|
DISUSUN MENGIKUT ABJAD NAMA PENYANYI (A-Z) DAN DIIKUTI TAHUN PRODUKSI ALBUM ASAL |
|
||
RIA RESTY FAUZY (3 album) |
||
|
EDISI PLATINUM
–
Ria Resty Fauzy CD 1:
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() CD 2:
|
|
|
THE BEST OF
RIA RESTY FAUZY vol 2
|
|
|
THE BEST OF
RIA RESTY FAUZY
|
|
RINA RAHMAN (1 album) |
||
|
KENANGAN MANIS
–
Rina Rahman
|
|
ROHANA JALIL (4 album) |
||
|
TEMAN SEMASA BERADA
–
Rohana Jalil
TEMAN SEMASA BERADA adalah album 'pembungkusan semula' dari album Rohana Jalil, TAAT yang pernah diterbit dan diedar Metro Muzik & MPM pada tahun 2004! Semua trek lagu disusun seperti album asal cuma sebagai bonus telah ditambah dengan dua buah lagu baru dan sebuah lagu rakaman semula, 'Rayuanku'. Sebelum ini 'Rayuanku' telah diberi nafas baru dalam album MUSAFIR LALU (NSR, 1998). Sedikit INFO mengenai album TAAT - konsepnya adalah mempertengahkan lagu-lagu retro yang dipopularkan oleh penyanyi / kumpulan lelaki dan turut menampilkan tiga lagu baru 'Taat', 'Cha Cha Bolero' & 'Mahbub Anta'. |
|
|
KOLEKSI KLASIK ORIGINAL
–
Rohana Jalil
Selain menyenaraikan seleksi lagu-lagu hit Rohana Jalil, album ini turut menyelitkan instrumental 'Naluri Cinta' yang tidak pernah disenaraikan dalam mana mana album beliau sebelumnya. |
|
|
PILIHAN TERBAIK
–
Rohana
Jalil
|
|
|
RAYUANKU
–
Rohana Jalil
![]()
Walaupun telah melahirkan 3 album sebelum ini tetapi nama bekas Juara Bintang RTM 1980 hanya meledak dengan kehadiran album RAYUANKU yang juga merupakan album keduanya bersama NSR. Mungkin juga kerana populariti A Ali sebagai penerbit yang sedang hangat ketika itu menjadikan album ini mendapat tempat di persada seni. Ataupun kontroversi lagu 'Rayuanku' yang dicipta khas oleh A Ali untuk penyanyi seksi Zaiton Sameon tetapi telah ditolak oleh Zaiton kerana lebih teruja untuk menyanyikan lagu ciptaan M Nasir yang juga bertindak sebagai penerbit albumnya, KABUT SERANGKAI MAWAR. Ternyata penolakan Zaiton Sameon sedikit sebanyak mendatangkan tuah kepada Rohana Jalil apabila banyak lagu yang menarik terkandung dalam album ini. Selain 'Rayuanku' turut menjadi lagu popular ialah 'Sempadan Kasih', 'Dalam Tangisku', 'Dalam Birunya Luka' dan 'Penyakit Rindu'. |
|
ROSE ISKANDAR (1 album) |
||
|
MAWAR LAMBANG DIRIKU
–
Rose Iskandar
GALERI NOSTALGIA merupakan siri koleksi album-album terbitan IMI (Iramanada Musical Industries) yang dirilis semula oleh Universal Music yang kini menjadi pemegang hak cipta ke atas sebahagian album-album yang pernah diterbitkan oleh IMI di era 70an-80an termasuklah album MAWAR LAMBANG DIRIKU nyanyian Rose Iskandar. Album ini merupakan album solo terakhir Rose Iskandar sebagai penyanyi piringhitam. Sebelum ini Rose Iskandar pernah menghasilkan album di bawah label EMI yang diterbitkan oleh kompser terkenal Ahmad Nawab, SEHARI KU RASA SETAHUN (EP, 1976) dan SENJA MENGHILANG RISAU MENDATANG (LP, 1978) dan kemudian muncul dalam album pelbagai artis untuk album KAMI DATANG LAGI (Life Records, 1988) yang mengandungi lagu-lagu dari filem Hindi dalam versi Melayu. |
|
ROSEMARIA (2 album) |
||
|
SIRI BINTANG
PUJAAN
–
Rosemaria CD 1:
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() CD 2:
Akhirnya impian untuk memiliki album kompilasi Rosemaria yang juga buat pertama kalinya diterbitkan dalam format CD direalisasikan melalui penerbitan koleksi SIRI BINTANG PUJAAN. Bekas juara Bintang RTM 1977 mula mencipta nama menerusi album pertamanya KISAH KASIH (1979) yang terus menjulang namanya menerusi lagu klasik 'Jangan Pilih Yang Cantik' dan 'Kisah Kasih'. Kemudian beliau menghasilkan album, DALAM MENGENANGMU (1980), dan KISAH KISAH MASA LALU (1981). Agak terkilan apabila sebuah lagu dari setiap album tidak tersenarai. Jika tidak album ini menjadi album lengkap yang mengandungi kesemua lagu nyanyian Rosemaria bersama EMI. Lagu yang tiada dalam senarai ialah 'Pertama Kali', 'Ku Cari Bayangmu' dan 'Untuk Apa'. Bagaimanapun agak istimewa apabila 2 buah lagu yang menampilkan Rosemaria sebagai penyanyi undangan dan berduet dengan salah seorang ahli kumpulan D'CHANNEL, Badrom Buang turut disenarai. Dua lagu ini dipetik dari album instrumental kumpulan D'Channel IRAMA DAN LAGU (1980). |
|
|
DEMI CINTA NI YE ... CHA CHA CHA
–
Rosemaria & Lionel
Rosemaria cukup popular dengan tiga album solo dibawah label EMI (1979-1981). Bagaimanpun ramai tidak menyedari Rosemaria juga mempunyai sebuah album bersama Life Records DEMI CINTA NI YE (1986) yang memuatkan lagu-lagu hit nyanyian Hetty Koes Endang. Ketika ini nama Hetty Koes Endang memang berada di puncak dan Rosemaria turut mempopularkan kembali lagu-lagu beliau yang sememangnya sudah pun popular (Demi Cinta Ni Ye, Sorga Dan Neraka & Biro Jodoh) tetapi Rosemaria mempersembahkan lagu-lagu tersebut dalam rentak Cha Cha Cha. Turut diperkenalkan dalam album ini ialah Lionel Xavier yang menyampaikan 3 lagu secara solo. Lionel merupakan seorang penyanyi kelab malam dan kemudian terpilih menjadi penyanyi utama kumpulan Headwind (menggantikan Zainal Abidin) untuk album KEMBALI (Polygram, 1989). Bagaimanapun album tersebut merupakan satu-satunya album Lionel bersama Headwind dan menjadi album studio terakhir kumpulan Headwind. |
|