Bermula menerusi album BELENGGU IRAMA (1987), kumpulan Wings mula menampakkan taringnya menerusi lagu hit mereka seperti 'Intan Ku Kesepian', 'Biarkan Berlalu' dan 'Belenggu Irama'. Selepas kejayaan album tersebut, sekali lagi M Nasir diberi kepercayaan untuk menerbitkan album terbaru Wings yang juga dianggap sebagai album terbaik yang pernah dihasilkan, HUKUM KARMA (1988). Album HUKUM KARMA sehingga kini masih dianggap oleh pencinta irama rock sebagai sebuah album yang diiktiraf sebagai 'killer album'. Dua lagu dari album HUKUM KARMA iaitu 'Taman Rashidah Utama' dan 'Misteri Mimpi Syakilla' telah layak ke peringkat akhir Juara Lagu, salah satu acara tahunan berprestij anjuran TV3. Menerusi 2 lagu tersebut, Wings memenangi tempat ke 2 dan ke 3 dalam kategori persembahan terbaik walaupun inilah kali pertama mereka melayakkan diri ke peringkat akhir Juara Lagu. Malah ramai yang berpendapat persembahan Wings pada malam itu jauh lebih baik daripada kumpulan Search yang memenangi tempat pertama dalam kategori yang sama menerusi lagu 'Isabella'. Hanya dengan dua album, Wings sudah mampu meletakkan nama mereka setaraf dengan band-band rock yang lain malah pernah mengatasi populariti kumpulan Search suatu masa dulu sebagai sebuah band rock nombor satu tanahair. Album TEORI DOMINO (1990) muncul dan terus mengukuhkan empayar Wings dalam persada dunia seni. Nama Wings semakin memuncak dan menjadi pujaan seluruh peminat rock tanahair dan dikenali sebagai 'Raja Ekspo'. Lagu yang menjadi sandaran mereka untuk album ini ialah 'Sejati' dan 'Potret Monalisa'. Malah 'Sejati' telah memenangi anugerah persembahan terbaik dan tempat ketiga dalam kategori lagu terbaik, Juara Lagu 1990 (TV3). Prestasi atau populariti Wings semakin baik dari sebuah album ke satu album yang lain dan menguasai kesemua persembahan pentas di seluruh negara apabila album JERANGKUNG DALAM ALMARI (1991) diedarkan. JERANGKUNG DALAM ALMARI meneruskan tradisi melalui lagu hit 'Aku Pun Tahu' dan 'Rock 'n' Roll Lu Punya Suka'.Selepas 4 album, akhirnya anggota Wings mengambil pendirian untuk menerbitkan sendiri album mereka. Maka lahirlah album BAZOOKA PENAKA (1993) yang mana penglibatan anggota Wings dalam penerbitan album lebih ketara. Bermula dari album itu jugalah, Wings memberi nafas baru dalam persada dunia 'rock' tanahair apabila meletakkan lagu berentak 'catchy' sebagai 'killer song'. Selepas lagu 'Midnight Blues' diharamkan untuk ke udara di radio, lagu 'Bernafas Dalam Lumpur' membuktikan mereka masih mampu untuk melahirkan sebuah lagi lagu 'catchy' yang dianggap sebagai perubahan dalam mencari citarasa pendengar yang sebelum itu terlalu taksub dengan irama 'slow rock' atau lebih dikenali 'balada'. Pada tahun pertama Anugerah Industri Muzik (AIM) 1993, album BAZOOKA PENAKA telah menerima pencalonan paling banyak dalam pelbagai anugerah tetapi hanya satu anugerah yang dimenangi oleh Wings iaitu Anugerah Rakaman Album Terbaik. Disebalik pelbagai pengiktirafan yang diterima kumpulan Wings, berlakulah sejarah hitam dalam genre muzik rock tempatan apabila Awie mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. Di saat Wings berada di takhta mereka kehilangan seorang anggota yang juga merupakan penyanyi dan nakhoda sesebuah kumpulan. Pun begitu sesuatu yang agak menakjubkan apabila kedua-dua pihak Wings dan Awie berjaya meletakkan nama mereka sebagai antara artis paling popular di negara ini. Walaupun bergerak sendirian, Awie terus diminati dengan menghasilkan banyak album solo dan menjadi nama besar dalam dunia lakonan