SHARIFAH AINI
SEBAGAI PENULIS LIRIK
Sharifah Aini adalah
seorang bintang istimewa kerana dia bukan sahaja memiliki vokal yang
luarbiasa tetapi juga mampu membuat lirik-lirik lagunya sendiri.
Sebagai pendatang baru dalam dunia rakaman piringhitam, Sharifah Aini
amat bertuah kerana diberi kepercayaan oleh EMI Singapura untuk menulis
sebuah lirik untuk album pengenalannya, SERI DEWI MALAM (EP) yang
diterbitkan pada tahun 1970. Lagu tersebut ialah 'Jasa Ninda'
ciptaan Kassim Masdor yang juga bertindak sebagai penerbit album
pertamanya. Manakala tiga lagu lainnya adalah lagu klasik 50/60an
yang diberi nafas baru. Apa yang menarik tentang lirik lagu 'Jasa
Ninda' ia merupakan sebuah penghargaan Sharifah Aini ke atas kedua
nindanya yang memelihara beliau sejak kecil dan akhirnya memberi 'lampu
hijau' untuk beliau meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi yang amat
diminatinya. Lagu ini juga menjadi titik tolak awal beliau untuk
menjadi penulis lirik yang aktif untuk rakaman lagu nyanyianya sendiri
terutamanya ketika kariernya berkembang mekar di dekad 70an.
Sharifah Aini giat menulis lirik lagu samaada lagu-lagu ciptaan terbaru
ataupun lagu-lagu saduran.
Malah di pertengahan
70-an beliau pernah dipuji bersama Ismail Haron dan Rafeah Buang kerana
lirik yang dicipta oleh mereka mempunyai tema yang berbeza dan tidak 'keanak-anakan'.
Jadi tidak hairanlah lagu-lagu yang liriknya ditulis mereka menjadi hit
dan bukan saja digemari oleh anak-anak muda zaman tersebut tetapi juga
diminati oleh kalangan mereka yang berusia 35 hingga ke 50an.
Beliau juga berjaya mengangkat tema-tema yang sederhana ke dalam lirik
tulisannya tetapi penuh dengan isi yang positif dan kemas susunan
bahasanya. Mungkin juga kerana pengalaman hidup samaada pahit atau
manis turut memberi impak dan kelebihan untuk beliau melahirkan tema
lirik yang pelbagai seperti ketuhanan, kemanusian, nasihat, ambisi dan 'keluhan
hatinya' mengharungi onak dan ranjau sebagai anak seni.
Kalau hendak
mengetahui rahsia yang tersembunyi di sebalik kehidupan dan peribadi
Sharifah Aini, maka hayatilah lirik lagu nukilan beliau termasuk puluhan
lirik lagu yang bertemakan cinta. Yang menariknya lirik lagu kisah
cinta tulisan beliau bukan saja kisah cinta biasa tetapi juga turut
menggambarkan keperibadian beliau yang tampak lembut tetapi sebenarnya
seorang yang tegas, berani, cekal dan tidak putusasa. Dengan hanya
merenungi 'tajuk lagu', gambaran keperibadian Sharifah Aini sudah cukup
untuk dinilai seperti 'Jangan
Ku Di Salahkan', 'Tiada
Maaf Bagimu', 'Ku Tak Ingin (Bercinta Lagi)', 'Biarkan
Ku Sendiri' atupun 'Lupakan Saja'. Walaupun liriknya
berkisar kisah cinta tetapi ianya bukan bertemakan rintihan, kekesalan,
putusasa ataupun rayuan-rayuan kisah cinta biasa teruna dan dara.
Seperti lirik lagu 'Engkau
Pendusta', yang berkisahkan kisah cinta biasa iaitu
mengenai kecurangan pasangan namun beliau amat bijak menonjolkan sifat
tegasnya yang 'rela melepaskan kekasihnya' lalu diterjemahkan dalam rangkap
terakhir, baris 4:
Kau lelaki yang
berhemah tinggi
Turut kata halus
dan lembut
Tapi sayang hatimu
kejam
Kurelakan kau
pergi dariku.
