SHARIFAH AINI LAYAK UNTUK ANUGERAH WIRAMA AIM 2000 oleh Huzz (Mingguan Malaysia: Pancaindera, 26 March 2000) |
Cakap tentang AIM 2000, antara anugerah utama yang menjadi bualan ialah Anugerah Wirama. Anugerah ini bagi menghargai karyawan seni yang dah lama berjasa dalam bidang seni suara dan khazanah muzik tanah air. Nama-nama besar seperti Allahyarham Sudirman, Datuk Ahmad Nawab, Datuk Ahmad Daud dan beberapa lagi pernah menerimanya di AIM yang sudah-sudah! Tahun ini siapa yang akan menerimanya ya? Ramai juga bertanya. Bukan untuk anugerah itu saja malah banyak anugerah di AIM menjadi topik bualan. Kalau boleh biarlah kena pada artis yang nak menerimanya kan. Bila soalan tentang Anugerah Wirama ini diajukan kepada Huzz, Huzz rasa tahun ini biduanita Sharifah Aini layak menerimanya. Dia telah membuktikan kemampuannya terus bertahan di arena seni suara sejak 30 tahun lalu. Satu lagi membuktikan dia boleh duduk di bawah syarikat rakaman EMI Malaysia sejak 29 tahun lalu. Sharifah juga dalam perjuangan seni telah mengharumkan nama negara bila membuka mata pihak di luar negara untuk mengundangnya menyanyi di luar negara (Mesir dan Singapura). Sehingga hari ini pihak di Mesir khabarnya menantikan jawapannya untuk merakamkan album Arab di sana. Dalam usianya yang lama di arena seni, Sharifah Aini yang masih bagaikan lilin terus bercahaya di persada seni, buat show sana sini, konsert di merata tempat. Rasanya dengan jasa baktinya dah 30 tahun menyanyi tu wajar dia menerima Anugerah Wirama. Bagaimanapun ini cumalah cadangan Huzz. Hanya pihak penganjur dan mereka yang akan diberi peluang membuat keputusan pemenang Anugerah AIM 2000 boleh menentukan anugerah itu dan ini pada malam itu milik siapa. Bercakap tentang Sharifah Aini, seluruh peminat Sharifah Aini jangan lupa untuk datang beramai-ramai menyaksikan konsert emas irama Melayu Klasik dan Tradisionalnya di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 28 dan 29 April depan. Konsert selama lebih dua jam itu akan menyajikan lagu-lagu asli, zapin, melayu, deli, klasik dengan iringan Orkestra DBKL di bawah pimpinan Ishak Ali Muda. Tiket berharga RM80 sehingga RM250 dijangka mendapat sambutan. Biduan Negara II Sharifah (Pentas Dunia – 28 April - 4 Mei 2000) Sharifah Aini Teguh Berdiri (Harian Metro – Selasa, 18 April 2000) Sharifah Aini Selepas Tiga Dekad (Utusan Malaysia – Selasa, 18 April 2000 Kejutan Tetap Ada (Harian Metro – Isnin, 17 April 2000) |