SEJARAH RINGKAS PERJALANAN SENI ZALEHA HAMID

Zaleha Hamid telah melibatkan diri dalam bidang nyanyian sejak usia muda lagi dan merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai dekad 70an.  Bermula sebagai artis rakaman lewat tahun 60an diiringi The Black Cats & The Sandpipers, Zaleha Hamid menghasilkan beberapa EP antaranya MERINTIH, HIDUP MENGEMIS, JASA PETANI, GADIS ZAMAN SEKARANG, NYATAKANLAH PADAKU dan muncul bersama kakaknya, Khatijah Hamid dalam album TIDURLAH ADIKKU.  Namanya semakin mekar dalam persada seni tempatan setelah menyertai syarikat rakaman Union Records dengan menghasilkan lebih 10 album termasuk EP dan LP, antaranya BUKAN JODOHNYA, JANGAN SEENAKNYA, GADIS JELITA, JIKALAU ABANG MERINDU, JALAN BERSAMA, HELLO HELLO SAYANG dan PANDANGAN MENGGODA.  Kebanyakan album yang dirakam, Zaleha Hamid diiringi Orkes Zindegi (sangat terkenal mengiringi persembahan penyanyi-penyanyi yang mempopularkan irama lagu Hindustan).  Bersama Orkes Zindegi, bermulalah era Zaleha Hamid dikenali sebagai penyanyi irama lagu Hindustan (lagu versi Hindi yang diMelayukan).  Kemudian Zaleha Hamid menjadi artis SERAMA dan hanya berpeluang merakam 2 EP, BAHAGIA UNTUKMU DERITA UNTUKKU, terbitan Ahmad Nawab dan sebuah EP yang mengandungi lagu-lagu saduran dari filem Hindi, Rafoo Chakkar & Julie. 

Bagaimanpun penghijrahannya ke EMI dengan bimbingan komposer hebat S Atan, Zaleha Hamid berjaya dibentuk menjadi penyanyi dangdut tersohor sehinggga digelar Ratu Dangdut dan menjadi idola dan ikon penyanyi dangdut semasa.  Beliau juga merupakan perintis awal kepada irama muzik dangdut Malaysia-Singapura yang lebih kemelayuannya.  Bersama penerbit album S Atan, Zaleha Hamid telah menghasilkan 5 album dangdut yang cukup berjaya (kesemuanya dibawah label EMI), bermula dengan CURAHAN RASA (1982). KENANGAN (1983), PERASAAN CINTA (1984), HADIAH KENANGAN (1985) dan ASMARA (1986).  Bagaimanapun album terakhirnya. IMPIAN SEBUAH CINTA (1987) terbitan Omar Taib kurang menyerlah.  Sebelum menghasilkan album dangdut, Zaleha Hamid terlebih dahulu diperkenalkan oleh EMI menerusi album pop untuk runut bunyi filem SESEJUK AIRMATA IBU dan sebuah lagu duet Zaleha Hamid dan pendatang baru, Aziz Ahmad yang dipetik daripada album tersebut iaitu 'Semurni Kasihmu Sesuci Kasihku' mendapat sambutan hebat.  Maka daripada kejayaan lagu tersebut mereka telah dipertemukan sekali lagi sebagai pasangan duet untuk album studio 'MELODI CINTA' (1981).  Sebelum menjadi pasangan duet Aziz Ahmad, di era 70'an Zaleha Hamid pernah berduet dengan penyanyi seberang, Tayib Ridon dan Helmi Iskandar.  Kemudian bersama dengan penyanyi tempatan MY Shamsudin dan Jasni.  Boleh dikatakan Jasni merupakan pasangan duet Zaleha Hamid yang paling serasi di era tersebut sehinggakan berjaya menghasilkan 4 album, LODEH MAK LODEH, MURID SEKOLAH, HANTU JEMBALANG dan PANTUN SELOKA.

Zaleha Hamid juga mempunyai kualiti vokal yang hebat dalam mengalunkan lagu bergenre tradisional Melayu seperti ghazal, deli dan asli.  Lontaran vokal merdunya boleh dinikmati melalui album projek khas EMI melalui ALBUM MELAYU DELI I, II dan DELI AIDILFITRI bersama artis ternama EMI, Sharifah Aini, Sudirman & Herman Tino.  Apabila kontrak bersama EMI tamat, Zaleha Hamid menjadi artis rakaman Life Records yang kemudiannya menghasilkan album solo OMBAK DERITA (1989) dan dua album dangdut, DANKDUT BANG (1993) dan DANKDUT BANG vol 2 (1995).  Kedua album dangdut ini cukup berjaya tetapi dilanda kontroversi kerana banyak lagu yang terkandung dalam album ini mempunyai lirik 'double meaning'.  Bersama Life Records, Zaleha Hamid juga banyak menghasilkan album khas bersama artis lain yang misi utamanya memartabatkan dan memelihara irama Melayu Tradisional.

Bagaimanapun pada penghujung tahun 2019, Zaleha Hamid diserang angin ahmar sehingga koma selepas terjatuh di bilik air rumahnya.  Kejadian dikatakan berlaku selepas beliau pulang dari Kuala Lumpur bagi menghadiri siaran langsung program pentas akhir Gegar Vaganza (GV) musim keenam.  Beliau hanya terlantar walaupun telah sedar daripada koma dan memakan masa untuk pemulihan sehinggalah pada 19 Jun 2025 beliau disahkan telah meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru paru.  AL FATiHAH!

Diskografi lengkap ZALEHA HAMID

(menyenaraikan diskografi lengkap EP/LP/Kaset/CD Zaleha Hamid termasuk album yang memasukkan lagu baru dalam album kompilasinya sendiri ataupun dalam album kompilasi pelbagai artis)

  zaleha hamid, R ismail, jamal awang & sulaiman idrus (BINTANG-BINTANG RADIO DAN tv) (EP - Olympic TRC 1057c, 1970)

Sebagai pendatang baru, Zaleha Hamid mendendangkan 2 buah lagi untuk album pengenalan bersama R Ismail & Sulaiman Idrus.

