KAK PAH JANJI PERSEMBAHAN MERUNTUN JIWA SEMPENA HARI IBU oleh Muhamad Fairoz Azizan (Berita Harian: Khamis, 1 March 2012) |
"KelaInannya adalah dari segi pemilihan lagu, yang lebih berkisar mengenai ibu, keluarga dan kasih sayang. Ia sebuah persembahan yang akan meruntun jiwa penonton dan lebih emosional. Pada malam itu nanti Kak Pah akan mempersembahkan 25 lagu," kata penyanyi terbabit. Menurut penyanyi Seri Dewi Malam ini, dia tidak suka menggunakan muzik minus one pada persembahannya kerana berasakan, penggunan muzik sebegitu seakan menipu penonton yang sanggup mengeluarkan sejumlah wang bagi menonotn pertunjukannya. Persembahan yang akan diadakan di Hotel Royale Chulan pada 12 Mei ini akan berlangsung selama tiga jam dengan alunan lagu malar segar seperti Kasihnya Ibu, Mama, Mawar Putih Mama, Impian Tercapai, Ibu, Citaku, Anak Dagang, Ku Pohon KeredhaanMu, Que Sera Sera, Air Mata Kasih dan Tiada Kata Secantik Bahasa. Sebahagian hasil jualan meja pula akan disalurkan kepada golongan fakir miskin di seluruh negara menerusi Islamic Aid Malaysia, selain disalurkan kepada sekolah tahfiz. "Kak Pah sendiri akan turun padang menghulurkan sumbangan kepada fakir miskin di kawasan pendalaman, yang kurang mendapat perhatian. Kak Pah sukakan kerja amal sebegini kerana ia membuatkan kita berasa puas dan rasa hidup lebih diberkati. Kak Pah suka berkongsi dengan orang yang memerlukan, malah Kak Pah sudah menyerahkan RM40,000 hasil persembahan pada Disember tahun lalu kepada tiga sekolah tahfiz," katanya. Artikel lain yang berkaitan:
|