KAK PAH RAI PARA IBU (Kosmo!: Sabtu, 10 March 2012) |
"Sambutan Hari Ibu hanya disambut setahun sekali dan inilah kesempatan yang terbaik buat anak-anak meluangkan sedikit masa bersama ibu untuk hadir pada sebuah majlis makan malam yang cukup istimewa. Selain dapat menikmati makan malam bersama-sama ibu, tetamu yang hadir juga akan dihiburkan dengan lagu-lagu yang dipersembahkan sendiri oleh saya selama tiga jam," ujarnya. Mengenai konsep persembahan pula, Kak Pah menjelaskan kebanyakan lagu-lagu yang dinyanyikan nanti adalah lagu yang mempunyai mesej tentang rasa kasih dan sayang terhadap ibu tercinta. Antara lagu-lagu tersebut seperti Kasihnya Ibu, Mama, Dodoi Si Dodoi, Mawar Putih Untuk Mama dan Ibu. Tidak ketinggalan juga lagu-lagu seperti Di Mana Kan Ku Cari Ganti, Tiada Kata Secantik Bahasa, Engkau Laksana Bulan serta beberapa buah lagu Inggeris. Menurutnya lagi, selain dihiburkan dengan lagu-lagu nyanyiannya, tetamu juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik menerusi cabutan bertuah yang akan diadakan semasa majlis tersebut. "Salah seorang tetamu yang bertuah akan berpeluang untuk memenangi satu tiket penerbangan ke Jeddah, Arab Saudi yang ditaja sepenuhnya oleh syarikat penerbangan Oman Air," ujarnya. Bagi yang berminat untuk turut serta pada majlis makan malam amal tersebut, mereka boleh membuat pembelian tiket secara dalam talian menerusi laman sesawang www.iam.org.my atau menghubungi talian 019-3488054 dan 019-3973558. Tiket-tiket pula berharga RM5,500 dan RM2,500. Pihak penganjur juga turut mengalu-alukan pembelian tiket untuk orang perseorangan. Artikel lain yang berkaitan: Airmata Kak Pah Gugur Lagi (Berita Minggu: Bi-Pop – 20 Mei 2012) Nyanyian Sharifah Aini Buat Ibu Menangis (Harian Metro – Rabu, 15 Mei 2012) Kerja Amal Berterusan (Berita Minggu: Bi-Pop – 29 April 2012) Kak Pah Beramal Melalui Lagu (Harian Metro – Sabtu, 28 April 2012) Bantu Si Miskin (Harian Metro – Jumaat, 16 March 2012) Kak Pah Janji Persembahan Meruntun Jiwa Sempena Hari Ibu (Berita Harian – 1 March 2012) |