DISUSUN MENGIKUT ABJAD NAMA PENYANYI (A-Z) DAN DIIKUTI TAHUN PRODUKSI ALBUM ASAL

Kembali Ke Senarai Utama My CD Collection

 SOLO / KUMPULAN

KHAIROOL IDLAN          (1 album)

16 KOLEKSI TERBAIK: AKU YANG KAU PANGGIL SAYANG - Khairool Idlan (2013)

16 KOLEKSI TERBAIK: AKU YANG KAU PANGGIL SAYANG – Khairool Idlan
(Guntur / Insictech Musicland, 2013)

  Aku Yang Kau Panggil Sayang

  Aku Bagai Pelabuhan

  Entahlah

  Sejak Kau Datang (featuring Nas Atea)

  Resipi Cinta

  1001 Gila

  Kita Hanyalah Teman

  Mengertikah Kau

  Janjiku Pada Si Dia

  Bilakah Kembali

  Usah Kau Mengharap

  Penyesalan

  Jangan Marah Sayang

  Lagu Kenangan

  Menyamar

  Adakah Kau Begitu Jua

Album ini merupakan seleksi lagu-lagu yang dipetik daripada 2 album solo Khairool Idlan yang pernah diterbitkan di era 80an dibawah label Guntur Records iaitu album perdananya, APAKAH KAU BEGITU JUGA (1983) dan diikuti RESEPI CINTA (1985).  Lagu 'Aku Bagai Pelabuhan' dan 'Entahlah' diambil dari album kompilasi artis-artis Guntur, GABUNGAN ARTIS GUNTUR (1986).  Manakala lagu hit Khairool Idlan, 'Aku Yang Kau Panggil Sayang' diambil dari album produksi tahun 1988, KEMUNGKINAN dibawah label NSR.

KLTHSOM          (1 album)

MEMORI HIT - Klthsom & Fauziah Idris (2009)

MEMORI HIT – Klthsom & Fauziah Idris
(Warner Music, 2009)

CD 1:  Klthsom

  Pening Kepala

  Penghujung Cinta

  Menanti Di Ambang Syurga

  Pertemuan

  Cintaku Tetap Abadi

  Jalan Akhir

  Persimpangan Ini Membinggungkan

  Suatu Andaian

  Ku Meraguimu

  Seimbas Kenangan Rindu

  Ku Redha Sendiri

  Seloka Di Pandang Pertama

  Seri Mersing

  Kerinduan

  Segalanya Seperti Dulu

CD 2:

  Mungkin Ada Sesuatu (Klthsom)

  Kau Yang Membuat Aku Jadi Begini (Klthsom)

  Selat Tebrau (Klthsom)

  Sebelum Terpejam Mata (Klthsom)

  Kita Pun Terpisah (Klthsom)

  Lagu Rindu Merindu (Fauziah Idris)

  Sempaya (Fauziah Idris)

  Joget Jangan Mengenang (Fauziah Idris)

  Seri Mersing (Fauziah Idris)

  Bertimang Kasih (Fauziah Idris)

  Ragam Asmara (Fauziah Idris)

  Mak Inang Pulau Kampai (Fauziah Idris)

  Tanjung Puteri (Fauziah Idris)

  Makan Sirih (Fauziah Idris)

  Bukan Mengemis Rindu (Fauziah Idris)

Klthsom adalah pemenang tempat kedua pertandingan Bintang RTM 1985 yang menobatkan Ramlah Ram sebagai juara.  Walaupun tidak menjadi juara, beliau merupakan perserta pilihan ramai malah Klthsom berjaya menarik perhatian syarikat rakaman Warner Music (WEA).  Album pertama Klthsom bersama Warner hanya menggunakan namanya yang unik KLTHSOM (1991) dan muncul dengan hit 'Ku Meraguimu'.  Tahun berikutnya, Klthsom muncul dengan album kedua, KU REDHA SENDIRI dan lagu yang menjadi tajuk album tersebut menjadi popular.  Sayangnya apabila Klthsom mendirikan rumahtangga beliau telah memperlahankan rentak seninya walaupun namanya berada di puncak dan akhirnya menyepi.

Bakat nyanyian Fauziah Idris pula terserlah setelah muncul sebagai naib juara dalam pertandingan Bintang Radio '98.  Agak membanggakan apabila kejayaan beliau dalam pertandingan tersebut adalah dengan mempertaruhkan lagu-lagu irama Malaysia.  Kemampuan dalam mengalunkan lagu-lagu irama Malaysia telah membawa tuah kepadanya apabila berpeluang merakam album perdananya berkonsepkan Irama Malaysia terbitan komposer tersohor S Atan, LAGU RINDU MERINDU (WEA, 1999).  Sayangnya, Fauziah Idris yang amat muda ketika rakaman ini dibuat dan memang mempunyai potensi sebagai pelapis penyanyi lagu-lagu Irama Malaysia bertindak menyepi diri walaupun lagu 'Lagu Rindu Merindu' mendapat perhatian.

MEMORI HIT sebuah album koleksi istimewa kerana telah menghimpunkan kesemua lagu-lagu dari dua album Klthsom dan kesemua lagu dari album tunggal Fauziah Idris.  Dua bintang yang cukup popular di awal dekad 90an (Klthsom) dan penghujung dekad 90an (Fauziah Idris) mempunyai keistimewaan tersendiri walaupun hanya mempunyai jumlah album yang amat sedikit.

KOOL          (1 album)

THE ESSENTIAL - Kool (2011)

THE ESSENTIAL – Kool
(Sony Music, 2011)

  Kau Dan Aku

  Bebas

  Cemburu

  Satu Arah

  Satu Memori

  Cinta Fantasi

  Terimalah Asmaraku

  Aku Tak Pasti

  Kasih

  Pertemuan Kita

  Pudar

  Dusta

  Ingat

  Jessida

KOPRATASA          (2 album)

BEST OF KOPRATASA (2001)

BEST OF KOPRATASA
(Universal Music, 2001)

  Masihkah Kau Ingat

  Sesetia Malam Pada Siang

  Permata (Untuk Isteriku)

  Tetamu Senja

  Teluk Bidara

  Rinduku (Oh Kuala Lumpur)

  Akhir Disember

  Mencari Cinta Yang Hilang

  Kembara Malam

  Tragedi Di Utara

  Ucapan Tak Bersuara

  Kehidupan

  Gurisan Hidupnya (Pelukis Pinggiran)

  Setelah Hujan Turun

KUNCI - Kopratasa (1988)

KUNCI – Kopratasa
(Polygram Records, 1988 / rilisan semula Universal Music, 2016)

  Kunci

  Mencari Cinta Yang Hilang

  Lebuhraya Kehidupan

  Permata

  Seorang Orang

  Dada Laut

  Pada Tanah Yang Indah

  Airmata Di Tujuh Senja

  Cari

  Rindu Cintamu