Kembali Ke CD Artis Melayu Index 'N'

Dengar Playlist CD ALA DONDANG - Noraniza Idris (1997)

Playlist CD Pilihan:

ALA DONDANG - NORANIZA IDRIS (1997)

(dikemaskini 1 Disember 2023)

RIA AIDILFITRI - Noraniza Idris & Various Artist (2016)

RIA AIDILFITRINoraniza Idris & Various Artist
(NIPVSB/ Rusa Marketing, 2016)

  Akar Kita Zapin Aidilfitri (Noraniza Idris, Ihab Ismail, Fee Haiqal & L'zzay)

  Ucapan Hari Raya Noraniza Idris

   Sketsa 1: Suasana Malam Raya

  Rewang Raya (Noraniza Idris & Mimi Fly-One Nation Emcee)

  Ucapan Hari Raya Mimi Fly-One Nation Emcee

  Kalimah Lebaran (Noraniza Idris, Azmir Arif & Razis Ismail) (single 2014)

  Ucapan Hari Raya Dari Azmir Arif

   Sketsa 2: Kasih Ibu Bapa

  Kasih Ibu / Seri Mersing (Noraniza Idris)

  Ucapan Hari Raya Fadzlee Sufri

  Linangan Syawal (Noraniza Idris & Fadzlee Sufri)

  Ucapan Hari Raya Fee Haiqal

   Sketsa 3: Nostalgia Aidilfitri

  Nostalgia Aidilfitri (Noraniza Idris, Ihab Ismail, Royce Sa'ayan & Azmir Arif)

  Ucapan Hari Raya Dalili Amerda

   Sketsa 4: Kesyukuran

  Niatku (Fee Haiqal, Ihab Ismail & Dalili Amerda)

  Ucapan Hari Raya L'Zzay

   Sketsa 5: Cinta Remaja

  Aidilfitri Jadi Saksi (Fee Haiqal & L'zzay)

  Ucapan Hari Raya Royce Sa'ayan

   Sketsa 6: Perantau Pulang Ke Kampung

  Ahlan Wasahlan Ya Syawal (Noraniza Idris, Royce Sa'ayan & Ihab ismail)

  Ucapan Hari Raya Ihab Ismail

   Sketsa 7: Muhasabah Diri

  Titian Hidup (Ihab Ismail)

  Sketsa 8: Jangan Memilih Jodoh

  Angin Cinta Di Aidilfitri (Noraniza Idris, Ihab Ismail, Royce Sa'ayan &  Azmir Arif)

  Ria Aidilfitri (Noraniza Idris, Ihab Ismail, Fee Haiqal, Royce Sa'ayan, Azmir Arif & Artis NIPV)

Album raya ini menjadi buah tangan istimewa, Noraniza Idris sempena 30 tahun beliau aktif sebagai penggiat seni dalam Industri Muzik Malaysia.  Album terbitan Noraniza Idris Ventures Sdn Bhd (NIPVSB) menghimpunkan lagu lagu nyanyian Noraniza Idris secara eksklusif bersama artis-artis baru di bawah naungan syarikatnya NIPVSB, Ihab Ismail, Dalili Amerda serta penampilan istimewa anak bongsunya, Fee Haiqal dan anak tirinya, Fadzlee Sufri.  Album ini turut dimeriahkan dengan kehadiran artis undangan, Mimi Fly (One Nation Emcee), Royce Sa'ayan, L'zzay & Azmir Arif.  Lebih istimewa, album raya turut dimeriahkan dengan pengisian sketsa pendek dan ucapan khas artis-artis terlibat yang membawa pesanan bertema mengikut setiap lagu yang turut dilakonkan secara santai oleh artis-artis terlibat.  Kesemua lagu adalah rakaman baru kecuali 2 lagu yang pernah dipasarkan secara digital pada tahun 2014 'Kalimah Lebaran'.  Manakala 'Akar Kita Zapin' nyanyian solo pendatang baru Ihab Ismail diberi nafas baru dan dinyanyikan oleh Ihab Ismail bersama Noraniza Idris, Fee Haiqal & L'zzay.  Versi baru ini diberi tajuk 'Akar Kita Zapin Aidilfitri'.

KAU BINTANG KU - Noraniza Idris (2014)

KAU BINTANG KU – Noraniza Idris
(Life Records, 2014)

CD 1:

 Dayung Sampan (featuring He Yun) Mengemis Rindu Joget Si Pinang Muda (duet Sulaiman Yasin) Debak Debuk Hatiku Di Curi Lagi Setangkai Kembang Melati (duet Abdullah Chik) Ingin Ku Sandarkan Harapan Jari Jariku Sakit Semua Nada Kencana (duet Ahmad Daud) Airmata Bunga Dan Kumbang Membilang Rindu Hujung Sirih Mak Inang Kampung (duet L Ramli) Cinta Panas Dingin

CD 2:

Bulan Di Tutup Awan Budi Setahun Segunung Intan (duet Abdullah Chik) Untuk Sekali Lagi Laila Manja Kalau Kaca Menjadi Intan (duet Ahmad Fauzee) Asmara Kenang Daku Dalam Doamu Juwitaku Sayang (duet Raza) Sekapur Sirih Seulas Pinang Tetapkan Hatimu Semenjak Kita Berpisah Selasihku Sayang (duet Nassier Wahab) Mengapa Di Rindu (duet Abdullah Chik) Si Jantung Hati Aku Di Usik Sepi

REVIVAL 80'AN - Noraniza Idris (2012)

REVIVAL 80'an Noraniza Idris
(Life Records, 2012)

CD 1:  Mengemis Rindu (1987)

Mengemis Rindu Arus Sejenak Bahagia Jangat Buat Lagi Soal Susah ... Biasa Bisikan Cinta Debak Debuk Manisnya Ingatan Kau Penawar Duka Renungilah Kekasihku Si Kembar

CD 2:  Inginku Sandarkan Harapan (1988)

 Bukan Aku Di Hatimu Membilang Rindu Inginku Sandarkan Harapan Bersimpuh Kasih Lupakanlah Si Dia Tak Guna Kita Kesalkan Lagi Diari Cinta Pelangi Senja Aku Di Usik Sepi Bunga Kasih Terbiar Layu

Untuk edisi siri REVIVAL 80'AN, 2 album studio terawal Noraniza Idris yang mengandungi lagu-lagu ciptaan baru telah dirilis semula.  Album tersebut adalah MENGEMIS RINDU dan INGIN KU SANDARKAN HARAPAN.

CINTAKU SATU - Noraniza Idris (2011)

CINTAKU SATU – Noraniza Idris
(NIVPSB / e-Rama Records, 2011)

  Mahligai (featuring Jaclyn Victor)

  Enjut (featuring Cat Farish & Adeeb)

  Endang Endong (featuring Elji Henava)

  Sama Tak Serupa (featuring David Arumugam) (versi baru)

  Ayuh! Juragan/Juklah! Guru Abe (versi baru)

  Menarik Hati (featuring Marsha Milan)

  Kuasa Cinta (featuring Black)

  Hari Demi Hari (featuring Dior & Karen Tan)

  Tandang Bermadah (featuring Bob AF2) (versi baru)

  Endang Endong (versi Cintaku Satu) (featuring Bob AF2, Marsha Milan, Jaclyn Victor, Elji Henava, Dior & Karen Tan)

Apa yang menarik tentang album ini 9 dari 10 lagu merupakan kolaborasi Noraniza Idris dengan artis-artis undangan.  Terdapat dua buah lagu dari album SAWO MATANG (2004) iaitu 'Sama Tak Serupa' dan 'Ayuh! Juragan' manakala sebuah lagu dari album AURA (2002) 'Tandang Bermadah' telah diberi nafas baru termasuk gubuhan semula terhadap susunan muziknya.  Bgaimanapun 'Tandang Bermadah' tidak dinyanyikan secara solo oleh Noraniza Idris tetapi turut menampilkan bintang muda program realiti AF, Bob dan lagu tersebut merupakan versi kali ketiga ia dirakam semula.  Versi ke 2 telah dirakam oleh Noraniza Idris untuk album LENGGOK 20 TAHUN (2006) juga berduet dengan Bob.