Senarai lagu;

Rindu Kampung Halaman (Zaleha Hamid) Tangismu Jadi Ilhamku (Zaleha Hamid) Tiada Jauh (R Ismail) Tanjung Puteri (Sulaiman Idrus)

  zaleha hamid & the black cats (EP - Play Boy Record NFEP 5071, 1970)

Senarai lagu;

Kembalilah Ayah Hidup Mengemis Pergi Tak Kembali Hanya Dengan Menyanyi

  zaleha hamid & khatijah hamid dengan the black cats (EP - Play Boy Record NFEP 5079, 1970)

Senarai lagu;

Tidurlah Adikku (duet Khatijah Hamid) Dengarlah (duet Khatijah Hamid) Hujan Panas (Zaleha Hamid) Nelayan Bersampan (Zaleha Hamid)

  zaleha hamid & the black cats (EP - Play Boy Record NFEP 5089, 1970)

Senarai lagu;

Jasa Petani Hatiku Tergoda Pesanku Sayang Selagi Tak Seimbang

  nyatalah padaku - Azim Chan & Zaleha Hamid dengan the Sandpipers (EP - Play Boy Record NFEP 5101, 1970)

Senarai lagu;

Nikmat Alam (Zaleha Hamid) Berilah Daku Harapan (Zaleha Hamid) Ilhamku (Zaleha Hamid) Nyatakanlah Padaku (duet Azim Chan)

  zaleha hamid iringan orkes zindegi (EP - Sea Lion Record GES 103, 1970)

Senarai lagu;

Usah Di Tanya Usah Di Cari Ku Tak Lupa Perahu Ku Laju Gadis Zaman Sekarang

USAH DITANYA USAH DICARI - Zaleha Hamid (1970)BUKAN JODOHNYA - Zaleha Hamid & Tayib Ridon (1971)JANGAN SEENAKNYA - Zaleha Hamid & Helmi Iskandar (1971)

  ZALEHA HAMID & ORKES ZINDEGI (EP -  Sea Lion Record GES 109, 1970)

Senarai lagu;

Merintih Mahameru Hidup Miskin Dendang Kalbu

  perasaan rindu - Zaleha Hamid Iringan Orkes Zindegi (EP -  Sea Lion Record GES 113, 1971)

Senarai lagu;

Jangan Tenung Tenung Perasaan Rindu Nona Singapura Manja

  malam sejaraH - Zaleha Hamid Iringan Orkes Zindegi  (EP - Sea Lion Record, 1971)

Senarai lagu;

Malam Sejarah Apakah Tandanya Cinta Jangan Mengharap Harapan Hampa

Album ini juga diedar semula di bawah label Union Record (URE 506).

  lagu lagu pop - Zaleha Hamid Dengan Orkes Zindegi (LP - Union Record URLP 7001, 1971)

Senarai lagu;

Jangan Tenung Tenung Perasaan Rindu Nona Singapura Manja Merintih Mahameru Hidup Miskin Malam Sejarah Harapan Hampa Jangan Mengharap Usah Di Tanya Usah Di Cari Ku Tak Lupa Perahu Ku Laju Gadis Zaman Sekarang

  BUKAN JODOHNYA - Zaleha Hamid & Tayib Ridon Iringin Orkes Zindegi (EP - Union Record URE 508, 1971)

Walaupun kulit album ini meletakkan nama Zaleha Hamid sebagai pasangan Tayib Ridon tetapi boleh dikatakan EP merupakan album milik Tayib Ridon kerana Zaleha Hamid hanya menjadi pasangan duet Tayib Ridon untuk sebuah lagu sahaja iaitu 'Bukan Jodohnya'.

Senarai lagu;

Gadis Pujaanku (Tayib Ridon) Berbulan Madu (Tayib Ridon) Bukan Jodohnya (Tayib Ridon & Zaleha Hamid) Hilang Kabus Hilang Bayangan (Tayib Ridon)

  jangan seenaknya - Zaleha Hamid & Helmi Iskandar Iringan Orkes Zindegi (EP - Union Record URE 509, 1971)

EP ini hanya menjadikan Helmi Iskandar sebagai pasangan duet Zaleha Hamid untuk sebuah lagu sahaja 'Kepastian'.

Senarai lagu;

Sepekan Di Tanjung Pinang Kepastian (duet Helmi Iskandar) Jangan Seenaknya Di Mana Kau Berada

  gadis jelita - Zaleha Hamid Iringan Orkes Zindegi  (EP - Union Record URE 512, 1971)

Senarai lagu;

Bakti Pak Tani Dunia Pinjaman Gadis Jelita Tempat Bermanja

  jikalau abang merindU - Zaleha Hamid Iringan Orkes Zindegi  (EP - Union Record URE 514, 1972)

Senarai lagu;

Bertemasya Jangan Bang Suka Berjanji Kini Aku Bahagia Jikalau Abang Merindu

  lagu lagu pop vol 2 - Zaleha Hamid Dengan Orkes Zindegi (LP - Union Record URLP 7002, 1972)

Album kompilasi yang memuatkan sebuah lagu baru, 'Hidup Melarat'.

Senarai lagu;

Hidup Melarat (lagu baru) Bakti Pak Tani Dunia Pinjaman Gadis Jelita Tempat Bermanja Sepekan Di Tanjung Pinang Kepastian (duet Helmi Iskandar) Bertemasya Jangan Bang Suka Berjanji Kini Aku Bahgia Jikalau Abang Merindu Jangan Seenaknya Di Mana Kau Berada Bukan Jodohnya (duet Tayib Ridon)

LAGU LAGU POP vol 2 - Zaleha Hamid (1972)AKU DAN CINTA - Zaleha Hamid (1973)LAGU LAGU POP vol 3 - Zaleha Hamid (1973)

  dua orang pemuda - Zaleha Hamid & Samsar Begum Iringan Orkes Zindegi (EP - Union Record URE 516, 1972)

Senarai lagu;

Pesan Perpisahan (Zaleha Hamid) Surat Sampul Biru (Samsar Begun) Dua Orang Pemuda (duet) Menanti Saat Bahagia (Zaleha Hamid)

  jalan bersama - Zaleha Hamid Iringan Orkes Zindegi (EP - Union Record URE 518, 1972)

Senarai lagu;

Penderitaanku Jangan Bersama Menipu Kesepian

  hello hello sayang - Zaleha Hamid Iringan Orkes Zindegi  (EP - Union Record URE 520, 1972)

Senarai lagu;

Joget Lama Tak Jumpa Di Kala Senja Hello Hello Sayang Kita Berdua

  aku dan cinta - Zaleha Hamid Iringan Orkes Zindegi  (EP - Union Record URE 521, 1973)

Senarai lagu;

Aku Dan Cinta Carilah Ilmu Cinta Pandang Pertama Aku Dan Cinta 

  lagu lagu pop vol 3 - Zaleha Hamid Dengan Orkes Zindegi  (LP - Union Record URLP 7003, 1973)

Senarai lagu;

Joget Lama Tak Jumpa Kita Berdua Cinta Pandang Pertama Aku Dan Cinta Penderitaanku Menipu Diri Kesepian Hello Hello Sayang Di Kala Senja Janganlah Jangan Carilah Ilmu Menanti Saat Bahagia Pesan Perpisahan Dua Orang Pemuda (duet Samsar Begun)

  lodeh mak lodeh - Zaleha Hamid & Jasni Iringan Orkes Zindegi  (EP - Union Record URE 522, 1973)

Senarai lagu;

Lodeh Mak Lodeh (duet) Jasni Dan Zaleha (duet) Kerana Budi Dalam Penantianku

LODEH MAK LODEH - Zaleha Hamid & Jasni (1973)BAHAGIA UNTUKMU DERITA UNTUKKU - Zaleha Hamid (1975)MELODI CINTA - Zaleha Hamid & Aziz Ahmad (1981)

  murid sekolah - Zaleha Hamid & Jasni Iringan Orkes Zindegi (EP - Union Record URE 523, 1973)

Senarai lagu;

