Happy New Year 2025

       

DISKOGRAFI Page 4-7 menyenaraikan album dan info ringkas album solo, kompilasi, rilisan semula Sharifah Aini yang diterbitkan dalam format CD secara kronologi bermula pada tahun 1990 dengan penerbitan semula, ALBUM MELAYU DELI sehingga yang terakhir, PILIHAN SENTIMENTAL EMAS

Kesemua CD Sharifah Aini yang dipaparkan adalah koleksi milik peribadi saya.

ALBUM MELAYU DELI vol I - Various Artist (1982)

Code CD: CD-EMGS 5588

ALBUM MELAYU DELI vol I Sharifah Aini, Sudirman, Zaleha Hamid & Herman Tino

(EMI, 1990, terbitan asal 1982)

  Gunung Banang (Sharifah Aini)

  Laksamana Mati Dibunuh (Zaleha Hamid)

  Kuala Deli (Sudirman)

  Makan Sirih (Herman Tino)

  Mak Inang Kampung (Zaleha Hamid & Sudirman)

  Pancaran Senja (Zaleha Hamid)

  Seri Serawak (Sudirman)

  Serampang Laut (Sharifah Aini & Herman Tino)

  Batu Belah (Sharifah Aini)

  Yale Yale (Herman Tino)

Projek istimewa penerbitan album bergenre irama Tradisional dan Melayu Deli oleh EMI dalam usaha memelihara dan memartabatkan khazanah seni pusaka bangsa amatlah dihargai.  Album yang ditangani sepenuhnya oleh komposer tersohor S Atan dan gabungan kelunakan vokal 3 artis ternama EMI, Sharifah Aini, Sudirman, Zaleha Hamid dan bintang baru Herman Tino telah mengangkat album Deli sebagai produksi yang terbaik, laris di pasaran, malah lagu-lagunya cukup segar untuk dinikmati sepanjang zaman.  Untuk format CD, ALBUM MELAYU DELI I & II telah dirilis serentak tetapi kulit album ALBUM MELAYU DELI I telah ditukar dan serupa dengan ALBUM MELAYU DELI II (format LP).  Yang membezakannya hanya pada warna dan penambahan tajuk 'Koleksi Klasik'.

Sila lihat format asal, piringhitam ALBUM MELAYU DELI I.

ALBUM MELAYU DELI vol II - Various Artist (1983)

Code CD: CD-EMGS 5600

ALBUM MELAYU DELI vol II Sharifah Aini, Sudirman, Zaleha Hamid & Herman Tino

(EMI, 1990, terbitan asal 1983)

  Cik Minah Sayang (Sharifah Aini & Herman Tino)

  Musalmah Manis (Zaleha Hamid)

  Seri Banang (Herman Tino)

  Seri Langkat (Zaleha Hamid & Sudirman)

  Bunga Melor (Sharifah Aini)

  Damak Sayang (Sudirman)

  Jalak Lenteng (Sharifah Aini)

  Joget Burung Merpati (Zaleha Hamid & Herman Tino)

  Patah Hati (Sudirman)

  Timang Banjar (Herman Tino)

  Mak Inang Melayu (Sharifah Aini & Sudirman)

  Bentan Telani (Zaleha Hamid)

ALBUM MELAYU DELI II adalah kesinambunagan dari ALBUM MELAYU DELI yang pertama.  Penerimaan khalayak terhadap album sebelumnya membuatkan EMI tidak ragu-ragu menerbitkan siri album seterusnya dengan mengekalkan team utama produksi asal, S Atan dan gabungan 4 artis ternama EMI, Sharifah Aini, Sudirman, Zaleha Hamid & Herman Tino.  Hasilnya produksi album ini lebih baik daripada yang pertama.  Untuk format CD kedua-dua album Melayu Deli vol I & II diedarkan serentak.

Sila lihat format asal, piringhitam ALBUM MELAYU DELI II.