LENGGOK 20 TAHUN - Noraniza Idris (2006)

LENGGOK 20 TAHUNNoraniza Idris
(Gerak Budaya / Life Records, 2006)

CD 1:  Lenggok

 Asyik Bisikan Hubah (featuring Mohram) (lagu baru) Syair (prolog) Tandang Bermadah (duet Bob AF2) (versi baru) Kisah Barat (prolog) Mengemis Rindu (versi baru) Mengulek (prolog) Ayuh Juragan / Juklah! Guru Abe (versi baru) Gurindam (prolog) Racau Sang Khalifah (featuring Liza Hanim) (lagu baru) Dayung Sampan (featuring He Yun) (lagu baru)

CD 2:  20 Tahun (1986-1995)

 Arus Sejenak Bahagia Debak Debuk Mengemis Rindu Diari Cinta Bunga Kasih Terkulai Layu Anak Tani (tajuk asal 'Singkong & Keju') Airmata Rindunya Setengah Mati Jangan Buat Lagi Inginku Sandarkan Harapan Asmara Bukan Aku Di Hatimu Si Jantung Hati Bulan Di Tutup Awan

Setelah 20 tahun mewarnai persada muzik tanahair dan namanya berada dipuncak kerana kejayaannya memartabatkan irama Malaysia, Noraniza Idris kembali ke syarikat rakaman pertamanya, Life Records dan melahirkan buat tangan terbarunya yang istimewa LENGGOK 20 TAHUN (CD berkembar).  CD1 menampilkan lagu-lagu baru  termasuk beberapa lagu hit Noraniza yang dirakam semula dengan susunan muzik baru yang lebih segar dan moden seperti 'Mengemis Rindu' dan 'Tandang Bermadah' (daripada album AURA).  Manakala 'Ayuh Juragan/Juklah! Guru Abe' (daripada album SAWO MATANG) ditampilkan dalam dwibahasa, bahasa Melayu & bahasa orang asli Semai.  'Asyik Bisikan Hubah' pula diambil dari album instrumental pemain seruling, Mohram dan kemudiannya diberi susunan muzik baru untuk disesuaikan dengan vokal Noraniza Idris.  Paduan vokal Noraniza dan Liza Hanim untuk lagu 'Racau Sang Khalifah' juga menarik tetapi pertembungan vokal mereka dalam bait-bait tertentu menjadikan lagu ini agak kelam kabut.  Manakala pemain erhu dari China, He Yun ditampilkan dalam lagu klasik gubahan baru 'Dayung Sampan'.  CD2 pula menghimpunkan lagu-lagu popular rakaman awal Noraniza Idris bersama syarikat Life Records.

LAGU LAGU DARI FILEM DAN KENANGAN LAMA - Various Artist (2005)

LAGU-LAGU DARI FILEM DAN KENANGAN LAMA (Kompilasi)Abdullah Chik, Noraniza Idris, Rafeah Buang, Zaleha Hamid, Nassier Wahab, Sham & Sulaiman Yasin
(Life Records, 2005)

CD 1:  duet Abdullah Chik & Noraniza Idris

 Lama Dan Baru Joget Jauh Pandangan Hasrat Rohani Setangkai Kembang Melati Budi Setahun Segunung Intan Suka Sama Suka Ingin Tahu Sengketa Dan Damai Tanda Kenangan Pertarungan

  Hati Ke Hati Hidup Bersama

CD 2:  Various Artist

 Joget Si Pinang Muda (Noraniza Idris & Sulaiman Yasin) Saat Bahagia (Abdullah Chik & Noraniza Idris) Sedangkan Lidah Lagi Tergigit (Abdullah Chik & Noraniza Idris) Menanti Jodoh (Abdullah Chik & Zaleha Hamid) Joget Bercerai Kasih (Abdullah Chik & Zaleha Hamid) Selasihku Sayang (Noraniza Idris & Nassier Wahab) Cinta Sejati (Abdullah Chik & Noraniza Idris) Peminangan (Abdullah Chik & Noraniza Idris) Tudung Saji (Abdullah Chik) Paduan Kasih (Abdullah Chik & Zaleha Hamid) Godam Godam Pol (Abdullah Chik) Senandung Kasih (Abdullah Chik & Zaleha Hamid)

Album kompilasi yang menghimpunkan seleksi lagu-lagu petikan filem dan pilihan nostalgia yang diambil dari siri album LAGU LAGU DARI FILEM DAN KENANGAN LAMA vol 1 hingga 10.  Pada awalnya album ini hanya diberi tajuk LAGU-LAGU DARI FILEM dengan menampilkan pendatang baru Noraniza idris & Sham bergabung dengan penyanyi veteran Rafeah Buang dan Sulaiman Yasin.  Tetapi untuk vol 2 hingga 10, album ini telah diberi tajuk LAGU-LAGU DARI FILEM & KENANGAN LAMA dengan menampilkan pasangan duet Abdullah Chik & Noraniza Idris untuk vol 2, 3, 4, 5 & 9; manakala Abdullah Chik berduet bersama Zaleha Hamid untuk vol 6, 7 dan 8.  Siri terakhir album ini menampilkan Noraniza Idris berkolaborasi dengan ramai artis seperti Ahmad Daud, Ahmad Fauzee, Nassier Wahab, Jatt & Raza.

THE BEST OF RATU POP TRADISIONAL - Noraniza Idris (2014)

THE BEST OF RATU POP TRADISIONAL Noraniza Idris
(SRC, 2004)

 Dikir Puteri Awallah Dondang Tinting Iboq (Kita) Hala Timur Tandang Bermadah Layar Battuta Manira Ngajat Tampi Empat Dara Ya Allah Ya Saidi Joget Berkias Kasih Dondang Dendang Si Nara

10 BEST OF THE BEST NORANIZA IDRIS vol 1 (2003)

10 BEST OF THE BEST vol 2 – Noraniza Idris
(Life Records, 2003)

 Bunga Dan Kumbang Tak Guna Kita Kesalkan Lagi Jikalau Tak Sehaluan Rindunya Setengah Mati Cinta Panas Dingin Untuk Sekali Lagi Bunga Kasih Terbiar Layu Terhenti Langkahku Debak Debuk Anak Tani (Singkong Dan Keju)

AURA - Noraniza Idris (2002)

AURA – Noraniza Idris
(SRC, 2002 / rilisan semula, 2008)

  Hala Timur

  Tandang Bermadah

  Serampang Bugis

  Layar Battuta

  Berendoi

  Sutera Lantai Emas

  Syakuntala

  Hijrah Kencana

  Melereng

  Raja Alang

Kali ini album terbaru Noraniza Idris, AURA berkonsepkan ‘fusion ethnic’.  Malah ada kelainan kerana Noraniza Idris tidak lagi menyampaikan lagu-lagu ciptaan Pak Ngah seperti album-album sebelumnya.  Sebaliknya beliau telah memberi peluang kepada komposer tersohor yang selama ini terkenal dengan lagu lagu genre pop mainstream, Adnan Abu Hassan dan Eddie Hamid untuk berkarya dalam landasan irama keMelayuan.  Adnan mnenghasilkan lagu masri, 'Layar Batutta' dan Eddie dengan muzik segar dari pantai Timur, 'Hala Timur'.

IKTIRAF - Noraniza Idris (2000)

IKTIRAF Noraniza Idris
(SRC, 2000 / rilisan semula, 2007)

  Mengulek (Introduksi)

  Iboq (Kita)

  Manira

  Laduni

  Malinja

  Logamaya

  Empat Dara

  Dewangga

  Kuala Mersing

  Ya Salam

  Joget Dondang Sayang

Album IKTIRAF membawa Noraniza Idris kembali ke irama keMelayuan seperti album ALA DONDANG (1997) yang lebih banyak menonjolkan lagu lagu asli, zapin dan ghazal.  Bagaimanapun susunan muziknya lebih kontemporari bagi menarik minat anak muda supaya meminati irama keMelayuan ini.  Noraniza Idris tetap unik dengan misinya memartabatkan irama pribumi dan kali ini memilih budaya orang Asli bagi meneruskan sinambungan eksperimentasinya melalui lagu 'Iboq (Kita)'.

BEKABA - Noraniza Idris (1999)

BEKABA – Noraniza Idris
(SRC, 1999 / rilisan semula, 2007)

  Kisah Barat (Introduksi)

  Tinting

  Ngajat Tampi

  Panji Sumandak

  Sapta

  Selat Terbrau

  Joget Si Kaduk Junjung

  Laksana Di Kata

  Ya Kasih

  Sang Puteri

  Si Nara

  Tinting (minus one)

Terdapat catatan menarik menerusi inlay album dari Noraniza Idris untuk peminatnya, "Marilah kita khabar-khabarkan kepada dunia bahawa kita punya rentak yang cukup pencaknya.  Kita punya seni yang tiada terperi.  Dan sebelum melangkah lebih jauh lagi, sebelum kita mengkhabarkan kepada dunia, khabar-khabarkanlah dan yakinkanlah kepada diri kita sendiri dahulu bahawasanya kitalah yang terbaik.  Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung."

