BARAT 'd' TIMUR 4: Setangkai Tak Sebau

[Koleksi Lagu Inggeris (versi original) vs Versi Melayu]

(Pertama kali diperdengarkan 28 Jun 2025)

Playlist BARAT 'd' TIMUR 4: Setangkai Tak Sebau mendedikasikan muzik retro kepada penggemarnya.  Seleksi lagu yang dipilih adalah lagu-lagu Melayu yang pernah popular pada dekad 70an-80an yang asalnya adalah lagu-lagu Barat yang popular tetapi diterima oleh pendengar tempatan.  Tidak tahu mengapa syarikat rakaman ketika itu mengambil 'jalan mudah', menyelitkan lagu-lagu saduran (cover version) ke dalam album artis tempatan walhal perkembangan muzik tempatan ketika itu agak pesat.  Malah ada EP yang diterbitkan ketika itu kesemua trek lagunya adalah lagu saduran atau rakaman semula lagu-lagu lama tempatan.  Ia berlaku bukan untuk artis-artis baru tetapi juga artis ternama seperti DJ Dave, Sharifah Aini, Sarena Hashim, Anita Sarawak dan ramai lagi

(Era 70an, piringhitam diterbitkan dalam format EP (mengandungi 4 lagu, kadang-kadang 3 lagu) manakala LP (sekurang-kurangnya 12 buah lagu.)

Tetapi jika dikira dari sudut positif ternyata ia juga memberi 'warna'  terhadap perkembangan muzik ketika itu.  Selain lagu-lagu ciptaan tempatan, irama lagu-lagu Melayu menjadi pelbagai kerana bukan hanya lagu Inggeris telah di'Melayu'kan tetapi juga lagu-lagu Jepun, Hindi, Arab, Latin.  

Playlist BARAT 'd' TIMUR 4: Setangkai Tak Sebau menghimpunkan 15 buah lagi lagu Inggeris versi asal vs versi tempatan.  Berbanding dengan irama Jepun, pengaruh irama Barat memang tidak asing bagi penggemar muzik tempatan apatah lagi ia dipopularkan dan dinyanyikan oleh penyanyi tempatan yang ternama. 



Senarai lagu:

  Arabian Nights Will Smith
     (2019, Alan Menken / Howard Ashman / Tim Rice)

  Malam Arabia Vince
     (2019, lirik hakcipta terpelihara)

  Tears Never Dry Stephen Simmonds featuring Lisa Nilsson  
     (1998, Stephen Simmonds)

  Jika Syurga Dan Neraka Tak Pernah Ada Chrisye & Ahmad Dhani 
     (2004, lirik Ahmad Dhani)

  I'll Go Where The Music Takes Me Tina Charles
     (1978, Biddu Appaiah)

  Ku Pergi Ke Mana Saja Kau Pergi Sharifah Aini
     (1979, lirik Sharifah Aini)

  Three Times A Lady Commodores
     (1978, Lionel Richie)

  Engkau Seri Bagai Pelangi Alleycats
     (1979, lirik M Nasir)

  Sealed With A Kiss Brian Hyland
     (1962, Peter Udell / Gary Geld)

  Rahsiamu Rahsiaku Ismail Haron & Anita Sarawak
     (1972, lirik Ismail Haron)

  Off The Wall Michael Jackson
     (1979, Rod Temperton)

  Ratu Dansa (Tarian Patung) Carefree
    (1980, lirik Haron Abdulmajid)

  Harmour Love Syreeta Wright
     (1975, Stevie Wonder)

  Setiap Masa Sarena Hashim
     (1975, lirik Sarena Hashim)

  Hotel California Eagles 
     (1976, Don Felder / Don Henley / Glenn Frey)

  Pacarku Safia Melati
     (1997, lirik Agus Sastro)

  You're My Everything Santa Esmeralda
     (1977, Jean Manuel de Scarano / Nicolas Skorsky / Le Roy Gomez)

  Kau Datang Bawa Cahaya Black Dog Bone
     (1978, lirik Black Dog Bone)

  Rhinestone Cowboy Glen Campbell
     (1975, Larry Weiss)

  Berkawan Seribu (Berkasih Biarlah Satu) Rahimah Rahim
     (1976, lirik Yusnor Es)

  Funky Town Lipps Inc
     (1979, Steven Greenberg)

  Nirwana Flybaits
     (1980, lirik J Wenas)

  Do It Again Steely Dan
     (1974, Donald Fagen / Walter Becker)

  Sandiwara Dunia Ismail Haron
     (1974, lirik Ismail Haron)

  You'll Be In My Heart Phil Collins
     (1999, Phil Collins)

  Kau Di Hatiku Zainal Abidin
     (1999, lirik Zainal Abidin)

  All That She Wants Ace Of Base
     (1992, Jonas 'Joker' Berggren / Ulf 'Buddha' Ekberg)

  Siapa Pilihanmu Adeq
     (1994, lirik Halim)

  I'm Gonna Follow You Pat Benatar
     (1978, Billy Steinberg)

  Seri Hari Raya Sweety Charity
     (1980, lirik S Milda)

 

Dengar lain-lain PLAYLIST yang temanya ada persamaan:

Dengar Playlist BARAT 'D' TIMUR: Setangkai Tak Sebau 1 (Koleksi Lagu Inggeris, Versi Original vs Versi Melayu)Dengar Playlist BARAT 'D' TIMUR: Setangkai Tak Sebau 2 (Koleksi Lagu Inggeris, Versi Original vs Versi Melayu)Dengar Playlist BARAT 'D' TIMUR: Setangkai Tak Sebau 3 (Koleksi Lagu Inggeris, Versi Original vs Versi Melayu)

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)