KENANGAN MANIS I - SHARIFAH AINI (1991)

Code CD: CD-FH 30073

KENANGAN MANIS I

(EMI, 1991)

  Seri Dewi Malam (versi 1981)

  Mawar Putih Untuk Mama

  Putus Kasih

  Burung Pungguk

  Kekasih Pujaan

  Malam

  Cahayamu Cahayaku

  Keresahan

  Kau Racun Hidupku

  Hatiku Melekat Di Hatimu

  Impian

  Semuanya Kerana Hadirmu

  Bayangan

  Hiburkanlah Hatiku

Album kompilasi ini merupakan album solo pertama Sharifah Aini yang diterbitkan dalam format CD.  Ramai tidak menyedari tentang kehadiran album ini di pasaran apatah lagi cetakannya juga terhad dan pengeluaran album Melayu dalam bentuk CD memang agak asing ketika itu.

LELA MANJA - SHARIFAH AINI & HAMZAH DOLMAT (1991)

Code CD: CD-FH 30109

LELA MANJA Sharifah Aini & Hamah Dolmat
(EMI, 1991, terbitan asal 1979)

  Lela Manja

  Ratapan Kamarulzaman

  Serampang Laut

  Pasir Roboh

  Sri Tambak

  Sri Sarawak

  Dodoi Si Dodoi

  Mega Mendung

  Bentan Telani

  Gambus Palembang

  Damak Ku Sayang

  Patah Hati

  Halimum Malam

  Timang Banjar (nyanyian solo, Kamariah Nor dengan iringan Hamzah Dolmat Orchestra, 1971)

Ia merupakan produksi edaran semula album LELA MANJA (1979) yang buat pertama kali diterbitkan dalam format CD dengan penambahan 2 lagu bonus 'Patah Hati' & 'Halimun Malam' nyanyian Sharifah Aini yang diambil daripada album ASLIRAMA (1973).  Sedikit kecacatan terhadap album ini apabila lagu Kamariah Nor 'Timang Banjar' (1971) diselitkan sedangkan kita tahu ini adalah album solo Sharifah Aini ataupun mungkin kerana faktor lagu 'Timang Banjar' juga diringi oleh Hamzah Dolmat Orchestra pimpinan Hamzah Dolmat yang juga abang kepada Kamariah Nor.

Sila lihat format asal, piringhitam LELA MANJA.

KENANGAN MANIS vol 1 - SHARIFAH AINI (1992)

Code CD: 00777-7433912-4

KENANGAN MANIS vol I
(EMI, 1992, terbitan asal 1991)

  Seri Dewi Malam (versi 1981)

  Mawar Putih Untuk Mama

  Putus Kasih

  Burung Pungguk

  Kekasih Pujaan

  Malam

  Cahayamu Cahayaku

  Keresahan

  Kau Racun Hidupku

  Hatiku Melekat Di Hatimu

  Impian

  Semuanya Kerana Hadirmu

  Bayangan

  Hiburkanlah Hatiku

Album kompilasi terbitan 1991 'KENANGAN MANIS I', diedarkan semula dengan pakej baru dan diedarkan serentak dengan sebuah lagi CD KENANGAN MANIS vol II yang menyenaraikan sebahagian lagi lagu hit Sharifah Aini.

KENANGAN MANIS vol II - SHARIFAH AINI (1992)

Code CD: 00777-7433912-5

KENANGAN MANIS vol II
(EMI, 1992)

  Terbang Helang

  Fatwa Pujangga

  Kau Datang (menampilkan Ignatius 'Sweet September')

  Ingatan Manis Di Bulan September

  Hapuslah Airmatamu (versi Broery Marantika)

  Pengorbanan

  Usah Kau Pergi Lagi

  Dondang Sayang

  Bangkitnya Seorang Kekasih

  Terkenang

  Tidurlah Intan

  Oh Di Mana

  Kau Tinggi Di Awan Biru

  Sri Mersing

Album kompilasi solo Sharifah Aini yang menampilkan banyak lagu hit telah diedarkan serentak dengan album KENANGAN MANIS vol I.  Kulit album kedua-dua CD ini adalah serupa dan perbezaanya hanya pada warna.

