Saya sedang berusaha untuk menambah playlist Sharifah Aini dalam beberapa kategori / tema yang berlainan. Sementara menunggu playlist terbaru, sila nikmati playlist Sharifah Aini 'Seraut Wajah Semerdu Suara' yang sedia ada. Semoga terhibur. (Kesemua playlist hanyalah untuk di 'streaming' sahaja.) |
TANPAMU KU SEPI: PUJAAN BALADA 4 DEKAD vol 2 (Seleksi Emas Lagu-Lagu Cinta Syahdu Sharifah Aini) (Pertama kali diperdengarkan 1 September 2011) |
|
Playlist TANPAMU KU SEPI: PUJAAN BALADA 4 DEKAD vol 2 adalah kesinambungan playlist Kesyahduan Cinta yang pernah diperdengarkan sebelumnya. Kembali mengimbau lagu-lagu cinta Sharifah Aini yang pernah mendapat tempat di persada muzik tanahair (1970 hingga terkini). Tiada apa yang perlu dikomentarkan kerana lagu-lagu pop balada yang disulami lirik cinta syahdu memang menjadi santapan wajib Sharifah Aini kepada peminat-peminatnya sama ada melalui persembahan eksklusif apatah lagi melalui rakaman album studio. Albumnya mungkin terasa kurang 'rencah'nya tanpa lagu sebegini, apatah lagi ketika itu beliau pernah digelar sebagai Ratu Lagu-Lagu Cinta. |
|
Dengar lain-lain PLAYLIST koleksi lagu lagu cinta alunan vokal syahdu Sharifah Aini: (semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara. Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya. Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original) |