Uji Rashid atau Fuziah Haroun Al Rashid pernah menempa zaman kegemilangannya yang tersendiri sebagai penyanyi dan pelakon pada tahun 1970-an. Pada tahun-tahun 70an, Uji Rashid pernah menyertai pertandingan Bintang RTM tetapi gagal peringkat akhir tetapi nasib menyebelahinya kerana selepas pertandingan ini Ahmad Nawab yang berkerja dengan syarikat rakaman EMI ketika itu berminat dengan bakatnya lalu memperkenalkannya melalui EP TANGISAN SEMALAM (1975) yang mengandungi 4 lagu termasuk hit 'Ku Ingin Selalu Di Sampingmu' (nyanyian asal Normala Urip) dan 'Tangisan Semalam'. Dalam bidang rakaman suara, sebagai pendatang baru, Uji mencipta nama dalam masa yang singkat dan mungkin juga kerana tuahnya yang telah diperkenalkan terlebih dahulu oleh pengarah Jamil Sulong dalam filem PERMINTAAN TERAKHIR (awal 1975) yang telah mendapat sambutan menjadi laluan mudah untuk Uji diterima sebagai penyanyi rakaman. Bersama EMI Uji Rashid menghasilkan 3 EP, TANGISAN SEMALAM (1975), SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG (1976) dan OST MENANTI HARI ESOK (1977); 2 LP, KU KEKOSONGAN (1976) dan KALI TERAKHIR KU LIHAT WAJAHMU (1977); 2 LP duet bersama pasangan idealnya, Hail Amir, ANTARA MATAMU DAN MATAKU (1976) dan HUJAN (1977); dan sebuah album raya BERGEMBIRA DI HARI RAYA (1977) gabungan bersama 3 lagi artis hebat EMI - Sharifah Aini, DJ Dave & Hail Amir. Kesemua album Uji Rashid diterbitkan oleh komposer Ahmad Nawab. Uji Rashid cukup bertuah kerana peminat menerima bakatnya bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi juga sebagai pelakon. Selepas PERMINTAAN TERAKHIR, Uji Rashid pernah muncul dalam filem JIWA REMAJA (1975), DENDANG PERANTAU (1979) dan LANGIT TIDAK SELALU CERAH (1981), Tahun 1975-1979 memang menjadi tahun-tahun kegemilangan Uji Rashid. Bagaimanpun pada tahun 1980, Uji Rashid membuat kejutan apabila memilih untuk berhijrah ke sebuah syarikat rakaman baru antarabangsa yang baru bertapak, WEA (kini Warner Music) mengikut jejak komposer terkenal Ahmad Nawab yang telah menerima tawaran WEA untuk menjadi penerbit album artis-artis terawal naungan WEA seperti Broery Marantika, Latiff Ibrahim dan pendatang baru, Jamal Abdillah dan Khadijah Ibrahim. Ketika menjadi artis rakaman WEA, Ahmad Nawab telah menghasilkan 2 LP solo Uji Rashid, MENGAPA DERITA YANG DICARI (1980), MENGAPA BERJAUHAN (1981); album duet bersama Hail Amir, KU KEJAR BAYANGANMU (1980) dan abum raya pelbagai artis AIDILFITRI BERMAAF MAAFAN (1980). Bagaimanapun kehebatan Uji Rashid sebagai artis rakaman WEA tidak dapat menandingi album-album yang pernah dihasilkannya bersama EMI. Malah kebanyakan lagu malar segarnya yang masih diIngati sehingga kini adalah lagu-lagu dari produk EMI, antaranya 'Semakin Hari Semakin Sayang', 'Ku Kekosongan', 'Ku Ingin Selalu Di Sampingmu', 'Kau Milik Hatiku', 'Tangisan Semalam', 'Kembalilah', 'Untuk Dia Tersayang', 'Mengapa Di Rindu', 'Hendak Ku Tanya Terasa Malu' dan 'Namamu Terukir Di Hatiku' yang pernah menjadi juara 13 minggu berturut-turut dalam carta LPMI, Lagu Popular Minggu Ini di Singapura.
Selepas kontrak bersama WEA tamat, Uji
Rashid muncul di
bawah
label syarikat rakaman CBS (kini dikenali Sony Music) dan menghasilkan album MERPATI
(1983, penerbit Iskandar Mirza Ismail), dan Soundwaves, BISIKAN HATI (1988, penerbit Ruslan Imam).
Dekad 1990an, Uji Rashid kembali bersama EMI dan komposer Ahmad Nawab untuk
penerbitan album projek khas. MELAYU KLASIK (1995, duet bersama Hail Amir) dan sebuah lagi
album solo Uji Rashid, BUKAN TERPAKSA (penghujung 1999, penerbit Eddie
Marzuki). Selepas itu Uji Rashid hanya
muncul menerusi single 'Cintaku Cintamu' (2007), lagu rakaman asal Sharifah Aini. Uji
Rashid merakam semula lagu ini untuk mengimbau nostalgia lakonannya dalam filem
PERMINTAAN TERAKHIR yang ketika itu menggunakan vokal Sharifah Aini untuk satu
adegan nyanyian.
