Zaleha Hamid telah melibatkan diri dalam bidang nyanyian sejak usia muda lagi dan merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai dekad 70an. Bermula sebagai artis rakaman lewat tahun 60an diiringi The Black Cats & The Sandpipers, Zaleha Hamid menghasilkan beberapa EP antaranya MERINTIH, HIDUP MENGEMIS, JASA PETANI, GADIS ZAMAN SEKARANG, NYATAKANLAH PADAKU dan muncul bersama kakaknya, Khatijah Hamid dalam album TIDURLAH ADIKKU. Namanya semakin mekar dalam persada seni tempatan setelah menyertai syarikat rakaman Union Records dengan menghasilkan lebih 10 album termasuk EP dan LP, antaranya BUKAN JODOHNYA, JANGAN SEENAKNYA, GADIS JELITA, JIKALAU ABANG MERINDU, JALAN BERSAMA, HELLO HELLO SAYANG dan PANDANGAN MENGGODA. Kebanyakan album yang dirakam, Zaleha Hamid diiringi Orkes Zindegi (sangat terkenal mengiringi persembahan penyanyi-penyanyi yang mempopularkan irama lagu Hindustan). Bersama Orkes Zindegi, bermulalah era Zaleha Hamid dikenali sebagai penyanyi irama lagu Hindustan (lagu versi Hindi yang diMelayukan). Kemudian Zaleha Hamid menjadi artis SERAMA dan hanya berpeluang merakam 2 EP, BAHAGIA UNTUKMU DERITA UNTUKKU, terbitan Ahmad Nawab dan sebuah EP yang mengandungi lagu-lagu saduran dari filem Hindi, Rafoo Chakkar & Julie. Bagaimanpun penghijrahannya ke EMI dengan bimbingan komposer hebat S Atan, Zaleha Hamid berjaya dibentuk menjadi penyanyi dangdut tersohor sehinggga digelar Ratu Dangdut dan menjadi idola dan ikon penyanyi dangdut semasa. Bersama penerbit album S Atan, Zaleha Hamid telah menghasilkan 5 album dangdut yang cukup berjaya, bermula dengan CURAHAN RASA (1982). KENANGAN (1983), PERASAAN CINTA (1984), HADIAH KENANGAN (1985) dan ASMARA (1986). Bagaimanapun album terakhirnya. IMPIAN SEBUAH CINTA (1987) terbitan Omar Taib kurang menyerlah. Sebelum menghasilkan album dangdut, Zaleha Hamid diperkenalkan oleh EMI melalui album duet bersama Aziz Ahmad, MELODI CINTA (1981) atas kejayaan lagu duet mereka 'Semurni Kasihmu Sesuci Kasihku', petikan album runut, SESEJUK AIRMATA IBU. Selain Aziz Ahmad, sebelumnya Zaleha Hamid pernah berduet dengan Tayib Ridon, Helmi Iskandar, MY Shamsudin dan Jasni. Boleh dikatakan Jasni merupakan pasangan duet Zaleha Hamid yang paling serasi ketika itu sehinggakan berjaya menghasilkan 4 album, LODEH MAK LODEH, MURID SEKOLAH, HANTU JEMBALANG dan PANTUN SELOKA. Zaleha Hamid juga mempunyai kualiti vokal yang hebat dalam mengalunkan lagu bergenre tradisional Melayu seperti ghazal, deli dan asli. Lontaran vokal merdunya boleh dinikmati melalui album projek khas EMI melalui ALBUM MELAYU DELI I, II dan DELI AIDILFITRI bersama artis ternama EMI, Sharifah Aini, Sudirman & Herman Tino. Apabila kontrak bersama EMI tamat, Zaleha Hamid menjadi artis rakaman Life Records yang kemudiannya menghasilkan album solo OMBAK DERITA (1989) dan dua album dangdut, DANKDUT BANG (1993) dan DANKDUT BANG vol 2 (1995). Kedua album dangdut ini cukup berjaya tetapi dilanda kontroversi kerana banyak lagu yang terkandung dalam album ini mempunyai lirik double meaning. Bersama Life Records, Zaleha Hamid juga banyak menghasilkan album projek khas bersama artis lain yang misi utamanya memartabatkan dan memelihara irama Melayu Tradisional. |