Menerusi lagu 'Pengorbanan'
pula, beliau cukup berani menghasilkan lirik lagu yang meletakkan
situasi dirinya berkasih dengan lelaki yang telah berpunya.
Walaupun liriknya agak konservatif tetapi lagu ini cukup poular dan
diterima peminat kerana ia memang kisah realiti yang berlaku kepada
sesiapa saja.
Manakala monolog lagu
'Rintihan
Hati Pejuang Seni':
Aku anak seni tulin
dan sejati
Aku milik
masyarakat pencinta seni
Ah ... persetan
dengan fitnah dan dengki khianat
Tiada airmata
untuk menangis pada perkara perkara yang remeh seperti ini
Sharifah Aini telah
menggambarkan dirinya bukan melepas batuk ditangga dalam mengejar
cita-cita sebagai penyanyi malah amat cekal dengan pendirian tidak akan
menangis hanya dengan perkara-perkara remeh dan akan tabah menempuhi
onak duri sebagai anak seni.
Sharifah Aini juga
pernah mencipta lagu dan lagu pertama hasil ciptaanya ialah 'Siapa
Yang Sudi Padaku' yang liriknya ditulis oleh Juwie.
Sayangnya, saya tidak berapa gemar dengan lirik lagu ini kerana
berpendapat ia bertentangan dengan sifat keperibadian Sharifah Aini.
Bagi saya Sharifah Aini tetap mampu mengharungi kehidupannya tanpa
tunduk terhadap ketidakjujuran cinta. Mujur lagu ciptaan keduanya,
'Ku
Tak Ingin (Bercinta Lagi)', ilham lirik daripada beliau sendiri,
kembali menonjolkan persona peribadinya
Kejam oh sungguh
kejam
Ku tak ingin
bercinta lagi
Ku tak ingin tak
ingin
Hampa dan
dikecewakan
Telah ku katakan
Tak ingin aku
memandang wajahmu dan bercinta lagi.
Sharifah Aini juga
merupakan satu-satunya penyanyi yang telah memberi penghargaan kepada
pencipta dan penggubah lagu iaitu Ahmad Nawab menerusi lirik karyanya 'Kau
Sumber Ilham Seniku' kerana mengenang banyaknya jasa dan
bimbingan Ahmad Nawab yang telah membawanya ke puncak kejayaan.
Lagu itu dirakam pada tahun 1977 untuk album INILAH LAGUKU.
Banyak lirik yang telah
dihasilkan oleh beliau menjadi begitu popular dan paling serasi apabila
berkolaborasi dengan pencipta dan penggubah hebat di zaman itu Ahmad
Nawab (kini bergelar Datuk). Gabungan mereka berdua telah
menghasilkan banyak lagu malar segar dan menjadi nostalgia untuk
dikenang sepanjang zaman seperti
'Tiada
Maaf Bagimu',
'Hapuslah
Airmatamu',
'Kau
Tinggi Di Awan Biru',
'Pengorbanan',
'Hatiku
Di Curi Lagi',
'Cinta
Dari Pandangan Mataku',
'Kisah
Yang Lalu',
'Perasaan Hati', 'Hatiku Hatimu'
dan banyak lagi. Selain menulis lirik lagu untuk nyanyiannya
sendiri terdapat dua buah lagu yang liriknya dibuat untuk rakan
seperjuangannya, Uji Rashid (ketika itu sebagai pendatang baru yang amat
berjaya yang bernaung dibawah syarikat yang sama, EMI. Lagu-lagu
tersebut ialah
'Kau Milik Hatiku'
dan
'Di Manakah Dia'
(kedua-duanya lagu saduran Jepun). Manakala lagu
'Seloka Kasih',
liriknya dihasilkan oleh Sharifah Aini untuk dinyanyikan oleh biduan
yang amat berjasa ketika di awal pembabitannya sebagai penyanyi, Ahmad
Jais. Timbul pertanyaan kenapa Sharifah Aini tidak menyanyikan
sendiri lagu ini kerana susunan bahasa lirik yang dihasilkannya cukup
indah. Lirik lagu
'Anak'
pula dimuatkan dalam album sulung kumpulan Carefree yang merupakan
lagu saduran (Tagalog) nyanyian asal dan ciptaan Freddie Aguilar yang
telah mendapat sambutan seluruh dunia dan telah dialibahasa ke pelbagai
bahasa.