NOSTALGIA MALINDO - Noraniza Idris (1998)

NOSTALGIA MALINDO Noraniza Idris
(Life Records, 1998)

 Anak Tani (Singkong Dan Keju) Hatiku Di Curi Lagi Jikalau Tak Sehaluan Airmata Rindunya Setengah Mati Si Jantung Hati Usaha Anak Negeri (Jamilah) Salam Dari Kota Wajah Siapa Di Hatimu Cintaku Sampai Ke Ethiopia Usah Bertanya Lagi Badai Telah Berlalu Kesetiaanku Bunga Dan Kumbang

THE BEST OF NORANIZA IDRIS (1998)

THE BEST OF NORANIZA IDRIS
(Life Records, 1998)

 Mengemis Rindu Hasrat Rohani (duet Abdullah Chik) Aku Di Usik Sepi Bunga Kasih Terbiar Layu Di Bibir Harapan Inginku Sandarkan Harapan Diari Cinta Membilang Rindu Kekasihku Si Kembar Cinta Sejati (duet Abdullah Chik) Tak Guna Kita Kesalkan Lagi Bukan Aku Di Hatimu Debak Debuk Arus Sejenak Bahagia

KOLEKSI: KAPARINYO - Noraniza Idris (1998)

KAPARINYO Noraniza Idris
(Life Records, 1998) 

 Bulan Ditutup Awan Jari Jariku Sakit Semua Kaparinyo (duet Abdullah Chik) Kenang Daku Dalam Doamu Hujung Sirih Lela Manja Setangkai Kembang Melati (duet Abdullah Chik) Sengketa Dan Damai (duet Abdullah Chik) Sekapur Sirih Seulas Pinang Asmara Hasrat Rohani (duet Abdullah Chik) Tetapkan Hatimu Cinta Sejati (duet Abdullah Chik) Semenjak Kita Berpisah

MASYHUR - Noraniza Idris (1998)

MASYHUR Noraniza Idris
(SRC, 1998 / rilisan semula, 2007)

  Gurindam (introduksi)

  Dikir Puteri

  Joget Berkias Kasih

  Permata Kasih

  Lat Tali Lat

  Zapin Pusaka

  Di Anjung Rindu

  Joget Mengidam Rindu

  Dendang Anak

  Kisah Satu Malam

  Dondang Dendang

MASYHUR menyenaraikan alunan 10 rentak irama tradisi yang mengasyik dan menarik seperti, zapin, ghazal, inang, gambus zapin, joget, asli inang, rodat, masri, dikir barat dan asli.  Sebagai introduksi terhadap album yang sarat dengan khazanah budaya dan baris kata yang indah ini, Noraniza Idris telah mengabadikan sebuah gurindam ‘yang hanya pernah didengar namanya namun sukar didengar iramanya’.  Seperti album ALA DONDANG, album ini juga mendapat sambutan hangat dan MASYHUR telah diiktiraf sebagai ALBUM POP ETNIK TERBAIK AIM 1999.  Irama dikir barat, ‘Dikir Puteri’ menjadi hit utama manakala ‘Dondang Dendang’ kemudiannya dirakam semula sebagai lagu duet Noraniza Idris & Siti Nurhaliza untuk dimuatkan dalam album etnik kolaborasi pertama mereka, SERI BALAS (1999).

ALA DONDANG - Noraniza Idris (1997)

ALA DONDANG – Noraniza Idris
(SRC, 1997 / rilisan semula, 2007)

  Awallah Dondang

  Semalu Rimba

  Joget Orang Berkasih

  Rindu

  Mustika Hati

  Purnama

  Mahligai Asli

  Padamu Jua

  Embun Setitik

  Inang Merindu

 

Album tradisional kontemporari, ALA DONDANG dengan hit utama 'Awallah Dondang', akhirnya berjaya mendominasi industri muzik tanahair yang ketika itu lebih tertumpu dengan muzik genre pop (balada) & rock.  Penghijrahan Noraniza Idris ke syarikat SRC memang tidak sia-sia kerana album eksperimental yang bertujuan untuk memartabatkan irama tradisional ini membuahkan hasil.  ALA DONDANG … diilhamkan dengan hasrat agar dapat mengembalikan khazanah muzik tradisional yang menjadi warisan pusaka turun temurun untuk generasi terkini menikmatinya menerusi album ini.  Penghasilan album ini adalah merupakan koleksi lagu lagu tradisional yang tidak ternilai dengan sentuhan dan gubahan muzik yang diberikan nafas baru serta ilham rasa oleh penulis lirik dan pencipta bersesuaian dengan peredaran masa.  Album ini bukan saja terjual melebihi 100,000 unit tetapi turut diiktiraf sebagai Album Pop Etnik Terbaik di majlis AIM 1998.

LAGU LAGU DARI FILEM & KENANGAN LAMA - Noraniza Idris & Various Artist (1996)

LAGU-LAGU DARI FILEM & KENANGAN LAMA vol 10Noraniza Idris & Various Artist
(Life Records, 1996 / rilisan semula, 2008)

  Semenjak Kita Berpisah (Noraniza Idris)

  Tanda Kasih (Noraniza Idris & Nassier Wahab)

  Paduan Kasih (Noraniza Idris & Jatt)

  Selasihku Sayang (Noraniza Idris & Nassier Wahab)

  Asmara (Noraniza Idris)

  Kamaruzzaman (Noraniza Idris & Raza)

  Nada Kencana (Noraniza Idris & Ahmad Daud)

  Juwitaku Sayang (Noraniza Idris & Raza)

  Kenang Daku Dalam Doamu (Noraniza Idris)

  Kalau Kaca Menjadi Intan (Noraniza Idris & Ahmad Fauzee)

Album ini merupakan album studio terakhir Noraniza Idris bersama Life Records yang menampilkan lagu lagu rakaman baru walaupun seleksi lagu-lagunya adalah lagu klasik lama ataupun dari petikan filem yang dirakam semula bersama artis-artis lainnya.  Album ini juga menjadi 'penamat' ke atas siri album LAGU LAGU DARI FILEM & KENANGAN LAMA yang telah diterbitkan sehingga 10 volume.

LAGU LAGU DARI FILEM & KENANGAN LAMA vol 9 - Abdullah Chik & Noraniza Idris (1994)

LAGU-LAGU DARI FILEM & KENANGAN LAMA vol 9 – Abdullah Chik & Noraniza Idris
(Life Records, 1994 / rilisan semula, 2008)

  Hasrat Rohani (duet)

  Tudung Saji (Abdullah Chik)

  Budi Setahun Segunung Intan (duet)

  Bulan Di Tutup Awan (Noraniza Idris)

  Suka Sama Suka (duet)

  Hati Ke Hati (duet)

  Tetapkan Hatimu (Noraniza Idris)

  Joget Berteguh Janji (duet)

  Bunga Bukan Sekuntum (Abdullah Chik)

  Lama Dan Baru (duet)

Penghijrahan Noraniza Idris ke syarikat rakaman lain termasuk syarikat rakaman antarabangsa Sony Music tidak dapat menaikkan nama Noraniza Idris sebagai penyanyi popular dan akhirnya beliau kembali bersama Life Records untuk meneruskan kesinambungan album bersiri LAGU LAGU DARI FILEM & KENANGAN LAMA vol 9 bersama pasangan duetnya yang serasi. Abdullah Chik.

LAGU LAGU DARI FILEM & KENANGAN LAMA vol 5 - Abdullah Chik & Noraniza Idris (1989)

LAGU-LAGU DARI FILEM & KENANGAN LAMA vol 5 – Abdullah Chik & Noraniza Idris
(Life Records, 1989 / rilisan semula, 2008)

  Si Cantik Manis (Abdullah Chik)

  Dendang Asmara (duet)

  Alam (Abdullah Chik)

  Dalam Genggaman (Abdullah Chik)

  Nasi Goreng (Abdullah Chik)

  Madu Tiga (Abdullah Chik)

  Tanda Kenangan (duet)

  Jangan Marah (Abdullah Chik)

  Nak Dara Rindu (Abdullah Chik)

  Kasih Sejati (duet)

Berbanding untuk siri-siri sebelumnya, koleksi LAGU LAGU DARI FILEM & KENANGAN LAMA vol 5 lebih menonjolkan Abdullah Chik sebagai penyanyi solo kerana hanya terdapat 3 lagu duet Noraniza Idris bersama Abdullah Chik.

LAGU-LAGU DARI FILEM & KENANGAN LAMA vol 4 - Abdullah Chik & Noraniza Idris (1988)

LAGU-LAGU DARI FILEM & KENANGAN LAMA vol 4 Abdullah Chik & Noraniza Idris
(Life Records, 1988 / rilisan semula, 2008)

  Serba Salah (Abdullah Chik)

  Nasib Malang (duet)

  Jangan Merajuk (Abdullah Chik)

  Kaparinyo (duet)

  Terpendam Di Kalbu (Abdullah Chik)

  Hidup Bersama (duet)

  Bila Cukup Bulan (Abdullah Chik)

  Mengapa Di Rindu (duet)

  Selalu Ku Rindu (Abdullah Chik)

  Mawar Desa (duet)

LAGU-LAGU DARI FILEM & KENANGAN LAMA vol 3 - Abdullah Chik & Noraniza Idris (1988)

LAGU-LAGU DARI FILEM & KENANGAN LAMA vol 3 – Abdullah Chik & Noraniza Idris
(Life Records, 1988 / rilisan semula, 2008)

  Tiada Lari Gunung Di Kejar (duet)

  Bercerai Kasih (Abdullah Chik)

  Mabuk Kepayang (duet)

  Hitam Manis (Abdullah Chik)

  Dahaga (duet)

  Peminangan (duet)

  Kerana Budi (Abdullah Chik)

  Sedangkan Lidah Lagi Tergigit (duet)

  Jangan Berubah Laku (Abdullah Chik)

  Sengketa Dan Damai (duet)

 

LAGU-LAGU DARI FILEM & KENANGAN LAMA vol 2 - Abdullah Chik & Noraniza Idris (1987)

LAGU-LAGU DARI FILEM & KENANGAN LAMA vol 2 Abdullah Chik & Noraniza Idris
(Life Records, 1987 / rilisan semula, 2008)

  Bersendirian (Abdullah Chik)

  Pertaruhan (duet)

  Isteriku Sejati (Abdullah Chik)

  Saat Bahagia (duet)

  Setangkai Kembang Melati (duet)

