yang pantas mencuri hati segenap lapisan masyarakat tempatan dan mencipta fenomena. Sebelum itu, telah wujud kumpulan nasyid seperti Nadamurni dan The Zikr tetapi ia lebih 'tertutup' kerana tidak menonjol.
Rata-rata
kumpulan nasyid ini mempunyai kelompok peminat yang tersendiri.
Namun, era gemilang irama
nasyid kontemporari yang dirintis ini tidak kekal berpanjangan
seperti yang diharapkan apabila berlakunya pengunduran atau
kematian penyanyi utama sesebuah kumpulan. Selain itu,
kesukaran kumpulan pewaris nasyid kontemporari meneruskan legasi
kecemerlangan kumpulan-kumpulan nasyid utama turut dilihat
menyumbang kepada kemerosotan ini.
Di Indonesia
pula lagu lagu nasyid lebih dikenali sebagai lagu religi Islami
dan amat ramai penyanyi solo dan kumpulan muzik yang
berlumba-lumba merilis lagu religi terutamanya ketika menyambut
bulan suci Ramadhan.
Antara Kumpulan yang paling
konsisten dengan perjuangan lagu-lagu religi ialah Bimbo yang
memiliki banyak lagu religi dengan lirik yang puitis bermula
dari pertengahan 1970an sehingga kini seperti 'Tuhan',
'Anak Bertanya Pada Bapaknya' dan 'Sejadah Panjang'.
Seperti di Malaysia, Indonesia
juga mengalami era baru terhadap perubahan lagu lagu religi
bermula di era 2000 dengan kemunculannya banyak
kumpulan dan juga penyanyi solo yang mengeluarkan album ataupun
single. Antara kumpulan dan penyanyi solo lagu lagu religi yang
bukan saja dikenali di Indonesia tetapi juga di Malaysia adalah
Opick, Haddad Alwi & Sulis, Wali, Ungu, GIGI, Gita Gunawa, Snada
dan Sabyan Gambus. Apa yang menariknya lagu-lagu bergenre
pop-islami yang mereka popularkan menepati citarasa
anak-anak muda. Sebenarnya bukan mudah atau ada formula
tertentu untuk menarik minat golongan ini terhadap lagu lagu
religi A |
|