Murid Sekolah (duet) Anak Hilang (duet) Mertua Cerewet (Zaleha Hamid) Kisah Bahgia (Zaleha Hamid)

  jangan berdusta - Zaleha Hamid & Jasni Iringan Orkes Zindegi (EP - Union Record URE 525, 1973)

Senarai lagu;

Jangan Berdusta (duet) Berani Sumpah (duet) Mimpi (Zaleha Hamid) Pengakuan (Zaleha Hamid)

  hantu jembalang - Zaleha Hamid & Jasni Iringan Orkes Zindegi (EP - Union Record URE 526, 1973)

Senarai lagu;

Hantu Jembalang (duet) Malam Bahagia (Zaleha Hamid) Che Mamat Parang Tajam (duet) Pertemuan Cinta (Zaleha Hamid)

  antara tua dan muda - Khatijah Hamid, M Ali & Zaleha Hamid Iringan Orkes Zindegi (EP - Union Record URE 528, 1974)

Untuk EP ini Zaleha Hamid hanya menyanyikan sebuah lagu dan selebihnya adalah lagu lagu persembahan kakaknya, Khatijah Hamid dan M Ali.

Senarai lagu;

Antara Tua Dan Muda (Khatijah Hamid) Jauh Di Mata Dekat Di Hati (Khatijah Hamid & M Ali) Pesta Zaman Ini (Khatijah Hamid & M Ali) Pujaan Hatiku (Zaleha Hamid)

  pantun seloka - Zaleha Hamid & Jasni Iringan Orkes Zindegi (EP - Union Record URE 529, 1974)

Senarai lagu;

Pantun Seloka (duet) Kini Masanya (duet) Pujaan Hati (Zaleha Hamid) Hanya Mimpi (Zaleha Hamid)

  pantun seloka - Zaleha Hamid & Jasni Iringan Orkes Zindegi (LP - Union Record URLP 7010, 1974)

Album kompilasi yang memuatkan sebuah lagu rakaman semula, 'Rindu Kampung Halaman' yang pernah dirakam pada tahun 1970 sebagai album pengenalannya bersama artis artis lain.

Senarai lagu;

Pantun Seloka (duet) Kini Masanya (duet) Pujaan Hati (Zaleha Hamid) Hanya Mimpi (Zaleha Hamid) Pujaan Hatiku (Zaleha Hamid) Rindu Kampung Halaman (Zaleha Hamid) Mimpi (Zaleha Hamid) Pengakuan (Zaleha Hamid) Hantu Jembalang (duet) Malam Bahagia (Zaleha Hamid) Che Mamat Parang Tajam (duet) Pertemuan Cinta (Zaleha Hamid)

  pandangan menggoda - Zaleha Hamid Iringan Orkes Zindegi (EP - Union Record URE 531, 1974)

Senarai lagu;

Pandangan Menggoda Remaja Siapa Dia Kenangan Masa Berjumpa

  Bahagia untukmu derita untukku - Zaleha Hamid (EP - Serama SEP 917, 1975)

Senarai lagu;

Bahagia Untukmu Derita Untukku Renungan Matamu Sebuah Nama Penasaran

  rafoo chakkar & julie - Zaleha Hamid & MY Shamsudin (EP - Serama SEP 922, 1975)

Untuk EP ini Zaleha Hamid muncul sebagai rakan duet MY Shamsudin untuk dua buah lagu versi Hindi yang telah dimelayukan.

Senarai lagu;

Antara Dua Jiwa (duet) Cinta Bahagia (duet) Ku Menanti Joget Pilihan Hati

  LAGU LAGU DARI FILEM SESEJUK AIRMATA IBU (ost) - Zaleha Hamid, Gaya Zakry & Aziz Ahmad (LP - EMI EMGS 5555, 1981)

Album ini bukan hanya kerana ia merupakan lagu lagu petikan dari filem SESEJUK AIRMATA IBU (1981) tetapi ia juga merupakan album pengenalan Zaleha Hamid sebagai artis baru syarikat rakaman antarabangsa EMI.  Sebelum terkenal dengan album album dangdut terbitan EMI, Zaleha Hamid terlebih dahulu diperkenalkan dalam album ini dengan nuansa Pop. Lagu 'Semurni Kasihmu Sesuci Kasihku' menjadi popular dan seterusnya memberi ruang dan peluang untuk Zaleha Hamid dan Aziz Ahmad menjadi pasangan duet dalam album studio MELODI CINTA (1981).  Kesemua lagu dalam album ini adalah ciptaan baru kecuali lagu 'Derita Hati Ku Tanggung Sendiri' yang diambil dari album sulung Gaya Zakry dengan tajuk yang sama.

Senarai lagu;

Sesejuk Airmata Ibu (Zaleha Hamid) Semurnia Kasihmu Sesuci Kasihku (Zaleha Hamid & Aziz Ahmad) Derita Hati Ku Tanggung Sendiri (Gaya Zakry) Kasih Ibu Kasih Suci (instrumental) Kasih Ibu Kasih Suci (Zaleha Hamid) Penentuan (Zaleha Hamid) Sengsara Sejak Kau Pergi (Aziz Ahmad) Sesejuk Airmata Ibu (Instrumental)

  MELODI CINTA - Zaleha & Aziz (LP - EMI EMGS 5053, 1981)

Zaleha Hamid menghasilkan album duet bersama pendatang baru, Aziz Ahmad setelah gandingan mereka mendapat pujian peminat walaupun hanya untuk sebuah lagu duet 'Semurni Kasihmu Sesuci Kasihku' yang kemudiannya menjadi popular.

Senarai lagu;

Kahwin Paksa (duet) Alam Remaja (Aziz Ahmad) Cemburu (duet) Pelaminmu Airmataku (Zaleha Hamid) Ku Rindu Ku Sayang (duet) Pemuda Pemudi (duet) Melodi Cinta (duet) Harapan Tinggal Kenangan (Zaleha Hamid) Kita Bersumpah (duet) Semalam, Hari Ini Dan Esok (Aziz Ahmad)

  ALBUM HARI RAYA - Various Artist (LP - EMI EMGS 5561, 1981)

Kesemua lagu raya dalam album ini adalah ciptaan baru kecuali lagu 'Hari Yang Mulia'.  Zaleha Hamid berduet dengan Aziz Ahmad untuk sebuah lagu raya 'Nikmat Hari Mulia'.

Senarai lagu;

Ucap Selamat Hari Raya (Gaya Zakry) Cahaya Aidilfitri (Black Dog Bone) Nikmat Hari Mulia (Aziz Ahmad & Zaleha Hamid) Senandung Hari Raya (Rosemaria, DJ Dave & Gaya Zakry) Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Sudirman) Di Pagi Aidilfitri (Rosemaria) Hari Yang Mulia (Sharifah Aini) Mekar Kasih Di Kuntum Melati (DJ Dave) Pulang Di Hari Raya (Noor Kumalasari) Kepulangan Yang Di Nanti (Aman Shah)

ALBUM HARI RAYA - Various Artist (1981)CURAHAN RASA - Zaleha Hamid (1982)ALBUM MELAYU DELI - Various Artist (1982)

  curahan rasa - Zaleha Hamid (LP - EMI EMGS 5577, 1982)

Album ini telah mengangkat Zaleha Hamid daripada penyanyi irama hindustan menjadi penyanyi dangdut terkenal dekad 80an sehingga digelar Ratu Dangdut..

