JUNJUNGAN MULIA: MUHAMMAD YA HABIBI

(Koleksi 16 Lagu ... Buatmu Rasulullah)

(Pertama kali diperdengarkan 28 September 2022)

SALAM MAULIDUR RASUL

Penghujung dekad 90'an menyaksikan kebangkitan lagu-lagu islamik atau lebih dikenali sebagai lagu nasyid.  Sehingga kini karya lagu lagu bergenre nasyid terus dihasilkan dan masih mendapat tempat walaupun ia tidak se'gah' di era kegemilangannya.  Lagu lagu nasyid bukan saja memfokuskan lirik berunsur ketuhanan dan 'manusia dan tuhan' tetapi juga berkisar tentang Rasulullah iaitu Nabi Muhammad kita yang tercinta dalam meluahkan rasa rindu dan cinta melalui puji-pujian dan berselawat ke atas Baginda.  Selain itu karya lagu dan lirik bertemakan perjuangan, pengorbanan dan sirah Rasulullah turut dihasilkan untuk dihayati pendengar. 

Syukur Alhamdulillah kerana sehingga kini karya sebegini masih mendapat tempat di hati pencinta irama nasyid tanahair dan terbukti kerana saban tahun apabila menjelang sambutan Maulidur Rasul pasti ada koleksi album perihal Junjungan kita ini diterbitkan tidak kira sama ada ianya album baru ataupun album kompilasi.

Mari kta sama-sama memperingati dan berselawat terhadap Nabi Muhammad SAW.

Dengar playlist JUNJUNGAN MULIA: MUHAMMAD YA HABIBI yang menghimpunkan seleksi 16 lagu yang berkait rapat dengan sirah dan pengorbanan Baginda Rasulullah.



Senarai lagu:

  Junjungan Mulia Raihan, NowSeeHeart, Hijjaz, Inteam & Saujana
     (2002, S Atan / Kamalihudi / Amir Mohd Karim) 

  Muhammad Ya Habibi Rabbani & Harakat Madani
     (1998, Copyright Control)

  Nabi Anak Yatim Raihan
     (1999, Mujahid Abdul Wahab / Jef Hazimin Jaafar)
 

  Marhaban Al Mizan
 
    (1978, Kamalihudi / Mahanom Osman / Abdullah Abdul Jamil)

  Selawat Junjungan Akhil Hayy
     (2008, Copyright Control)

  Rasulullah Hijjaz
 
    (1997, Munif Ahmad / Ito Lara)

  Kekasih Yang Di Rindu Nazrey Johani
     (2007, Abiefanisya / Osman)

  Selawat Dan Salam Al Jawaher
     (1981, Amir Abd Karim
)

  Kasih Padamu Hafiz Hamidun
     (2015, Hafiz Hamidun / Fedtri Yahya)

  Dia Muhammad Inteam
     (2009, Frizdan)

  Ya Muhammad Opick
     (2014, Opick)

  Balada Selawat Raihan
     (1997, Copyright Control / Farihin Abd Fattah)

  Habibi Hidayah
  
   (1978, Copyright Control)

  You Came To Me Sami Yusuf featuring Siti Nurhaliza
     (2012, Sami Yusuf / Yasin Sulaiman)

  Lawkana Bainana Hafiz Hamidun
  
 
(2011, Copyright Control)

  Junjungan Mulia Al Mizan
 
   (1978, S Atan / Kamalihudi / Amir Mohd Karim)

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)