|
DISUSUN MENGIKUT TAHUN PRODUKSI ALBUM ASAL |
![]() |
|
|
TAKDIR CINTA – Various Artist (Life Records, 2017)
Buat pertama kalinya album kompilasi ini turut memuatkan single terbaru 'Takdir Cinta' nyanyian Fauziah Latiff yang diterbitkan pada tahun 2016. 'Takdir Cinta' karya Sharon Paul dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya merupakan lagu tema untuk teledrama TV3; SEINDAH TAKDIR CINTA. |
|
YONDER MUSIC ALL-STARS: KAU ILHAMKU
–
Various Artist
Kebanyakan lagu-lagu yang disenaraikan adalah single dari artis-artis Rumpun Records. Hanya sebuah lagu khas 'Kau Ilhamku' nyanyian asal Man Bai dirakam semula oleh pelbagai artis. Juga diselitkan single terbaru Siti Nurhaliza (awal 2016), 'Milikmu Selamanya' yang menjadi tema teledrama MEMORI CINTA SURAYA. Yonder Music ialah perkhidmatan muzik tanpa iklan yang menyediakan akses kepada jutaan lagu, eksklusif untuk pelanggan Celcom. Pengguna boleh memuat turun lagu pilihan, mencipta senarai lagu dan berkongsi lagu kesukaan, semuanya percuma tanpa caj data dalam rangkaian Celcom. |
|
MALAYSIA #1 HITS 9 – Various Artist (Sony Music, 2015)
Album ini menghimpunkan single terbitan tahun 2014-2015 persembahan penyanyi masa kini yang tidak dimuat dalam album solo mereka kecuali Akim & The Majistret, Noh Salleh & Bunkface. Album ini turut menyenaraikan lagu 'Seluruh Cinta' kolaborasi Siti Nurhaliza dengan penyanyi muda Indonesia yang sedang 'naik daun'. Lagu ini belum dimuatkan dalam mana-mana album solo atau kompilasi Siti Nurhaliza. |
|
MALAYSIA #1 HITS 8 – Various Artist (Sony Music, 2014)
|
|
LAGU LAGU MELAYU UNTUK MENARI
(Malaya Tunes For Dancing)
(Instrumental)
CD ini menyenaraikan koleksi lagu lagu instrumental berirama keMelayuan (keroncong, zapin, inang, joget) yang diambil dari beberapa EP keluaran EMI, LAGU LAGU MELAYU UNTUK MENARI terbitan tahun 1960-1969. Kebanyakan irama intrumental dalam album ini diiringi oleh Orkes Keroncong Temasik (*) dan Ahmad Wan Yet Orchestra yang kedua-duanya dipimpin oleh Ahmad Wan Yet. Sebelum ini album ini juga pernah dikeluarkan dalam format CD untuk SIRI MURAH HATI. |
|
MALAYSIA #1 HITS 7
–
Various Artist
Album yang diedarkan penghujung 2013 ini memuatkan banyak single termasuk lagu 'Galau' ciptaan komposer Indonesia, Cacaq (Idris Batumena). 'Galau' merupakan single terbaru Siti Nurhaliza yang mula diperdengarkan awal tahun 2013 tetapi belum dimuatkan dalam mana-mana album Siti Nurhaliza sebelumnya. Bagaimanapun 'Galau' yang bermaksud 'kacau' atau 'keliru' bukanlah sebuah lagu baru tetapi pernah dinyanyikan oleh kumpulan dari Indonesia, Hang Wangi Band dengan judul asalnya, 'Pusara Hati'. Album ini juga cukup menarik dengan adanya lagu 'Angin Syurga' nyanyian Misha Omar dan 'Biar' oleh Faizal Tahir. |
|
ISTANA DANGDUT – Various Artist (Life Records, 2013) CD 1:
CD 2:
Album kompilasi dangdut ini cukup menarik kerana menyenaraikan 13 daripada 14 lagu daripada album DANG DANG DUT 3 yang kini sukar dicari untuk dijadikan koleksi. DANG DANG DUT 3 diterbitkan oleh E-wan Entertainment & TH Master Production (2005) yang menampilkan Iwan, Mas Idayu, Sheeda, Haiza, Shikin & Anisa dan kesemua lagunya adalah rakaman baru. |