Senarai lagu;

Kerana Pengalaman Jangan Kau Tangiskan Hello Sayang Maafkanlah Peristiwa Lalu Jadikan Pedoman (duet Jatt) Sampai Bilakah Duka Bercinta Hati Tergoda Terkenang Selalu (duet Jatt) Mangsa Cintamu

  ALBUM MELAYU DELI - Sharifah Aini, Sudirman, Zaleha Hamid & Herman Tino (LP - EMI EMGS 5588, 1982)

ALBUM MELAYU DELI turut menampilkan Zaleha Hamid melagukan lagu tradisional secara solo, 'Laksamana Mati Di Bunuh' dan 'Pancaran Senja' dan berduet dengan Sudirman untuk sebuah lagu berentak Inang, 'Mak Inang Kampung'. 

Senarai lagu;

Gunung Banang (Sharifah Aini) Laksamana Mati Di Bunuh (Zaleha Hamid) Kuala Deli (Sudirman) Makan Sirih (Herman Tino) Mak Inang Kampung (Zaleha Hamid & Sudirman) Pancaran Senja (Zaleha Hamid) Seri Serawak (Sudirman) Serampang Laut (Sharifah Aini & Herman Tino) Batu Belah (Sharifah Aini) Yale Yale (Herman Tino)

Pada tahun 1990, buat pertama kalinya album ini diterbitkan dalam fomat CD dengan kulit album yang berlainan dan tajuk yang digunakan ialah ALBUM MELAYU DELI VOL I (KOLEKSI KLASIK).

  KENANGAN - Zaleha Hamid (LP - EMI EMGS 5592, 1983)

Senarai lagu;

Di Telan Alam Tinggal Kenangan Malam Ulangtahun Teman Hati Kekasih Orang Bukan Aku Tidak Sudi Jangan Segan Segan Izinkanlah Tukar Cincin Tempah Pelamin Sekali Pandang Terkenang Kenang Bukan Milikmu

  ABADI DALAM SANJUNGAN - Various Artist (LP - EMI EMGS 5593, 1983)

Album tribute sebagai rasa penghormatan demi mengenangkan kembali Allahyarham P Ramlee yang telah genap 10 tahun meninggalkan kita.  Zaleha Hamid turut menyanyikan 2 buah lagu ciptaan P Ramlee 'Dari Masa Hingga Masa' secara solo dan berduet dengan Herman Tino untuk lagu 'Malam Bulan Di Pagar Bintang'.

Senarai lagu;

Kwek Mambo (Aman Shah & rakan-rakan) Getaran Jiwa (Sharifah Aini) Menceceh Bujang Lapok (Sweet September) Dari Masa Hingga Masa (Zaleha Hamid) Gunung Payong (Roy & Fran) Putus Sudah Kasih Sayang (Ali Ahmad Anwar) Malam Bulan Di Pagar Bintang (Herman Tino & Zaleha Hamid) Seribu Satu Malam (Aman Shah) Gelora (Sharifah Aini & Ali Ahmad Anwar) Manusia (Roy & Fran) Berkorban Apa Saja (Herman Tino) Joget Pahang (DJ Dave)

ABADI DALAM SANJUNGAN - Various Arist (1983)ALBUM MELAYU DELI II - Various Artist (1983)DELI AIDILFITRI - Various Artist (1984)

  ALBUM MELAYU DELI ii - Sharifah Aini, Sudirman, Zaleha Hamid & Herman Tino (LP - EMI EMGS 5600, 1983)

ALBUM MELAYU DELI II diterbitkan dengan mengekalkan team yang sama seperti ALBUM MELAYU DELI yang pertama.  Zaleha Hamid melagukan dua buah lagu tradisional secara solo, 'Muslamah Manis' dan 'Bentan Telani'.  Beliau juga berduet dengan Sudirman untuk lagu 'Seri Langkat' dan bersama Herman Tino untuk lagu, 'Joget Burung Merpati'.

Senarai lagu;

Cik Minah Sayang (Sharifah Aini & Herman Tino) Musalmah Manis (Zaleha Hamid) Seri Banang (Herman Tino) Seri Langkat (Zaleha Hamid & Sudirman) Bunga Melor (Sharifah Aini) Damak Sayang (Sudirman) Jalak Lenteng (Sharifah Aini) Joget Burung Merpati (Zaleha Hamid & Herman Tino) Patah Hati (Sudirman) Timang Banjar (Herman Tino) Mak Inang Melayu (Sharifah Aini & Sudirman) Bentan Telani (Zaleha Hamid)

Pada tahun 1990, buat pertama kalinya album ini diterbitkan dalam fomat CD dengan tajuk ALBUM MELAYU DELI VOL II (KOLEKSI KLASIK) dan kulit albumnya adalah sama seperti versi asal.

  PERASAAN CINTA - Zaleha Hamid (LP - EMI EMGS 5614, 1984)

Senarai lagu;

Ingatlah Sayang Kau Tak Sayang Lagi Mengapa Seri Andalas Seri Mahligai Pria Idaman Derita Hatiku Telah Luka Seri Malam Mendung Petang

  deli aidilfitri - Sharifah Aini, Sudirman, Zaleha Hamid & Herman Tino (LP - EMI EMGS 5617, 1984)

Lagu lagu raya Aidilfitri dilagukan dalam nuasa Melayu Deli dan bertambah merdu apabila dialunkan oleh penyanyi-penyanyi tersohor EMI.  Zaleha Hamid berpeluang mendendangkan dua lagu tradisional versi Raya, 'Siti Payung' dan 'Seri Kedah' juga turut berduet dengan Sudirman, untuk lagu 'Inang Aidilfitri' dan berduet dengan Herman Tino untuk lagu 'Joget Hari Raya'.

Senarai lagu;

Dialog (Nona Asiah & anak anak) Inang Aidilfitri (Zaleha Hamid & Sudirman) Embun Menitik (Sharifah Aini) Siti Payung (Zaleha Hamid) Inang Palembang (Sharifah Aini & Herman Tino) Seri Tambak (Nyiur Gading) (Sudirman) Seri Kedah (Zaleha Hamid) Dodoi Si Dodoi (Herman Tino) Tudung Saji (Sharifah Aini & Sudirman) Senandung Cina (Herman Tino) Burung Putih (Sharifah Aini) Mak Inang Pulau Kampai (Sudirman) Joget Hari Raya (Zaleha Hamid & Herman Tino)

Pada tahun 2016, buat pertama kalinya album ini diterbitkan semula dalam fomat CD oleh Universal Music dengan kulit album yang sama seperti cetakan untuk kaset

  HADIAH KENANGAN - Zaleha Hamid (LP - EMI EMGS 5632, 1985)

Senarai lagu;

Dangdut Reggae Angkara Murka Jangan Turut Perasaan Jika Kau Harus Pergi Jasa Ayah Dan Ibu Nasib Janda Kau Seharum Mawar Carilah Pengganti Hadiah Kenangan Kekasih Di Tangan Orang

HADIAH KENANGAN - Zaleha Hamid (1985)LAGU LAGU FILEM DAN KENANGAN LAMA vol 6 - Abdullah Chik & Zaleha Hamid (1989)IRAMA MERDU BOLLYWOOD - M Shariff, Endang S Taurina & Zaleha Hamid (1997)

  dingin tapi kehausan - Herman Tino (LP - EMI EMGS 5636, 1985)

Dalam album studio ke 3 Herman Tino, DINGIN TAPI KEHAUSAN beliau telah berduet dengan Zaleha Hamid untuk lagu 'Ikatan Hati'.

