P laylist CD Pilihan:
(dikemaskini 1 March 2022) |
|
TAN SRI P RAMLEE Boxset istimewa yang mengandungi 4 CD koleksi sensasi Tan Sri P Ramlee merupakan koleksi album rilisan semula yang buat pertama kalinya diterbitkan dalam format CD/kaset pada tahun 1990 (Lagu Lagu Terbaik Dari Teater) & 1991 (Siri Kenangan Abadi vol I, II & III). Dalam tahun 1991, sebanyak 54 buah lagu-lagu rakaman original P Ramlee yang 'evergreen' itu (terkandung dalam Siri Kenangan Abadi vol I, II & III) diproses kembali di Abbey Road Studio, London (England) yang terkenal dengan tempat rakaman lagu-lagu kumpulan The Beatles. Proses rakaman canggih ini (ketika itu) mengggunakan 'digitally remastering' dan proses canggih ini dikenali sebagai 'cedar enhancement system'. Hasil daripada proses 'digitally remastering' amat membanggakan dan dapat memberi kepuasan kepada pendengar. Tidak keterlaluan jika dikatakan lebih baik dari rakaman original. Baikpulih melalui pita yang diberi nama 'analogue disc' ini perlu dilakukan kerana pita induk rakaman lagu-lagu P Ramlee sudah lama dan bunyinya kurang memuaskan. Boxset yang terhad ini juga menghadiahkan wajah-wajah klasik P Ramlee & Saloma untuk set kalendar 2022. Senarai 4 CD yang terkandung dalam boxset TAN SRI P RAMLEE: CD 1: SIRI KENANGAN ABADI vol I (1939-1973)CD 2: SIRI KENANGAN ABADI vol II (1939-1973)CD 3: SIRI KENANGAN ABADI vol III (1939-1973) CD 4: LAGU LAGU TERBAIK DARI TEATER
Untuk info track lagu, sila lihat CD berkenaan di bawah; senarai album disusun mengikut tahun asal sesebuah album itu diterbit atau diedar. |
|
101 – Tan Sri P Ramlee(EMI & Warner, 2012) CD 1 :
CD 2:
CD 3 :
CD 4 :
CD 5 :
|
|
|
P RAMLEE: SATU INDIEPRETASI – various ar tist(Sony, 2011)
Album yang diterbitkan sempena kempen P RAMLEE ... DI MANA KAN KU CARI GANTI: SATU INDIEPRETASI yang menggabungkan penyanyi penyanyi Indie menyanyikan semula lagu-lagu Seniman Agung Allayarham Tan Sri P Ramlee. Lirik dan juga lagu asal masih dikekalkan, cuma yang berubah hanyalah gubahan lagu yang disuntik elemen baru dan juga personaliti artis yang terlibat. Lagu lagu nyanyian Allahyarham P Ramlee ini bukanlah cover version tapi 'interpolation' yang diinterpretasikan mengikut aliran masa kini demi untuk menepati citarasa muda mudi masa kini dan juga arus muzik semasa. Projek ini merupakan sebahagian daripada usaha stesen radio swasta dan kolaborasi pemuzik-pemuzik independen tempatan bagi menyokong kempen DI MANA KAN KU CARI GANTI oleh ASTRO sepanjang Oktober 2010 lalu. Pada awalnya, album kompilasi ini hanya diterbitkan dalam bentuk digital secara muat turun tetapi kini boleh didapati dalam format CD. |
|
|
DI MANA KAN KU CARI GANTI: SUATU
INSPIRASI
–
Tan Sri P Ramlee
|
|
|
TIMELESS
–
Tan Sri P Ramlee CD 1:
CD 2:
CD 3:
CD 4: duet P Ramlee & Saloma
|
|
|
P RAMLEE: 25 TAHUN TANPAMU
(1973-1998)
–
various artist
Album yang diterbitkan sempena 25 tahun pemergian
P Ramlee menampilkan sebuah lagu khas rakaman semula 'Lagenda 25' yang
telah diberi nafas baru dengan adunan akustika rock khas nyanyian Ella.
Aishah pula terpilih menyanyikan semula karya terakhir P Ramlee 'Airmata Di
Kuala Lumpur'. Lain-lain lagu adalah seleksi lagu dari album artis
lama dan baru yang pernah merakam semula lagu lagu karya P Ramlee. |
|
|
TERIMA KASIH LEGENDAKU
–
various artist
Tan Sri P Ramlee adalah tokoh yang melahirkan inspirasi dan aspirasi kepada generasi masa kini. Inspirasi dan aspirasi inilah yang melahirkan album TERIMA KASIH LEGENDAKU yang juga merupakan program khas memperingati tokoh legenda Tan Sri P Ramlee menerusi rancangan dua jam yang telah dirakamkan secara langsung dari Studio I ASTRO dan disiarkan melalui ASTRO Ria pada 30 Mei 1998. Lagu 'Aduh Sayang' 'Getaran Jiwa', 'Rukun Islam', 'Malam Bulan Di Pagar Bintang' dan 'instrumental 'Bila Mama Pakai Celana' telah dirakam secara langsung di Studio I, Astro. |
|
|
SIRI KENANGAN ABADI vol III (1939-1973)
–
Tan Sri P Ramlee
|
|
|
SIRI KENANGAN ABADI vol II (1939-1973)
–
Tan Sri P Ramlee
|
|
|
SIRI KENANGAN ABADI vol I (1939-1973)
–
Tan Sri P Ramlee
|
|
|
LAGU LAGU TERBAIK
DARI TEATER
–
Tan Sri P Ramlee
|
|
|
KOLEKSI KENANGAN ABADI P
RAMLEE vol 2
– various artist
|
|
|
MALAYA
–
P Ramlee & Saloma
Album ini telah diterbitkan dalam format piringhitam dalam dua versi - Versi asal menggunakan tajuk SUARA EMAS DARI MALAYA (GOLDEN VOICES FROM MALAYA) yang diterbitkan pada tahun 1960 dibawah label Columbia. Kemudian pada tahun yang sama album ini dicetak semula tetapi diubah tajuknya kepada MALAYA: RAMLEE AND SALOMA SING POPULAR MUSIC OF THE FAR EAST dibawah label Capitol. Terkini, album MALAYA telah diterbitkan semula dalam format CD dan rakaman remastering 'CEDAR 24 Bit Mastering' oleh Sepia Records Limited yang mana lagu-lagu dalam album ini telah dibaikpulih audionya yang menjadikan kualiti audio lebih 'murni' untuk didengar. Susunan trek lagu-lagunya kekal seperti album asal (piringhitam) yang pernah diterbitkan sebelumnya. |