|
DISUSUN MENGIKUT TAHUN PRODUKSI ALBUM ASAL |
|
|
|
DONDANG SAYANG
–
Various Artist
Tajuk asal album 'BINGKISAN DERMA WARISAN BUDAYA: Zapin Yaladan' dipersembahkan oleh Sri Maharani Ghazal Muar pimpinan Ahmad Jusoh merupakan album khas bagi mengisi Tabung Bangunan UMNO Bahagian Jasin, Melaka yang ketika itu di bawah naungan Mohd Adib Bin Hj Mohd Adam (Ketua UMNO Bahagian Jasin merangkap Ketua Menteri Melaka). Bagaimanapun untuk format CD, trek lagu telah disusun semula dan diberi tajuk DONDANG SAYANG. |
|
RASA SAYANG EH
–
Various Artist
Album yang diedarkan sekitar Oktober 1974 memuatkan lagu rakaman baru dengan membariskan artis-artis ternama EMI Singapura. Lagu 'Kenek Kenek Udang', 'Mama Sayang Papa' dan 'Joget Malam Berinai' kemudiannya diselitkan semula dalam EP solo setiap penyanyi tersebut yang diterbitkan dalam tempoh yang berdekatan iaitu sebaik saja album RASA SAYANG EH dipasarkan. |