Dalam
|
|||
P laylist CD Pilihan:BUKAN TERPAKSA (1999) (dikemaskini 1 Julai 2021)
|
ABADI SELAMANYA Uji Rashid(Psychedelic Network, 2012)
|
||
Mini Box Set mengandungi 2 CD dari dua album studio duet Uji Rashid & Hail Amir ketika bersama syarikat EMI. Kedua-dua album ini cukup berjaya dan menjadikan Uji Rashid & Hail Amir sebagai pasangan duet yang ideal. Banyak lagu-lagu dari album ini menjadi popular sama ada ia merupakan lagu rakaman baru mahupun lagu lama klasik yang diberi nafas baru. Kedua-dua album ini ditangani oleh komposer tersohor Ahmad Nawab.
Untuk info track lagu, sila lihat CD berkenaan di bawah (senarai album disusun mengikut tahun asal sesuatu album itu diterbit atau diedar). |
|||
Mini Box Set mengandungi 2 CD dari dua album studio solo Uji Rashid ketika bersama syarikat EMI. Selain menjadi pasangan duet yang cukup ideal bersama Hail Amir, Uji Rashid juga dikenali sebagai penyanyi solo yang cukup berjaya. Bersama EMI Uji Rashid sempat merakamkan 3 EP (dua album solo dan sebuah album runut filem 'Menanti Hari Esok'), 2 LP solo dan 2 LP duet bersama Hail Amir. Kemudiannya Uji Rashid berhijrah ke syarikat Warner Music yang ketika itu dikenali sebagai WEA. Kedua-dua album ini diterbitkan oleh komposer tersohor Ahmad Nawab.
Untuk info track lagu, sila lihat CD berkenaan di bawah (senarai album disusun mengikut tahun asal sesuatu album itu diterbit atau diedar). |
|||
|
BIOGRAFI Uji Rashid (EMI & Warner, 2011) CD 1:
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
CD 2:
Berbanding album kompilasi Uji Rashid sebelumnya, BIOGRAFI agak istimewa apabila 6 track lagu daripada album solo Uji Rashid, MERPATI (1983, terbitan dan edaran CBS - kini Sony Music) dan 4 lagu daripada album BISIKAN HATI (1988, terbitan Soundwaves) digabungkan bersama lagu-lagu daripada album 'emas' ketika Uji Rashid bernaung di bawah EMI dan Warner Music. |
||
|
MEMORI HIT 2
Uji Rashid CD 1:
CD 2:
Album kompilasi yang menghimpunkan semua lagu daripada 2 album solo Uji Rashid (MENGAPA DERITA YANG DI CARI, 1980 & MENGAPA BERJAUHAN, 1981 dan sebuah album duet bersama pasangan idealnya, Hail Amir (KU KEJAR BAYANGANMU, 1980). Juga diselitkan lagu Uji Rashid & Hail Amir yang diambil daripada album hariraya AIDILFITRI BERMAAF MAAFAN (1980). Memiliki album ini bererti lengkaplah kesemua koleksi lagu Uji Rashid yang dirakam ketika menjadi artis syarikat antarabangsa Warner Music. |
||
|
MEMORI HIT
Uji Rashid CD 1:
CD 2:
|
||
|
BUKAN
TERPAKSA
Uji Rashid
|
||
|
CERITA ASMARAKU vol 2
Uji
Rashid & Hail Amir
|
||
|
CERITA ASMARAKU vol 1
Uji
Rashid & Hail Amir
|
||
|
UJI RASHID
19751977 vol
2
|
||
|
UJI RASHID
19751977 vol 1
|
||
MELAYU
KLASIK
Uji Rashid &
Hail Amir
|
|||
KENANGAN MENGUSIK JIWA
Uji Rashid
|
|||
ASMARA BERGELORA
Uji Rashid & Hail Amir
|
|||
KENANGAN MANIS
Uji Rashid
|
|||
HUJAN
Uji Rashid & Hail Amir
|
|||
KALI TERAKHIR KU LIHAT WAJAHMU Uji Rashid (EMI, 1977 / terbitan semula EMI & Warner, 2011)
Killer album ini mengandungi lagu malar segar 'Namamu Terukir Di Hatiku' ciptaan Ahmad Nawab yang pernah menjadi juara selama 13 minggu berturut di carta Lagu Lagu Popular radio Singapura. |
|||
ANTARA MATAMU DAN MATAKU
Uji Rashid
& Hail Amir
Kesemua lagu yang terkandung dalam album ini adalah lagu baru kecuali lagu 'Wajah Kesayangan Hamba' dan 'Kasih Dan Sayang' yang diambil dari EP sulung solo Hail Amir WAJAH KESAYANGAN HAMBA (1976). |
|||
KU KEKOSONGAN
Uji Rashid
Album KU KEKOSONGAN menghimpunkan semua lagu-lagu dari EP pertama dan kedua Uji Rashid iaitu 'Tangisan Semalam' (1975) dan 'Semakin Hari Semakin Sayang' (1976) dengan penambahan 4 lagu baru. |