apabila filem lakonannya seirng mendapat 'box-office' dan sekaligus meletakkan dirinya sebagai artis paling popular. Begitu juga Wings, walaupun sebelum itu ada pihak berpendapat kumpulan ini akan berkubur tetapi ia tidak menjadi realiti. Wings terus gah dengan penyanyi baru mereka, Mel menerusi album ORANG ASING (1995) dengan lagu hit 'Semalam Yang Hangat' dan 'Lena Diulit Intan'. Selepas Mel mengundurkan diri, Mus dari kumpulan May mengambil tempat. Wings terus bertahan dan masih mendapat sambutan hangat. Begitulah seterusnya menerusi album MENCARI ASAL USUL (1998) dan MR BARBARIK (2000). Walaupun peminat terus menyokong perjuangan Wings dan Awie tetapi mereka ingin juga kedua pihak ini bersatu semula. Akhirnya selepas lapan tahun menanti, harapan peminat tercapai apabila Awie dan Wings kembali bersama untuk album NAGA KRAMAT (2002). NAGA KRAMAT, judul yang cukup ampuh dan agresif bagi menggambarkan keteguhan pengaruh Wings di mata peminat walaupun penyanyinya silih berganti. Bagaimanapun selepas album ini Wings telah berehat panjang dalam dunia rakaman sehinggalah mereka muncul untuk album MENAKLUK KOSMOS (2014). Sesuatu yang menarik apabila album tersebut masih mengekalkan Awie sebagai penyanyi dan syarikat rakaman KRU Music Group sanggup membuat pelaburan besar untuk mengambil kumpulan rock legenda itu bernaung di bawah syarikat mereka. |
||
Playlist CD Pilihan:
(dikemaskini 1 April 2022 ) |
|
MENAKLUK KOSMOS – Wings (KRU Records / Sony, 2014)
Album terakhir mereka NAGA KRAMAT (tahun 2000) telah mengembalikan semula vokal asal mereka, Awie, walaupun sebelumnya telah memperkenalkan vokalis yang berlainan - Mus (kumpulan May) dan Mel, dan juga vokalis undangan Mael (XPDC). Setelah 12 tahun berlalu tanpa album baru, kini dengan mengekalkan vokal asal mereka, Awie, Wings kembali dengan album baru yang cukup hebat - sehebat tajuk album MENAKLUK KOSMOS. Kini, Wings dibawah label pengurusan syarikat yang berlainan, KRU Music. |
|
TERUNGGUL
–
Wings CD 1:
CD 2:
|
|
|
NAGA KRAMAT – Wings (Fly-Wings / BMG, 2002)
Selepas lapan tahun menanti, akhirnya impian peminat Wings untuk melihat gabungan semula Awie-Wings tercapai menerusi album NAGA KRAMAT . |
|
|
TRILOGI
–
Wings
'Trilogi' versi rakam terus 3 lagu dari album TEORI DOMINO 'Midnight Blues' kini dihadirkan sebagai trek tersendiri. |
|
|
MR BARBARIK –
Wings (Fly-Wings / BMG, 2000)
|
|
|
BEST OF
WINGS 2 (Fly-Wings / BMG, 1999)
|
|
|
MENCARI ASAL USUL
–
Wings (Fly-Wings / BMG, 1998)
|
|
|
MASTERPIECE
–
JS Kevin & Wings
Sebuah album yang menghimpunkan koleksi lagu terbaik kolaborasi JS Kevin dan Wings. Juga menampilkan lagu 'Biarkan Berlalu' (persembahan Ito 'Blues Gang') yang diambil dari album projek khas OPERA DALAM KENANGAN Part 2: Wings & Superfriends. 'Trilogi' versi rakam terus 3 lagu dari album TEORI DOMINO 'Potret Monalisa' kini dihadirkan sebagai trek tersendiri. |
|
|
PUISI AIDILFITRI
–
Wings
Kesemua lagu dalam album ini tidak pernah diterbitkan, kecuali lagu 'Enigma' yang diambil dari album BIRU MATA HITAMKU (1996). Album ini turut mengekalkan Mus dari kumpulan May sebagai vokalis utama Wings. |
|
|
BIRU MATA HITAMKU – Wings(Sony-BMG, 1996)
Hanya dengan sebuah album sahaja, Mel telah mengundurkan diri. Untuk album BIRU MATA HITAMKU, Mus dari kumpulan May mengambil tempat. Wings terus bertahan, malah album ini mendapat sambutan yang begitu hangat. Begitulah seterusnya menerusi album MENCARI ASAL USUL dan MR BARBARIK. |
|
|
ORANG ASING – Wings (Fly-Wings / BMG, 1995)
