Playlist CD Pilihan:
(dikemaskini 1 September 2024)
|
|
NADA PESONA – Kembara(EMI & Universal Music, 2016) CD 1:
CD 2:
Nota: Seramai 10 artis telah dipilih untuk penerbitan CD NADA PESONA. Selain Kembara, artis-artis lain yang terpilih ialah Sharifah Aini, Sheila Majid, Sudirman, P Ramlee, Alleycats, Ella, Search, Anita Sarawak dan Rafeah Buang. |
|
KOLEKSI ORIGINAL 2
–
Kembara
|
|
|
KEMBARA
1981-1985
|
|
|
KOLEKSI 1
–
Kembara
|
|
|
LAGU LAGU DARI FILEM KEMBARA
SENIMAN JALANAN
Album runut bunyi LAGU LAGU DARI FILEM KEMBARA SENIMAN JALANAN menampilkan 4 lagu baru termasuk sebuah lagu instrumental dan selebihnya diambil dari album kumpulan Kembara sebelumnya. 'Rupa Tanpa Wajah' merupakan lagu asal kumpulan Search 'Jiwa Jiwa Luka' petikan dari album sulung mereka CINTA BUATAN MALAYSIA (1985) tetapi susunan muziknya telah diolah semula dengan lirik lagu yang berbeza. Kumpulan rock kegilaan ramai, Search juga tampil dengan sebuah lagu 'Balada Pemuzik Jalanan' petikan dari album sulung mereka. Semua lagu adalah ciptaan M Nasir kecuali 'Balada Pemuzik Jalanan' oleh Zainol Ali. Selain menjadi penyanyi runut album ini, M Nasir turut menjadi pelakon utama dan penulis skrip bagi filem yang diarahkan oleh Nasir Jani. Album ini juga merupakan album terakhir kumpulan Kembara (sebenarnya secara tidak rasmi inilah kemunculan solo M Nasir setelah berpisah dengan ahli Kembara yang lain kerana mencari haluan masing-masing) dan tiga tahun kemudian M Nasir muncul sebagai penyanyi solo yang berjaya dengan terbitnya album SOLO (1989). |
|
|
DUIT
–
Kembara
|
|
|
1404 HIJRAH
–
Kembara
Bertepatan dengan tajuk album, Kembara kini berwajah baru tetapi masih dengan pengasas yang sama, M Nasir. Pengunduran A Ali (A Ali menubuhkan kumpulan duo 'Pelangi' bersama John Goh) tidak mematahkan semangat M Nasir untuk meneruskan legasi Kembara. Kini Kembara dianggotai oleh Rahman Suri, Md Shah Othman, Sharum Basiron dan Zulkifli Mohamed. Mereka bukan sahaja bertindak sebagai pemuzik tetapi juga mampu menyanyi terutamanya Zulkfili Mohamed (lebih dikenali dengan nama Zoul) yang juga adik kepada M Nasir yang vokalnya cuba ditonjolkan dalam album ini selain M Nasir sebagai penyanyi utama. |
|
|
SENIMAN JALANAN
–
Kembara
Untuk album SENINAMAN JALANAN, Kembara masih diterajui oleh M Nasir & A Ali. Masih tiada pengganti untuk mengambil tempat Sahlan. Kembara masih bertahan dan mampu terus popular apabila lagu 'Cetak Rompak', 'Nusantara' dan lagu pop keroncong 'Keroncong Untuk Ana' menjadi hit. |
|
|
GENERASIKU
–
Kembara
Kumpulan Kembara dari 'trio' menjadi 'duo' apabila Sahlan mengundurkan diri untuk menjadi penyanyi solo. Walaupun hanya tinggal berdua, M Nasir & A Ali berjaya mengekalkan populariti Kembara apabila album ini menampilkan banyak lagu hits seperti 'Gerhana', 'Kiambang', 'Kolar Biru', 'Di Perhentian Puduraya' dan 'Empat Penjuru'. |
|
|
PERJUANGAN
–
Kembara
|
|
|
KEMBARA
M Nasir merupakan pengasas trio Kembara. Pada awalnya Kembara dianggotai oleh M Nasir, A Ali dan Sahlan. Album pertama mereka diterbitkan pada tahun 1981 dan agak memeranjatkan konsep nusantara dengan memperkenalkan lagu-lagu rakyat bertemakan kehidupan dan kemanusian diterima oleh anak muda zaman tersebut kerana bukan mudah konsep muzik sebegini diterima khalayak. M Nasir terus mempertahankan Kembara apabila A Ali dan Sahlan berundur dengan menampilkan 4 anggota baru, Rahman Suri, Md Shah Othman, Sharum Basiron & Zulkifli Mohamed dan lahirlah album kelima mereka 1404 HIJRAH. Album terakhir mereka ialah LAGU LAGU DARI FILEM KEMBARA SENIMAN JALANAN (1986). M Nasir telah muncul sebagai penyanyi solo yang cukup berjaya apabila album solo keduanya SOLO (1989) telah membawa banyak kejayaan besar kepadanya. Sebagaimana kita ketahui M Nasir merupakan tokoh seni yang disegani dan digelar sebagai 'sifu' kerana kehebatannya bukan saja sebagai penyanyi tetapi juga pencipta, penggubah lagu, penulis lirik dan penerbit album. |