Lirik Lagu
KAU MILIK HATIKU |
Lirik Lagu
DI MANAKAH DIA |
Lirik Lagu
SELOKA KASIH' |
Lirik Lagu
ANAK |
Buat pertama kalinya
menerusi album HARUM DALAM KENANGAN (1981), Sharifah Aini 'berehat'
dari menulis lirik lagu kerana tidak ada sebuah lagupun yang liriknya
ditulis oleh beliau untuk album tersebut. Selepas album ini,
walaupun Sharifah Aini masih menulis lirik lagu tetapi tidak lagi
seaktif di era 1970an.
PENULIS LIRIK
TERNAMA
Di awal pembabitannya
sebagai artis rakaman piringhitam iaitu dibawah penerbit terkenal Kassim
Masdor (1970-19730, Sharifah Aini lebih banyak menulis lirik lagunya
sendiri. Bagaimanapun penulis lirik terkenal Yusnor Ef, Din Osman,
S Omar Osman dan Nordin Che Din turut menyumbangkan beberapa lirik lagu
yang turut membantu mempopularkan lagu-lagu Sharifah Aini.
Sharifah Aini terus
mengasah bakatnya sebagai penulis lirik yang berjaya apabila Ahmad Nawab
mengambilalih tugas menerbitkan albumnya sekitar 1974-1978. Selain
menulis lirik lagu-lagu saduran, kesemua lagu-lagu baru ciptaan Ahmad
Nawab merupakan lirik karya Sharifah Aini sendiri. Mereka cukup
serasi dan kolaborasi mereka telah banyak menghasilkan lagu hit yang
menguasai carta lagu-lagu popular ketika itu. Bagaimanapun mereka
akhirnya 'berpisah' apabila Ahmad Nawab membuat keputusan meninggalkan
EMI dan berhijrah ke syarikat rakaman lain.
Sekali lagi Sharifah
Aini bertukar penerbit dan kali ini album-album beliau diterbitkan oleh
S Atan (1979-1984). Kesibukan beliau sebagai penyanyi pentas yang
menjadi rebutan promoter, kemudian berkahwin, mempunyai anak, timbul
pula konflik rumahtangga dan permasalahan peribadi lainnya menyebabkan
Sharifah Aini tidak lagi aktif sebagai penulis lirik kecuali untuk album
MALAM dan CAHAYAKU. Haron Abdul Majid merupakan penulis
lirik yang sedang meningkat naik ketika itu banyak menghasillkan lirik
lagu untuk Sharifah Aini dan antara yang amat popular 'Ku Curah Kasih
Dalam Lagu', 'Tiada Yang Kekal (Melainkan Allah)', 'Kenangan
Indah (Yang Menyayat)', 'Putus Kasih', 'Rahsia Hati' &
'Jangan Biarkan'. Ketika ini juga menyaksikan kemunculan
Habsah Hassan yang buat pertama kalinya terlibat sebagai penulis lirik
lagu untuk album Sharifah Aini HARUM DALAM KENANGAN maka lahirlah
sebuah lagu hit sepanjang zaman 'Terbang Helang'. Bagi saya,
Habsah Hassan memang penulis lirik yang hebat kerana menghasilkan lagu
bertepatan dengan karakter atau pahit manis kehidupan si penyanyi.
Lain-lain lirik lagu yang cukup menarik hasil sentuhan Habsah Hassan
untuk Sharifah Aini ialah 'Biar Masa Menentukan', 'Tanpamu Ku
Sepi', 'Yang Tak Kesampaian' & 'Ku Berjauh Hati'.