  Cuba Meminang (Abdullah Chik)

  Joget Jauh Pandangan (duet)

  Ingin Tahu (duet)

  Korban Fitnah (Burung Dalam Sangkar) (Abdullah Chik)

  Cinta Sejati (duet)

LAGU-LAGU DARI FILEM - Noraniza Idris, Rafeah Buang, Sulaiman Yasin & Sham (1986)

LAGU-LAGU DARI FILEM Noraniza Idris, Rafeah Buang, Sham & Sulaiman Yasin
(Life Records, 1986 / rilisan semula, 2008)

  Sumpah Tanda Setia (Noraniza Idris & Sulaiman Yasin)

  Setangkai Kembang Melati (Noraniza Idris & Sham)

  Jari Jariku Sakit Semua (Noraniza Idris)

  Pengantin (Rafeah Buang & Sham)

  Joget Si Pinang Muda (Noraniza Idris & Sulaiman Yasin)

  Suka Sama Suka (Rafeah Buang & Sham)

  Malam Cemerlang (Rafeah Buang & Sham)

  Paduan Kasih (Rafeah Buang & Sham)

  Seloka (Rafeah Buang & Sham)

  Sekapur Sirih Seulas Pinang (Noraniza Idris)

INFO RINGKAS mengenai siri album LAGU-LAGU DARI FILEM & KENANGAN LAMA.  Ia telah diterbitkan sebanyak 10 vol.  Pada awalnya album ini hanya diberi tajuk LAGU-LAGU DARI FILEM dengan menampilkan pendatang baru Noraniza idris & Sham bergabung dengan penyanyi veteran Rafeah Buang dan Sulaiman Yasin.  Tetapi untuk vol 2 hingga 10, album ini telah diberi tajuk LAGU-LAGU DARI FILEM & KENANGAN LAMA dengan menampilkan pasangan duet Abdullah Chik & Noraniza Idris untuk vol 2, 3, 4, 5 & 9; manakala Abdullah Chik berduet bersama Zaleha Hamid untuk vol 6, 7 dan 8.  Siri terakhir album ini menampilkan Noraniza Idris berkolaborasi dengan ramai artis seperti Ahmad Daud, Ahmad Fauzee, Nassier Wahab, Jatt & Raza.

MELAYU DELI (L Ramli, A Dayang, S Jibeng, Sham & Noraniza Idris)

MELAYU DELI L Ramli, A Dayang, S Jibeng, Sham & Noraniza Idris
(Life Records, 1985 / rilisan semula, 2004)

  Hujung Sirih (Noraniza Idris)

  Cermin Budi (Sham)

  Mak Inang Kampung (L Ramli & Noraniza Idris)

  Lela Manja (Noraniza Idris)

  Takdir Tuhan (S Jibeng)

  Inang Pulau Kampai (L Ramli)

  Seri Siantan (A Dayang)

  Senandung Cina (Sham)

  Suriram (A Dayang & Sham)

  Pura Pura (L Ramli)

Album ini merupakan album pengenalan Noraniza Idris sebaik saja menjadi artis rakaman syarikat Life Records.  Sebelum muncul dengan album solo yang mengandungi lagu-lagu ciptaan baru, MENGEMIS RINDU (1987), Noraniza Idris hanya tampil sebagai penyanyi 'cover version' yang merakamkan lagu-lagu dari penyanyi lain melalui album bergenre tradisional, keroncong, lagu-lagu petikan filem dan lagu-lagu pop popular Malindo (Malaysia & Indonesia).

SEJARAH RINGKAS PERJALANAN SENI noraniza idris

Bekas peserta Bintang RTM, Noraniza Idris mula diperkenalkan oleh Life Records sebagai penyanyi rakaman melalui album MELAYU DELI pada tahun 1985.  Album bergenre tradisional ini telah menggabungkan Noraniza Idris dengan artis-artis veteran seperti L Ramli, S Jibeng & A Dayang dan bintang baru seangkatannya Sham.  Di awal pembabitannya sebagai artis rakaman, Noraniza Idris hanya berpeluang merakam lagu-lagu rakaman semula bersama-sama artis-artis lain melalui album projek memartabatkan irama Melayu-Nusantara dalam album KERONCONG AIDILFITRI (1986) dan LAGU LAGU DARI FILEM (1986).  Bagaimanapun namanya mula menjadi sebutan apabila menghasilkan dua album rakaman semula (cover version) lagu-lagu hits kontemporari Malayisa dan Indonesia (Malindo) menerusi album PUJAAN MALINDO vol 1 dan 2 (1986 & 1987).  Syarikat rakaman Life Records kemudiannya menggandingkan Noraniza Idris bersama bintang veretan Abdullah Chik untuk merakam lagu lagu klasik filem lama menerusi album LAGU LAGU DARI FILEM & KENANGAN LAMA vol 2 (kesinambungan dari album LAGU LAGU DARI FILEM, 1986) yang menerima sambutan baik di kalangan peminat.  Natijah kerana sering merakam lagu-lagu penyanyi-penyanyi lain, Noraniza Idris telah digelar Ratu Ciplak.  Bagaimanapun gelaran ini juga membantu menaikkan populariti Noraniza Idris sehingga Life Records memberi peluang Noraniza Idris muncul dengan lagu-lagu baru menerusi album solonya yang ketiga MENGEMIS RINDU (1987) dan diikuti INGIN KU SANDARKAN HARAPAN (1988).  Walaupun kedua-dua album tersebut melahirkan lagu hit ‘Mengemis Rindu’ & ‘Ingin Ku Sandarkan Harapan’ tetapi ianya tidak cukup ampuh untuk melonjakkan nama Noraniza Idris sebaris dengan nama-nama artis popular wanita yang cukup berjaya ketika itu seperti Francissca Peters, Azlina Aziz, Siti Fairuz, Rohana Jalil, Zaiton Sameon & Ramlah Ram.  Populariti yang dikecapi turut memberi ruang kepada Noraniza Idris untuk muncul sebagai pelakon utama filem airmata, SAYANG IBU (1988) arahan Omar Rojik.  Setakat ini, SAYANG IBU merupakan filem pertama dan terakhir lakonan Noraniza Idris manakala INGIN KU SANDARKAN HARAPAN menjadi album solo terakhir Noraniza Idris bersama Life Records kerana selepas itu Noraniza Idris hanya berpeluang merakam lagu-lagu rakaman semula petikan dari filem bergandingan bersama Abdullah Chik.  Mereka menjadi pasangan duet yang serasi dan berjaya menghasilkan 4 album LAGU LAGU FILEM & KENANGAN LAMA vol 2, 3, 4 & 5 sebelum Noraniza Idris berhijrah ke syarikat rakaman yang lain.

Pada tahun 1990 Noraniza Idris melahirkan album MASIHKAH DIRIMU MENYAYANGIKU terbitan Omar Nawab, terbitan Artiste Media Audio Vision dan kemudiannya pada tahun 1991 menjadi artis Sony Music dengan melahirkan dua album.  Album perdananya duet bersama Ibnor Riza, SEINDAH BUDIMU vol 2 dan kemudiannya Ahmad Ali (dikenali Jimmy Ali) menjadi penerbit album solonya, NORANIZA IDRIS (1992) yang berkonsepkan pop etnik.  Ketiga-tiga album ini kurang mendapat sambutan dan gandingan Noraniza Idris & Ibnor Riza tidak menjadi.  Akhirnya Noraniza Idris kembali bersama Life Records dan bergandingan semula dengan Abdullah Chik untuk meneruskan kesinambungan penerbitan album LAGU LAGU FILEM & KENANGAN LAMA vol 9 (1994) dan kemudian berduet bersama Nassier Wahab, Raza, Jatt dan bintang veteran Ahmad Daud untuk siri terakhir album LAGU LAGU FILEM & KENANGAN LAMA vol 10 (1996).  Bagaimanapun tragedi kematian pasangan duet Noraniza Idris, biduan veteran Abdullah Chik pada tahun 1995 telah menyebabkan Noraniza Idris menyepi seketika sebelum bangkit semula menjadi penyanyi pop etnik tersohor selepas menjadi artis rakaman SRC pada tahun 1997.