Senarai lagu;

Kecewa Kerana Sayang Akan Siji Bakale Thdadi Loro Yang Baik Yang Buruk Ikatan Hati (duet Zaleha Hamid) Lidah Dingin Tapi Kehausan Derman Bukan Tontonan Suara Di Rantau Aku Milikmu

  KOLEKSI 16 LAGU LAGU TERBAIK - Zaleha Hamid (Kaset - EMI, 1986)

Senarai lagu;

Dangdut Reggae Pria Idaman Ingatlah Sayang Peristiwa Lalu Jadikan Pedoman (duet Jatt) Jangan Kau Tangiskan Teman Hati Kekasih Orang Bentan Telani Joget Burung Merpati (duet Herman Tino) Sekali Pandang Terkenang Kenang Malam Bulan Di Pagar Bintang (duet Herman Tino) Jangan Segan Segan Dari Masa Hingga Masa Seri Langkat (duet Sudirman) Tinggal Kenangan Maafkanlah Nasib Janda

Pada tahun 1991, buat pertama kalinya EMI telah meriliskan semula album ini dalam format CD tetapi dengan kulit album yang berlainan dengan menggunakan tajuk 16 LAGU LAGU TERBAIK sahaja iaitu dengan menggugurkan perkataan 'KOLEKSI'.

  asmara - Zaleha Hamid  (LP - EMGS 5657, 1986)

Senarai lagu;

Dangdut Reggae II Tandus Dalam Kerinduan Kehampaan Sekadar Meminta Apa Sebabnya Simpanan Kalbu Engkau Lukakan Hatiku Ku Jatuh Cinta Lagi Asmara

Pada tahun 2017, buat pertama kalinya album ini diterbitkan dalam fomat CD oleh Universal Music.

  impian sebuah cinta - Zaleha Hamid (LP - EMI TC FH 30022, 1987)

Senarai lagu;

Impian Sebuah Cinta Mata Keranjang Harapan Di Mana Kesetiaanmu Lupakan Saja Kau Tak Setia Semuanya Aku Badai Telah Berlalu Jangan Mengusik Tak Malu

  KAMI DATANG LAGI vol 2 - Various Artist (LP - Life HM 1928, 1988)

Album ini menyenaraikan pilihan terbaik lagu lagu cinta dari filem klasik Hindustan yang liriknya diubasuaikan ke Bahasa Melayu.  Rakaman terbaru ini  menampilkan Zaleha Hamid untuk lagu 'Bicara Cinta', 'Aku Seorang Perindu' dan 'Biar Bertahun Ku Terseksa'.  Zaleha Hamid turut berduet dengan A Ramlie untuk 2 lagu 'Janji Dua Hati' dan 'Lama Ku Tunggu'.  Selain Zaleha Hamid, KAMI DATANG LAGI vol 2 turut menampilkan A Ramlie, Ahmadi Hassan, Maria Bachok & Malek Ridzuan

Senarai lagu;

Bicara Cinta (Zaleha Hamid) Di Mana Hatimu (Malek Ridzuan) Si Dia Jantung Hati (A Ramlie & Maria Bachok) Setahun Aku Menangis (A Ramlie) Rayuanmu (Ahmadi Hassan) Biar Ku Buktikan (Ahmadi Hassan & Maria Bachok) Janji Dua Hati (Zaleha Hamid & A Ramlie) Tak Mungkin Ku Ulangi (Maria Bachok) Akulah Seorang Perindu (Zaleha Hamid) Lama Ku Tunggu (Zaleha Hamid & A Ramlie) Biar Bertahun Ku Terseksa (Zaleha Hamid) Kasih Dan Sayang (A Ramlie)

  selamat pengantin baru - Various Artist (LP - Life HM 1941, 1988)

Album khas untuk para pengantin ini merupakan album rakaman terbaru.  Zaleha Hamid mendendangkan lagu 'Selamat Pengantin Baru' (oa Saloma) dan 'Gendang Berbunyi'.  'Kenek Kenek Udang' pula adalah lagu duet Zaleha Hamid bersama biduan Ahmad Jais. 

Senarai lagu;

Selamat Pengantin Baru (Zaleha Hamid) Di Renjis Renjis (R Ismail) Kenek Keneklah Udang (Zaleha Hamid & Ahmad Jais) Malam Berinai (Maznah Ali) Gendang Berbunyi (Zaleha Hamid) Gambus Jodoh (Ahmad Jais) Joget Si Mandi Mandi (Maznah Ali) Inang Pengantin (R Ismail & Maznah Ali) Pengantin Bersanding (R Ismail) Joget Mak Andam (Ahmad Jais)

  ombak derita - Zaleha Hamid (LP - Life HM 2030, 1989)

Senarai lagu;

Kerana Goyang Goyang Goyang Ombak Derita Jangan Berangan Angan Puas Aku Menangis Saling Memahami Pertemuan Di Rencanakan Di Saat Ini Kau Ku Sayang Menahan Pilu Harapan Di Hatiku

  lagu lagu DARI filem & kenangan manis vol 6 - Abdullah Chik & Zaleha Hamid (LP - Life HM 2060, 1989)

Album ini menyenaraikan 10 lagu lama klasik yang kesemuanya dinyanyikan secara duet oleh Abdullah Chik dan Zaleha Hamid.

Senarai lagu;

Kasih Sayang Tukang Kebun Oh Bulan Inang Berseri Joget Bercerai Kasih Gunung Payong Menanti Jodoh Paduan Kasih Sebelum Ajal Rintihan Jiwaku

  lagu lagu dari Filem & kenangan manis vol 7 - Abdullah Chik & Zaleha Hamid (LP - Life HM 2114, 1990)

Album ini menyenaraikan 10 lagu lama klasik dan Zaleha Hamid hanya menjadi pasangan duet Abdullah Chik untuk 5 lagu sahaja dan selebihnya adalah nyanyian solo Abdullah Chik.

Senarai lagu;

Godam Godam Pol (Abdullah Chik) Chum Chum (duet) Bintang Sore (Abdullah Chik) Menari Bergembira (duet) Oh Rohaya (Abdullah Chik) Nilai Cinta (duet) Senyum Madu (Abdullah Chik) Senandung Kasih (duet) Harapan Kecewa (Abdullah Chik) Gurindam Jiwa (duet)

  senandung melayu vol II - Various Artist (LP - Life HM 2182, 1991)

Album rakaman terbaru ini adalah untuk memartabatkan irama Melayu turut menampilkan Zaleha Hamid mendendangkan lagu 'Mega Mendung' dan 'Anak Raja Turun Beradu' dan sebuah lagu duet bersama pendatang baru Ann 'Joget Seri Londang'.