||
Playlist CD Pilihan: LAGU LAGU DARI FILEM & KENANGAN LAMA vol 8 - Abdullah Chik & Zaleha Hamid (1992) (dikemaskini 1 April 202 2) |
|
KAU BINTANGKU
Zaleha Hamid CD 1:
![]() ![]() ![]()
![]() ![]() ![]()
CD 2:
|
|
MEMORI HIT
Zaleha Hamid CD 1:
CD 2:
Sebuah album yang sepatutnya menyenaraikan kesemua lagu nyanyian Zaleha Hamid di era 70'an tetapi kerana produksi yang boleh dilabelkan sebagai kerja 'tangkap muat' turut menyertakan nyanyian solo rakan seangkatan Zaleha Hamid, iaitu Suhaili Shamsudin & M Y Shamsudin. |
|
|
LAGENDA SUARA EMAS:
JEJAKA MALAYA
Zaleha Hamid
Album ini menyenaraikan lagu lagu hit Zaleha Hamid di tahun 70an yang dirakam semula dan diterbitkan oleh komposer Ikhtiman Ismail. Terdapat sebuah lagu baru, 'Jejaka Malaya' dan 3 lagu lagi yang tidak pernah dirakam oleh Zaleha Hamid tetapi ia merupakan lagu dangdut hit Seberang, 'Seksa Kubur', 'Kita Berdua' dan 'Aku Semut Merah'. |
|
|
PILIHAN TERBAIK
Zaleha Hamid
Album ini merupakan koleksi lagu-lagu rakaman Zaleha Hamid di era 70'an (1971-1973). Bgaimanapun mutu audionya tidak memuaskan. |
|
|
ZALEHA HAMID
19811986 vol
2
|
|
|
ZALEHA HAMID
19811986 vol 1
|
|
|
DANKDUT BANG vol 2
Zaleha Hamid
|
|
|
DANKDUT BANG
Zaleha Hamid
|
|
|
LAGU-LAGU DARI FILEM & KENANGAN LAMA vol 8 Abdullah Chik & Zaleha Hamid (Life Records, 1992 / terbitan semula, 2008)
|
|
|
LAGU-LAGU DARI FILEM & KENANGAN LAMA vol 7 Abdullah Chik & Zaleha Hamid (Life Records, 1990 / terbitan semula, 2008)
|
|
|
LAGU-LAGU DARI FILEM & KENANGAN LAMA vol 6 Abdullah Chik & Zaleha Hamid (Life Records, 1989 / terbitan semula, 2008)
Dari 10 album siri LAGU LAGU DARI FILEM & KENANGAN LAMA, album ini merupakan satu-satunya album yang menampilkan kesemua lagu lagunya adalah lagu duet. INFO RINGKAS mengenai siri album LAGU-LAGU DARI FILEM & KENANGAN LAMA. Ia telah diterbitkan sebanyak 10 vol. Pada awalnya album ini hanya diberi tajuk LAGU-LAGU DARI FILEM dengan menampilkan pendatang baru Noraniza idris & Sham bergabung dengan penyanyi veteran Rafeah Buang dan Sulaiman Yasin. Tetapi untuk vol 2 hingga 10, album ini telah diberi tajuk LAGU-LAGU DARI FILEM & KENANGAN LAMA dengan menampilkan pasangan duet Abdullah Chik & Noraniza Idris untuk vol 2, 3, 4, 5 & 9; manakala Abdullah Chik berduet bersama Zaleha Hamid untuk vol 6, 7 dan 8. Siri terakhir album ini menampilkan Noraniza Idris berkolaborasi dengan ramai artis seperti Ahmad Daud, Ahmad Fauzee, Nassier Wahab, Jatt & Raza. |
|
|
16 LAGU LAGU TERBAIK
Zaleha Hamid
|
|
|
ASMARA Zaleha Hamid
![]()
|