Selain Habsah Hassan, lain-lain penulis lirik yang turut menyumbang
lirik lagu ketika album Sharifah Aini di bawah penerbitan komposer S
Atan ialah Raja Kobat, Syed Haron (Mawar Putih Untuk Mama), Juwie,
Khairil Johari Johar (Cahayamu Cahayaku) & Murad Hamid (Usah
Pergi Lagi).
Pada penghujung 80an,
dekad 90 mahupun era Millennium, album-album Sharifah Aini telah
diterbitkan oleh penerbit bebas seperti M Nasir, Ruslan Imam, Fauzi
Marzuki, Manan Ngah, A Ali, Ramli MS, Saari Amri dan juga komposer dari
seberang, A Riyanto. Di samping mengekalkan penulis lirik Habsah
Hassan, Syed Haron, Haron Abdul Majid, lagu-lagu Sharifah Aini terkini
lebih variasi kerana disumbangkan oleh ramai penulis lirik hebat
antaranya Seri Bayu, Lukhman S, Siso, S Amin Shahab, Azam Dungun,
Baiduri dan ramai lagi. |
Jumlah keseluruhan lirik
lagu tulisan Sharifah Aini yang telah dirakam dalam album berjumlah 83
buah termasuk 2 lirik yang dihasilkan untuk penyanyi Uji Rashid, sebuah
untuk Ahmad Jais dan sebuah lagi untuk dimuatkan dalam album sulung
kumpulan Carefree. Berikut adalah senarai lirik-lirik lagu karya
Sharifah Aini yang telah dikategorikan kepada 5 bahagian. |
LIRIK YANG BERTEMAKAN
AMBISI DAN PERJUANGAN SHARIFAH AINI SEBAGAI PENYANYI |
1.
2.
3.
4.
5. |
Kisah Yang Lalu (Ahmad Nawab)
Impian Tercapai (CC)
Keluhan Hatiku (CC)
Rintihan Hati Pejuang Seni
(S Atan)
Rahsia Tangisanku
(CC) |
LIRIK YANG BERTEMAKAN
NASIHAT, KASIH SAYANG, KETUHANAN & KEMANUSIAAN |
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16. |
Inikah Manusia (S Omar Osman)
Dalam Keluhan Dara (Ahmad
Nawab)
Pandangan Tentang Hidup
(Akbar Nawab)
Kepulangan Ayah (Ahmad Nawab)
Kau
Tahu Mana Kau Pergi (CC)
Yatim Piatu (Ahmad Nawab)
Ku
Pohon Keredhaanmu (CC)
Anak (CC)
Cinta Dan Rumahtangga (Abbas
Bakar)
Apa
Kesudahannya (CC)
Aku Dan Malam (S Atan) |
LIRIK PENGHARGAAN KE ATAS
INDIVIDU YANG MENDORONG KEJAYAAN SHARIFAH AINI SEBAGAI
PENYANYI TERNAMA |
17. |
Jasa
Ninda (Kassim Masdor)
- penghargaan
untuk kedua nindanya |
18. |
Kau Sumber Ilham Seniku (Ahmad
Nawab)
- penghargaan
untuk komposer yang menaikkan namanya, Ahmad Nawab |
19. |
Ku Dan Peminat (Ahmad Nawab)
- penghargaan
untuk peminat tersayang |
LIRIK YANG MENGGAMBARKAN
SHARIFAH AINI SEBAGAI SEORANG PENCINTA ILMU |
20.
21.
22. |
Kasih Berjauhan (Ismail Md
Taib)
Pengajian Di Seberang Lautan
(CC)
Di Manakah Dia (CC) |
LIRIK YANG BERTEMA CINTA
YANG DITERJEMAHKAN OLEH SHARIFAH DALAM PELBAGAI KISAH SUKA
DAN DUKA TERMASUK KISAH CINTANYA SENDIRI |
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.
35.
36.
37.
38,
39.
40.
41.
42.
43.
44.
45.
46.
47.
48.
49.
50.
51.
52.
53.
54.
55.
56,
57.
58.
59.
60.
61.
62.
63.
64.
65.
66.
67.
68.
69.
70.
71.
