SHARIFAH AINI TAKUT KAHWIN LAGI? oleh Hamisma Hassan (HAI: 15 Oktober 2000) |
Selepas selesai persembahan konsert mininya di The Lido, sebuah auditorium besar di atas kapal terbesar Asia Pasifik itu, Sharifah Aini melayani pelbagai pertanyaan termasuk kisah peribadinya daripada para wartawan. Kami berbual sehingga ke dinihari berlatarbelakangkan pemandangan indah di tengah lautan. Paling menarik, Sharifah Aini secara terbuka memberitahu dia tidak takut berkahwin lagi buat kali ketiga meskipun telah gagal dalam dua perkahwinan yang lalu.
"Kalau ada jodoh untuk berkahwin kali ketiga, saya tak takut menghadapinya. Sebab saya percaya pada institusi kekeluargaan. Saya mahu bersuami dan berkeluarga bahagia. Mana tahu pada masa depan, saya bertemu lelaki yang sesuai. Siapa yang tidak mahu dicintai dan disayangi? Tetapi, buat masa ini, saya belum lagi keluar 'dating' dengan mana-mana lelaki selepas bercerai. Bohong kalau saya tak fikir soal kahwin. Bagi saya, biarlah jodoh itu datang sendiri. Sekarang, saya belum terfikir untuk berkahwin lagi. Lagipun, siapa yang mahukan saya? Saya bahagia dengan kehidupan bersama anak-anak. Saya seronok dengan kebebasan yang saya miliki sekarang dan saya tak sunyi," jelas Sharifah Aini.
Di samping itu, 'HAI' turut bertanyakan mengenai suatu perkara yang mungkin semua peminat ingin tahu iaitu tentang umur sebenar Sharifah Aini. Selama 31 tahun bergelar artis syarikat rakaman EMI, mungkin hanya segelintir peminat setia Sharifah Aini yang tahun umur sebenarnya. Namun, penyanyi bersuara merdu itu mempunyai jawapannya sendiri mengapa dia merahsiakan umurnya.
'Pelayaran Seribu Mawar' yang dibawa secara eksklusif oleh sayarikat rakaman EMI bermula dari Pelabuhan Klang, Selangor sehingga ke World Trade Centre Port, Singapura, benar-benar meninggalkan sejarah indah dalam diari seni Sharifah Aini. Tidak keterlaluan, dengan status biduanita negara dan bergelar artis paling lama dengan EMI, Sharifah Aini berhak diberi layanan eksklusif tersebut.
Pelayaran di tengah samudera itu turut disertai kira-kira 30 orang
wartawan,
jurugambar dan krew TV serta 25 orang peminat bertuah yang terpilih menerusi
kuiz album 'Seribu Mawar'. Menurut Sharifah Aini, pelayaran itu
bukan hanya untuk melancarkan enhanced CD Seribu Mawar, tetapi
juga sebagai hadiah untuk wartawan serta peminat yang banyak menyokong
perjuangan seninya. Enhanced CD itu bukan saja
Selama tiga hari bersama Sharifah Aini, dia benar-benar sibuk melayani pelbagai gelagat peminat. Dari atas kapal, dia turun ke daratan bertemu peminat di Tower Records, Singapura, sehinggalah pada waktu pulang ke Kuala Lumpur dari stesen keretapi Tanjung Pagar, Singapura. Meskipun penat, namun Sharifah Aini tetap tidak kedekut menguntumkan senyuman seribu mawarnya. Artikel lain yang berkaitan:
|