Playlist Seraut Wajah Semerdu Suara

Saya sedang berusaha untuk menambah playlist Sharifah Aini dalam beberapa kategori / tema yang berlainan.  Sementara menunggu playlist terbaru, sila nikmati playlist Sharifah Aini 'Seraut Wajah Semerdu Suara' yang sedia ada.  Semoga terhibur.

(Kesemua playlist hanyalah untuk di 'streaming' sahaja.)

Dengar Playlist Lagu Pelbagai Genre & Tema Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Lagu Sharifah Aini Hasil Nukilan Karyawan MalaysiaDengar Playlist Lagu Cover Version Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Terbaik Persembahan 3 Biduanita Tersohor Negara, Sharifah Aini, Saloma & Siti NurhalizaDengar Playlist Lagu Balada 4 Dekad Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Raya & Santapan Rohani Persembahan Vokal Merdu Sharifah AiniDengar Playlist Lagu Yang Liriknya Nukilan Sharifah AiniPlaylist IRAMA DARI SEBERANG (Sharifah Aini)

VERSATILE: PUJAAN KLASIK 4 DEKAD

(Seleksi 16 Lagu Lagu Terbaik Irama Malaysia)

(Pertama kali diperdengarkan 3 Februari 2008)

Playlist VERSATILE: PUJAAN KLASIK 4 DEKAD menghimpun 16 lagu-lagu klasik Sharifah Aini yang bertunjangkan irama Melayu.  Dengarkan 'permainan', transformasi dan kematangan vokal Sharifah Aini selama 4 dekad dalam mewarnai pelbagai rentak irama Melayu; lagu-lagu Melayu asli, deli, langgam, ghazal, gambus, zapin, keroncong, dondang sayang dan etnik kontemporari.

Mungkin ke'versatile' inilah yang menjadikan salah satu sebab beliau masih gah dalam industri muzik hari ini.  Bukan bias tetapi setakat ini saya mendapati hanya Sharifah Aini yang mampu dan berjaya membawa 3 buah lagu klasik yang cukup hebat penciptaannya - Bunga Tanjung (ciptaan Ahmad Jaffar), Burung Pungguk (Omar Bagushir) dan Teratai (Lili Suhairy).  Bukan calang-calang penyanyi yang mampu membawa lagu-lagu klasik sebegini kerana ia memerlukan kekuatan vokal dan tenaga dalaman yang mapan.  

Nikmatilah vokal merdu biduanita Sharifah Aini ...



Senarai lagu:

  Kalam Jauhari
      (2003, Bong / Azam Dungun)

  Bunga Tanjung (versi Saloma)
    
 (1977, Ahmad Jaffar)

  Bunga Tanjung (versi Eddy Sillitonga)
     
(1994, Tradisional)

  Empat Dara  
     
(2000, Atan Penambang / Ahmad Jusoh)

  Patah Hati
     
(1974, Tradisional)

  Seroja
     
(1983, S Effendy)

  Bunga Melor
      (1983, P Ramlee)

  Jauh Di Mata
      (1979, S Effendy)

  Di Pinggir Kayangan
      (1994, Raja Kobat)

  Burung Pungguk
      (
1978, Sheikh Omar Bagushir)

  Gambus Palembang
      (1979, Tradisional / Hamzah Dolmat)

  Dondang Sayang
      (1975, Tradisional / Zainal Abas
)

  Teratai

      (1980, Lili Suhairy)      

  Sri Mersing
      (1976, Tradisional)

  Tidurlah Intan
      (1978, Copyright Control)    

  Takkan Melayu Hilang Di Dunia (versi rakaman semula)
      (1999, KRU)

Dengar lain-lain PLAYLIST koleksi lagu lagu Tradisional @ Irama Malaysia
alunan vokal versatile Sharifah Aini:

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)