BIDUAN NEGARA II SHARIFAH (Pentas Dunia, 28 April – 4 Mei 2000) |
Anugerah Sri Wirama yang diterima biduanita Sharifah Aini pada malam Anugerah Industri Muzik (AIM) anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang baru lalu membuktikan 'artis awet muda' ini terkuat dalam mempertahankan maruah seni suaranya meskipun sudah lebih 30 tahun dia melalui seribu satu liku hidup yang terlalu hebat cabarannya berbanding lain-lain artis di negara ini. Sharifah, janda berusia 40an boleh disifatkan terhebat dalam perebutan trofi atau anugerah berdasarkan ketahanan nama, rupa dan kualiti suara boleh menerobos cabaran-cabaran artis ampuh zaman kini seperti M Nasir, Siti Nurhaliza, Raihan, Sheila Majid, Noraniza Idris, Shawn Bahrin (sekadar beberapa nama) dan lain-lain. Ibu kepada seorang anak ini sudah pastinya mempunyai 'rahsia' yang tersendiri. Rahsia kecemerlangan hidupnya yang dibawa sejak tahun 70an sehingga ke persada alaf baru ini patut dibongkar dan dijadikan contoh untuk anak-anak seni kita hari ini dan akan datang. Sharifah berjuang di arena seni sesungguhnya bukan untuk dirinya semata, bahkan mengharumkan negeri dan negara. Lantaran itu tidak keterlaluan jika kita ciptakan andaian bahawa Sharifah jika tidak setaraf Allahyarham Biduan Negara Saloma sekalipun, pihak kerajaan negeri Johor wajar memperlakukan sesuatu atau ringkasnya menyandangkan anugerah istimwa yang mungkin suatu pingat, jika boleh selepas ini kita menyebut dia sebagai Biduan Negara II atau 'Dato' sepertimana yang diperoleh rakan-rakan seperjuangannya. Inilah hasrat murni ratusan peminat Sharifah yang menghubungi Pentas Dunia minggu lalu berikutan kemenangan artis sepanjang zaman ini disadungkan anugerah Sri Wirama. Sharifah Aini Teguh Berdiri (Harian Metro – Selasa, 18 April 2000) Sharifah Aini Selepas Tiga Dekad (Utusan Malaysia – Selasa, 18 April 2000 Kejutan Tetap Ada (Harian Metro – Isnin, 17 April 2000) Mingguan Malaysia – 26 March 2000) |