BARAT 'd' TIMUR 3: Setangkai Tak Sebau

[Koleksi Lagu Inggeris (versi original) vs Versi Melayu]

(Pertama kali diperdengarkan 18 Disember 2021)

Playlist BARAT 'd' TIMUR 3: Setangkai Tak Sebau mendedikasikan muzik retro kepada penggemarnya.  Seleksi lagu yang dipilih adalah lagu-lagu Melayu yang pernah popular pada dekad 70an-80an yang asalnya adalah lagu-lagu Barat yang popular tetapi diterima oleh pendengar tempatan.  Tidak tahu mengapa syarikat rakaman ketika itu mengambil 'jalan mudah', menyelitkan lagu-lagu saduran (cover version) ke dalam album artis tempatan walhal perkembangan muzik tempatan ketika itu agak pesat.  Malah ada EP yang diterbitkan ketika itu kesemua trek lagunya adalah lagu saduran atau rakaman semula lagu-lagu lama tempatan.  Ia berlaku bukan untuk artis-artis baru tetapi juga artis ternama seperti DJ Dave, Sharifah Aini, Sarena Hashim, Anita Sarawak dan ramai lagi

(Era 70an, piringhitam diterbitkan dalam format EP (mengandungi 4 lagu, kadang-kadang 3 lagu) manakala LP (sekurang-kurangnya 12 buah lagu.)

Tetapi jika dikira dari sudut positif ternyata ia juga memberi 'warna'  terhadap perkembangan muzik ketika itu.  Selain lagu-lagu ciptaan tempatan, irama lagu-lagu Melayu menjadi pelbagai kerana bukan hanya lagu Inggeris telah di'Melayu'kan tetapi juga lagu-lagu Jepun, Hindi, Arab, Latin.  

Playlist BARAT 'd' TIMUR 3: Setangkai Tak Sebau menghimpunkan 15 buah lagi lagu Inggeris versi asal vs versi tempatan.  Berbanding dengan irama Jepun, pengaruh irama Barat memang tidak asing bagi penggemar muzik tempatan apatah lagi ia dipopularkan dan dinyanyikan oleh penyanyi tempatan yang ternama.



Senarai lagu:

  Dragon Attack Queen
     (1980, Brian May)

  Si Naga Naga Carefree
     (1980, lirik Siti Zaleha Hashim)

  Let Me Get To Know You Paul Anka  
     (1973, Paul Anka)

  Biar Ku Kenalmu Hail Amir 
     (1976, lirik Lam)

  Lonely Disco Dancer Dee Dee Bridgewater
     (1980, Thom Bell / Joseph Jefferson / Richard Roebuck)

  Menanti Kasih Jamal Abdillah
     (1981, lirik Rahmat Zaki)

  Blue Bayou Linda Ronstadt
     (1977, Roy Orbison / Joe Melson)

  Tanpamu Aku Kesepian Rina Rahman
     (1979, lirik Haron Abdulmajid)

  I Said You Had A Beautiful Body Would You Hold It Against Me the Bellamy Brothers
     (1979, David Bellamy)

  Jika Kau Belum Berteman Gaya Zakry
     (1980, lirik Haron Abdulmajid)

  Double Vision Foreigner
     (1978, Lou Gramm / Mick Jones)

  Bayang Bayangku Sweet Charity
    (1979, lirik Adlim Es)

  This Masquerade George Benson
     (1976, Leon Russell)

  Kenangan Manis (Kini Tiada Lagi) Halil Chik
     (1978, lirik Ismail Ahmad
)

  There's A Kind Of Hush the Carpenters 
     (1976, Les Reed / Geoff Stephens)

  Pilihanku Sarena Hashim
     (1976, lirik Sarena Hashim)

  Devil Woman Cliff Richard
     (1976, Terry Britten / Christine Holmes)

  Kasanova DJ Dave
     (1977, lirik Suzanah Ahmad)

  Mrs Vandebilt Paul McCartney & Wings
     (1974, Paul McCartney & Lind McCartney)

  Datang Dan Pergi (Hey Ho) Rahimah Rahim
     (1975, lirik Norren Es)

  Fattie Bum Bum Carl Malcolm
     (1975, Carl Malcom)

  Kisah Kawanku Anita Sarawak
     (1976, lirik S Sudarmaji)

  This Is My Song Petula Clark
     (1967, Charlie Chaplin)

  Inilah Laguku Sharifah Aini
     (1978, lirik Sharifah Aini)

  On The Shelf Donnie & Marie Osmond
     (1978, Steve Voice / Peter Yellowstone)

  Aku Mengerti Black Dog Bone
     (1979, lirik Haron Abdulmajid)

  Still Loving You Scorpions
     (1984, Rudolph Schenker / Klaus Meine)

  Kau Pergi Tiada Pengganti Jatt
     (1984, lirik Haron Abdulmajid)

  Happy Anniversary Little River Band
     (1977, Beeb Birtles / David Briggs)

  Selamat Berbahagia Alleycats
     (1979, lirik M Nasir)

 

Dengar lain-lain PLAYLIST yang temanya ada persamaan:

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)