SUSAHNYA CARI PENGHIBUR SEJATI oleh Farihad Shalla Mahhmud (Berita Harian: Khamis, 6 Oktober 2011) |
Ada keluhan yang lahir dari bibir biduanita negara ini. Keluhan yang boleh dianggap sebagai penyakit dalam dunia hiburan hari ini. Bukan gejala cetak rompak ataupun masalah penyanyi kena 'kapur', tetapi luahan itu menggambarkan betapa sukarnya mencari seorang penghibur dalam erti kata yang sebenar. Sungguh menghairankan apabila Datuk Sharifah Aini meluahkan rasa kesalnya kerana beliau tidak bertemu penghibur yang dicari sedangkan hakikatnya dunia seni hari ini, khususnya nyanyian mengalamai sindrom lambakan penyanyi. Menurut Sharifah Aini yang lebih akrab disapa Kak Pah ini, sejak menjadi penganjur beberapa majlis amal, baru kini sedar bahawa kita sebenarnya tidak memiliki penyanyi bertaraf penghibur. "Setap kali mahu menganjurkan majlis amal dan mencari penyanyi, mesti Kak Pah mengalami masalah mencari mereka yang sesuai. Memang kita ada banyak penyanyi tapi untuk mencari yang mampu menyanyi dengan baik dan pada masa yang sama boleh berkomunikasi dengan penonton memang susah.
Majlis yang bakal di adakan di Hotel Royal Chulan, Jalan Conlay pada 17 Disember itu anjuran bersama Seri Dewi Production Sdn Bhd dan Lime Events Management. Tambahnya, apabila beliau agak teliti dalam memilih siapa penyanyi yang layak untuk bekerjasama dengannya dalam beberapa projek amal yang bakal dianjurkan, bukanlah bermakna cerewet. "Disebabkan ini adalah majlis amal, Kak Pah mahu mencari yang senang untuk berurusan dan tidak terlalu berkira. Sepanjang Kak Pah mengendalikan acara sebegini Kak Pah bertemu dengan pelbagai ragam manusia. "Tidak mahu pening kepala, Kak Pah lebih selesa berurusan dengan penyanyi yang bersikap profesional dalam kerjaya seni mereka," katanya. Dan alasan yang sama juga diberikan penyanyi ini apabila ditanya mengapa Dewi Yull dan Grace Simon yang menjadi pilihan untuk menjayakan majlis makan malam ini. Mereka memberikan reaksi yang cukup positif apabila diundang menjayakan majlis ini selain mempunyai ramai peminat di sini serta memiliki suara masih hebat. Sebelum ini pun kami pernah mengadakan persembahan bersama. Grace umpamanya pernah bersama-sama Kak Pah mengadakan persembahan di Indonesia, Thailand dan Filipina. Manakala Dewi Yull pula kami pernah menyanyi bersama ketika berkunjung ke negara ini suatu ketika dulu. Selain menyanyi solo untuk satu jam setengah, Kak Pah juga akan berduet dengan mereka," katanya yang cukup anggun mengenakan kurung moden dan tudung dari warna yang senada. Kak Pah turut menyifatkan dua penyanyi wanita ini sebagai penghibur sejati. Selesa Anjur Majlis Amal Sendiri Sepanjang empat dekad menyanyi, Kak Pah berkata, beliau sudah menjayakan lebih 3,000 persembahan amal. Selepas puas menjadi penyanyi undangan, beliau kini lebih selesa menganjurkan majlis sendiri walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran. "Paling menyeronokkan dan mencabar apabila Kak Pah dan teman perlu menulis surat kepada mana-mana syarikat korporat untuk membeli meja. Mengetuk satu pintu ke satu pintu mencari penaja. Itu semua satu pengalaman buat Kak Pah. Pun begitu ada juga cabaran lain yang terpaksa dihadapi apabila ada segelintir golongan yang tidak mahu menerima wang sumbangan daripada hasil nyanyian. Jadi Kak Pah akan cari juga mana-mana pihak yang sudi menerima wang sumbangan ini," katanya. Untuk menyaksikan persembahan ini tiket akan dijual dengan harga termasuk makan malam. Harga yang dikenakan adalah RM1,000, RM750, RM550 dan RM350 iaitu dalam bentuk jualan meja dan orang perseorangan. Segala keterangan lanjut berhubung acara ini bolehlah menghubungi Shameem di talian 019-2495277 ataupun no faksimili 03-79568557 ataupun emel limevent@gmail.com Artikel lain yang berkaitan:
|