Bersama SRC, Noraniza Idris telah bekerjasama dengan penerbit album Pak Ngah (Suhaimi Mohd Zain) & S Atan untuk melahirkan album eksperimental yang bercorak pop tradisional/etnik kontemporari, ALA DONDANG (1997).  Album ini mendapat sambutan hebat dan mencecah jualan melebihi 100,000 unit dan bersaing dengan sebuah lagi album pop tradisional/etnik kontemporari yang juga mendapat sambutan luarbiasa, CINDAI (juga terbitan Pak Ngah) nyanyian pendatang baru yang cukup berjaya ketika itu, Siti Nurhaliza yang juga menjadi artis sebumbung dengan Noraniza Idris di SRC.  Tidak dinafikan hasil kreativiti Pak Ngah secara tidak langsung telah mengangkat martabat irama etnik dan amat membanggakan apabila irama tersebut menguasai arus perdana muzik tempatan di awal era Melinium.  Berbanding dengan Siti Nurhaliza, Noraniza Idris terus konsisten dengan perjuangannya untuk memartabatkan irama tradisional/etnik kontemporari dengan melahirkan album-album yang banyak bereksperimen dengan muzik sejagat/pribumi hingga diberi gelaran Ratu Irama Tradisional Malaysia dan Ratu Pop Tradisional.  Populariti hebat yang dikecapi oleh Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza dalam muzik bergnre pop tradisional/etnik kontemporari telah menggabungkan mereka dalam album SERI BALAS (1999), sebuah album yang cukup untuk ‘dikenang’ oleh peminat kedua-dua penyanyi tersebut bukan sahaja kerana lagu hit ‘Hati Kama’ ataupun keserasian mereka sebagai pasangan duet tetapi juga ‘perang dingin’ yang membadai kedua penyanyi popular tersebut.  ALA DONDANG dan SERI BALAS merupakan album yang memberi impak yang besar ke atas kejayaan Noraniza Idris sebagai pejuang irama tradisional/etnik kontemporari sehingga mencetuskan fenomena.  Album ALA DONDANG telah diiktiraf sebagai Album Pop Etnik Terbaik Anugerah Industri Muzik 1998 manakala SERI BALAS memenangi kemenangan berganda Anugerah Industri Muzik 2000 melalui kategori Album Pop Etnik Terbaik dan Album Terbaik.  Lagu hit ‘Hati Kama’ pula memenangi Juara Kategori Irama Malaysia menerusi Anugerah Juara Lagu 1999 terbitan TV3.  Noraniza Idris terus aktif melahirkan album baru iaitu BEKABA (1999) dan IKTIRAF (2000) yang berterusan menyaksikan kejayaan Noraniza Idris menerusi lagu hit ‘Tinting’, ‘Ngajat Tampi’, ‘Iboq’ dan ‘Manira’.  Bagaimanapun sebelum menamatkan kontrak dengan SRC pada tahun 2003, Noraniza Idris telah tampil dengan pembaharuan dengan memilih bekas suami, Fareez untuk penerbitan album AURA (2002) yang lebih fokus kepada muzik etnik yang lebih segar melalui karya, ‘Hala Timur’, ‘Tandang Bermadah’ dan ‘Layar Battuta’.  Sebelum ini kesemua album Noraniza Idris diterbitkan oleh Pak Ngah.

Setelah tamat kontraknya dengan syarikat rakaman SRC (2003), Noraniza Idris yang ketika itu telahpun mempunyai label sendiri Gerak Budaya Sdn Bhd dengan kerjasama Universal Music telah melahirkan album SAWO MATANG (2004).  Hit utama dari album ini ialah ‘Hatinya Tak Tahan'.  Album ini telah meraih kejayaan apabila AIM 12 telah mengiktiraf SAWO MATANG sebagai Album Pop Etnik Terbaik manakala lagu ‘Hatinya Tak Tahan’ berjaya mengungguli Persembaahan Terbaik di AJL ke 18 dan Lagu Etnik / Global Pilihan di Anugerah ERA 2004.  Pada tahun 2006, Noraniza Idris kembali berkerjasama dengan Life Records untuk penerbitan album kompilasi berkembar khas sempena 20 tahun penglibatan beliau dalam industri muzik, LENGGOK 20 TAHUN.  Terdapat 2 lagu baru, Racau Sang Khalifah (duet bersama Liza Hanim) dan Asyik Bisikan Hubah dan sebuah lagu klasik yang diolah semula, 'Dayung Sampan' (menampilkan pemain erhu, He Yun dari negara China).  Terdapat juga prolog yang dizahirkan melalui syair, gurindam, ulek dan kisah barat.  Selebihnya adalah lagu-lagu popular yang pernah Noraniza Idris rakamkan di bawah label Life Records termasuk 3 buah lagu istimewa yang dirakam semula iaitu 'Mengemis Rindu', 'Tandang Bermadah' dan 'Ayuh Juragan/Juklah! Guru Abe'.

Noraniza Idris kemudiannya menubuhkan syarikat produksinya sendiri Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVSB) yang bertindak untuk menguruskan kerjaya seninya dan menerbitkan album artis dibawah label NIPVSB.  NIPVSB telah berkerjasama dengan eRama Records untuk penerbitan album Noraniza Idris yang seterusnya, CINTAKU SATU (2011) yang menyaksikan beliau berduet dengan ramai penyanyi baru seperti Jaclyn Victor, Marsha, Bob AF, Dior, Elji Henava, Black dan Karen Tan.  Pada penghujung tahun 2011, Noraniza Idris telah mengumumkan projek untuk menerbitkan album PRIMADONA.  Album PRIMADONA akan merakamkan lagu-lagu popular primadona seni suara dekad 70an yang amat disegani, Sharifah Aini, Rafeah Buang dan Sanisah Huri sebagai penghargaan ke atas penyanyi yang diminatinya.  Sayangnya, walaupun senarai lagu-lagu telah dipilih, projek ini sehingga kini tidak menjadi dan hanya single 'Dekatlah Padaku' (nyanyian asal Sharifah Aini) berjaya diterbitkan dan dilancarkan pada penghujung Disember 2011.

Pada Ramadhan 2016, RIA AIDILFITRI pula diterbitkan.  Konsep album ini lebih menjurus kepada sketsa pendek yang diselang-seli lagu-lagu raya nyanyian beliau bersama artis-artis baharu dibawah produksinya sendiri, NIPVSB.  Album raya RIA AIDILFITRI ia turut dimeriahkan dengan ucapan khas penyanyi jemputan.  Selepas album ini Noraniza Idris hanya menghasilkan single, antaranya 'Wangikanlah Hatimu' (2017) berkolaborasi bersama penyanyi baru, Tyka yang dicungkil bakatnya daripada program realiti 3 JUARA dan 'Permata Saadah' (2017) dan sebelumnya berkolaborasi dengan L'Zzay untuk single 'Mohon Terasa' (2016).

Diskografi noraniza idris

(menyenaraikan diskografi lengkap LP/Kaset/CD Noraniza Idris termasuk album yang memasukkan lagu baru dalam album kompilasinya sendiri ataupun dalam album kompilasi perlbagai artis)

  melayu deli - Various Artist  (LP - Life Records, 1985)

Sebelum berpeluang merakamkan album solo, Noraniza Idris diberi peluang terlebih dahulu merakam 3 buah lagu dalam album bergenre Melayu Deli bersama artis-artis lain.  Lagu-lagu tersebut ialah 'Hujung Sirih', 'Laila Manja' dan berduet bersama L Ramli untuk lagu 'Mak Inang Kampung'.

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD rilisan semula MELAYU DELI di atas.

  keroncong aidilfitri - Various Artist (LP - Life Records, 1986)

Album raya bergenre keroncong ini turut menampilkan Noraniza Idris menyanyikan tiga buah lagu klasik raya 'Suasana Riang Di Hari Raya', 'Suasana Hari Raya' dan 'Aidilfitri'.

Senarai lagu;

Bila Takbir Bergema (Rafeah Buang) Musafir Di Aidilfitri (Elias Shah) (oa S Jibeng) Suasana Riang Di Hari Raya (Noraniza Idris) (oa Junainah M Amin ) Selamat Hari Raya (Elias Shah) (oa Ahmad Jais) Selamat Hari Raya (Ina) (oa Fazedah Joned) Suasana Hari Raya (Noraniza Idris (oa Sharifah Aini) Dendang Perantau (Abdullah Shahrin) (oa P Ramlee) Aidilfitri (Noraniza Idris) (versi Sanisah Huri) Selamat Hari Raya (Rafeah Buang) (oa Saloma) Suara Takbir (Abdullah Shahrin) (oa P Ramlee)

  LAGU LAGU DARI FILEM - Various Artist  (LP - Life Records, 1986)

Album berkonsepkan seleksi lagu petikan filem filem klasik lama tetapi diberi nafas baru turut menyenaraikan 5 buah lagu nyanyian Noraniza Idris termasuk 2 lagu duet dengan pendatang baru, Sham dan penyanyi veteran, Sulaiman Yasin.

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD rilisan semula LAGU LAGU DARI FILEM di atas.

  10 PUJAAN MALINDO - Noraniza Idris (LP - Life Records 1986)

10 PUJAAN MALINDO merupakan album solo pertama Noraniza Idris dan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau merupakan lagu 'cover version' iaitu lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh artis-artis tempatan dan juga dari negara seberang (Indonesia).  Bagaimanapun album ini mendapat sambutan luar biasa sehingga Noraniza Idris berpeluang merakam sebuah lagi album yang berkonsep sebegini.