KOLEKSI KLASIK - SHARIFAH AINI (1993)

Code CD: 00777-7784342-0

KOLEKSI KLASIK
(EMI, 1993)

  Bunga Tanjung

  Kasihnya Ibu

  Bunga Melor

  Dondang Sayang

  Kenang Daku Dalam Doamu

  Seroja

  Keresahan

  Hiburkanlah Hatiku

  Fatwa Pujangga

  Sri Kedah / Sri Siantan

  Jauh Di Mata

  Airmata Kasih

  Halimun Malam

  Sri Mersing

Album koleksi pertama Sharifah Aini yang menghimpunkan pelbagai genre irama tradisional yang mengangkat Sharifah Aini sebagai pelatun lagu tradisional yang versatile lagi disegani.  Album koleksi klasik ini kekal sebagai salah sebuah album terlaris.

SHARIFAH AINI (1994)

Code CD: 07243-8305642-2

SHARIFAH AINI
(EMI, 1994)

  Rindu Menghiasi Kamar Cinta

    (Ahmad Nawab / Juwie)

  Di Pinggir Kayangan

    (Raja Kobat)

    Versi asal nyanyian Normah Kadir

  Menaruh Harapan

    (A Ali / Habsah Hassan)

    Versi asal nyanyian Zaiton Sameon

  Bunga Tanjung

    (Tradisional)

    Versi asal nyanyian Eddy Silitongga

  Akhirnya Jadi Cinta

    (S Atan / Seri Bayu)

  Berakhir Satu Kelukaan

    (Ahmad Nawab / S Amin Shahab)

  Bunga Tanjung (versi Orkestra)

    (Ahmad Jaffar)

    Versi asal nyanyian Rubiah tetapi dipopularkan semula oleh Saloma

  Membalas Cinta

    (Ahmad Nawab / Juwie)

  Duka Di Ambang Ria

    (Raja Kobat)

  Bersama Rindu Ini

    (A Ali / Seri Bayu)

Setelah 4 tahun tidak merakam sebarang album, Sharifah Aini muncul kembali dengan album studio terbaru yang menggunakan namanya sahaja sebagai tajuk album.  Album ini juga menyaksikan Sharifah Aini berkolaborasi semula dengan komposer tersohor Ahmad Nawab melalui lagu hit 'Rindu Menghiasi Kamar Cinta'.  Kali terakhir mereka bekerjasama adalah untuk album INILAH LAGUKU II (1978).  Turut serta sebagai penerbit ialah S Atan & Fauzi Marzuki.  Bagaimanapun terdapat sedikit kekurangan pada album ini kerana pemilihan lagu-lagunya yang kurang sesuai dengan vokal Sharifah Aini malah lagu 'Bunga Tanjung' yang pernah Sharifah Aini rakamkan pada tahun 1977 kurang menjadi walaupun diperbaharui dengan sentuhan orkestra.  Malah lebih malang apabila terdapat kesilapan terhadap lirik lagu yang disampaikan.  Mujurlah ada beberapa lagu menjadi penyelamat seperti 'Rindu Menghiasi Kamar Cinta' dan dua lagu gubahan semula irama keMelayuan yang begitu indah dan asyik bila dilagukan oleh Sharifah Aini, 'Di Pinggir Kayangan' (ghazal) dan 'Bunga Tanjung' (tradisional), versi Eddy Sillitonga.

SERAUT WAJAH SEMERDU SUARA - SHARIFAH AINI BERSAMA ORKESTRA KUALA LUMPUR (1995)

Code CD: 7243-8371402-5

SERAUT WAJAH SEMERDU SUARA
(EMI, 1995)

  Seksa

    (Saari Amri)

    Versi asal nyanyian Slam

  Tak Mungkin Berpaling

    (Saari Amri / Azam Dungun)

    Versi asal nyanyian Slam

  Hapuslah Airmatamu

    (A Riyanto)

    Versi asal nyanyian Broery Marantika

  Kau Pergi Tanpa Pesan

    (Ellya M Harris)