Senarai lagu;

Pak Ngah Balik (Ann) Mega Mendung (Zaleha Hamid) Joget Seri Londang (Ann & Zaleha Hamid) Dondang Sayang (Abdullah Chik & Normadiah) Musalmah Manis (Ann) Anak Raja Turun Beradu (Zaleha Hamid) Jaga Diri (Normadiah) Puteri Melayu (Jatt) Alah Emask Kahwinkan Aku (Normadiah) Burung Putih (Jatt)

  lagu lagu dari filem & kenangan manis vol 8 - Abdullah Chik & Zaleha Hamid (LP - Life HM 2247, 1992)

Album ini menyenaraikan 10 lagu lama klasik dan seperti vol 8, Zaleha Hamid hanya menjadi pasangan duet Abdullah Chik untuk 5 lagu sahaja dan selebihnya adalah nyanyian solo Abdullah Chik.

Senarai lagu;

Bertemasya (duet) Percayalah Padaku (Abdullah Chik) Malam Jadi Saksi (duet) Seribu Tahun Ku Nanti (Abdullah Chik) Pertama Kali Ku Kenal Dirimu (Abdullah Chik) Berikanlah Sinarmu (duet) Rindu (Abdullah Chik) Dendang Lagu Merindu (duet) Bila Senja Menjelma (Abdullah Chik) Bayangan (duet)

  16 LAGU LAGU TERBAIK - Zaleha Hamid (CD - EMI, 1991)

CD merupakan album penerbitan semula KOLEKSI 16 LAGU LAGU TERBAIK ZALEHA HAMID (EMI, 1986) yang ketika hanya diterbitkan dalam format kaset.  Kulit dan tajuk album telah ditukar tetapi susunan trek lagu masih sama seperti album asal.  Album koleksi ini merupakan album pertama Zaleha Hamid dibawah label EMI yang diterbitkan dalam format CD.

  selamat pengantin baru vol 2 - Various Artist (LP - Life HM 2248, 1992)

Album khas untuk para pengantin turut menampilkan Zaleha Hamid mendendangkan lagu 'Bunga Rampai', 'Selamat Pengantin Baru' (oa Anita Sarawak) dan sebuah lagu duet bersama Ahmad Daud 'Menunggu Nasi Minyak'.

Senarai lagu;

Bunga Rampai (Zaleha Hamid) Gunung Payung (R Ismail) Sudah Kahwin Kah Belum (Rafeah Buang & Ahmad Daud) Joget Menanti Jodoh (Rafeah Buang) Selamat Pengantin Baru (Zaleha Hamid) Selamat Pengantin Baru (R Ismail) Joget Pengantin Baru (Rafeah Buang) Menunggu Nasi Minyak (Zaleha Hamid & Ahmad Daud) Selamat Pengantin Baru (Rahim Jantan) Ucapan Pengantin (Ahmad Jais)

  dari masa hingga masa: kenangan maniS - Zaleha Hamid (KOLEKSI LAGU LAGU TERBAIK MAT JIMAT) (CD - EMI 07243 8284682 6, 1993)

Senarai lagu;

Dangdut Reggae Pria Idaman Jangan Kau Tangiskan Sekali Pandang Terkenang Kenang Malam Bulan Di Pagar Bintang (duet Herman Tino) Jangan Segan Segan Sri Langkat (duet Sudirman) Dari Masa Hingga Masa Teman Hati Kekasih Orang Peristiwa Lalu Jadikan Pedoman (duet Jatt) Nasib Janda Kerana Pengalaman

  DANKDUT BANG - Zaleha Hamid (CD - Life HMCD 5057, 1993)

Senarai lagu;

Mabuk Dan Judi (duet Salih Yaacob) Jera Teruna Idaman (duet Salih Yaacob) Cintaku Terbahagi Dua Mabuk Duit Sepondok Dua Cinta Darling I Love You Sedang Sedang Saja Keluar Masuk Jagung Bakar (duet Salih Yaacob)

  DANKDUT BANG vol 2 - Zaleha Hamid (CD - Life HSPCD 01003-2, 1995)

Sakit Tapi Asyik (duet Salih Yaacob) Setangkai Bunga Padi Kacamata Cinta Tak Mungkin Lagi Sini Enak Sana Enak Takut Tapi Mengasyikkan Siksanya Merindu Kira Kira Bang Hanyalah Satu Aku Suka Kamu (duet Salih Yaacob)

  SIRI PERDANA: zaleha hamid 1981-1986 vol 1 (CD - EMI, 1997)

Senarai lagu;

Kerana Pengalaman Jangan Kau Tangiskan Dangdut Reggae Teman Hati Kekasih Orang Sekali Pandang Terkenang Kenang Ingatlah Sayang Di Telan Alam Jangan Segan Segan Sesejuk Airmata Ibu Dari Masa Hingga Masa Hello Sayang Tandus Engkau Lukakan Hatiku Malam Ulangtahun

  SIRI PERDANA: zaleha hamid 1981-1986 vol 2 (CD - EMI, 1997)

Senarai lagu;

Kekasih Di Tangan Orang Nasib Janda Pria Idaman Asmara Sampai Bilakah Ku Jatuh Cinta Lagi Pancaran Senja Angkara Murka Seri Mahligai Hadiah Kenangan Laksamana Mati Dibunuh Musalmah Manis Tukar Cincin Tempah Pelamin Semurni Kasihmu Sesuci Kasihku (duet Aziz Ahmad)

INFO: SIRI PERDANA: ZALEHA HAMID 1981-1986 merupakan mini box set yang mengandungi 2 kotak CD (vol 1 & 2) yang menghimpunkan lagu-lagu dangdut popular Zaleha Hamid di bawah label EMI.  Pada tahun 2006, EMI telah meriliskan semula koleksi lagu-lagu dari album tersebut tanpa mengubah susunan trek lagu tetapi dengan kulit dan tajuk album yang berbeza.  Album tersebut diberi tajuk MEMORI HIT dengan CD berkembar dalam sebuah kotak CD panjang.

  siri perdana: pilihan melayu deli vol 1 - Sharifah Aini, Sudirman, Zaleha Hamid & Herman Tino (CD - EMI 07243 8210582 4, 1997)

Senarai lagu;

Kuala Deli (Sudirman) Batu Belah (Sharifah Aini) Musalmah Manis (Zaleha Hamid) Makan Sirih (Herman Tino) Mak Inang Kampung (Zaleha Hamid & Sudirman) Serampang Laut (Sharifah Aini & Herman Tino) Pancaran Senja (Zaleha Hamid) Seri Langkat (Zaleha Hamid & Sudirman) Laksamana Mati Dibunuh (Zaleha Hamid) Seri Tambak (Nyiur Gading) (Sudirman) Jalak Lenteng (Sharifah Aini) Gunung Banang (Sharifah Aini) Seri Sarawak (Sudirman) Patah Hati (Sudirman)

  siri perdana: pilihan melayu deli vol 2 - Sharifah Aini, Sudirman, Zaleha Hamid & Herman Tino (CD - EMI 07243 8210592 3, 1997)