Walaupun sebelum itu ada pihak berpendapat kumpulan ini akan berkubur tetapi ia tidak menjadi realiti. Wings terus gah dengan penyanyi baru mereka. Walaupun mempertaruhkan penyanyi baru, Mel, album ORANG ASING terus mendapat sambutan hangat menerusi lagu hit 'Lena Di Ulit Intan', 'Ranjang Mawar' dan 'Semalam Yang Hangat'. |
|
|
OPERA DALAM KENANGAN Part 2 – Wings & Superfriends(BMG, 1994)
|
|
|
OPERA DALAM KENANGAN Part 1 – Wings & Superfriends(BMG, 1994)
Setelah Awie meninggalkan kumpulan Wings, ramai berpendapat Wings bagaikan kepatahan sayap. Tetapi Joe, Eddie & Jojet telah membuat kejutan dengan mengundang penyanyi-penyanyi yang suatu ketika dahulu adalah pujaan dan idola mereka untuk bergabung menerusi projek WINGS & SUPERFRIENDS: OPERA DALAM KENANGAN Part 1 & 2. Album berkembar daripada Wings ini menampilkan beberapa lagu baru dan lainnya adalah versi rakaman semula dan diedarkan serentak tetapi bukan dalam pakej istimewa ataupun 'boxset '. Turut menampilkan pendatang baru Azul, calon yang bakal menggantikan Awie. |
|
|
BAZOOKA PENAKA – Wings (Fly-Wings / BMG, 1993)
Selepas 4 album studio, maka lahirlah BAZOOKA PENAKA yang cukup istimewa kepada Wings apabila pendirian mereka untuk menerbitkan sendiri album mereka mendapat isyarat lampu hijau daripada syarikat rakaman. Ini merupakan satu pengiktirafan kepada sesebuah band rock ketika itu. Bermula dari album ini , Wings memberi nafas baru dalam persada dunia rock tanahair apabila meletakkan lagu berentak 'catchy' 'Bernafas Dalam Lumpur' sebagai 'killer song'. Ia dianggap sebagai perubahan dalam mencari citarasa pendengar yang sebelum ini terlalu taksub dengan irama slow rock (ballad). Album ini juga mencetuskan sejarah hitam apabila Awie membuat keputusan untuk mengundurkan diri . |
|
|
DOUBLE TROUBLE – Search & Wings (Go Search & Fly-Wings / BMG, 1992)
Kehebatan Wings dan Search membuahkan idea untuk menggabungkan mereka didalam sebuah album. Kolaborasi vokal Awie dan Amy menjadikan lagu 'Gemuruh' menjadi hit dalam album DOUBLE TROUBLE ini . |
|
|
BEST OF
WINGS
Walaupun album ini merupakan album kompilasi tetapi Wings tampil dengan merakam semula 6 lagu popular mereka dari album BELENGGU IRAMA & HUKUM KARMA dan sebuah lagu baru 'Hutan Simpan'. |
|
|
JERANGKUNG DALAM ALMARI – Wings (Fly-Wings / BMG, 1991)
Jerangkung Dalam Almari meneruskan tradisi menerusi lagu hits mereka 'Aku Pun Tahu' dan 'Rock n Roll Lu Punya Suka'. Ketika inilah Wings dilihat sebagai sebuah band rock nombor satu kerana menguasai kesemua persembahan pentas di seulurh negara . |
|
|
TEORI DOMINO – Wings (Fly-Wings / PMC, 1990)
Album TEORI DOMINO terus mengukuhkan empayar Wings dalam persada dunia seni. Lagu 'Sejati' menjadikan nama Wings semakin memuncak dan menjadi pujaan seluruh peminat rock tanahair sehingga Wings dikenali sebagai 'Raja Ekspo' dan mampu bersaing dengan band rock no 1 ketika itu, Search . |
|
|
HUKUM KARMA – Wings (ASP, 1988 / terbitan semula NSR, 2008)
Selepas kejayaan album BELENGGU IRAMA, sekali lagi M Nasir diberi tanggungjawab untuk menerbitkan album HUKUM KARMA yang dianggap album terbaik dan diiktiraf sebagai 'killer album'. Banyak lagu dari album ini meledak hit seperti 'Misteri Mimpi Syakilla', 'Hukum Karma', 'Opera Hidup'. Dan siapa boleh lupa dengan lagu hit utama album ini 'Taman Rashidah Utama '. |
|
|
BELENGGU IRAMA – Wings (ASP, 1987 / terbitan semula NSR, 2008)
Baru saja diperkenalkan melalui album sulung BELENGGU IRAMA, Wings sudahpun menampakkan taringnya apabila album ini mengangkat banyak lagu hits antaranya 'Intan Ku Kesepian', 'Belenggu Irama' & 'Biarkan Berlalu'. |