72.
73.
74. |
Kenangan (Ismail Md Taib)
Dia Terlupa (CC)
Jangan Ku Di Salahkan (Akbar
Nawab)
Tangisan Di Malam Hari (CC)
Dekatlah Padaku (CC)
Inikah Balasannya (CC)
Jangan Putarkan Lagu (CC)
Ke Mana Ku Kan Pergi CC)
Pasangan Bahagia (Ahmad
Nawab)
Cintaku Cintamu (Ahmad
Nawab)
Manis Manis (CC)
Kau Milik Hatiku (CC)
Singgahlah Sayang (CC)
Irama Cintaku (CC)
Laguku Malam Ini (CC)
Hapuslah Airmatamu (OST) (Ahmad Nawab)
Perasaan Hati (Ahmad Nawab)
Hatiku Hatimu (Ahmad
Nawab)
Sayangku (I Do) (CC)
Pengorbanan (Ahmad Nawab)
Di Mana (CC)
Kau Membuat Ku Gembira
(Reggie Verghese)
Lama Tak Jumpa (CC)
Tiba Tiba Rindu (Akbar Nawab)
Kau Tinggi Di Awan Biru (Ahmad
Nawab)
Hatiku Di Curi Lagi
(Ahmad Nawab)
Surat Dari Seberang
(CC)
Terserahlah Padamu (CC)
Tiada Maaf Bagimu
(Ahmad Nawab)
Inilah Laguku (CC)
Masa (Ahmad Nawab)
Cinta Dari Pandangan Mataku (Ahmad Nawab)
Bunga Mawar (CC)
Ku Pergi Ke Mana Saja Kau Pergi
(CC)
Engkau Pendusta (Ahmad
Nawab)
Jatuh Cinta Lagi (CC)
Cinta Mewangi (Bob Khalil)
Penyakit Cinta (Raja
Kobat)
Malam
(Khairil Johari Johar)
Kau Menguji Hatiku (Raja
Kobat)
Selamat Tinggal Oh Sayang
(S Atan)
Kau Datang (S Atan)
Ku Tak Ingin (Bercinta Lagi) (Sharifah Aini)
Kirimkan Kaishmu (S Atan)
Kenangan Semalam (S Atan)
Biarkan Ku Sendiri (S Atan)
Kau Ku Sayang (CC)
Lupakan Saja (S Atan)
Mimpi Indah (S Atan)
Jangan Tinggalkan Daku (Kesepian)
(Sohaimi Mior Hassan)
Malam Gelisah (CC)
Teman Bicara (Manan Ngah) |
LIRIK PELBAGAI TEMA |
75.
76.
77.
78.
79.
80.
81.
82.
83. |
Rahsia Hati (Ahmad Nawab)
Saat Hari Jadiku (Ahmad Nawab)
Seloka Kasih (Ahmad Shariff)
Joget Gembira (Akbar Nawab)
Bisikan Hati Di Pagi Raya (Ahmad
Nawab)
Suasana Hari Raya (Ahmad Nawab)
Joget Usik Mengusik (Akbar Nawab)
Nour El Ain (CC)
Nary (Ya Habeba) (CC) |
PENGHARGAAN KE ATAS RAKAN
SIBER
Penghargaan dan jutaan terima
kasih Admin ke atas
rakan siber atas ihsan perkongsian
gambar-gambar Sharifah Aini untuk digunakan dalam mencantikkan latarbelakang
lirik lagu Sharifah Aini. Kredit ke atas nama mereka dicatat pada
'thumbnail' setiap lirik,
Zakariah Setiu (21 lirik lagu),
Ramli Ahmad
(11 lirik lagu),
Kamal Azman (8 lirik lagu),
JPari Din (2 lirik lagu) dan
Idris Karim (1 lirik lagu).
Sebarang
pandangan @ komen yang membina atau ingin berkongsi info/artikel Biduanita
Sepanjang Zaman Sharifah Aini (allahyarham) sila email
carmahl@gmail.com
Ikhlas,
Kamal MS (Carmahl MS) |
|