Senarai lagu;

Bunga Dan Kumbang (oa Endang S Taurina) Anak Tani (lagu asal 'Singkong Dan Keju') (oa Bill & Broad) Wajah Siapa Di Hatimu (oa Azlina Aziz) Untuk Sekali Lagi (oa Suzila Salam) Salam Dari Kota (judul asal 'Kau Di Sisiku') (oa Endang S Taurina) Jikalau Tak Sehaluan (oa Farida Mohamed) Si Jantung Hati (oa Ade Putra) Hatiku Di Curi Lagi (oa Sharifah Aini) Cintaku Sampai Ke Ethiopia (oa Ria Resty Fauzy) Usah Bertanya Lagi (oa Siti Fairuz)

  10 PUJAAN MALINDO vol ii - Noraniza Idris (LP - Life Records 1987)

Senarai lagu;

Rindunya Setengah Mati (oa Ade Putra) Airmata (oa Noreen Noor) Cinta Panas Dingin (oa Endang S Taurina) Aku Kehilanganmu (oa Francissca Peter) Rozana (oa Search) Stanza Sekeping Hati (oa Ben Nathan) Badai Telah Berlalu (oa Ria Resty Fauzy) Kau Racun Hidupku (oa Sharifah Aini) Kesetiaanku Usaha Anak Negeri (lagu asal 'Jamilah') (oa Jamal Mirdad)

  lagu lagu dari dari filem & kenangan manis vol 2 - Abdullah Chik & Noraniza Idris (LP - Life Records, 1987)

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD rilisan semula LAGU LAGU DARI FILEM & KENANGAN MANIS vol 2 di atas.

  MENGEMIS RINDU - Noraniza Idris (LP - Life Records 1987)

Sebelum ini lagu-lagu yang dirakam oleh Noraniza Idris merupakan lagu-lagu rakaman semula daripada penyanyi-penyanyi lain, dan MENGEMIS RINDU merupakan album solo pertamanya yang menyenaraikan kesemua lagu-lagu ciptaan baru.

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD1 REVIVAL 80'AN (Life Records, 2012) di atas.

  lagu lagu dari dari filem & kenangan manis vol 3 - Abdullah Chik & Noraniza Idris (LP - Life Records, 1988)

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD rilisan semula LAGU LAGU DARI FILEM & KENANGAN MANIS vol 3 di atas.

  lagu lagu dari dari filem & kenangan manis vol 4 - Abdullah Chik & Noraniza Idris (LP - Life Records, 1988)

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD rilisan semula LAGU LAGU DARI FILEM & KENANGAN MANIS vol 4 di atas.

  INGIN KU SANDARKAN HARAPAN - Noraniza Idris (LP - Life Records 1988)

Selepas kejayaan album MENGEMIS RINDU, Noraniza Idris berpeluang melahirkan sebuah lagu album yang menyenaraikan kesemua lagu-lagu ciptaan baru.  Lagu popular dari album ini 'Ingin Ku Sandarkan Harapan' kemudiannya dirakam semula oleh Hetty Koes Endang untuk album beliau SIAPA MENABUR SIAPA MENUAI (Life Records, 1989). 

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD2 REVIVAL 80'AN (Life Records, 2012) di atas.

  lagu lagu dari dari filem & kenangan manis vol 5 - Abdullah Chik & Noraniza Idris (LP - Life Records, 1989)

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD rilisan semula LAGU LAGU DARI FILEM & KENANGAN MANIS vol 5 di atas.

  20 BEST OF THE BEST - Noraniza Idris (Kaset - Life Records, 1989)

Album kompilasi ini turut memuatkan 2 buah lagu baru, 'Di Bibir Harapan' (ciptaan Fauzi Marzuki) dan 'Terhenti Langkahku' (ciptaan A Ali).

Senarai lagu;

Di Bibir Harapan (lagu baru) Bunga Dan Kumbang Mengemis Rindu Rindunya Setengah Mati Membilang Harapan Jikalau Tak Sehaluan Kau Racun Hidupku Bukan Aku Di Hatimu Bunga Kasih Terbiar Layu Kekasihku Si Kembar Anak Tani Tak Guna Kita Kesalkan Lagi Si Jantung Hati Untuk Sekali Lagi Cinta Panas Dingin Jangan Buat Lagi Cintaku Sampai Ke Ethiopia Debak Debuk Badai Telah Berlalu Terhenti Langkahku (lagu baru)

  Masihkah dirimu menyayangiku - Noraniza Idris (LP - Artiste Media Audio Vision / MSO, 1989)

Senarai lagu;

Masihkah Dirimu Menyayangiku Pudar Warna Cinta Pegangan Diri Joget Gadis Desa Tangisan Di Sudut Hati Suara Kalbu Bimbang Jiran Tetangga Baru Jangan Menangis Lagi Mata Hanya Memandang

  seindah budimu vol 2 - Ibnor Riza & Noraniza Idris (LP - Sony 1991)

Bernaung di syarikat rakaman Sony Music, Noraniza Idris telah digandingkan dengan Ibnor Riza untuk album SEINDAH BUDIMU vol 2 yang berkonsepkan rakaman semula koleksi lagu lagu malar segar.  Sebelum ini album SEINDAH BUDIMU (Sony, 1990) telah menampilkan Ibnor Riza bersama Rohayu Majid.

Senarai lagu;

Gitar Berbunyi (Noraniza Idris) Insan Dan Bunga (Ibnor Riza) Seri Bulan (duet) Istana Cinta Yang Mana Satu Idaman Kalbu (duet) Fatwa Pujangga (Ibnor Riza) Aci Aci Buka Pintu (duet) Tolonglah Kami (Ibnor Riza) Saat Yang Bahagia (duet) Tiga Malam (Noraniza Idris)

  noraniza idris (CD - Sony 1991)

Setelah menghasilkan album duet bersama Ibnor Riza. SEINDAH BUDI vol 2, Sony Muzik telah menerbitkan sebuah album solo Noraniza Idris yang hanya menggunakan namanya sebagai tajuk album.  Bersama Sony Muzik, Noraniza Idris hanya berjaya merakamkan 2 album saja.

Senarai lagu;

Monolog Duka Siapa Aku Di Matamu Ku Di Sini Cuba Kau Fikir Gelora Rindu Segunung Janji Selaut Kasih Duka Rindu Rentak Tandak Alangkah Indah Di Waktu Pagi Rindu Rinduan

   lagu lagu dari dari filem & kenangan manis vol 9 - Abdullah Chik & Noraniza Idris (LP - Life Records, 1994)

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD rilisan semula LAGU LAGU DARI FILEM & KENANGAN MANIS vol 9 di atas.

   lagu lagu dari dari filem & kenangan manis vol 10 - Various Artist  (LP - Life Records, 1996)

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD rilisan semula LAGU LAGU DARI FILEM & KENANGAN MANIS vol 10 di atas.

   ala dondang - Noraniza Idris (CD - SRC, 1997)

ALA DONDANG merupakan album pertama Noraniza Idris dibawah label SRC.  Misi dan visi Noraniza Idris untuk memartabatkan lagu-lagu bergenre kemelayuan kesampaian apabila kesemua albumnya bersama SRC mendapat sambutan luarbiasa terutamanya album ALA DONDANG.  Lagu 'Awallah Dondang' dari album ALA DONDANG telah menjulang nama Noraniza Idris sebagai penyanyi pop etnik yang cukup berjaya di era tersebut dan kejayaan terbesar apabila album ini telah diiktiraf sebagai Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1998.

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD rilisan semula ALA DONDANG di atas.

   KAPARINYO - Noraniza Idris (CD - Life Records, 1998)

Album kompilasi yang menghimpunkan lagu-lagu irama keMelayuan yang pernah dirakam oleh Noraniza Idris ketika bersama Life Records.

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD KAPARINYO di atas.

  SELEKSI HARI RAYA - Various Artist  (CD - SRC, 1988)

Album raya yang memuatkan lagi ciptaan baru dan lagu klasik raya rakaman semula turut memuatkan sebuah lagu raya solo nyanyian Noraniza Idris, 'Masih Ada Yang Sayang' yang pernah dipopularkan oleh Nas Atea tetapi liriknya disesuaikan untuk mood raya.  Terdapat juga sebuah lagu raya ciptaan baru, 'Nikmat Hari Raya' disampaikan oleh Noraniza Idris bersama Siti Nurhaliza & September 5.

  masyhur - Noraniza Idris (CD - SRC, 1998)

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD rilisan semula MASYHUR di atas.

  THE BEST OF NORANIZA IDRIS (CD - Life Records, 1998)

Album kompilasi yang menghimpunkan lagu-lagu nuansa pop yang pernah dirakam oleh Noraniza Idris ketika bersama Life Records.

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD THE BEST OF NORANIZA IDRIS di atas.

  NOSTALGIA MALINDO - Noraniza Idris (CD - Life Records, 1998)

Album kompilasi yang menghimpunkan lagu-lagu rakaman semula nyanyian Noraniza Idris yang sebelumnya pernah dinyanyikan oleh artis-artis tempatan, Indonesia dan juga Singapura.

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD NOSTALGIA MALINDO di atas.

  JUWITAKU - 2 by 2 (CD - SRC, 1988)

Album solo ke 3 kumpulan yang dianggotai 4 orang anak muda, 2 by 2 turut mengundang Noraniza Idris untuk berduet dalam sebuah lagu klasik lama 'Tanda Kasih'.

  MOLEK - Siti Nurhaliza, Noraniza Idris & Liza Hanim (CD - SRC, 1988)

Album kompilasi yang menampilkan lagu-lagu popular daripada 3 bintang popular syarikat rakaman SRC, Siti Nurhaliza, Noraniza Idris & Liza Hanim turut memuatkan 3 buah lagu baru' 'Kini Kau Di Sisi' (Siti Nurhaliza), 'Dendang Buat Suami' (tetapi dalam abum dicatat tajuk yang salah 'Rendang Buat Suami') (Noraniza Idris) dan 'Jaringan Cinta' (Liza Hanim).