    Versi asal nyanyian Ellya M Harris

  Rindu

    (Amat Fadak)

    Versi nyanyian Rhoma Irama

  Medley Nostalgia: Seri Dewi Malam / Kini Hatiku Telah Tertawan / Dari Masa Hingga Masa / Kekasih Pujaan / Kasihnya Ibu / Pertemuan / Janji

    (Osman Ahmad / Johar Bahar / P Ramlee & S Sudarmaji / Sharifuddin Majid & Wan Ahmad Kamal / P Ramlee & Jamil Sulong / Bambang S / Ellya M Harris)

  Medley Deli - Sayang Musalmah & Gunung Banang

    (Tradisional)

  Burung Pungguk

    (Sheikh Omar Bagushir)

    Versi asal nyanyian Saloma

  Teratai

    (Lily Suhairy)

    Versi asal nyanyian Rubiah

  Wau Bulan (persembahan orkestra Kuala Lumpur)

    (Tradisional)

SERAUT WAJAH SEMERDU SUARA, satu-satunya album rakaman live Sharifah Aini yang pernah diterbitkan dalam format CD audio.  Album ini telah dirakam secara langsung bersempena KONSERT SHARIFAH AINI bersama ORKESTRA KUALA LUMPUR pada 17, 18 & 19 November 1995 di Auditorium, DBKL.  Konsert ini juga berupa satu penghormatan 'tribute' buat BIDUANITA SHARIFAH AINI yang telah mewarnai industri muzik hampir 30 tahun.  Konsert tiga malam berturut-turut ini mendapat sambutan peminat dan buktinya persembahan Sharifah Aini 'sold out'.  Ia juga sebagai isyarat Sharifah Aini masih mempunyai aura dan berpengaruh.  Album ini juga laris dan telah menerima anugerah platinum kerana terjual melebihi 100,000 unit.  Album yang diterbitkan oleh Johari Salleh turut menampilkan 2 lagu rakaman studio sebagai bonus.  Kedua-dua lagu rakaman semula itu diterbitkan oleh S Atan, 'Seksa' (nyanyian asal Ukay's) dan 'Tak Mungkin Berpaling' (nyanyian asal Slam).  'Seksa' yang digubah dalam lenggok keMelayuan bertambah indah dengan persembahan vokal sakti Sharifah Aini yang berkarakter, langsung mengangkat semula lagu ini untuk hit walaupun jarak popular dengan lagu asal tidak sampai setahun.

SELAMANYA - SHARIFAH AINI (1996)

Code CD: 7243-8383662-8

SELAMANYA
(EMI, 1996)

  Kuntum Kuntum Kasih

    (Idzahar / Azam Dungun)

  Hatiku Sudah Patah

    (Saari Amri)

  Kepastian Cinta

    (Saari Amri / Azam Dungun)

    Versi asal nyanyian Zaiton Sameon

  Gerimis Mengundang

    (Saari Amri)

    Versi asal nyanyian Slam

  Sampai Hati

    (M Nasir / Juwie)

    Versi asal nyanyian Spring

  Dalam Gerimis

    (Adnan Abu Hassan / Amran Omar)

    Versi asal nyanyian Visa

  Selamalamanya

    (Saari Amri / Fitri Amri)

  Sebelum Rindu Tercalar

    (Awang BPR / Azam Dungun)

  Suratan Atau Kebetulan

    (Kenny Tay / Habsah Hassan)

    Versi asal nyanyian Kenny, Remy & Martin

  Kenangan Lalu

    (M Nasir)