|
MALAYSIA #1 HITS 6 – Various Artist (Sony Music, 2013)
'Muara Hati' merupakan single terbaru kolaborasi Siti Nurhaliza & Juara Akademi Fantasia Musim 7, Hafiz Suip. Hasil karya Hafiz sendiri dan Adi Sixth Sense telah dipilih menjadi lagu tema drama Astro ADAM DAN HAWA. Single yang dihasilkan pada Ogos 2012 kemudiannya dimuatkan semula dalam album solo kedua Hafiz, Luahan Hati Anak Seni yang dilancarkan pada Jun 2013. Album yang diedarkan awal tahun 2003 turut menyenaraikan senarai lagu yang diedarkan sebagai 'single' sahaja. |
|
SMASH
–
Various Artist
|
|
MALAYSIA #1 HITS 5 – Various Artist (Sony Music, 2012)
|
|
4 LAGENDA TERUNGGUL vol 4 – Uji Rashid, J Mizan, Julie Remie & DJ Dave(Warner Music, 2012) CD 1: Uji Rashid
CD 2: J Mizan
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() CD 3: Julie Remie
CD 4: DJ Dave
Daya tarik album ini hanyalah koleksi lagu malar segar Julie Remie dan J Mizan kerana jarang diedarkan dalam format CD. Ia adalah koleksi lengkap 2 LP Julie Remie bersama EMI, PERASAAN REMAJA (1976) dan ENGKAU SINAR HIDUPKU (1977). Bagaimanapun dua lagu dari EP sulungnya, 'Jalinan Mesra' dan 'Renungkanlah' tercicir dari senarai. Manakala J Mizan, koleksi lagu-lagunya bersama EMI hampir lengkap sekiranya turut memuatkan 4 buah lagu dari EP terakhirnya KU RELA KAU PERGI (1976) dan sebuah lagu dari EP ESOK DATANG LAGI (JUWITAKU)(1974). |
|
4 BINTANG POPULAR vol 2 – Jay Jay, Najib Hanif, Othman Hamzah & Tan Sri Dato' SM Salim(Warner Music, 2011) CD 1: Jay Jay
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() CD 2: Najib Hanif
CD 3: Othman Hamzah
![]() CD 4: SM Salim
|
|
SIAPA PEDULI? – Various Artist (MAPIM / Universal Music, 2011)
Sebuah album terbitan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang semua hasil jualannya akan disalurkan untuk pembinaan hospital kanak-kanak di Gaza. Lagu-lagu dan lirik digubah khas berkaitan peristiwa penting Palestin yang berlaku seperti Deir Yasin, Sabra Satila, Al-Aqsa, Nakbah dan serangan ke atas Gaza. Penerbitan album ini juga sebagai symbol mendidik dan kesedaran kepada masyarakat tempatan dan dunia mengenai perjuangan membebaskan Palestin dan Masjid Al Aqsa. |
|
KLASIK EMAS: NOSTALGIA INDONESIA – Various Artist (Life Records, 2011) CD 1:
CD 2:
|
|
SUKMA RINDU
–
Various Artist CD 1:
CD 2:
|
|
TIADA LAMA TIADA BAHARU – Various Artist (e-Rama Records, 2010) CD 1:
CD 2:
Sebuah produksi kerjasama E-rama Records Sdn Bhd bersama RTM yang menampilkan ramai penyanyi lama dan baru diringi orkestra pimpinan Mohd Asnawi Mutaal. Banyak lagu-lagu menarik terkandung dalam album yang cukup hebat ini antaranya lagu lama yang diberi nafas baru 'La Obe (La La La)' nyanyian Mila AF5 dan 'Disebut Jangan Di Kenang Jangan' oleh Liza Hanim. Saya juga cukup terhibur dengan vokal menarik Fatin Nabila yang menyanyikan lagu ciptaan Kusham dan lirik oleh Zaira Aziz, 'Rinduku Bermusim '. |