  SERI BALAS - Siti Nurhaliza & Noraniza Idris (CD - SRC, 1999)

SERI BALAS menggabungkan dua penyanyi popular dari syarikat rakaman yang sama, SRC iaitu Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza.  Album berkonsepkan irama Melayu/Tradisional ini melakar sejarah apabila diiktiraf sebagai Album Terbaik dan Album Pop Etnik Terbaik di ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM) 2000.  'Hati Kama' menjadi lagu paling hit di semua stesen radio tempatan termasuk stesen radio yang kebiasaanya meng'anaktirik'an lagu lagu berirama keMelayuan.

  bekaba - Noraniza Idris (CD - SRC, 1999)

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD rilisan semula BEKABA di atas.

  AIDILFITRI DI ALAF BARU - Various Artist (CD - SRC, 2000)

Album kompilasi raya ini menampilkan empat buah lagu raya ciptaan baru termasuk sebuah darinya dinyanyikan oleh Noraniza Idris iaitu 'Kenangan Perantau'.  Lagu raya ciptaan baru lainnya ialah 'Bila Hari Raya Menjelma' (Siti Nurhaliza) dan 'Salam Kejauhan' (Liza Hanim) dan 'Aidilfitri Di Alaf Baru' dinyanyikan oleh Noraniza Idris bersama Siti Nurhaliza, Liza Hanim & Anis Suraya.

  IKTIRAF - Noraniza Idris (CD - SRC, 2000)

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD rilisan semula IKTIRAF di atas.

  1 IRAMA 3 SUARA - Siti Nurhaliza, Noraniza Idris & Nurhaida (CD - SRC, 2001)

Album kompilasi yang menghimpunkan seleksi irama pop etnik yang pernah popular dan mendapat sambutan daripada 3 penyanyi popular dari syarikat rakaman SRC, Siti Nurhaliza, Noraniza Idris dan Nurhaida.

  SALAM AIDILFITRI - Various Artist (CD - SRC, 2001)

Album kompilasi raya ini menampilkan tiga buah lagu raya ciptaan baru termasuk sebuah darinya dinyanyikan oleh Noraniza Idris iaitu 'Halal Bihalal'.  Lagu raya ciptaan baru lainnya ialah 'Nazam Lebaran' (Siti Nurhaliza) dan 'Pada Hening Pagi Raya' (Liza Hanim).  Manakala New Boyz merakam semula lagu raya nyanyian asal Sudirman 'Dari Jauh Ku Pohon Maaf'.

  aura - Noraniza Idris (CD - SRC, 2002)

AURA merupakan album studio terakhir Noraniza Idris bersama syarikat rakaman SRC.

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD rilisan semula AURA di atas.

  16 lagu emas melayu terbaik - Datin Rafeah Buang & Noraniza Idris (CD - Life Records, 2002)

Senarai lagu;

Damak (Rafeah Buang) Jari Jariku Sakit Semua (Noraniza Idris) Selasihku Sayang (Rafeah Buang & Ahmad Jais) Cinta Sejati (Noraniza Idris & Abdullah Chik) Dari Hati Ke Hati (Rafeah Buang & Jamaluddin Alias) Hujung Sirih (Noraniza Idris) Joget Pengantin Baru (Rafeah Buang) Sekapur Sirih Seulas Pinang (Noraniza Idris) Sri Sarawak (Rafeah Buang) Mak Inang Kampung (Noraniza Idris & L Ramli) Suka Sama Suka (Rafeah Buang & Sham) Bunga Dan Kumbang (Noraniza Idris) Malam Cemerlang (Rafeah Buang & Sham) Laila Manja (Noraniza Idris) Joget Menanti Jodoh (Rafeah Buang) Joget Si Pinang Muda (Noraniza Idris & Sulaiman Yasin)

  PERSEMBAHAN NORANIZA IDRIS DENGAN LAGU LAGU MALINDO (CD - Life Records, 2003)

Album kompilasi yang menghimpunkan seleksi lagu-lagu popular Malaysia dan Indonesia yang dirakam semula oleh Noraniza Idris yang diambil dari album beliau 10 PUJAAN MALINDO vol I & II.

Senarai lagu;

Anak Tani (lagu asal 'Singkong Dan Keju') Hatiku Di Curi Lagi Jikalau Tak Sehaluan Airmata Rindunya Setengah Mati Si Jantung Hati Usaha Anak Negeri (lagu asal 'Jamilah') Salam Dari Kota (judul asal 'Kau Di Sisiku') Wajah Siapa Di Hatimu Cintaku Sampai Ke Ethiopia Usah Bertanya Lagi Badai Telah Berlalu Kesetiaanku Bunga Dan Kumbang

  1 IRAMA 3 SUARA vol 2- Siti Nurhaliza, Noraniza Idris & Nurhaida (CD - SRC, 2003)

Album kompilasi yang menghimpunkan sebahagian lagi seleksi irama pop etnik yang pernah popular dan mendapat sambutan daripada 3 penyanyi popular dari syarikat rakaman SRC, Siti Nurhaliza, Noraniza Idris dan Nurhaida. 

Senarai lagu;

Nirmala (Siti Nurhaliza) Hala Timur (Noraniza Idris) Menanti Sirih Berlipat (Nurhaida) Badarsila (Siti Nurhaliza) Dikir Puteri (Noraniza Idris) Canggung Muda (Nurhaida) Pandang Pandang Jeling Jeling (live) (Siti Nurahliza & SM Salim) Ngajat Tampi (Noraniza Idris) Kurik Kundi (Siti Nurhaliza) Dondang Di Sayang (Nurahaida) Mohon Kasih (live) (Siti Nurhaliza) Layar Battuta (Noraniza Idris)

  10 BEST OF THE BEST vol 1 - NORANIZA IDRIS (CD - Life Records, 2003)

Senarai lagu;

Si Jantung Hati Bukan Aku Di Hatimu Membilang Rindu Kekasihku Si Kembar Kau Racun Hidupku Jangan Buat Lagi Cintaku Sampai Ke Ethiopia Badai Telah Berlalu Jikalau Tak Sehaluan Di Bibir Harapan

  10 BEST OF THE BEST vol 2 - NORANIZA IDRIS (CD - Life Records, 2003)

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD 10 BEST OF THE BEST NORANIZA IDRIS Vol 2 di atas.

  sawo matang - Noraniza Idris (CD - Gerak Budaya/Universal, 2004)

SAWO MATANG merupakan album studio Noraniza Idris yang ke 12.  SAWO MATANG menjadi cukup istimewa kerana buat pertama kalinya Noraniza Idris sendiri menjadi penerbit albumnya dan juga diterbitkan oleh syarikat miliknya sendiri, Gerak Budaya Records dengan kerjasama Universal Music.  Album ini turut memuatkan 2 buah lagu 'bonus track' iaitu irama pop etnik Jawa 'Atine Ora Tahan' (versi Melayu 'Hatinya Tak Tahan') dan sebuah lagu masyarakat Orang Asli yang disampaikan dalam bahasa Semai, 'Juklah! Guru Abe' (versi Melayu 'Ayuh! Juragan').  Album ini juga banyak meraih kejayaan seperti pengiktirafan sebagai Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2005, Persembahan Terbaik di ANUEGARAH JUARA LAGU 2004 menerusi lagu 'Hatinya Tak Tahan'.  'Hatinya Tak Tahan' juga telah menerima anugerah sebagai Lagu Global Pilihan di Anugerah Era 2004.

Senarai lagu;

Sama Tak Serupa (duet David Arumugam) Hatinya Tak Tahan Penawar Rindu Rajuk Rindu Dondang Di Sayang Atine Ora Tahan Ayuh! Juragan Zapin Beradat Di Sebut Jangan Di Kenang Jangan Puteri Ledang Indung Anak Melayu Juklah! Guru Abe

  THE BEST OF RATU POP TRADISIONAL - Noraniza Idris (CD - SRC, 2004)

Setakat ini ini merupakan satu-satunya album kompilasi Noraniza Idris yang pernah diterbitkan oleh syarikat rakaman SRC.

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD THE BEST OF RATU POP TRADISIONAL di atas.

  lenggok 20 tahun - Noraniza Idris (CD - Gerak Budaya/Life Records, 2004)

Album Ulangtahun 20 Tahun penglibatan Noraniza Idris dalam persada muzik tanahair diterbitkan bersama oleh syarikat milik Noraniza Idris sendiri, Gerak Budaya dengan kerjasama syarikat rakaman yang telah memperkenalkannya ke dunia rakaman, Life Records.

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD LENGGOK 20 TAHUN di atas.

  LAGU LAGU dari filem dan kenangan lama - Various Artist (CD - Life Records, 2005)

Album koleksi CD berkembar ini menghimpunkan seleksi lagu-lagu dari album LAGU LAGU DARI FILEM DAN KENANGAN LAMA vol 1 - 10 yang pernah diterbitkan oleh Life Records.  Selain Noraniza Idris & Abdullah Chik, lain-lain penyanyi yang turut terlibat dalam siri album ini ialah Zaleha Hamid, Rafeah Buang, Nassier Wahab, Sham & Sulaiman Yasin.

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD kompilasi LAGU LAGU DARI FILEM DAN KENANGAN LAMA di atas.