    Versi asal nyanyian Flybaits

Formula penerbitan ke atas album ini berdasarkan sambutan hebat peminat Sharifah Aini ke atas lagu rakaman semula 'Seksa' dan 'Tak Mungkin Berpaling' dari album SERAUT WAJAH SEMERDU SUARASELAMANYA diterbitkan oleh dua penerbit terkenal, S Atan dan pencipta yang sedang meningkat naik ketika itu Saari Amri.  Saari Amri bertanggungjawab menerbitkan 5 lagu baru manakala S Atan menjadi penerbit dan penggubah ke atas 5 lagu rakaman semula nyanyian asal artis berkumpulan popular - Visa, Spring, Slam, Flybaits dan trio, Kenny, Remy & Martin.  Sharifah Aini merakam lagu-lagu artis berkumpulan dan bukannya lagu-lagu artis wanita kerana ia tidak mahu cara penyampaiannya akan diperdebatkan.  Amat menarik dan terbuai apabila 'Dalam Gerimis' disuntik dengan irama keMelayuan dan kelunakan vokal Sharifah Aini yang lembut menjadikan 'Dalam Gerimis' seolah-olah lagu baru yang menjadi 'milik' Sharifah Aini.

PILIHAN KLASIK AIDILFITRI - SHARIFAH AINI (1996)

Code CD: 7243-8533372-9

PILIHAN KLASIK AIDILFITRI
(EMI, 1996)

  Nostalgia Aidilfitri

    (Pak Ngah / Logha)

  Selamat Hari Raya

    (Ahmad Jaffar)

    Versi asal nyanyian Saloma

  Dendang Perantau

    (P Ramlee)

    Versi asal nyanyian P Ramlee

  Selamat Hari Raya

    (Kassim Masdor / Jins Shamsuddin)

    Versi asal nyanyian Fazedah Joned

  Aidilfitri

    (Zubir Said / Yusnor Ef)

    Versi asal nyanyian Nona Asiah tetapi rakaman semula versi Sanisah Huri lebih popular

  Selamat Hari Raya

    (P Ramlee / Jamil Sulong)

    Versi asal nyanyian Ahmad Jais

  Suara Takbir

    (P Ramlee)

    Versi asal nyanyian P Ramlee

  Selamat Hari Lebaran

    (M Jusuf)

    Versi asal nyanyian Oslan Husein

  Musafir Di Aidilfitri

    (Amir Kasmadi / Ismail HS)

    Versi asal nyanyian S Jibeng

  Balik Kampung

    (Sudirman)

    Versi asal nyanyian Sudirman

  Selamat Hari Raya (Medley 3 Dalam 1)

    (Ahmad Jaffar / Kassim Masdor & Jins Shamsuddin / P Ramlee & Jamil Sulong)

    Versi asal nyanyian Saloma / Fazedah Joned / Ahmad Jais

  Nostalgia Aidilfitri (Instrumental)

    (Pak Ngah)

  Suara Takbir (Instrumental)

    (P Ramlee)

  Musafir Di Aidilfitri (Instrumental)

    (Amir Kasmadi)

  Ungkapan Hari Raya Sharifah Aini

Projek album solo Raya Sharifah Aini yang pertama ini mendapat sentuhan komposer tersohor S Atan dengan merakamkan semula lagu-lagu raya klasik yang diberi sentuhan muzik terkini tanpa mengubah irama asalnya.  Bukan senang untuk menjadikan terbaik terhadap lagu-lagu raya yang sudah popular dan sinonim mesra ditelinga pendengar tetapi Sharifah Aini mampu melakukannya.  Penghayatan Sharifah terhadap dua lagu klasik 'Musafir Di Aidilfitri' dan 'Suara Takbir' memang kelas ... sayu lagi syahdu.  Sebagai pelengkap, dimuatkan sebuah lagu raya baru berentak zapin 'Nostalgia Aidilfitri' ciptaan pertama Pak Ngah (Suhaimi Mohd Zain) yang sangat menarik dan kini sudahpun tersenarai sebagai salah satu lagi lagu raya yang dilabel sebagai evergreen.

IRAMA CINTAKU - SHARIFAH AINI (1997)

Code CD: 00777-7433792-2

IRAMA CINTAKU

(EMI, 1997, terbitan asal 1975)

  Irama Cintaku

  Laguku Malam Ini

  Manis Manis (menampilkan A Kadir)

  Fatwa Pujangga

  Singgahlah Sayang

  Hapuslah Airmatamu

  Impian Tercapai

  Pujaan Hatiku

  Cemburu

  Kisah Yang Lalu

  Dondang Sayang

  Kepulangan Ayah (versi dari EP 'Manis Manis')

Sila lihat format asal, piringhitam IRAMA CINTAKU.