Senarai lagu;

Cik Minah Sayang (Sharifah Aini & Herman Tino) Dodoi Si Dodoi (Herman Tino) Seri Kedah/Seri Siantan (Sharifah Aini) Timang Banjar (Herman Tino) Ayah Dan Ibu (Sudirman) Bentan Telani (Zaleha Hamid) Mak Inang Pulau Kampai (Sudirman) Seri Mahligai (Zaleha Hamid) Anak Dagang (Sudirman) Bunga Melor (Sharifah Aini) Damak Sayang (Sudirman) Siti Payung (Zaleha Hamid) Inang Palembang (Sharifah Aini  HermanTino) Mak Inang Melayu (Sharifah Aini & Sudirman)

INFO: SIRI PERDANA: PILIHAN MELAYU DELI merupakan mini box set yang mengandungi 2 kotak CD (vol 1 & 2) yang menghimpunkan lagu-lagu Melayu Deli gabungan 4 penyanyi ternama dari label EMI seperti Zaleha Hamid, Sharifah Aini, Sudirman dan pendatang baru, Herman Tino.  Pada tahun 2006, EMI telah meriliskan semula koleksi lagu-lagu dari album tersebut tanpa mengubah susunan trek lagu tetapi dengan kulit dan tajuk album yang berbeza.  Album tersebut diberi tajuk MEMORI HIT: MELAYU DELI - SERI LANGKAT dengan CD berkembar dalam sebuah kotak CD panjang.

  IRAMA MERDU BOLLYWOOD - M Shariff, Endang S Taurina & Zaleha Hamid (CD - Life Records, 1997)

Album yang menyenaraikan lagu-lagu hit Bollywood yang liriknya di'Melayu'kan turut menampilkan Zaleha Hamid berduet dengan M Shariff untuk 3 buah lagu; 'Memadu Janji', 'Setia Menunggu' dan 'Sabar Menanti'.

Senarai lagu;

Rinduku Rindumu (M Shariff & Endang S Taurina) Tumbin Jahoon Kahan (M Shariff) Memadu Janji (M Shariff & Zaleha Hamid) A Ne Seuseke (M Shariff) Setia Menunggu (M Shariff & Zaleha Hamid) Tum Se Accha Ko Nehe (M Shariff) Ratke Ham Safar (M Shariff & Dr Promila Gill) Selamat Berpisah (M Shariff) Semenjak Kau Pergi (M Shariff & Endang S Taurina) Sabar Menanti (M Shariff & Zaleha Hamid) Jaane Jigar Jaane Man (M Shariff & Dr Promila Gill) 

  KENANGAN 35 TAHUN DUNIA DANGDUTKU - Zaleha Hamid (CD - Life Records, 1997)

Album kompilasi ini turut menyenaraikan sebuah lagu baru, 'Kenangan Mekar Di Hati' sebuah lagu yang asalnya dari negara Matahari Terbit tetapi diubahsuai susunan musiknya menjadi lagu berirama keMelayuan.

Senarai lagu;

Setia Menunggu (duet M Shariff) Mabuk Duit Kacamata Cinta Jagung Bakar (duet Salih Yaacob) Setangkai Bunga Padi Bicara Cinta Aku Seorang Perindu Janji Dua Hati (duet A Ramlie) Sedang Sedang Saja Biar Bertahun Ku Terseksa Jangan Berangan Angan Kerana Goyang Goyang Goyang Mabuk Dan Judi (duet Salih Yaacob) Kenangan Mekar Di Hati (lagu baru)

  HERMAN TINO ZALEHA HAMID (CD - EMI 07243 5413042 7, 2002)

Senarai lagu;

Mengapa Di Kenang Mengapa Di Fikir (Herman Tino) Kerana Pengalaman (Zaleha Hamid) Pelita Dalam Kabus (Herman Tino) Jangan Kau Tangiskan (Zaleha Hamid) Cinta Tertahan Tahan (Herman Tino) Dangdut Reggae (Zaleha Hamid) Kamar Sepi (Herman Tino) Teman Hati Kekasih Orang (Zaleha Hamid) Di Sini Saja (Herman Tino) Pria Idaman (Zaleha Hamid) Ojo Kesandung (Herman Tino) Semurni Kasihmu Sesuci Kasihku (Zaleha Hamid & Aziz Ahmad) Jika Kau Benci (Herman Tino) Nasib Janda (Zaleha Hamid) Derma Bukan Tontonan (Herman Tino) Jangan Segan Segan (Zaleha Hamid) Maharani (Herman Tino) Malam Bulan Di Pagar Bintang (Zaleha Hamid & Herman Tino)

  JEJAKA MALAYA: LAGENDA SUARA EMAS ZALEHA HAMID (CD - Musicland 51357-63452, 2005)

Album ini menyenaraikan lagu lagu hit Zaleha Hamid di tahun 70an yang dirakam semula dan diterbitkan oleh komposer Ikhtiman Ismail.  Terdapat sebuah lagu baru, 'Jejaka Malaya' dan 3 lagu lagi yang tidak pernah dirakam oleh Zaleha Hamid dan ia merupakan lagu dangdut hit dari Seberang, 'Seksa Kubur', 'Kita Berdua' dan 'Aku Semut Merah'.

Senarai lagu;

Penasaran Jejaka Malaya Mertua Cerewet Pujaan Hatiku Kerana Pengalaman Bahagia Untukmu Derita Untukku Nasib Janda Usah Di Tanya Usah Di Cari Gadis Zaman Sekarang Pesan Perpisahan Jangan Seenaknya Seksa Kubur Kita Berdua Aku Semut Merah

  MEMORI HIT - ZALEHA HAMID (CD - EMI, 2006)

Album 2 CD berkembar ini adalah penerbitan semula CD zaleha hamid 1981-1986; SIRI PERDANA yang pernah diterbitkan pada tahun 1997.  Kulit dan tajuk album telah ditukar tetapi masih mengekalkan susunan trek lagu seperti album asal.

  MEMORI HIT - MELAYU DELI: SERI LANGKAT - Sharifah Aini, Sudirman, Zaleha Hamid & Herman Tino (CD - EMI 00946 372839 29, 2006)

Album 2 CD berkembar ini adalah penerbitan semula CD pilihan melayu deli: SIRI PERDANA yang pernah diterbitkan pada tahun 1997.  Kulit dan tajuk album telah ditukar tetapi masih mengekalkan susunan trek lagu seperti album asal.

MEMORI HIT - MELAYU DELI: SRI LANGKAT - Herman Tino, Sudirman, Zaleha Hamid & Sharifah Aini (2006)YANG TERBAIK - Zaleha Hamid (2010)MELAYU KLASIK - Herman Tino & Zaleha Hamid (2010)

  memori hit - Zaleha Hamid (CD - Music Valley, 2008)

Album kompilasi ini mengandungi 30 lagu lagu pop dan irama hindustan nyanyian Zaleha Hamid di era 70an.  Bagaimanapun kerana ketidak ketelitian terdapat juga lagu-lagu nyanyian solo Suhaili Shamsuddin dan MY Shamsuddin turut disenaraikan.