  BERPESTA DI AIDILFITRI - Various Artist (CD - SRC, 2006)

Album kompilasi raya ini turut memuatkan 8 lagu raya ciptaan baru termasuk sebuah darinya dinyanyikan oleh Noraniza Idris iaitu 'Ria Raya'.

 e-RAMA AIDILFITRI MENJELANG SYAWAL - Various Artist (CD - E-Rama Records, 2010)

Album raya produksi e-Rama Records Sdn Bhd berjaya menyatukan nama-nama besar dan popular dalam industri muzik tanahair termasuk Noraniza Idris yang menyampaikan sebuah lagu raya baru ciptaan Jasnie Mohd Yaakub dan lirik olej Kamarudin Haji Hasim, 'Selamat Hari Raya'.  Album ini agak istimewa apabila turut mengundang personaliti dan penyampai radio RTM untuk turut melontarkan vokal masing-masing.

  TIADA LAMA TIADA BAHARU - Various Artist (CD - E-Rama Records, 2010)

Sebuah produksi kerjasama e-Rama Records Sdn Bhd bersama RTM yang menampilkan ramai penyanyi lama dan baru yang mana lagu-lagu persembahan mereka diringi orkestra pimpinan Mohd Asnawi Mutaal turut memuatkan sebuah lagu klasik yang dinyanyikan semula oleh Noraniza Idris 'Di Sebut Jangan Di Kenangan Jangan'.

   cintaku satu - Noraniza Idris (CD - NIVPSB / e-Rama Records, 2011)

CINTAKU SATU merupakan album studio terbitan syarikat produksi Noraniza Idris sendiri, Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVSB).  Album ini turut memuatkan lagu-lagu nyanyian Noraniza Idris berkolaborasi dengan artis lama dan baru antaranya David Arumugam, Jaclyn Victor, Marsha Milan, Black, Bob AF2 dan Karen Tan.

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD CINTAKU SATU di atas.

   PRIMADONA: DEKATLAH PADAKU - Noraniza Idris (single) (CD - NIVPSB, 2011)

Menampilkan single 'Dekatlah Padaku' sebuah lagu saduran yang pernah dipopularkan oleh Sharifah Aini.  Turut dimuatkan dalam album ini ialah instrumental 'Dekatlah Padaku'.  'Dekatlah Padaku' belum di muatkan dalam mana-mana album/kompilasi Noraniza Idris ataupun album kompilasi pelbagai artis.

  REVIVAL 80'AN - Noraniza Idris (CD - Life Records, 2012)

CD berkembar REVIVAL 80'AN memuatkan kesemua lagu-lagu dari dua album studio Noraniza Idris, MENGEMIS RINDU (1987) dan INGIN KU SANDARKAN HARAPAN (1988).  Susunan trek lagu adalah seperti album asal.

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD REVIVAL 80'AN di atas.

   GAGASAN ANAK MERDEKA - Noraniza Idris (CD - NIVPSB, 2013)

GAGASAN ANAK MERDEKA hanya menampilkan dua buah lagu baru nyanyian Noraniza Idris iaitu 'Selamat Datang' (featuring Ihab Ismail) dan 'Gagasan Anak Merdeka'.  Selainnya adalah seleksi lagu-lagu yang diambil dari album CINTAKU SATU (2011) termasuk lagu 'Endang Endong Masyhur 1 Malaysia' yang sebelumnya dikenali dengan tajuk 'Endang Endong (versi Cintaku Satu)'.

Senarai lagu;

Selamat Datang (featuring Ihab Ismail) (lagu baru) Gagasan Anak Merdeka (lagu baru) Ayuh! Juragan (Juklah! Gure Abe) Menarik Hati (featuring Marsha Milan) Tandang Bermadah (featuring Bob AF2) Sama Tak Serupa (featuring David Arumugam) Hari Demi Hari (featuring Dior & Karen Tan) Endang Endong Masyhur 1 Malaysia (featuring Bob AF2, Marsha Milan, Jacyln Victor, Elji Henava, Dior & Karen Tan) Anak Kecil Main Api Kuasa Cinta (featuring Black)

   kalimah lebaran - Noraniza Idris, Razis Ismail & Azmir Arif (NIPVSB, 2014)

Mini-album KALIMAH LEBARAN hanya menampilkan 3 buah lagu baru dan salah satunya ialah lagu raya 'Kalimah Lebaran' yang disampaikan oleh Noraniza Idris bersama Razis Ismail dan Azmir Arif.  'Kalimah Lebaran' kemudiannya dimuatkan semula dalam album raya RIA AIDILFITRI (2016).  Manakala 2 lagu lainnya bukannya lagu raya tetapi lagu rentak zapin, 'Akar Kita Zapin' dan irama etnik kontemporari, 'Pahlawan Zafana'.  Kedua-dua lagu tersebut disampaikan oleh Ihab Ismail, pemenang Kategori Lagu Pop Etnik Terbaik AIM 2013.

  kau bintang ku - Noraniza Idris (CD - Life Records, 2014)

Album kompilasi 2 CD berkembar ini memuatkan seleksi lagu-lagu dari album Noraniza Idris yang dirakam ketika bernaung di bawah syarikat rakaman Life Records.

Senarai lagu;

CD1: Dayung Sampan (featuring He Yun) Mengemis Rindu Joget Si Pinang Muda (duet Sulaiman Yasin) Debak Debuk Hatiku Di Curi Lagi Setangkai Kembang Melati (duet Abdullah Chik) Ingin Ku Sandarkan Harapan Jari Jariku Sakit Semua Nada Kencana (duet Ahmad Daud) Airmata Bunga Dan Kumbang Membilang Rindu Hujung Sirih Mak Inang Kampung (duet L Ramli) Cinta Panas Dingin

CD2: Bulan Di Tutup Awan Budi Setahun Segunung Intan (duet Abdullah Chik) Untuk Sekali Lagi Laila Manja Kalau Kaca Menjadi Intan (duet Ahmad Fauzee) Asmara Kenang Daku Dalam Doamu Juwita Ku Sayang (duet Raza) Sekapur Sirih Seulas Pinang Tetapkan Hatimu Semenjak Kita Berpisah Selasih Ku Sayang (duet Nassier Wahab) Mengapa Di Rindu Si Jantung Hati Aku Di Usik Sepi

  ewau bule - Iwere featuring Noraniza Idris (single) (Digital platform - Rusa Music/Mixology Music , 2015)

Lagu tradisional/lagu rakyat ini dicampur-baurkan dengan lirik lagu asal yang dinyanyikan oleh Noraniza Idris dan lirik secara rap oleh rapper, Iwere.

  cahaya zafana - Ihab Ismail (CD - NIPVSB, 2015)

Album solo Ihab Ismail turut memuatkan 4 lagu baru termasuk satu daripadanya lagu duet bersama Noraniza 'Puncak Gapura' manakala lain-lain lagu adalah 'single' Ihab Ismail yang pernah diterbitkan sebelumnya.

Senarai lagu;

Puncak Gapura (featuring Noraniza Idris) (lagu baru) Akar Kita Zapin Selamat Datang (Noraniza Idris featuring Ihab Ismail) Pahlawan Zapana Ulek Mayang (lagu baru) Laksamana Raja Di Laut (lagu baru) Titian Hidup (lagu baru) 

  RIA AIDILFITRI - Noraniza Idris & Various Artist (CD - NIPVSB/Rusa Marketing, 2016)

Senarai lengkap trek lagu untuk album ini rujuk info CD RIA AIDILFITRI di atas.

  wangikanlah hatimu - Noraniza Idris & Tyka (single) (NIPVSB/Luncai Emas, 2017)

Lagu: Amir Jahari & AG Coco              Lirik: Ahmad Fedtri Yahya            

Noraniza Idris telah menampilkan peserta program realiti '3 Juara', Tyka berkolaborasi dengan beliau untuk single 'Wangikanlah Hatimu' yang berkonsep pop Etnik dan Tradisional yang menggabungkan elemen nyanyian Dikir Barat, Siam dan Sunda.    Single tersebut belum di muatkan dalam mana-mana album/kompilasi Noraniza Idris ataupun album kompilasi pelbagai artis.

  permata saadah - Noraniza Idris (single) (CD - NIPVSB/Luncai Emas, 2017)

Lagu: Rosli Selasih              Lirik: Ahmad Fedtri Yahya            

Single bergenre Zapin fusion 'Permata Saadah' terhasil kerana tertariknya Noraniza Idris dengan perkataan 'Permata Saadah' milik usahawan sebuah syarikat perkhdimatan penyediaan katering perkahwinan.  Single tersebut belum di muatkan dalam mana-mana album/kompilasi Noraniza Idris ataupun album kompilasi pelbagai artis.

  intan payung - Bunga featuring Noraniza Idris (single) (Digital platform - Warner, 2021)

Lagu: Luca Sickta, Bunga & Amzar Razqa              Lirik: Bunga & Siqma   

Penyanyi Rap, Bunga Isme telah bekerjasama dengan Noraniza Idris untuk single bernuansa Irama Malaysia 'Intan Payung'.  Single tersebut belum di muatkan dalam mana-mana album/kompilasi Noraniza Idris ataupun album kompilasi pelbagai artis.