LAGU LAGU PUJAAN: KOLEKSI 10 TAHUN - SHARIFAH AINI (1997)

Code CD: 07243-8237512-8

LAGU LAGU PUJAAN: KOLEKSI 10 TAHUN

(EMI, 1997, terbitan asal 1980)

  Suara Hati

  Seri Dewi Malam

  Tiada Yang Kekal (Melainkan Allah)

  Kau Tinggi Di Awan Biru

  Impian Tercapai

  Percayalah

  Teratai

  Dondang Sayang

  Kisah Yang lalu

  Kekasih Pujaan

  Yang Mula Dan Akhir

Sila lihat format asal, piringhitam LAGU LAGU PUJAAN: KOLEKSI 10 TAHUN.

JUARA MIMPI - FOTOGRAF (1997)

Code CD: 07243-8533412-2

JUARA MIMPI Fotograf
(EMI, 1997)

  Nafas Kekasih

  Asmara Gerhana

  Panah Tak Bermata

  Aku Yang Kecewa

  Salam Buat Juwita

  Aku Menunggu Hari

  Dilena Namamu

  Terlena Dalam Jaga

  Mengejar Bayangan

  Di Alam Fana Cintamu (Shamrin menampilkan Sharifah Aini)

    (Fauzi Marzuki / Zurain)

    Versi asal nyanyian Fotograf

  Nafas Kekasih (versi piano)

  Asmara Gerhana (versi organ)

  Nafas Kekasih (karaoke)

  Asmara Gerhana (karaoke)

Sharifah Aini menjadi artis undangan khas kumpulan Fotograf untuk berduet dengan Shamrin menerusi lagu hit rakaman semula 'Di Alam Fana Cintamu'.  Sebenarnya lagu ini adalah lagu solo nyanyian Sharifah Aini yang tidak dimuatkan dalam projek asal album SELAMANYA (1996) tetapi pihak EMI telah mengubahsuai untuk dijadikan sebagai lagu duet bersama Shamrin untuk album JUARA MIMPI.  Pada awalnya Sharifah Aini tidak berpuashati dengan keadaan ini kerana beranggapan vokalnya untuk lagu tersebut tidak memuaskan.  Tetapi rasa tidak puashati ini berakhir apabila hasil kerja lagu tersebut mendapat pujian peminat dan media massa.

NOSTALGIA AIDILFITRI - SHARIFAH AINI (1997)

Code CD: 7243-8533372-9

NOSTALGIA AIDILFITRI
(EMI, 1997, terbitan asal 1996)

  Nostalgia Aidilfitri

  Selamat Hari Raya (oa Saloma)

  Dendang Perantau (oa P Ramlee)

  Selamat Hari Raya (oa Fazedah Joned)

  Aidilfitri (versi Sanisah Huri)

  Selamat Hari Raya (oa Ahmad Jais)

  Suara Takbir (oa P Ramlee)

  Selamat Hari Lebaran (oa Oslan Husein)

  Musafir Di Aidilfitri (oa S Jibeng)

  Balik Kampung (oa Sudirman)

  Selamat Hari Raya (Medley 3 Dalam 1) (oa Saloma / Fazedah Joned / Ahmad Jais)

  Nostalgia Aidilfitri (Instrumental)

  Suara Takbir (Instrumental)

  Musafir Di Aidilfitri (Instrumental)

  Ungkapan Hari Raya Sharifah Aini

EMI telah mengeluarkan edisi cetakan semula album raya solo pertama Sharifah Aini tetapi telah menukar tajuk asal PILIHAN KLASIK AIDILFITRI menjadi NOSTALGIA AIDILFITRI bertepatan dengan populariti mendadak lagu raya berentak zapin, 'Nostalgia Aidilfitri' yang begitu cepat mesra diterima khalayak.  Sunanan trek lagu masih seperti album asal, hanya warna kulit album yang dapat membezakan versi kedua-dua album ini.