Senarai lagu;

CD1: Penasaran Dunia Pinjaman Usah Di Tanya Usah Di Cari Gelora Jiwa (Suhaili Shamsuddin) Mimpi Rupanya (Suhaili Shamsuddin) Sebuah Nama Ku Menanti (MY Shamsuddin) Cinta Bahagia (duet Zaleha Hamid & MY Shamsuddin) Bahagia Untukmu Derita Untukku Di Mana Kau Berada Gadis Jelita Jangan Bang Suka Berjanji Jikalau Abang Merindu Hidup Melarat Bertemasya

CD2: Merintih Kepastian (duet Zaleha Hamid & Helmi Iskandar) Tempat Bermanja Hidup Miskin Mahameru Mertua Cerewet Ku Tak Lupa Dendang Kalbu Kisah Bahagia Gadis Zaman Sekarang Kini Aku Bahagia Jangan Seenaknya Bukan Jodohnya (duet Zaleha Hamid & Tayib Ridon) Perahu Ku Laju Titisan Hujan (Suhaili Shamsuddin)

  MELODI MEMORI RATU DANGDUT - Zaleha Hamid (CD+VCD - Life Records, 2009)

Album kompilasi ini merupakan versi lagu lagu rakaman semula yang lagu asalnya pernah Zaleha Hamid rakamkan ketika menjadi artis EMI kecuali lagu 'Jauh' (oa Sharifah Noor) dan 'Penawar Rindu' (oa Orchid Abdullah).

Senarai lagu;

CD: Penawar Rindu Jauh Kerana Pengalaman (versi baru) Pria Idaman (versi baru) Jangan Segan Segan (versi baru) Semurni Kasihmu Sesuci Kasihku (duet Aziz Ahmad) (versi baru) Dangdut Reggae (versi baru) Setangkai Bunga Padi Teruna Idaman (duet Salih Yaacob) Mabuk Duit Sedang Sedang Saja Memadu Janji (duet M Shariff) Jangan Kau Tangiskan (versi baru) Janji Dua Hati (duet A Ramlie) Akulah Seorang Perindu

VCD-MTV-KARAOKE: trek lagu adalah sama seperti dalam format CD tetapi diselang selikan dengan temuramah bersama Zaleha Hamid dalam pelbagai topik: Penerima Anugerah Seni Tanahair 'Dangdut' 16hb November 2007 @ Anugerah Life, Singapura Asal Usul Zaleha Hamid Gelaran 'Ratu Dangdut' Kenapa Minat Dangdut Pahit Manis Menjadi Artis dan Ucapan Khas Buat Peminat.

Pada tahun 2010, album ini diterbitkan semula tetapi diedarkan dalam format CD dan VCD secara berasingan.

  yang terbaik - Zaleha Hamid (CD+VCD - EMI, 2010)

Senarai lagu;

CD: Jangan Segan Segan Kerana Pengalaman Pria Idaman Dangdut Reggae Seri Langkat (duet Sudirman) Jangan Kau Tangiskan Sekali Pandang Terkenang Kenang Nasib Janda Malam Bulan Di Pagar Bintang (duet Herman Tino) Dari Masa Hingga Masa Peristiwa Lalu Jadikan Pedoman (duet Jatt) Semurni Kasihmu Sesuci Kasihku (duet Aziz Ahmad) Tukar Cincin Tempah Pelamin Teman Hati Kekasih Orang

VCD: trek lagu yang sama seperti dalam format CD.

  melayu klasik - Herman Tino & Zaleha Hamid (CD - EMI, 2010)

Senarai lagu;

CD1 Herman Tino: Akibat Putus Cinta Tengkar Tengakaran Mengapa Di Kenang Mengapa Di Fikir Ojo Kesandung Ku Pendam Biarpun Parah Suara Di Rantau Seri Banang Yale Yale Dingin Tapi Kehausan Timang Banjar Berkorban Apa Saja Dodoi Si Dodoi Warkanlah Pelita Dalam Kabus Bebaskan Di Ambang Sore Norlela Kau Mustika

CD2 Zaleha Hamid: Di Telan Alam Jangan Kau Tangiskan Pria Idaman Kerana Pengalaman Hadiah Kenangan Kekasih Di Tangan Orang Sampai Bilakah Ku Jatuh Cinta Lagi Bentan Telani Sesejuk Airmata Ibu Dari Masa Hingga Masa Tinggal Kenangan Maafkanlah Musalmah Manis Pancaran Senja Laksamana Mati Di Bunuh Seri Mahligai Siti Payung

  KAU BINTANG KU - Zaleha Hamid (CD - Life Records, 2014)

Senarai lagu;

CD1: Jauh Gurindam Jiwa (duet Abdullah Chik) Mega Mendung Pria Idaman (versi 2009) Joget Seri Londang (duet Ann) Setangkai Bunga Padi Jangan Kau Tangiskan (versi 2009) Anak Raja Turun Beradu Janji Dua Hati (duet A Ramlie) Mabuk Duit Sedang Sedang Saja Akukah Seorang Perindu Ombak Derita Sabar Menanti (duet M Shariff) Jangan Berangan Angan

CD2: Jangan Segan Segan (versi 2009) Semurni Kasihmu Sesuci Cintaku (duet Aziz Ahmad) (versi 2009) Dangdut Reggae (versi 2009) Kerana Pengalaman (versi 2009) Nilai Cinta (duet Abdullah Chik) Bicara Cinta Darling I Love You Memadu Janji (duet M Shariff) Kerana Goyang Goyang Goyang Kenangan Mekar Di Hati Teruna Idaman (duet Salih Yaacob) Biar Bertahun Aku Terseksa Keluar Masuk Sepondok Dua Cinta Gendang Berbunyi

  siri bintang pujaan - Zaleha Hamid (CD - Universal Music 4707048, 2014)

Senarai lagu;

CD1: Jangan Segan Segan Kerana Pengalaman Teman Hati Kekasih Orang Dangdut Reggae Di Telan Alam Sekali Pandang Terkenang Kenang Ingatlah Sayang Jangan Kau Tangiskan Nasib Janda Dari Masa Hingga Masa Laksamana Mati Dibunuh Engkau Lukakan Hatiku Sesejuk Airmata Ibu Tandus Tukar Cincin Tempah Pelamin Seri Langkat (duet Sudirman)

CD2: Kekasih Di Tangan Orang Pria Idaman Asmara Sampai Bilakah Ku Jatuh Cinta Lagi Angkara Murka Hadiah Kenangan Hello Sayang Siti Payung Pancaran Senja Bentan Telani Seri Mahligai Maafkanlah Musalmah Manis Malam Ulangtahun Semurni Kasihmu Sesuci Kasihku (duet Aziz Ahmad)

Diskografi & Playlist Zaleha Hamid