Sila lihat format asal, CD PILIHAN KLASIK AIDILFITRI di atas.

YAYADAN - SHARIFAH AINI (1998)

Code CD: 7243-4954622-6

YAYADAN

(EMI, 1998)

  Yayadan

    (Pak Ngah / Hairul Anuar Harun)

  Permaidani

    (Imanzali / Yusri)

    Versi asal nyanyian Aris Ariwatan

  Fitrah Insani

    (A Ali / Siso)

  Kepulangan Dalam Iman

    (Yusri / Siso)

  Antara Dua Cinta

    (The Zikr / Pahrol Md Juoi)

    Versi asal nyanyian the Zikr

  Syukur

    (S Atan / Siso)

  Mengemis Kasih (bukannya 'Sketsa Kehidupan' seperti yang dicatat)

    (The Zikr / Nazri Johani)

    Versi asal nyanyian the Zikr

  Tiada Yang Kekal (Melainkan Allah) (versi baru)

    (S Atan / Haron Abdul Majid)

    Versi asal nyanyian Hidayah

  Sebuah Renungan

    (Raja Kobat)

  Selimut Putih / Keagungan Tuhan (medley)

    (Ahmad Bakqi / A Malik)

    Versi asal nyanyian Orkes El Suraya / D'Lloyd

Berbeza daripada album-album Sharifah Aini sebelum ini, album berkonsep nasyid pop, YAYADAN menggabungkan muzik Arab dan tradisional Melayu/Etnik.  Fokus liriknya lebih berunsur ketuhanan dan keinsanan.  Album ini diterbitkan oleh empat penerbit iaitu S Atan, Eddie Marzuki, Pak Ngah dan Ramli MS, justeru itu pengisian album ini agak berbeza daripada album Sharifah Aini sebelumnya terutamanya dari segi susunan muzik, pemilihan lagu dan lirik.  Terdapat kesilapan terhadap tajuk lagu 'Sketsa Kehidupan' yang sepatutnya ialah 'Mengemis Kasih'.  'Mengemis Kasih' dipopularkan oleh the Zikr sekitar awal tahun 90'an manakala 'Sketsa Kehidupan' adalah versi yang berbeza tetapi asalnya juga dipopularkan oleh the Zikr.

OST SILAT LEGENDA - Various Artist (1998)

Code CD: 7243-4955322-4

SILAT legenda (ost) Various Artist

(EMI, 1998)

  Fobia (KRU)

    (KRU)

  Ceritera (Zainal Abidin)

    (KRU / Zainal Abidin)

  Istimewa (Indigo)

    (KRU)

  Orait! (Amy Search)

    (KRU)

  Bawa Daku Pergi (Ning Baizura)

    (KRU)

  Silat Legenda: theme Song (KRU)

    (KRU)

  Aku (Ella)

    (KRU)

  Takkan Melayu Hilang Di Dunia (Sharifah Aini)

    (KRU)

  Lihatlah Dunia (Elite)

    (Fauzi Marzuki / Bob Rezal)

  Setia Bersama (Sheila Majid & KRU)

    (KRU)

DEWI SUKMA - UJI RASHID & SHARIFAH AINI (1998)

Code CD: 7243-4988872-2

DEWI SUKMA Sharifah Aini & Uji Rashid

(EMI, 1998)

  Surat Dari Seberang (Sharifah Aini)

  Kemesraan

  Pengorbanan (Sharifah Aini)

  Ku Ingin Selalu Di Sampingmu

  Dekatlah Padaku (Sharifah Aini)

  Semakin Hari Semakin Sayang

  Cemburu (Sharifah Aini)

  Untuk Dia Tersayang

  Bunga Tanjung (Sharifah Aini)

  Ku Kekosongan

  Oh Di Mana (Sharifah Aini)

  Namamu Terukir Di Hatiku

  Hapuslah Airmatamu (versi Broery Marantika) (Sharifah Aini)

  Kembalilah

  Kuda Ku Lari (Sharifah Aini)

  Berikanlah Kasih Sayang 

  Tiada Maaf Bagimu (Sharifah Aini)

  Kau Milik Hatiku

  Kau Tinggi Di Awan Biru (Sharifah Aini)

  Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu

Vokal Sharifah Aini yang bertenaga dan berkarakter, manakala vokal Uji Rashid yang lembut lagi manja kini digabungkan dalam satu album kompilasi yang menyenaraikan lagu hit mereka di zaman kemuncak.  Dua nama besar tahun 70an ini pernah bernaung sebumbung di bawah syarikat gergasi EMI dan menjadi rebutan pihak penganjur pentas ketika itu.

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA - SHARIFAH AINI (1999)

Code CD: 7243-5220882-1

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

(EMI, 1999)

  Takkan Melayu Hilang Di Dunia (versi baru)

    (KRU)

  Hiburkanlah Hatiku

  Di Pinggir Kayangan

  Bunga Tanjung (versi 1977)

  Patah Hati

  Fatwa Pujangga

  Seroja

  Burung Putih

  Tinggallah

  Keresahan

  Burung Pungguk (versi 1978)

  Kisah Yang Lalu

  Kenang Daku Dalam Doamu

  Jalak Lenteng

  Pujaan Hatiku

  Sri Mersing

  Airmata Kasih

  Teratai (versi live, 1995)

  Seri Dewi Malam (versi 1970)

Album kompilasi khas ini diterbitkan sempena meraikan ulangtahun Sharifah Aini ke-30nya bersama EMI.  Antara perancangannya EMI akan menerbitkan siri albumnya dengan tema berbeza-beza sebagai mengenang jasanya.  Buat permulaan album TAKKAN  MELAYU  HILANG DI DUNIA yang asasnya memperketengahkan genre muzik tradisional (kini dikenali Irama Malaysia), maka terkumpullah lagu-lagu Sharifah Aini yang berentak asli, zapin, ghazal, keroncong, Melayu deli, Melayu klasik, dangdut dan ala Hindustan.  Sebagai bonus lagu 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia' (asalnya dimuatkan dalam album runut bunyi SILAT LEGENDA dan diterbitkan oleh KRU) kini dirakam semula dengan susunan muzik baru oleh penggubah hebat Eddie Marzuki.

SERI DEWI - SHARIFAH AINI (1999)

Code CD: 7243-5233862-7

 

SERI DEWI

(EMI, 1999)

  Rindu Serindu Rindunya (lagu baru)

    (Eddie Hamid / Man Toba)

    Versi asal nyanyian Spoon

  Dekatlah Padaku

  Kau Tinggi Di Awan Biru

  Surat Dari Seberang

  Tiada Maaf Bagimu

  Terbang Helang

  Putus Kasih

  Kau Datang (menampilkan Ignatius 'Sweet September')

  Semuanya Kerana Hadirmu

  Usah Pergi Lagi

  Kirimkan Kasihmu (menampilkan Ignatius 'Sweet September')

  Aku Dan Malam

  Kau Racun Hidupku

  Sabarlah Sayang (menampilkan M Nasir)

  Jangan Tinggalkan Daku (Kesepian)

  Seksa

  Gerimis Mengundang

  Hatiku Sudah Patah

SERI DEWI, merupakan album kompilasi khas kedua yang diterbitkan sempena meraikan ulangtahun Sharifah Aini ke-30nya bersama EMI.  Jika album TAKKAN  MELAYU  HILANG DI DUNIA memperketengahkan genre muzik tradisional, manakala produk istimewa SERI DEWI menghimpunkan koleksi lagu-lagu pop terbaik Sharifah Aini yang menyimpan nostalgia tersendiri.  Album ini dimantapkan lagi dengan sebuah lagu rakaman semula ciptaan Eddie Hamid 'Rindu-Rindu Serindunya' (nyanyian asal kumpulan Spoon) yang digubah semula oleh Ramli MS dengan iringan muzik orkestra.